Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 27, 2023

Ke Pulau Besar bersama keluarga selepas 5 tahun

Salam semua. Saya ada membuat perjalanan ke Muar dan Melaka kemudian ke Tanjung Sepat 18 hingga 25 November. Di celah-celah itu pergi ke Pulau Besar setelah 5 tahun tidak ke sana bersama keluarga. Pun begitu cerita keseluruhan perjalanan boleh diliputi dalam satu artikel. Untuk makluman ini mungkin artikel terakhir melibatkan perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun 2023 memandangkan tinggal 5 hari sahaja sebelum masuk tahun baru 2024.



Mukadimah perjalanan boleh dikatakan berlaku pada hari Ahad 17 September 2023 apabila mengambil seorang anak yang sedang belajar di tahfiz di Janda Baik kembali bercuti. Ini kerana dengan itulah beliau dapat bersama dalam perjalanan ini. Pun begitu beliau meminta agar malam itu dihantar ke rumah kawan setahfiz di Cheras lalu bermalam di sana. Kawan itu ikut balik bersama kami dari Janda Baik lalu dibawa sekali singgah ke Zoo Negara. Lihat artikel Taking the kids to Zoo Negara  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Isnin malam Selasa 18 Disember baru mengambilnya lalu terus ke rumah ibu bapa saya di Muar.  Pagi Rabu 19 Disember baru keluar berjalan-jalan sekeluarga melihat bandar Muar dan sekitarnya.



Pekena nasi berangin di tepian Sungai Muar.



Kemudian naik ke seberang sungai yang dahulu adalah dalam daerah Muar tetapi sudah dipecahkan menjadi daerah Tangkak. Lihat artikel  Esplanade north of Muar town diikuti  A stop at Parit Karang.




Tengah hari Jumaat 22 Disember baru bergerak meninggalkan Muar untuk menghala kembali ke arah rumah sendiri di Selangor.




Singgah di satu masjid di Melaka untuk bersolat Jumaat. Lihat artikel Jumaat di masjid Serkam Pantai (Friday at Serkam Pantai mosque) dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Petang itu kami masuk bersama ke Pulau Besar setelah lebih 5 tahun tidak berbuat begitu. Lihat Pulau Besar with the family after 5 years.



Sebetulnya anak saya yang belajar di Janda Baik itu, si Rasyid yang nak sangat ke situ. Sejak beberapa bulan lalu ada menyebutnya. Sedangkan kali terakhir kami pergi sekeluarga adalah pada tahun 2018. Lihat artikel lama Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.



Saya pula kali terakhir sampai secara berseorangan bulan Mei lalu. Didapati banyak perkara yang sedang dibuat ketika itu sudah siap untuk tarikan pelancong. Lihat Pulau Besar tahun 2023 atas asbab jengok ibu bapa di Muar



Petang itu keluar berjalan seorang diri, antaranya ke Gua Yunus yang sudah 7 tahun tidak dijejaki. Lihat  Pulau Besar solo trek. diikuti First time to Gua Yunus in over 7 years.




Esoknya pagi Sabtu 23 Disember baru membawa anak-anak pusing pulau. Lihat With the kids around Pulau Besar



Keluar dari pulau kami singgah di rumah seorang adik bapa saya di Tanjung Minyak, Melaka. Selepas  itu bergegas ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. Petang Ahad 24 Disember baru keluar ke sekitar pekan sana.



Petang Isnin 25 Disember baru meninggalkan Tanjung Sepat untuk ke rumah akak isteri di Jenjarom kemudian ke GM Klang. Apabila sampai rumah sebelum Maghrib didapati saya telah memandu sekitar 670 km sepanjang 8 hari itu. Kalau campur perjalanan hari sebelumnya ke Janda Baik kemudian Zoo Negara kemudian Cheras (kemudian berjalan di Kuala Lumpur sebelum balik rumah), sekitar 900 km juga. Sedangkan beberapa hari sebelum itu baru selesai memandu lebih 1,000 km. Lihat Kompilasi "Dari Selangor ke Perak"

Selain asyik berjalan ada desakan dalaman untuk menulis tentang perjalanan. Mana tak penat jiwa dan raga? Tetapi begitulah saya sebagai seorang yang suka mengembara juga menulis. Desakan dalaman berlaku bukan kerana mencari nama, pengikut dan pengaruh tetapi adalah sifat diri. Ada gerak yang menyuruh melakukan sesuatu sehingga selesai sebelum dapat bergerak ke fasa hidup yang seterusnya.

Artikel ini sendiri pun dilepaskan pagi ini supaya kepala terasa cukup lapang untuk mengikuti satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang ini. Nanti akan dikongsikan cerita.