Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 10, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan

Salam malam 21 Ramadhan, menurut perkiraan di Malaysia. Kalau di Tanah Arab sudah 22 Ramadhan. Penceritaan sekarang hendak memasuki hari ke-9 perjalanan umrah. Pada hari berkenaan,  tepat 3 minggu lalu, malamnya masuk tarikh 1 Ramadhan, permulaan bulan puasa saya dan keluarga di Mekah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-3 dari Taif lalu menuju kebotakan.



Pagi Selasa 17 Februari 2026. Bergerak 6 beranak untuk menaiki bas ke Masjidil Haram.



Tapi tak masuk masjid. Sebaliknya berjalan kaki melalui halaman sisi timur, tepian laluan sa'ie memuju ke utara. Lihat Daytime look at Masjidil Haram new northern section artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kami mahu ke stesyen utara Masjidil Haram untuk mendapatkan bas ke Jiranah lebih 25 km perjalanan. Sebetulnya bas terus cuma boleh diambil dari stesyen lain iaitu ke barat laut masjid.  Kami ambil bas lain yang boleh menyambungkan kerana stesyen utara lebih dekat dari arah hotel. 



Gambar ini diambil selepas turun di hentian untuk mendapatkan bas terus ke Jiranah. Lihat Bus to Jiranah. Kelihatan anak bongsu kami Johan yang genap umur 14 tahun pada hari itu 17 Februari 2026. Selamat hari jadi anak bongsu Abah dan Mami! :] 




Kami ke Jiranah kerana mahu menunjukkan kepada anak-anak kedudukannya sebagai salah satu tempat miqat iaitu masuk ihram di sekitar Mekah. Saya pernah sampai bersendirian tahun 2005 kemudian bersama isteri 2013. Kami juga mahu menunjukkan telaga yang ada sejarah tersendiri zaman Nabi Muhammad SAW. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-






Kembali ke Masjidil Haram bas terus dari Jiranah menurunkan di stesyen barat laut.



Tiba-tiba kelihatan ramai polis masjid seperti semut merah keluar dari bukit. Lucu pula melihat. Teringat lagu "Semut Berkawad" oleh katun Didi & Friends.




Oh. Saya berpisah arah dengan isteri dan anak-anak kerana mahu melakukan umrah ke-4. Mereka semua hendak kembali ke hotel berehat kerana ada lawatan mahu dibuat jam 5. Tahulah masing-masing mencari jalan...



Ketika hendak masuk dari pintu utama sudah jam 3.30 petang.



Ketika hampir menyelesaikan tawaf ke-5 didapati laluan ditutup kerana hampir waktu Asar. Kena tunggu sehingga selesai solat baru boleh sambung. Untuk tawaf ke-5 itu kena bermula balik dari sudut Hajarul Aswad. Ini menyebabkan hampir jam 5 sa'ie antara Safa dan Marwah masih belum selesai. Saya pun menelefon keluarga memberitahu agar lawatan petang dilewatkan jam 5.30.



Selesai sahaja umrah  terus bertemu dengan keluarga di luar hotel untuk lawatan.



Sepatutnya dapat terus menaiki van untuk lawatan. Tapi kena menyeberang jalan besar kerana banyak laluan sedang ditutup.



Itulah satu perkara yang membuat saya selalu jadi panas baran di Tanah Arab. Selalu sangat suka-suka tutup laluan, baik sekeliling dan dalam masjid, baik di sekeliling luar, paksa orang pergi jauh tanpa amaran. 




Apapun pergi naik ke lereng bukit atau lebih tepat, gunung yang menghadap Masjidil Haram. Itulah lawatan yang dimaksudkan. 



Di situlah dibuat sambutan hari jadi ke-14 anak. Lihat To Jabal Khandamah view point.



Cuma saya tidak bersama kerana mahu mendaki berjalan kaki ke tempat lagi tinggi.



Dipendekkan cerita sampai ke puncak tertinggi gunung, lebih 600 meter dari paras laut. Apabila turun kembali ke tempat berkumpul keluarga diberitahu confirm malam itu masuk 1 Ramadhan. Tandanya, cahaya hijau dipancarkan ke atas langit dari menara jam Mekah.



Kami mahu menunaikan umrah Ramadhan. Rancangan asal adalah untuk ke Masjidil Haram dahulu berTarawih. Selepas itu baru umrah. Tetapi disebabkan semua jalan ke masjid telah ditutup terus ke tempat miqat terdekat. Lihat Masjid (Mosque of) Taneem 2026.



Sampai kembali ke hotel hampir jam 10 jalan ke Masjidil Haram telah dibuka kembali, begitu juga perkhidmatan bas. Pergilah ke untuk menunaikan umrah ke-5 bagi saya, ke-4 bagi isteri dan anak-anak.  Semua ahli rombongan kami melakukannya. Makcik saya yang berumur 76 tahun menggunakan perkhidmatan kereta roda di tingkat atas sementara kami 6 beranak dan sepupu ke halaman Ka'abah.



Syukurlah dapat melakukan umrah pada bulan Ramadhan. Katanya pahalanya seperti menunaikan haji bersama Nabi Muhammad SAW.



Alhamdulillah dapat selesai sekitar tengah malam. 


Isnin, Mac 09, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-3 dari Taif lalu menuju kebotakan

Sejak malam Jumaat saya berusaha supaya dapat mengeluarkan satu cerita perjalanan umrah setiap hari, kalau boleh sehingga semuanya selesai. Pergi pada hari ke-8 perjalanan. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Dari kedai Kak Kiah ke bahagian bumbung dan utara Masjidil Haram.



Pagi Isnin 16 Februari 2026. Kami mahu bergerak lebih jauh keluar dari Mekah.




Kami mahu ke Taif yang terletak lebih 100 km ke timur, di kawasan gunung dan tanah tinggi lebih 1,800 meter dari paras laut. Dalam Sirah Nabi ia terkenal sebagai menjadi tempat Nabi Muhammad SAW dikecam teruk lalu dibaling batu oleh penduduk ketika berdakwah menyebarkan Islam. Sehingga malaikat menawarkan mahu menghancurkan penduduk tapi baginda melarang. Umumnya ia terkenal sebagai tempat tanaman pelbagai buahan yang dibekalkan ke Mekah sejak zaman berzaman.




Singgahlah di beberapa tempat...



Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-









Paling menarik adalah tempat atau bangunan yang dikaitkan dengan Abdullah ibnu Abbas, sepupu dan sahabat Nabi yang terkenal sebagai ahli tafsir terkemuka Al Quran. 



Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-








Gambar ini diambil di pasar buah selepas kami semua masuk ihram di tempat miqat berkenaan. Lihat Masjid (Mosque of) Qarn Al-Manazil.




Oh. Lupa nak beritahu. Perjalanan ke Taif diikuti oleh semua ahli rombongan termasuk makcik berumur 76 tahun dan sepupu yang beberapa hari kebelakangan lebih banyak menghabiskan masa di hotel kerana kepenatan selain tidak sehat selepas turun dari Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat. Rujuk kembali Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat.



Semua mahu menunaikan umrah. Bagi saya, isteri dan anak-anak ini adalah yang ke-3.



Gambar ini diambil di puncak bukit Marwah selepas selesai menunaikan umrah. Ia sebagai kenangan kerana mahu membuang rambut panjang selepas umrah ke-3 berjaya dilaksanakan.



Saya mahu menggunakan khidmat potong rambut percuma yang terdapat di luar pintu bukit Marwah.



Rupa-rupanya mereka cuma buat potong pendek sahaja. Sedangkan saya mahu lebih dari itu.



Tak mengapa. Masuk kembali ke masjid untuk merapati Ka'abah. Dapat menunaikan solat Isyak berdekatan Hajarul Aswad.



Sempat bertukar baju sementara untuk memakai t-shirt ini lalu mengambil gambar atas tapak tanah moyang berkenaan, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.



Lewat malam baru dapat dilaksanakan hajat selepas umrah ke-3 iaitu menjadi botak. Anak-anak lelaki telah lebih awal botak, selepas selesai umrah ke-2 hari Sabtu. Lihat kembali Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-2 dari Hudaibiyah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,797 di CATATAN SI MERAH SILU.


Ahad, Mac 08, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Dari kedai Kak Kiah ke bahagian bumbung dan utara Masjidil Haram

Salam. Pergi pada hari ke-7 perjalanan umrah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-2 dari Hudaibiyah.



Pagi Ahad 15 Februari 2026 keluar berjalan  lagi di persekitaran Mekah.





Kali ini kerana isteri dan anak-anak ingin membeli belah di kedai Kak Kiah.



Sebenarnya ia merujuk pada kawasan dengan nama yang berbunyi demikian. Lihat artikel Shopping at Al Kakiyyah di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Petang jam 6 tergerak untuk meninjau kawasan di belakang hotel yang naik sedikit lereng bukit berseorangan. 



Ia bersambung dengan bukit atau gunung yang mana terdapat terowong untuk ke Masjidil Haram. Lihat Checking out an uphill part of Aziziyah.



Tengok-tengok ada sebuah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Imam Ahmed bin Hanbal, Aziziyah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Seterusnya bergerak seorang diri ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Maghrib.






Selepas solat naik ke bahagian bumbung masjid.



Di atas inilah menunggu masuk waktu untuk solat Isyak.






Keluar bangunan melalui pintu di bukit Marwah di penghujung kawasan sa'ei terlihat tempat potong rambut percuma. Hmm. Insyaallah boleh cuba nanti selepas umrah ke-3 yang cadangnya mahu dilakukan esoknya hari Isnin.

Bergerak ke utara melihat bahagian baru masjid yang sudah siap dibina tetapi belum siap pengisian dalaman. Lihat Outside look of Masjidil Haram new northern section.


Selepas masuk kembali ke masjid dari belah timur kemudian pusing lawan jam untuk keluar di belah barat naik kembali ke bumbung untuk berjumpa dengan keluar lalu tidur sebentar tengah malam.



Tidur itu sebagai syarat supaya dapat  bangun solat Tahajud. Sekitar jam  12.30 turun menuju ke Ka'abah.



Dapat gerak untuk membawa isteri dan anak-anak ke kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad lalu semua dapat menyentuh bangunan yang menjadi kiblat umat Islam sedunia.


Mereka semua gembira senang hati. Pada kami tak perlulah berebut nak cium Hajarul Aswad berebut-rebut bertarik tolak bergelut bagai. Dapat sentuh Ka'abah sekeluarga sekali gus itu pun dah syukur sangat. Alhamdulillah.