Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, November 05, 2014

Misi HIKMAH Pagoh - Berkat 10 Muharram surat kebenaran pun diperolehi!



Tengah hari Isnin 3 Nov 2014. Saya meninggalkan rumah ibu bapa bersedia untuk kembali ke rumah sendiri. Tetapi sebelum itu harus singgah di Pejabat Kadi Daerah Muar untuk maklum balas tentang permohonon mendapatkan kebenaran untuk mengadakan majlis ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kampung Raja, Pagoh 8 November ini. Oleh kerana ketika itu waktu rehat tengah hari saya pun berjalan-jalan di sekeliling bandar Muar. Timbul rasa untuk melihat sekolah rendah lama saya...


Banyak kenangan membesar di sekolah ini dari Darjah 1 tahun 1977 hingga Darjah 6 tahun 1982. Kelihatan di sini kelas lama saya ketika Darjah 1. Entah dah jadi bilik apa entah? Lihat artikel A nostalgic look at my old primary school in Muar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu saya menuju ke kawasan peranginan Tanjung Emas tidak jauh dari masjid jamek dan pejabat kadi yang merupakan pejabat agama. Tergerak pula untuk melihat sebuah pokok besar tempat suka bermain dan memanjat dahulu. Lihat The big tree which used to be my favourite playground.


Di pokok ini, dari atas dahan yang kelihatan inilah seorang kawan pernah jatuh lalu koma 2 minggu. Perkara ini ada diceritakan dalam novel trilogi "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007. Lihat sedutan pada artikel MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang....


Saya bersolat dahulu di masjid jamek kemudian berehat sebentar sebelum ke pejabat kadi. Alhamdulillah, pada hari itu, hari Asyura, 10 Muharram saya mendapat surat kebenaran untuk meneruskan acara ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin.


Lega sungguh rasa. Tapi biar surat itu dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) selepas ini ya.


Dengan itu bolehlah saya kembali ke rumah dengan senang hati. Sebelum itu ada tempat yang mahu disinggahi. Saya pun mengambil jalan lama masuk ke Melaka.


Mula-mula singgah di sini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Sempang, Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ini diikuti ziarah ke makam Sultan Ali di Umbai.


Kemudian berhenti di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Alai, Melaka.


Persinggahan seterusnya adalah di Hang Tuah Centre atau Perkampungan Hang Tuah untuk berjumpa seorang kawan.


Selepas berehat di Masjid Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong saya berjumpa kawan lain di MITC, Ayer Keroh. Singgah pula di masjid sana. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Alami, MITC, Melaka.


Tinggal satu lagi tempat mahu diziarahi sebelum hari gelap dan tamat 10 Muharram. Inilah tempatnya. Lihat Masjid Cina Negeri Melaka (Chinese mosque of the state of Melaka). Selepas itu baru menuju terus ke rumah... 



No comments: