Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 11, 2009

Masjid Indrapuri, bukti agama Hindu memang berasal daripada syariat Nabi Ibrahim AS?

Selesai makan, perjalanan pun disambung masuk ke kawasan pendalaman...


Sampai ke satu tempat kami menyeberangi Sungai Aceh di satu bahagian lebih kurang 25 km dari selatan kualanya di Banda Aceh...

Kami masuk ke jalan kampung...


Inilah salah satu destinasi utama kami untuk hari itu iaitu hari Selasa. Sebagai peringatan itu adalah hari kedua saya dan isteri berada di Aceh. Jika pagi itu kami telah pergi ke makam Syiah Kuala diikuti makam Teungku di Anjung dan makam Tuan di Kandang, selebihnya untuk hari itu kami mahu pergi ke beberapa tempat sekitar sini sebelum kembali ke Banda Aceh.



Seperti ziarah ke makam Teungku di Anjung, ziarah ke Masjid Indrapuri ini bukanlah rancangan saya tetapi dibuat atas cadangan pemandu kereta merangkap pemandu pelancung kami yang telah mendapatkan sedikit maklumat tentang beberapa lokasi menarik setelah mendapat tahu kami lebih berminat untuk pergi ke tempat-tempat bersejarah yang berkaitan perkembangan agama Islam juga institusi diraja...




Pemandu kami sendiri baru pertama kali sampai ke tempat ini. Saya pula pernah beberapa kali terdengar dan terbaca tentang Masjid Indrapuri tetapi selama itu kurang berminat. Nasib baik Allah SWT menentukan kami sampai tanpa saya merancang atau berkehendak. Rupa-rupanya ada rahsia besar tentang kerajaan purbakala di alam Melayu yang mungkin boleh dibuka di sini...





OK. Biarlah saya sambung penceritaan dengan sedutan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (terbit Mei 2007), daripada bab bertajuk "Kesultanan Melaka: Kesinambungan Pasai ke Aceh"...



Buku-buku sejarah tentang Nusantara serta kerajaan-kerajaan di bumi sebelah Timur ini termasuk buku teks yang dipelajari di bangku sekolah sering menyatakan masyarakat di sini dahulukala beragama Hindu tak pun Buddha sebelum kemasukan Islam. Penduduk di kawasan pendalaman seperti orang-orang aborigine atau orang Asli pula dikatakan menganut fahaman animisme di mana segala benda di alam ini seperti batu, pokok dan sebagainya mempunyai semangat atau dihuni oleh makhlus halus.


Tetapi menurut beberapa orang tua yang pernah ditemui Rasyid, hakikatnya dahulu tidak pernah wujud pun mana-mana agama pun yang bernama Hindu ataupun Buddha. Kata mereka, kalau nama-nama itu wujud, tentu ia telah dinyatakan di dalam kitab-kitab lama seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu yang ada menceritakan peristiwa pengIslaman raja-raja dahulukala serta perkembangan kerajaan-kerajaan sebelumnya.

“Perkataan Hindu dan Buddha ini sebenarnya cuma diwujudkan baru tak sampai tiga abad kebelakangan,” kata seorang pakcik yang memiliki ijazah Masters in Education daripada University of Harvard, Amerika. “Ia cuma satu panggilan umum untuk beberapa fahaman atau cara hidup yang diamalkan masyarakat setempat, itu sahaja!” Malah menurutnya, perkataan Hindu cuma wujud setelah penjajah Inggeris sampai ke India yang dahulu dikenali sebagai benua Hindi, abad yang ke 18 Masihi.

“Pada masa itu telah wujud berbagai-bagai fahaman yang menyembah berbagai jenis Dewa dan Tuhan. Penjajah yang tidak tahu hujung pangkal sebenar telah menyerkap jarang keadaan dengan melabelkan semua fahaman ini sebagai agama Hindu, sedangkan terdapat banyak perbezaan di antara fahaman yang berbagai ragam ini.” tambah orang tua yang pernah menerajui sebuah jabatan penting dalam perkhidmatan awam kerajaan ini.


Pakcik yang sekarang lebih selesa menjadi petani di kampung terpencil di Negeri Sembilan ini memberi contoh: Golongan Brahmin tidak menyembah apa-apa jenis patung mahupun berhala... Tidak seperti golongan Hindu lain yang memerlukan perantaraan untuk berhubung dengan konsep keTuhanan tinggi seperti Brahma seterusnya Atma.


“Cuma konsep keTuhanan tanpa rupa yang diamalkan para Brahmin ini tidak mampu dicapai kebanyakan orang. Ingat, Brahmin adalah golongan intelektual berIQ tinggi, maka mereka mampu ‘melihat’ perkara yang tidak tercapai dek akal masyarakat umum. Golongan lain ratanya memerlukan perantaraan yang disifatkan sebagai Dewa-dewa untuk memenuhi keperluan harian. Dan Dewa-dewa inilah yang diwujudkan rupanya untukmenjadi patung dan berhala supaya senang ‘dilihat’ mereka,” katanya.




Lagi sedutan...



Kata pakcik itu lagi, Dewa-dewa ini ada bermacam jenis, rupa, pangkat dan peringkat... Masing-masing ada tempat tersendiri di dalam hieraki masyarakat Hindu yang pelbagai lapis dan disembah mengikut keperluan tertentu berdasarkan sifat-sifat yang dikaitkan dengan mereka... Misalnya Dewa Perang yang diharapkan dapat memberi kemenangan dalam sesuatu perselisihan dan Dewa Pengasih yang menjadi tempat rujukan pasangan bercinta serta mereka yang mahu menyatukan keluarga. Maka itu muncullah berbagai aliran agama, juga fahaman kebatinan di benua Hindi, salah satunya penyembah Dewa Kali yang dikira agak ganas kerana sukakan kematian dan kemusnahan, aliran yang selalunya dianuti golongan yang suka bergaduh, juga mereka yang menjadi para gangster ataupun samseng.


“Tidak cukup itu, muncul pula Dewa-dewa kecil, Dewa-dewa tempatan yang dipuja di sesuatu tempat tetapi tidak ada dan tidak dikenali di tempat lain. Dewa-dewa ini dipuja sebagai perantaraan untuk ‘sampai’ kepada Dewa yang lebih besar... Ibarat pegawai bawahan yang digunakan untuk berhubung dengan pegawai atasan yang mempunyai access kepada pemerintah tertinggi. Sedangkan seorang Brahmin boleh terus melompat tanpa melalui hierarki sebegini untuk sampai kepada Tuhan yang Satu.”

Masalahnya, kecuali beberapa Orang Putih yang sanggup mempelajari berbagai ragam kepercayaan masyarakat Hindi dengan teliti, kebanyakan penjajah Inggeris tidak faham semua ini. “Terlalu banyak Dewa-dewa yang dipuja dan disembah rakyat di benua itu, sampai beribu jenis pun ada! Maka Barat lebih senang melabel mereka semua sebagai penganut agama Hindu, sempena perkataan Hindi yang merujuk kepada benua India juga kumpulan peradaban mereka sedangkan golongan Brahmin pula dianggap sebagai pengamal Hindu kasta tertinggi,” orang tua itu memberi kesimpulan.




Sedutan disambung...



Sebenarnya pada mereka yang betul-betul mengkaji, semua fahaman yang wujud dan pernah wujud di dunia ini berasal daripada satu fahaman atau agama sahaja iaitu agama Tauhid, agama yang mengesakan kewujudan Tuhan yang Satu... Kerana inilah yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul, daripada Nabi Adam ke Nabi Nuh, turun ke Nabi Ibrahim sampai ke Nabi-nabi Bani Israel seperti Nabi Musa, Sulaiman dan Isa sebelum berakhir dengan junjungan kita, Khatamul Anbiya Nabi Muhammad SAW.


Rasyid teringat penerangan yang diberi seorang tua berumur 80 tahun yang hidup di kawasan pergunungan Pahang... Orang yang mula-mula mengajarnya bahawa semua agama di dunia ini tidak kira dari belah mana asalnya adalah agama Islam jua! Kerana fahaman yang betul-betul mengEsakan Allah Subhanahuwata’ala akan menyebabkan penganutnya menyerah kepada aturan Tuhan lalu mencapai kesejahteraan, atau dalam bahasa Arabnya “Salam” sedangkan Islam itu bermakna penyerahan.

Ini boleh dibuktikan, melalui ‘ikrar’ para hawariyun, ‘sahabat-sahabat’ Nabi Isa AS dalam Ayat 52 Surah Ali Imran yang bermaksud:

Tatkala Isa mengetahui kekafiran di antara mereka itu, ia berkata: Siapa yang menolongku kepada Allah? Sahabat-sahabat Hawariyun berkata: Kami menolong Allah; kami beriman kepada Allah dan menjadi saksilah engkau bahawa kami orang Islam.


“Bahagian akhir ayat itu berbunyi: Amanna billahi wa ashada bi anna muslimin” pakcik itu menerangkan dalam satu pertemuan. “Bukankah terang disebutkan di dalam Al-Quran orang-orang ini mengaku di hadapan Nabi Isa dengan bersaksikan baginda bahawa mereka itu Muslim, orang Islam?”

Walaupun terbukti nanti ada di antara ‘sahabat’ ini membuat ‘ikrar’ palsu kerana mengkhianati baginda untuk diserahkan kepada musuhnya tentera Rom sehingga orang Kristian percaya baginda akhirnya mati disalib (orang Islam sejati percaya baginda telah diangkat ke langit, yang disalib adalah pengkhianat baginda), yang penting, dalam ayat Al-Quran ini mereka telah menggunakan perkataan Muslimin sebagai pernyataan mereka telah ‘beriman’ kepada Tuhan. Maka itu ternyata perkataan Islam itu sangat luas pengertiannya untuk mencakupi mereka yang menyerah kepada Allah SWT daripada zaman Nabi Adam AS sampailah sekarang, bukan setakat pengikut Nabi Muhammad SAW sahaja seperti yang selalu diwar-warkan.

“Cuma Syariat iaitu cara perlaksanaan sahaja yang berbeza daripada semasa ke semasa,” dia menambah “Kerana ini boleh berubah mengikut keadaan masyarakat setempat juga zaman. Maka itu telah diturunkan 313 Rasul dan 124,000 Nabi untuk membawa manusia ke dalam agama Tauhid yang sebenar. Cuma kita telah diajar supaya wajib mengenali 25 Rasul.”




Sedutan terakhir...



Apapun, cuma tiga sahaja dicipta untuk diamalkan secara meluas, bukan setakat untuk umat tertentu sahaja. “Pertama sekali Syariat Nabi Adam, kerana baginda adalah bapa segala manusia. Kedua, Syariat Nabi Ibrahim kerana daripada bagindalah terbit semua Nabi-nabi selepas baginda, raja-raja serta pemimpin umat-umat kemudian, juga pecahan bangsa-bangsa besar Arab (daripada isterinya Siti Hajar), Bani Israil yang merangkumi bangsa-bangsa Barat ataupun Eropah (dari Siti Sarah) dan bangsa Jawi (dari isteri ketiga Siti Batturah yang tidak semua orang tahu kewujudannya),” orang tua itu menerangkan. “Yang ketiga dan terakhir, adalah Syariat yang memperbaharui semua yang lain iaitu Syariat Nabi Muhammad SAW. Kerana baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman, Syariatnya sesuai untuk semua umat setiap ketika sampailah ke hari kiamat.”

Maka itu jika diteliti kitab-kitab Melayu lama, agama yang ada disebut wujud sebelum kemunculan Nabi Muhammad adalah Syariat Nabi Ibrahim iaitu agama Islam juga. Cuma untuk membezakan Syariat ini dengan Syariat Nabi Muhammad, wujud satu istilah untuk memanggil pengikut ajaran Nabi Ibrahim sebagai orang-orang Hanifiyah iaitu mereka yang lurus.

Apapun, hakikatnya orang Hanifiyah juga adalah orang Islam kerana mereka mengikut jalan yang lurus dalam penyerahan kepada Allah Ta’ala.


“Bukankah Rasulullah SAW sendiri mengamalkan Syariat Nabi Ibrahim sebelum baginda mendapat wahyu dan menjadi Rasul? Bukankah baginda sering melakukan solat dua raka’at seperti diamalkan sesetengah nenek-moyangnya sebelum turun perintah solat fardhu lima kali sehari dalam peristiwa Isra’ dan Mikhraj?” orang tua itu membuka pemahaman.

Rasyid sekadar mengangguk kepala bersetuju. Sebagai seorang anak pintar yang pernah mengkaji perbezaan mazhab semasa berusia belasan tahun di samping belajar ilmu perbandingan agama atau comparative religion secara self-thought atau sendirian, dia sudah lama memikirkan perkara ini. Cuma, anak muda ini tidak memiliki teman mahupun guru untuk diajak berbincang sehinggalah terjumpa orang seperti pakcik ini nanti.

Hakikat bahawa agama terdahulu adalah Islam juga boleh dibuktikan melalui Surah Ali Imran, melalui wahyu yang yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Madinah untuk menjawab perbalahan orang-orang Yahudi dan Nasrani, Ayat 65-68 yang bermaksud:

Hai ahli kitab, mengapakah kamu membantah tentang Ibrahim sedangkan Taurat dan Injil tiada diturunkan melainkan kemudian daripadanya, apa tiadakah kamu memikirkan? Kamu inilah orang yang membantah hal-hal yang telah kamu ketahui (berkenaan Musa dan Isa), maka kamu membantah hal-hal yang tidak kamu ketahui (berkenaan Ibrahim)? Dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui. Bukanlah Ibrahim itu Yahudi dan bukan pula Nasrani, tetapi ia beragama Hanifah lagi Muslim dan bukan dia dari orang-orang musyrik. Sesungguhnya yang sehampir-hampir manusia kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah wali orang-orang yang beriman.

Malangnya Syariat Nabi Ibrahim kemudiannya diselewengkan daripada landasannya yang sebenar, samada disebabkan kejahilan manusia atau hasutan syaitan yang membawa kepada unsur-unsur syirik . “Maka terbitlah penyembah-penyembah berhala dan pelbagai amalan yang bukan-bukan termasuk apa yang sekarang ini dikenali sebagai agama Hindu. Kecuali para pengikut ajaran baginda yang dapat mempertahankan akidah murni iaitu menyembah Tuhan yang Satu tanpa terpengaruh dengan apa jenis perantaraan yang menyesatkan,” orang tua itu menyimpulkan.




OK. Kenapa saya sertakan sedutan panjang lebar dari siri buku "Berpetualang ke Aceh"? Mula-mula biar disebut sedikit sejarah Masjid Indrapuri. Adapun bangunan kayu masjid yang kelihatan ini dikatakan dibina semasa Sultan Iskandar Muda memerintah Aceh 1607-1636. Maka ia berumur sekurang-kurangnya 370 tahun gitu. Tetapi bangunan zaman Sultan Iskandar Muda itu sendiri dibina atas masjid asal yang sudah wujud lebih lama. Untuk pengetahuan seluruh tapak masjid ini yang dibina dari batu (perhatikan dengan lebih teliti setiap gambar yang ada) asalnya adalah sebuah candi Hindu yang sudah wujud sejak abad ke 12 Masihi lagi!




Menurut ceritanya Indrapuri adalah sebuah kerajaan purba Aceh yang beragama Hindu lalu berjaya diIslamkan oleh para pendakwah yang didatangkan dari keSultanan Perlak dan sekitarnya (kerajaan lama Aceh di Kandang Aceh yang dikatakan muncul awal tahun 1200an Masihi itu juga didirikan oleh orang-orang yang datang daripada Perlak dan sekitarnya). Maka itu candi purba Hindu ini diubah-suai menjadi masjid sejak itu lagi...



Tetapi cerita-cerita juga menyebut bahawa masjid ini cuma dibina di atas bangunan asas candi yang dibina kukuh lagi besar dengan batu. Maka bentul asal tapak candi masih dikekalkan, cuma ditambah sahaja bangunan baru kayu sebagai masjid...





Yang menarik, bangunan masjid yang dibina kemudian nyata begitu selari dengan bangunan asal candi. Ini menunjukkan, candi asal memang dibina menghadap kiblat orang Islam iaitu Ka'abah! Ini tidaklah menghairankan jika kita faham bahawa agama Hindu berasal daripada agama Islam syariat Nabi Ibrahim AS yang kemudian diselewengkan. Oleh kerana Nabi Ibrahim AS dan anakandanya Nabi Ismail AS adalah orang yang bertanggungjawab membina bangunan Ka'abah yang kita lihat sekarang, apalah hendak dihairankan jika syariat asal baginda menyuruh orang beribadat menghadap Ka'abah?

Masjid Indrapuri pernah menjadi tempat Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud ditabalkan Februari 1874 sebelum diturunkan dari takhta oleh Belanda 1903. Hmm... teringat pula Perjanjian Pangkor yang berlaku di Perak 1874, macam ada kena-mengena aje. Biar saya check. Hmm... Sultan Muhammad Daud ditabalkan 28 Februari 1874 sedangkan Perjanjian Pangkor berlaku 20 Januari 1874. Beza sebulan lebih gitu...

OK, sebelum itu semua Sultan Aceh ditabalkan di Masjid Baiturrahman di Banda Aceh. Tetapi Banda Aceh ditawan Belanda Januari 1874, setelah serangan bertalu-talu dibuat penjajah Barat itu sejak perang diisytiharkan mereka ke atas Aceh 1873... atau lebih tepat, Banda Aceh ditawan 24 Januari 1874, selang 4 hari je selepas Perjanjian Pangkor!

Sebab itu Sultan Muhammad Daud terpaksa ditabalkan di luar sini, selepas Sultan sebelumnya mangkat ketika dalam pelarian, Sultan yang meneruskan perjuangan melawan penjajah secara gerila dari dalam hutan-hutan. Sultan baru juga meneruskan perjuangan secara gerila tetapi terpaksa mengalah setelah ahli keluarga baginda juga ahli keluarga orang-orang kuat baginda diculik Belanda. Semasa baginda diturunkan takhta, Sultan Muhammad Daud telah mengamanahkan agar perjuangan membebaskan Aceh diteruskan oleh ulamak terkenal Teungku Chik di Tiro. Kebetulan makam ulamak ini terletak tidak jauh dari Indrapuri, maka ke situlah kami seterusnya dan ini akan diceritakan nanti.

Buat masa ini. lihat gambar-gambar lain Masjid Indrapuri yang telah diletakkan dalam artikel Masjid (mosque of) Indrapuri... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi. Perhatikan betul-betul bagaimana tapak bawah masjid yang dikatakan candi Hindu itu begitu selari dengan bangunan kayu masjid. Sesungguhnya di sini terletak salah satu masjid tertua yang masih wujud jika tidak paling tua pun di Nusantara. Tentunya ada rahsia yang boleh 'ditangkap' oleh mereka yang memahami tanda-tanda. Sekian...

3 ulasan:

Unknown berkata...

duh cuma pendapat aja!

buka

http://id.wikipedia.org/wiki/Jembatan_Adam

hendra gunawan berkata...

Assalamualaikum Wr. Wb
Mohon izin ya, untuk copy photo photo nya untuk blog masjid (http://bujangmasjid.blogspot.com).
terima kasih
wassalamualaikum.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam saudara. Silakan... :]