Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, November 13, 2022

Dari Serendah ke Cameron Highlands - Baru selesai satu bab...

Sekarang biar dipersembahkan satu cerita yang meliputi aktiviti-aktiviti saya dan keluarga pada hari Sabtu dan Ahad 5-6 November 2022 sambil menutup segala yang sudah berlaku lebih awal iaitu sejak 27 Oktober.



Tengah hari Sabtu 5 November 2022. Setelah mendapat sedikit rehat daripada perjalanan Terengganu 27-31 Oktober dan Perak 1-3 November saya perlu memandu jauh lagi.




Kali ini membawa anak dan isteri sekali.




Pergi ke suatu tempat di Serendah dahulu kerana ada majlis persilatan melibatkan anak. Lihat Majlis perlimau tapak dan mandi minyak di Hulu Selangor tahun 2022.




Di celah-celah itu sempat pergi ke satu kawasan air terjun berdekatan. Lihat artikel An upper part of the Serendah falls di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas jam 6 baru meninggalkan Serendah untuk bergegas ke Cameron Highlands. Sampai tempat menginap selepas jam 9 malam.




Di tempat penginapan yang merupakan sebuah bungalow 3 tingkat diadakan perjumpaan keluarga dan pelbagai aktiviti. Lihat Majlis perjumpaan keluarga belah isteri di Cameron Highland.




Di bungalow ada disediakan dua buah motosikal untuk kegunaan penginap. Saya dan isteri pun keluar berjalan-jalan hingga ke Brinchang...















Kami kembali ke bungalow sebelum jam 10.30. Selepas diadakan sedikit lagi aktiviti keluarga baru berpecah untuk membuat hal masing-masing. Saya pun membawa isteri dan anak ke bandar Tanah Rata.




Pekena teh panas sat...




Kemudian baru berjalan-jalan sebelum menghala kembali ke arah Tapah.




Dalam perjalanan singgah bersantai di beberapa tempat...








Oh. Baru teringat. Semasa berjalan-jalan di ladang teh di Cameron Valley ada terlihat suatu macam kuil kecil, seperti makam pun ada yang menimbulkan tanda tanya. Lihat artikel Siapa (Who is) Lady Fatima di (at) Cameron Highlands?  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas turun dari kawasan pergunungan kami singgah untuk bersolat di satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Abu Hurairah, Bidor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).  Tengok-tengok masuk waktu Maghrib pun masih belum sampai rumah  lalu kami menjamakkan solat di Tanjung Malim, sampai rumah selepas jam 8 malam. 

Dengan ini selesailah segala macam perkongsian yang perlu dilepaskan daripada perjalanan-perjalanan yang berlaku hampir berturut-turut sejak 27 Oktober iaitu pada 17 hari lalu. Perjalanan Terengganu 27-31 Oktober seperti diceritakan dalam Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022 memerlukan saya memandu sejauh lebih 1,100 km, perjalanan Perak 1-3 November seperti diceritakan dalam Misi keluarga Laksamana part VI sekitar 473 km sedangkan perjalanan Cameron Highlands 5-6 November pula membuat saya memandu sekitar 390 km. Ini menjadikan jumlah hampir 2,000 km. Di celah-celah itu dan kemudiannya harus pula membuat 61 buah artikel termasuk ini, baru terasa lengkap. .

Khamis nanti harus dilakukan lagi perjalanan di luar kawasan membawa sehingga hujung minggu. Kemudian ada lagi walau tidaklah jauh tetapi tetap memenatkan kerana harus buat kajian lagi sebelum ke Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh untuk urusan keluarga Laksamana 30 November. Sekian.


Majlis perjumpaan keluarga belah isteri di Cameron Highland

Bersambung daripada Majlis perlimau tapak dan mandi minyak di Hulu Selangor tahun 2022.



Sebaik sahaja anak selesai mandi minyak kami meminta diri untuk bergerak ke Cameron Highlands.




Ada majlis perjumpaan keluarga belah isteri. Beliau memiliki 13 orang adik beradik dan sudah ada ramai cucu saudara. Sekitar 80 orang dapat datang dengan aktiviti diadakan di sebuah homestay berupa bungalow 3 tingkat di Tanah Rata.




Rata-rata mereka sampai selewatnya petang Sabtu. Ada yang sudah sampai sejak hari Jumaat lagi. Kami pula sampai selepas jam 9 malam kerana cuma dapat meninggalkan majlis perlimau tapak dan mandi minyak selepas jam 6 petang. Yang penting tetap dapat bersama.













Bergambar beramai-ramai selepas aktiviti malam itu. Ketika ini saya sudah masuk tidur kerana kepenatan. Penat memandu kereta lebih 1,100 km dalam perjalanan Terengganu 27-31 Oktober diikuti lebih 470 km perjalanan Perak 1-3 November kemudian ke Cameron Highlands lewat petang hingga malam menaiki jalan berliku-liku dari Tapah 5 November memang terasa.




Bergambar beramai-ramai pada keesokannya pagi Ahad 6 November.







Penat saya bukan sekadar disebabkan memandu jauh. Seringkali juga saya perlu berjalan kaki jauh untuk sampai ke tempat-tempat ceruk. Itu belum lagi beberapa perkara yang harus dilakukan di celah-celah itu. Kemudian sudah menjadi tabiat harus menulis tentang suatu perjalanan sehingga timbul rasa cukup walaupun sebenarnya tidak semua dikongsikan kepada umum. Lihat cerita-cerita yang terkumpul dalam artikel-artikel berikut :-


1. Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022 (mengandungi 29 buah artikel)

2. Misi keluarga Laksamana part VI (mengandungi 21 buah artikel)


Majlis perlimau tapak dan mandi minyak di Hulu Selangor tahun 2022

Salam tengah hari Ahad 18 Rabiulawal 1444 Hijrah. Perkongsian selepas selesai cerita-cerita perjalanan Perak 1-3 November. Tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan sejurus selepas itu iaitu pada hujung minggu lalu.



Tengah hari Sabtu 5 November 2022 saya membawa isteri dan anak bongsu ke suatu tempat di Serendah untuk majlis perlimau tapak dan mandi minyak.







Difahamkan ia adalah kali pertama ia diadakan kembali di Hulu Selangor sejak tahun 2019 oleh perguruan berkenaan.







Kami datang kerana anak turut serta sebagai seorang ahli Silat Gayong...













Saya sendiri meminta untuk turut serta mandi minyak selepas Asar iaitu selepas ia dimulakan oleh guru-guru utama.







Teringat kali pertama mencuba mandi minyak ketika zaman sekolah menengah di Johor hampir 40 tahun lalu.






Anak saya lebih beruntung kerana dapat menimba pengalaman ketika berumur 10 tahun. Saya sendiri baru mengenali dunia persilatan iaitu di tempat kelahiran saya di Muar ketika berumur hampir 12 tahun iaitu pada tahun 1982. Sedangkan beliau sudah mula belajar ketika di zaman taska, ketika berumur 6 tahun selain didedahkan dengan aktiviti-aktiviti dalam dunia persilatan sejak bayi lagi.