Gambar Badak sebagai hiasan posting kali ini... Badak sendiri adalah binatang yang innocent, ia tidak membuat apa-apa kesalahan kerana ia cuma seekor binatang yang menurut naluri yang diberi... Sesetengah orang pula suka makan Cucur Badak... Kalau kena cara dan waktu, sedap juga rasanya ... Yang menjadi masalah adalah apabila nama Badak digunakan sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak baik. Contohnya orang yang berkali-kali ditegur tetapi masih tidak faham dan tidak mahu mendengar... Maka boleh dikata dia itu Pekak Badak... Kalau orang tak tahu malu, kita boleh kata kulit dia tebal macam kulit Badak.
Kesimpulannya, jangan suka MEMBADAKKAN orang... Jangan jadi orang yang asal ada peluang sahaja menyelit di sini, kalau boleh mahu menyebut orang ini BADAK, orang itu BADAK, raja-raja itu keturunan BADAK dan sebagainya, kononnya mahu menyebut perkara yang "betul" daripada website-website di seberang...
Salam semua.... Sukacita dimaklumkan semalam saya telah kembali daripada Raub ke Kuala Lumpur. Kemudian saya ke Mid-Valley Megamall kerana teringin hendak menonton wayang cerita Three Kingdoms. Lewat malam saya pun kembali ke Kajang...
Di sini saya ingin menyentuh sesuatu keadaan yang berlaku beberapa hari kebelakangan... Akibat gangguan yang saya lihat terus-menerus berlaku di
chatbox oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, timbul rasa marah lalu diluahkan dalam
posting bertajuk
Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat! yang dibuat 2 hari lepas.
Ternyata komen-komen yang timbul menjadi panas. Pagi tadi ketika saya masih terlantar di pembaringan akibat kepenatan mengembara 3 minggu ini, seorang teman telah menalifon lalu memberitahu isi komen terbaru... Katanya daripada orang yang tidak memakai nama atau dalam blogspot akan disebut sebagai Anonymous.
Saya akui bahawa 2-3 hari ini kemarahan saya jadi memuncak melihat apa yang berlaku di chatbox walaupun saya sendiri jarang masuk kecuali untuk memantau keadaan sahaja... Walaupun ia sebenarnya tidak melibatkan saya kerana kata-kata yang dituju adalah berkenaan orang lain, sebagai pengendali blogspot ini yang ingin suasana berinteraksi sentiasa harmoni, saya rasa tidak ada gunanya lagi menunjukkan kesabaran dan menggunakan kata-kata lembut ketika orang lain asyik sibuk "mencucuk" orang sana-sini dengan cara-cara yang membangkitkan kemarahan ramai...
Hasilnya jadilah posting tersebut lalu timbul komen-komen tertentu di dalamnya. Mendengarkan komen terbaru awal pagi tadi, timbul rasa kesedaran, saya juga telah terjebak dalam arus kemarahan lalu terkeluarlah kata-kata dengan nada yang tidak sepatutnya keluar daripada orang seperti saya...
Mungkin manusia yang memakai nama Anonymous ini adalah seorang pemerhati luar dan berkecuali yang jujur mahu memperbaiki keadaan. Mungkin dia betul-betul ikhlas mahu menolong memperbaiki diri saya daripada kekurangan-kekurangan diri yang jadi menonjol dalam keadaan marah. Maka itu saya terima dan sedia mengaku kesalahan...
Kemudian saya lihat timbul lagi komen-komen seterusnya daripada Anonymous. Lepas satu datang lagi satu... Gayanya seperti tidak puas hati komennya yang awal belum lagi dijawab. Mungkin dia tidak terfikir, bukan kerja saya hendak menghadap komputer setiap masa untuk memastikan diri saya kelihatan sentiasa bagus di kacamata orang ramai. Mungkin dia tidak sedar, selama ini saya dalam pengembaraan dan pagi tadi saya masih terlantar penat di pembaringan...
Tetapi begitulah adat orang yang cuma tahu mementingkan diri sendiri sahaja, dia mahu orang lain terus memberikan perhatian terhadap setiap kata-katanya tanpa memikirkan keadaan orang itu, samada sedang penat, sedia bercakap dan sebagainya... Fikirnya cuma diri sendiri, tak perlu pedulikan masalah serta kesusahan orang lain...
Seterusnya, komen-komen yang diberi kelihatan semakin terang seperti mahu menyerang peribadi. Jika komen awal pagi itu mungkin kelihatan jujur mahu memperbetulkan kesilapan saya, komen-komen seterusnya semakin nampak sebagai satu usaha untuk menjatuhkan nama serta kredibiliti saya.
Mungkin saya silap menilai tetapi rasanya anda semua boleh membaca sendiri... Seperti mana seluruh warga chatbox ini boleh melihat kerenah orang-orang tertentu sebagai mengganggu, dia sahaja yang masih keras kepala tidak mahu memperbaiki kesilapan diri sendiri!
Saya perhatikan sekali lagi... Nampaknya Anonymous ini adalah orang yang sama dan rasanya seorang saudari... Dan nampaknya ia bertungkus-lumus mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang berlegar beberapa hari ini... Isu sebenar iaitu jangan ganggu lagi keharmonian di chatbox, mahu dialihkannya supaya saya sebagai pengendali blogspot ini yang mahu mempertahankan keharmonian berinteraksi pula kelihatan sebagai seorang yang buruk, lagi suka marah-marah.
Maka itu biar dinyatakan... Saudari Anonymous... Berhentikanlah perbuatan itu... Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kalau masih tidak senang dengan kata-kata saya , jangan masuk lagi ke blogspot ini lagi. Senang bukan? Kenapa masih beriya-iya untuk meluahkan rasa sambil mengutuk saya? Apakah untuk memberi gambaran bahawa di blogspot ini kononnya ada ramai peminat MEMBADAKKAN orang sedangkan hakikat sebenarnya telah pun terserlah... Bahawa kami tidak menerima teori BADAK?
Kalau mahu bercerita tentang sufi pula sepertimana taraf tinggi yang ada rasa anda miliki itu, banyak lagi tempat yang hebat-hebat. Saya memang bodoh dan tidak tahu apa-apa. Kalau mahu bercerita tentang BADAK juga ada website-website para pencinta BADAK. Bila-bila masa sahaja anda boleh ke sana dan memperbaharui hubungan silaturahim antara BADAK...
Lalu kenapa kamu mahu terus berkata-kata di sini sehingga mahu menyamar lagi? Apakah supaya semua orang menyangka, sifat kamu yang suka berkata-kata secara semberono itu mendapat sokongan orang lain? Hentikanlah! Sesungguhnya, semua orang di chatbox ini tidak suka akan usaha-usaha MEMBADAKKAN orang, kecuali JUARA BADAK yang tidak sedar diri!
Beginilah, baik JUARA BADAK, baik Anonymous (kalaupun Anonymous ini bukan JUARA BADAK), kalau tidak suka dengan saya dan cara kami berinteraksi di sini, ada banyak lagi tempat lain anda boleh bertandang... Pandai-pandailah anda membawa diri di sana. Ingat, ini adalah BLOGSPOT SAYA... SAYA ADA HAK UNTUK MENENTUKAN ADAB BERBICARA DAN ARAH-TUJU PERBINCANGAN DI SINI!
Biarlah kami di sini, terutama saya yang penuh dengan sifat mazmumah ini terus jahil tanpa bimbingan anda (satu atau berdua sama sahaja sifatnya rupanya)... Kalau betul anda tahu Tasawuf dan lagi tahu mengawal sifat marah, keluar sahaja daripada sini.
Tak perlulah beri apa-apa komen lagi untuk "membuktikan" betapa "sucinya" hati anda mahu mengajar orang tentang Tasawuf dan sebagainya. Sesungguhnya kehadiran terus-menerus anda di sini cuma membuktikan anda tidak mahu mengaku salah dan kalah lalu anda serang semua orang dan anda kata orang-orang itulah yang penuh dengan kekurangan.
Saya lainlah, ini memang blogspot saya... Sukahati sayalah apa yang hendak dikata... Sepertimana anda ada hak untuk menentukan segalanya di dalam rumah anda sendiri, begitu juga saya! Setakat ini saya sudah begitu toleran atas pelbagai kerenah orang kecuali yang mengganggu-gugat keamanan...
Di sini saya rasa ingin
copy and paste balik komen terakhir saya yang dibuat dalam artikel
Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat! , kiranya komen ke 18 di sana. Harapan saya semoga semuanya kembali harmoni selepas ini... Komen yang dibuat sebelum menyedari betapa ciri-ciri Anonymous itu serupa betul dengan ciri-ciri Juara Badak, walaupun bahasa Anonymous kelihatan lebih beradab. Sekian! :]
Wassalam dan terimakasih atas komen-komen terbaru ini. Untuk adik Mike Zanon, kan elok memperkenalkan diri begitu... Maka lebih senanglah berinteraksi. Begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pendatang baru di chatbox, perkenalkan diri dan perhatikan dahulu perbincangan orang, jangan terus buat terjahan. Perkara ini bukan perlukan ilmu sufi, cuma adab biasa dalam pergaulan. Kurang beradab menerjah apalagi apabila suasana menjadi panas akan menerbitkan keadaan yang kurang selesa.
Saya akui kelemahan saya dalam hal ini... Ya, bukan senang hendak menghilangkan sifat-sifat mazmumah. Saya akui saya masih ada sifat pemarah. Mungkin saudara Anonymous telah berjaya menghilangkan segala sifat-sifat mazmumah, Alhamdulillah. Diakui saya sebenarnya tidak ada apa-apa pencapaian... Contoh yang diberi tentang kata-kata orang tentang diri saya itu cuma sekadar perbandingan untuk difikirkan, bahawa walaupun daripada satu segi apa yang saya buat dan lalui sudah diiktiraf orang tertentu, hakikatnya saya masih tiada apa-apa.
Cuba ambil daripada sudut positif, bukan sudut kemarahan hati sendiri yang terus mahu menyatakan saya berbangga diri kerana diri itu sendiri sebenarnya yang tidak puas hati dengan nada interaksi kali ini... Umur saya yang 38 ini tentu tiada apa-apa bagi mereka yang dah berumur 60, 70 dan sebagainya... Pengembaraan saya yang "luaran" ini mencari salasilah tentu tiada apa-apa bagi orang yang sudah "sampai" serta amat tinggi pencapaian Tasawufnya. Dan memang hakikatnya saya bodoh, masih tiada apa-apa maka itu kelihatan begitu teraba-raba...
Ambil daripada sudut positif dan kamu akan lihat perbandingan, jika saya yang ada ijazah Mathematics daripada London dan pengalaman sebagai wartawan akhbar terkemuka dengan kenalan di tempat2 tinggi, telah pergi mengembara ke sana-sini mengalami pelbagai perkara (dan untuk menekankan betapa bangga dirinya saya ini seperti yang mahu dicanang saudara Anonymous beberapa kali, ya, saya telah berjumpa ramai dan bermacam-macam guru dalam pengembaraan tetapi selalunya saya cuma ceritakan cuma bab perkelanaan sahaja) pun tiada apa-apa dan hakikatnya tetap bodoh jua, inikan lagi seseorang yang hidupnya seperti katak di bawah tempurung dengan pergaulan dan pendedahan yang terbatas lalu mengharapkan informasi sekadar daripada pembacaan dan dunia Internet, itupun melalui website-website "terpilih" iaitu cuma menurut selera sendiri sahaja tanpa melihat perbandingan daripada sudut kajian orang lain. Yang pasti dari sudut sufi, kita semua ini bodoh belaka, yang pandai cuma Allah jua...
Ah... Sekali lagi kelihatan riak dan bangga diri saya ini yang amat sangat. Untuk menekankan suatu perkara, maka terdedahlah segala pekung dan sifat saya yang bodoh penuh mazmumah ini... Memang dosa saya terlalu banyak maka beginilah jalan kehidupan saya. Jadi terimakasih sekali lagi atas ingatan yang berkali-kali itu.Insyaallah saya usaha perbaiki kelemahan itu.
Tetapi isu sebenar yang menyebabkan meletus lalu tertonjollah kebodohan saya di sini untuk dilihat seluruh warga jagat raya adalah bukan tentang diri saya atau apa-apa keinginan untuk diiktiraf atau membangga diri. Isu sebenar adalah keharmonian berinteraksi untuk warga-warga chatbox ini. Dalam melihat perkembangan terbaru sejak kebelakangan ini, saya sering melihat interaksi di chatbox terganggu akibat ada pihak yang mahu sangat menekankan pendapatnya... Banyak kali dengan cara terjahan dan kasar sehingga menjengkelkan semua orang lain.
Setelah berkali-kali begitu juga keadaannya, timbullah rasa marah, marah kerana melihat blogspot yang saya usahakan jadi tempat orang berteduh yang hampir sefahaman ini (ya, mereka yang tidak sefahaman boleh sahaja memilih untuk berteduh di tempat lain, jangan buat kacau di sini)ini ada masanya kelihatan kucar-kacir... Lalu dalam kemarahan itulah akhirnya timbul cara teguran yang keras sehingga ternyata sungguh betapa hina dan jijik sifat saya sebenarnya...
Lihat sendiri dalam artikel di bawah artikel ini iaitu artikel bertajuk "Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]"... Walaupun saya tidur di Hotel Wali di bilik VIP, hakikatnya saya tidur dengan kepala saya berada di sebelah jamban... Maka maknanya memang saya kepala taik... Maka tidak perlu sangat saudara Anonymous cuba menilik-nilik diri saya kerana sudah ternyata saya adalah kepala taik...
Apapun itu adalah keburukan saya. Yang saya tak mahu adalah perbincangan di chatbox jadi buruk akibat orang-orang yang tidak tahu menghormati bahawa di blogspot ini adalah tempat bertandang orang-orang yang walaupun latar-belakangnya mungkin berbeza-beza dan tempat duduk masing-masing jauh tetapi terpanggil dengan tujuan yang serupa...
Usah bercerita sangat tentang pencapaian tasawuf yang tinggi-tinggi. Di luar sana, di forum-forum dan blogspot-blogspot yang bersepah di merata sudut alam Cyber, banyak lagi pihak sedang mencanangkan kehebatan pengajian masing-masing serta betapa mereka telah "sampai" kepada matlamat Sufi lalu bertungkus-lumus mahu mengangkat diri menjadi guru kepada orang lain.
Berbanding dengan itu semua, di sini perbincangannya lebih senang. Di sini, kami mengakui akan kelebihan dan peranan darah keturunan Ahlul Bait, bukan untuk membanggakan diri (walaupun sebagai insan yang lemah, seringkali terkeluar juga kata-kata yang mungkin menunjukkan sifat bangga diri) tetapi untuk menyambung silaturrahim demi menghadapi cabaran yang bakal mendatang akhir zaman.
Fahamilah ini, nescaya segala interaksi akan jadi lebih selesa dan senang. Yang difikirkan adalah keharmonian ramai, bukan "keunggulan" atau "ketrampilan" mana-mana orang perseorangan.
Tentang saya bercerita tentang pengalaman saya, itu sudah tentu kerana ini adalah blogspot saya... Nama pun blogspot...
Fungsi asal sesuatu blogspot adalah membuat log perjalanan kehidupan seseorang juga menyatakan buah fikirannya... Inilah diari perjalanan saya di mana saya sendiri dapat menatap apa yang pernah dilakukan untuk apabila mahu mengimbas dan mengambil iktibar nanti selain mahu mengingati apa yang telah berlaku pada sesuatu ketika.
Banyak lagi pengembaraan telah saya lakukan masa lalu sejak kecil lagi tetapi tidak direkod lalu ia hilang begitu sahaja.
Sesungguhnya sebagai seorang kepala taik yang banyak berdosa, perjalanan hidup saya yang sedikit pelik susah mahu diterima keluarga yang mahu saya menggunakan ijazah, kenalan, contact dan pengalaman untuk berbuat sesuatu yang lebih diiktiraf umum... Sepertimana cerita Sufiah Yusof di England (walaupun saya tidak sepandai dia), menurut mereka yang tahu tentang kebolehan saya sejak kecil, sepatutnya saya sudah menjadi seorang jutawan dengan pangkat tinggi di persada tanahair. Sebaliknya saya cuma seorang duda yang tidak punya harta apa-apa, kereta dan rumah sendiri pun tiada... Selalu pula keluar mengembara ke tempat-tempat mengarut seperti makam-makam lama...
Dalam usia 38, sesetengah kenalan sebaya saya adalah pengarah-pengarah tertinggi syarikat-syarikat multinasional serta angkatan politikus muda yang menggegarkan negara. Saya tidak mahu semua itu, yang saya mahu seperti ditekankan dalam buku-buku saya juga sesekali ketika bercerita di blogspot ialah saya terlalu inginkan damai rumahtangga sebenar yang saya panggil home sweet home... Kemudian Insyaallah, dapatlah saya menjalankan apa yang saya rasa patut walaupun orang lain terutama keluarga mungkin tidak akan faham sampai bila-bila...
Saya tidak ada apa-apa untuk ditunjuk kecuali sedikit buku dan blogspot-blogspot saya... Bukannya saya perlu apa-apa untuk menunjuk tetapi sebagai insan biasa yang lemah dengan fitrah masih sayangkan keluarga, saya mahu juga mereka nampak bahawa apa yang saya lakukan selama ini bukanlah membuang segala kelebihan dan kebolehan yang diberi oleh Tuhan.
Dengan adanya blogspot-blogspot yang merekodkan perjalanan saya ini, maka sekurang-kurangnya ternyata kepada mereka betapa apa yang saya lakukan ini tidak sia-sia semata kerana 1... Nampak lebih jelas apa yang telah saya lakukan dan 2. Ada orang lain yang membacanya lalu dapat dijadikan ilmu yang berfaedah untuk semua.
Maka untuk sesiapa yang mungkin terasa di luar sana, usahlah sibuk mencari hujah untuk menyedapkan hati sendiri seorang... Kalau saya mahu menyedapkan hati saya sendiri, sudah tentu boleh kerana ini adalah blogspot saya... Maka sememangnya saya ada hak untuk berkata-kata apa yang saya mahu. Tetapi sekali lagi diingatkan, segala kata-kata bodoh yang keluar daripada diri saya yang lemah beberapa hari kebelakangan ini dibuat untuk menjaga keharmonian interaksi warga chat-box di sini. Sesungguhnya dalam keharmonian mereka berinteraksi, saya dapat menumpang selesa bersama... Dapat juga menumpang rasa "berkeluarga" sementara menunggu home sweet home saya tiba.Sekian! :]