Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, August 24, 2010

Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Ke tasik 4,000 kaki tinggi dari paras laut dan satu bab mengenai penipuan degil Batak

Assalamualaikum semua. Malam ini sudah masuk 15 Ramadhan, masuk setengah bulan kita berpuasa. Pada tarikh ini lahirlah Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW ke mukabumi. Maka biar disambung penceritaan dari artikel Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Menjejak kegemilangan Samudera-Pasai ... disambung dengan santai kerana itulah keadaan yang berlaku ketika itu...

Apa yang berlaku, selepas menziarahi makam-makam di tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai Jumaat 29 Januari 2010, kami pun mengorak langkah kembali ke Banda Aceh. Sejurus meninggalkan tapak kami mendapat panggilan telefon daripada Kak Ann, orang yang pernah menaja perjalanan dan penginapan saya dan isteri di Aceh Jun 2009. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....


Kak Ann yang ketika itu sedang berada di satu tempat tinggi mahu berjumpa lalu meminta kami ke sana. Kami pula memang teringin untuk ke tempat yang dimaksudkan, cuma jadual padat menyebabkan kami menyimpan hajat, mungkin akan ke sana untuk lawatan yang lain. Memandangkan Kak Ann sudah pun mengajak elok juga kami pergi. Di atas adalah klip video ringkas perjalanan naik pergunungan. Lihat juga artikel The road uphill to an Aceh highland... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Isteri tersenyum lebar apabila saya bersetuju untuk naik. Maklumlah, hajat untuk ke tempat itu sudah tersimpan lama sejak terlihatnya dari atas kapalterbang ketika ke Aceh Jun 2009. Al-Rasyid pula tak tahu apa-apa. Ketika kami ke Aceh dahulu, dia masih 6 bulan dalam perut ibu...

Dipendekkan cerita kami pun sampai ke tempat yang dimaksudkan...



Lihat video klip untuk mendapatkan gambaran...


Cukuplah disebut keadaan cukup nyaman. Maklumlah, tasik yang ada terletak pada ketinggian sekitar 4,060 kaki dari paras laut, lebih tinggi dari puncak Gunung Jerai di Kedah, lebih 1,000 kaki tinggi dari Danau Toba yang lebih terkenal. Lihat Enter Takengon and the highland fresh water lake Danau Laut Tawar.

Beginilah keadaan tasik dilihat dari atas kapalterbang lebih setahun lalu. Lihat The flight to Aceh.... Dalam perjalanan pergi dan balik ke Aceh penghujung Januari 2010 juga perjalanan seterusnya penghujung Februari tasik tidak dapat dilihat kerana diliputi awan tebal.
Oh, merujuk pada apa yang telah diperkatakan di ruangan komen pada artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa?. Ini ada satu nota untuk mereka-mereka yang teringin sangat mahu membesar-besarkan legasi Batak sehingga terus mahu menganggu apa yang dipersembahkan di blogspot ini. Mula-mula biar dicopy and paste jawaban saya dalam ruangan komen sebagai reaksi kepada satu dakwaan yang dangkal, dakwaan yang bertujuan menyatakan Sultan Malikus Salih kononnya berketurunan Batak Gayo. Hmm... nampaknya mood harus beralih dari santai ke agak serius...

Bab Merah Silu dikatakan Batak Gayo... itu sebenarnya dakwaan pihak Batak yang diambil daripada buku "Pongkinangolngolan Sinambela gelar Tuanku Rao" tulisan Mangaradja Onggang Parlindungan terbitan Penerbit Tandjung Pengharapan tahun 1964. Isi buku ini telah pun disanggah Prof Hamka dalam satu seminar tahun 1960an juga dengan sebuah buku tulisannya bertajuk "Tuanku Rao : Antara fakta dan khayalan". Kata Hamka, buku Batak itu 80 % bohong dan khayalan. Namun saya ambil bab mengenai Dinasti Al-Kamil untuk difikirkan kembali kerana setakat yang saya jumpa itulah satu2 sumber yang ada menyebut tentang Sultan yang meninggalkan Bandar Khalifah ke Aceh lalu berhijrah ke Muar.

Biar ditegaskan sekali lagi, dakwaan bahawa Merah Silu kononnya adalah keturunan Batak Gayo adalah bohong. Mangaraja Parlindungan sampai menyebut Merah Silu mukanya bertatu (tatoo) dan suka makan cacing. Itu adalah PEMBOHONGAN BATAK yang sangat besar, pembohongan yang didukung oleh penjajah dan pendakwa Kristian yang mahu merosakkan perpaduan Islam di Sumatera, tidak sekali2 disokong orang Batak yang Islam.

Masalahnya Batak pembohong tetap mahu merujuk pada dakwaan ini yang disebar-luas dalam blog2 pro-Batak, kononnya inilah hasil kajian ilmiah. Kenapa tak dirujuk juga kepada sumber lain seperti catatan Ibnu Batutah tentang peribadi Sultan Malikul Zahir yang merupakan anak atau cucu Sultan Malikus Saleh? Mengapa tidak merujuk pada nasab Raja-raja Perlak yang menyatakan Malikus Saleh sebagai keturunan Raja2 Perlak iaitu keturunan bangsawan Arab campur Persia?
OK. Diakui orang Batak juga memiliki tamadun yang tersendiri. Mereka sudah wujud beribu tahun di Sumatera sehingga memiliki huruf dan aksara sendiri dan pada saya dari segi ini ada persamaan dengan bangsa Bugis lalu saya terfikir, apakah mungkin Batak dan Bugis sama-sama berasal daripada warisan kerajaan Saba' milik Ratu Balqis yang pernah menguasai bumi Nusantara? Menurut orang tertentu, ketika itu bumi Nusantara ini terletak di hujung Semenanjung Arab. Sebab itu antara banyak cerita-cerita dongeng binatang seluruh dunia, setakat yang saya tahu cuma dongeng orang Melayu sahaja ada menyebut tentang Raja Sulaiman dan bagaimana baginda dijadikan rujukan apabila ada pertikaian antara binatang.
Sebab itu juga dunia Eropah, tamadun Yunani dan sebagainya pernah menyebut tentang Eden atau Garden of Eden (Taman seperti syurga di Eden) di mana terdapat pohon-pohon buahan yang rendang dengan sungai-sungai mengalir di bawahnya. Lalu mereka cuba mencarinya di hujung benua Arab sehingga timbul nama Eden atau Aden di Yemen. Namun di sana tidak terdapat mana-mana tempat dengan pohon-pohon rendang buah-buahan serta sungai-sungai mengalir. Yang ada ciri-ciri ini ialah di Alam Melayu Nusantara... akibat sesuatu yang berlaku selepas zaman Nabi Sulaiman AS, ia telah beralih ke bumi sebelah sini, satu fakta yang tentunya tidak dapat diterima pemikiran moden berdasarkan ilmu geologi dan geografi.
Apapun, saya cuma hendak menyebut bahawa ada kemungkinan bangsa Batak adalah tinggalan daripada bahagian kerajaan Saba' yang ada di Sumatera. Saya juga tidak menolak kemungkinan mereka boleh jadi satu cabang Bani Israel yang hilang ataupun The Lost Tribe dan saya tahu ada pihak yang percaya dengan ini sehingga merasakan itulah 'rahsia besar' tentang keturunan Batak. Namun ketahuilah, betapa besar pun legasi sesuatu kaum zaman dahulu, ia tidak akan dapat menandingi kedudukan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW untuk akhir zaman. Baik keturunan Iskandar Zulkarnain, Nabi Sulaiman mahupun Ratu Balqis, baik Bani Israel yang pernah melahirkan ramai Rasul dan Nabi, selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW semuanya harus memberi jalan kepada keturunan Ahlul Bait kerana itulah perancangan Allah untuk waktu-waktu ini.
Oleh itu saya menolak langsung dakwaan pihak pro-Batak bahawa Sultan Malikus Salih kononnya berketurunan Batak. Ini bukanlah penghinaan kepada Batak tetapi sekadar satu penegasan. Kalau mahu menghina Batak saya boleh menyebut FAKTA bahawa Teluk Batik di Lumut, Perak tu asalnya bernama Teluk BATAK... kerana di situlah orang-orang Batak pernah dijual-beli sebagai hamba abdi. Saya boleh juga menyebut Kampung Batak Rabit di Teluk Intan itu mendapat nama apabila hamba-abdi kepada nenek-moyang saya cuba lari lalu ditangkap dan dirabit telinga. Penghinaan yang sebenar dilakukan apabila pihak pro-Batak bukan sekadar mendakwa Sultan Malikus Salih kononnya Batak... malah muka baginda dikatakan bertatu (tattoo) dan suka makan cacing. Penghinaan ditambah apabila cerita-cerita Batak yang diambil dari karya bohong dan khayal (rujuk komen di atas) seorang Batak bernama Mangaradja Onggang Parlindungan menyebut, apabila angkatan Samudera-Pasai mengalahkan sebuah kerajaan (Bandar Khalifah kalau tak salah ingatan), orang-orang Sultan Malikus Salih atau Merah Silu berpesta makan daging manusia dengan disaksikan Laksamana Ismail As-Siddiq tanpa membantah (jawatan ini versi Batak sedangkan mereka yang mengkaji, apalagi dengan matahati bersuluh ilmu Tasawuf tahu yang disebut ini adalah Sheikh Ismail dari keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani).
Cerita-cerita versi Batak tentang apa yang berlaku di Sumatera telah pun ditolak lebih 40 tahun lalu oleh cendekiawan besar Profesor Hamka apabila Mangaradja Onggang yang menulis buku "Pongkinangolngolan Sinambela gelar Tuanku Rao" diminta Hamka memberikan hujah tentang apa yang ditulisnya dalam buku. Namun dia tidak dapat menjawab kecuali cuba menepis isu dengan memberikan alasan seperti sumber-sumbernya telah terbakar dan sebagainya. Manakan tidak, si Onggang ini sampai mendakwa bahawa pahlawan nasional Indonesia yang amat terkenal,Tuanku Rao yang pernah berjuang melawan penjajah Belanda selain kuat berdakwah menyebarkan Islam kononnya adalah anak haram hasil sumbang mahram seorang saudara Raja Sisingamangaraja X (raja kebanggaan Batak) dengan seorang anak saudara. Maka jadilah fitnah besar... seorang ulamak berwibawa dikatakan anak haram sumbang mahram dan menurut satu pihak ini dilakukan kerana satu... mahu menghina para pendakwah Islam (apalagi buku itu turut menyebut sumber dari seorang pegawai Belanda bernama Poortman) dan kedua, mahu mengatakan Raja Batak yang kuat ilmu batin serta kebal itu cuma dapat dikalahkan oleh seorang putera Batak juga, malah putera anak haram.
Disebabkan cerita-cerita sebeginilah Hamka akhirnya menyebut isi buku si Onggang ini sebagai 80 % bohong dan khayal. Namun setelah hampir 40 tahun kemudian buku ini diterbitkan kembali dan dengan pantasnya isinya disambar blog-blog pro-Batak yang semakin galak membuat dakwaan entahlah atas pembiayaan atau galakan siapa. Yang pasti ia seolah-olah mahu 'mendaulatkan' kembali kaum Batak yang bukan Islam. Apalagi kaum Batak Kristian memang digunakan sesetengah pihak terutama penjajah Belanda untuk menolak dan meminggirkan penguasaan Islam ke atas Pulau Sumatera.
Janganlah hairan jika faktor yang sama digunakan oleh puak pemerintah Indonesia yang pro-Jawa apalagi oleh mereka yang mengamalkan ajaran Kejawen yang membesarkan Islam batin konon lalu tidak perlu berpuasa dan bersolat, boleh pula berkahwin campur dengan yang bukan Islam. Mereka-mereka ini cukup takut jika ajaran Islam sebenar naik di Sumatera, tempat terawal menerima Islam di Nusantara lalu cukup suka jika raja besar Islam seperti Sultan Malikus Salih dapat diturun-taraf menjadi seorang Batak bertatu pemakan cacing. Namun saya sendiri tidak menolak seratus-peratus apa yang disuakan dalam buku karangan Onggang. Misalnya cerita Dinasti Al-Kamil menjadi asas kepada pencarian saya dalam membuka misteri di sebalik cerita dalam kitab Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman kerana merupakan satu-satunya sumber yang saya jumpa setakat ini ada menyebut tentang penghijrahan seorang raja dari Aceh membuka kerajaan di Muar.
Apa yang tertulis dalam buku mengenai Tuanku Rao itu walaupun mengandungi banyak fitnah dapat juga memberikan petunjuk kepada apa yang terjadi kepada cucu Sultan Malikus Salih (menurut Hikayat Raja-raja Pasai cucu ya, bukan anak) iaitu Sultan Malikus Mansur. Di kala cerita mengenai Malikul Mansur dan keluarga terdekatnya hilang selepas baginda mangkat di satu tempat dipanggil Padang Maya, buku ini dapat meneruskan kisah. Benar atau tidak itu boleh dikaji lebih mendalam. Sekurang-kurangnya nama Malikul Mansur tidak hilang dan melalui nama-nama raja-raja yang dikatakan menerajui kerajaan Aru-Barumun seperti tersebut dalam buku itu saya dapat menjejak bagaimana keturunan baginda yang 'hilang' dapat kembali menjadi raja-raja di kerajaan Aceh.
Namun untuk mengatakan Sultan Malikus Salih itu Batak apalagi pemakan cacing? Nauzubillah. Ini satu fitnah besar terhadap seorang Ahlul Bait bertaraf raja wali. Mungkin ya, baginda pernah memerintah kerajaan Batak. Kajian peribadi saya menunjukkan bagaimana orang berketurunan Arab Quraish boleh masuk ke kawasan hutan pendalaman lalu diangkat menjadi ketua sehingga dikenali sebagai Raja Orang Asli. Namun baginda sendiri bukanlah Orang Asli. Di kala rakyatnya berkulit hitam berambut keriting berhidung pesek (ini bukan penghinaan tapi satu kenyataan), raja, keluarga terdekat dan bangsawan pula berkulit putih merah, hidung mancung, berambut perang. Sebagai contoh biar disebut tentang orang yang saya panggil Opah, almarhum Opah, ibu mertua kepada seorang makcik saya. Beliau berasal dari keturunan Mandailing, dari marga atau keluarga Rangkuti yang pernah berperanan besar dalam perang saudara di Selangor sebelum berhijrah menjadi bangsawan di Perak.
Mereka yang terlalu membanggakan Batak tentu dengan pantas akan memotong.... ah, Mandailing ini asalnya orang Batak... tetapi bila dah masuk Islam terus mengaku Melayu, malu nak mengaku Batak. Mungkin benar Mandailing itu Batak masuk Islam, mungkin juga TIDAK. Yang pasti apabila dilihat salasilah besar keluarga Rangkuti, akhirnya moyang teratas adalah Saidina Ali Karamallahuwajha... dan keluarga Rangkuti itu adalah anak cucu cicit baginda dari seorang isteri lain, bukan Sayiditina Fatimah binti Rasulullah SAW. Nah. Apakah Saidina Ali itu orang Batak? Tentu bukan kan? Cuma orang fanatik sahaja yang mahu terus bertegas dengan dakwaan bohong. Sepertimana Yahudi dan Bani Israel pernah mendakwa Nabi Ibrahim AS adalah dari kalangan mereka walhal Nabi Ibrahim telah wujud jauh sebelum ada bangsa Yahudi mahupun Bani Israel.
Berbalik pada soal Sultan Malikul Salih... maka ada kena-mengena juga dengan bahagian awal artikel ini tentang saya, isteri, anak dan teman naik ke kawasan pergunungan di mana terdapat tasik besar tinggi. Kawasan ini memang diketahui adalah kawasan orang Gayo, kiranya kaum Orang Asli di Aceh. Cumanya orang Gayo ini bukanlah hidup dalam hutan di pondok-pondok menyumpit binatang dan sebagainya tetapi hidup moden seperti kita-kita juga. Malah mereka amat kuat pegangan Islam. Namun biar kita beri peluang kepada orang pro-Batak, biar kita terima kata-kata mereka bahawa orang Gayo adalah dari suku Batak tanpa banyak soal...
Maka tersebutlah akan satu kerajaan lama Batak Gayo yang dipanggil Linge, rajanya ada memegang sebentuk cincin permata dan sebilah pedang yang diterima dari seorang Sultan Perlak bernama Mahmud Syah (memerintah 1012-1038 Masihi). Tapaknya masih ada di Linge, selatan sikit dari tasik air tawar yang terpapar di sini . Tentunya sebagai kerajaan terbesar kebanggaan kaum Batak Gayo seharusnya ia meliputi kawasan yang luas termasuk tasik tempat kami bertandang bukan? Kerajaan ini dikatakan didirikan oleh seorang raja bernama Adi Genali (atau Kik Betul) tahun 1025. Baginda dikatakan anakanda kepada Merah Mege yang mewarisi kerajaan Isak Gayo daripada ayahandanya Merah Malik Masir (Mesir) sedangkan kerajaan itu sendiri didirikan oleh nendanya Merah Makhdum Malik Ishak. Adi Genali atau Merah Adi Genali dikatakan mempunyai empat orang anak iaitu Empuberu, Sibayak Linge, Merah Johan dan Merah Linge. Antara empat ini Merah Johan diketahui dalam sejarah membuka negeri di Kandang Aceh awal abad ke 13, negeri yang bakal membesar menjadi Aceh seperti dikenali kini.
Saya pernah terbaca tulisan lain pro Batak/Gayo menyebut Merah Silu atau Sultan Malikus Salih adalah anakanda Merah Adi Genali. Namun apabila diteliti sumber lain termasuk salasilah sebesar lebih kurang 3 x 10 kaki milik saya yang menyertakan raja-raja di Aceh dan kaum kerabat mereka sejak 1,300 tahun lalu hingga awal abad ke 20, Merah Silu memang ada kaitan tetapi dari cabang lain. Baginda adalah cucu kepada Makhdum Malik Ibrahim yang merupakan adik-beradik kepada Merah Mege. Namun segala tulisan pro Batak/ Gayo yang pernah saya lihat cuma mengaitkan raja-raja tersebut sampai ke Adi Genali atau Merah Mege yang dikatakan berketurunan Batak/ Gayo. Atas sebab itu Raja-raja Aceh dikatakan berketurunan Batak kerana berasal-usul daripada Merah Johan dan Merah Silu juga dikatakan Batak... lain-lain dakwaan seperti Merah Silu bertatu dan kononnya suka makan cacing pun ditokok-tambah untuk menyedapkan cerita.
Lupakah mereka hendak mengkaji lebih jauh dan melihat lebih atas? Kajilah nama-nama ini... Merah Adi Genali bin Merah Mege bin Merah Malik Mesir bin Meurah Makhdum Malik Ishak bin Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syah (Sultan Perlak ketujuh) bin Sultan Makhdum Alaiddin Muhammad Amin Syah (Sultan Perlak keenam) bin Sultan Alaiddin Makhdum Abdul Qadir Syah (Sultan Perlak ke lima) nescaya anda akan mendapati mereka semua berketurunan Arab-Parsi. Kaitan mereka dengan orang Batak adalah sebagai bangsawan atau raja yang diangkat sebagai ketua penduduk setempat lantaran memiliki kewibawaan tinggi yang tidak dapat ditandingi, kewibawaan lantaran memiliki darah keturunan Ahlul Bait Nabi Muhammad SAW, keturunan paling afdhal untuk memimpin manusia di akhir zaman. Namun seperti berlaku dalam banyak kes kaum-kaum mahupun keluarga yang fanatik dengan keturunan sendiri apalagi jika ada niat mahu menuntut takhta, kajian cuma dibataskan pada lingkungan yang boleh membenarkan dakwaan sendiri lalu maklumat lanjut cuba diketepikan kerana apa? Kerana takut pecah tembelang! Itu sahaja...
Kita boleh mendakwa apa sahaja yang kita mahu apalagi melalui wadah blogspot di Internet dan segala macam ruang perbincangan yang boleh dibuka tanpa mengeluarkan belanja. Kita boleh berlagak pandai dengan mengcopy and paste hasil kajian orang lain lalu dikemukakan seolah-olah ia hasil kajian sendiri, sepertimana gambar muka orang yang cantik dan lawa kita pakai untuk menutup kekurangan diri sendiri. Dalam dunia Internet, sesiapa sahaja boleh besar kepala berbanding apabila berhadapan di dunia luar di mana kita boleh dipukul jika tersilap kata. Percaya atau tidak, itulah salah satu sebab jaringan Internet yang asalnya adalah jaringan komunikasi tentera dan perkhidmatan risikan di Amerika Syarikat dibenarkan menjadi alat kegunaan harian orang-ramai seluruh dunia... kerana salah satu akibatnya yang terbesar tetapi mungkin tidak disedari ramai... selain dapat digunakan untuk mengintip aktiviti harian kita semua di mana dapat dibina profil untuk mengenal-pasti setiap diri kita (apakah boleh mengancam, apakah cara untuk diperbudakkan), Internet terbukti dapat membuat ramai orang besar kepala.
Manakan tidak, melalui forum-forum di Internet seorang budak yang belum habis belajar sekolah menengah pun boleh berlagak pandai memaki-hamun orang tua berumur 40 tahun atau lebih. Dengan menggunakan Google mereka boleh mendapat banyak maklumat lalu digunakan sebagai hujah. Hasilnya semakin ramai terasa diri mereka pandai lalu tidak perlu mendengar cakap orang tua. Jadilah seperti seorang budak kecil yang dipengaruhi saleman... "Kamu tidak perlu mendengar cakap ibu bapa kamu yang kalut. Kamu kan pandai? Maka apa difikirkan lagi? Belilah barangan kami... kamu akan kelihatan lebih canggih selepas ini".
Jadilah mereka-mereka ini senang terpengaruh dengan sistem demokrasi batil ciptaan Yahudi. Sebab itu semakin ramai mempersoalkan peranan raja malah menuduh konsep kepimpinan Ahlul Bait sebagai sesuatu yang dicipta demi kepentingan diri sahaja. Manakan tidak? Kan semua orang boleh jadi pandai? Google sahaja di Internet... budak 12 tahun pun boleh jadi pemimpin! Orang pendek gemuk hodoh pun boleh bertukar jadi langsing tinggi dan cantik mengikut dakwaan sendiri (dalam dunia Internet le, walaupun ia cuma khayalan sahaja). Lalu kita pun dipengaruhi agar membuang Ahlul Bait dan raja-raja. Memang nak kena tunggang le dengan kaum mata sepet yang mengikut arahan si "mata satu"...
Hakikat sebenarnya jauh daripada api. Dakwaan demi dakwaan boleh dibuat di Internet kerana ianya percuma, tidak ada apa-apa timbal-balik sebenar di alam nyata. Tapi di dunia luar, silap kata terimalah akibatnya. Di kala orang di Internet sibuk berteori tentang Tasawuflah, tentang itu ini dan berbagai perkara yang seronok dibincangkan namun berat diamalkan, mereka yang ada pengalaman sebenar tahu bahawa di luar sana silap menjangka keadaan misalnya ketika memanjat gunung boleh mati terjatuh ke dalam jurang... jauh sekali keadaannya berbanding jika tersilap menjangka keadaan ketika berhujah di Internet di mana kita boleh terus menipu diri sendiri sampai bila-bila tanpa berlaku apa-apa.
Kita boleh kata orang Siam memerintah dunia atau kaum Moro Sulu paling handal di laut. Kita boleh kata Merong Mahawangsa itu moyang kita, maka dengan sebab itu kita kononnya layak menjadi Yang diPertuan Agong. Tetapi itu semua tinggal dakwaan yang belum tentu dapat dibuktikan, kalau disokong pun selalunya dengan kitab yang disalah-tafsir dan salasilah ciptaan sendiri, kononnya dapat dari alam ghaib dan sebagainya. Bandingkan semua ini dengan hakikat yang telah disebut oleh Nabi Muhammad SAW tentang keutamaan kaum Quraish, lebih afdhal lagi keutamaan Bani Hasyim, paling afdhal Ahlul Bait yang berpunca dari lima orang Ahli Kisa (mereka yang diselimutkan Nabi lalu didoakan agar disucikan sesuci-sucinya). Memberi keutamaan kepada Ahlul Bait itu disarankan dalam agama Islam... kecualilah kita bukan Islam, kurang mengaji atau terpengaruh dengan ajaran yang kononnya Islam tetapi telah ditusuk racun Yahudi.
Namun di kala peranan Ahlul Bait Nabi Muhammad SAW semakin diperlukan untuk menangani cabaran akhir zaman, di kala semakin ramai sedar ada kaitan lalu cuma mendekati kembali cara hidup luhur nenek-moyang mereka, ada pula pihak yang cuba menutup cerita atau mengalihkan perhatian merendahkan peranan mereka. Pada malam ini 15 Ramadhan, hari kelahiran Saidina Hassan, saya ingin menegaskan tidak pantas keturunan baginda yang antaranya terkandung penyelamat yang dinanti-nanti iaitu Imam Al-Mahdi dituduh yang bukan-bukan. Tidak pantas Sultan Malikul Salih alias Merah Silu yang merupakan seorang raja bertaraf ulamak lagi wali itu dikatakan seorang Batak bertatu pemakan cacing hanya kerana ada orang Batak bermasalah inferiory complex ingin mengangkat keyakinan diri mereka dengan membuat dakwaan palsu menyatakan raja-raja besar Islam sebagai dari kalangan mereka.
Kedatangan saya, isteri, anak dan teman ke Danau Laut Tawar di kawasan tanah tinggi Gayo sekembalinya dari makam Sultan Malikus Salih, makam Ratu Nahrisyah dan lain-lain bangsawan kerajaan lama Samudera-Pasai mungkin berlaku kerana ada penyambungan yang ingin dibuat. Tetapi ia bukanlah tanda bahawa mereka-mereka ini berketurunan Batak. Sebaliknya ia menyatakan bahawa tanah-tanah ini juga pernah diperintah raja-raja berketurunan Arab-Parsi daripada nasab Nabi Muhammad SAW. Dan orang-orang Batak serta raja-raja mereka terletak di bawah perlindungan serta naungan jajahan takluk raja-raja dari Ahlul Bait jua sepertimana Orang Asli di Malaysia terletak di bawah naungan Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan. Ya, Tuanku Mizan memang raja kepada Orang Asli di Malaysia. Tapi apakah ini bermakna Tuanku Mizan adalah keturunan Orang Asli? Tentu tidak... tidak sama sekali. Sekian.

6 comments:

ahim said...

malik ibrahim macam nama maulana malik ibrahim assamarkandi alias ibrahim asmoro = wali songo....

anak saudaranya maulana malik ishak.....

maaf jika salah.....sekadar nak melihat perhubungan keduanya.....

ahim said...

perhubngan antara Acheh dan Jawa.....

;)

Radzi Sapiee said...

Memang ada perhubungan. Maulana Malik Ibrahim juga Maulana Ishak yang dikenali dalam cerita-cerita Wali Songo tu bawah lagi beberapa keturunan. Mereka hidup abad ke 14 Masihi sedangkan Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishak yang saya sebut awal itu hidup 300 tahun lebih awal.

Menurut versi yang kita biasa dengar Malik Ibrahim dan Ishak Wali Songo tu adik-beradik anakanda kepada Sayyid Jamaluddin Kubra, dan Jamaluddin Kubra anakanda Sayyid Ahmad Jalal di India. Namun ada versi dari Aceh menyebut Sayyid Jamaluddin Kubra sebenarnya anak seorang Sultan Pasai. Nasab ini sampai pada Merah Silu @ Sultan Malikus Salih dan apabila disusur lebih atas akan sampai kepada Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishak di kerajaan-kerajaan bawahan Perlak.

ahim said...

http://www.acehforum.or.id/showthread.php?14660-Ketika-Kerajaan-Islam-Pasai-Acheh-Menaklukkan-Kerajaan-Jawa-Hindu-Majapahit&p=130808

Menarik bro...ader tambahan maklumat yang bro comment kat atas tu and serba sedikit macam mengeSAHkan sahaja..hehehe...

yang dikatakan raja champa is actually raja jeumpa of perlak....

and if the sayings are true then, most of it adds up lah, tentang perhubungan aceh dengan wali songo, keturunan wali songo dan ader penerangan tentang merah silu is turunan ahli bait juga....

ahim said...

oh yeah...not to mention the fact that Sayyid Jamaluddin Kubra is the son of Raja Pasai....

If I`m not mistaken, this ahmad shah jalal is the forefathers of raja champa....

If champa is actually jeumpa and not the kemboja country, then it agrees with the fact that Sayyid Jamaluddin Kubra is the son of Raja Pasai....

Just my tupence....

cheers bro...

Anonymous said...

Ahmad Jalal atau Syed Jamadil Al-Kubra adalah anak seorang Gabebor Kesultanan Deccan.

Sayyid berasal dari Uzbekistan dan ada campur Turki sedikit dan beliau bukanlah Arab tulen. Mempunyai beberapa org isteri dan satu peristiwa dikabarkan Genghiz Khan pada mulanya marah dan tidak suka kepada Sayyid Al-kubra tapi atas sikap Sayyid yg mulia, akhirnya pandangannya telah berubah dan telah menawarkan anaknya menjadi isteri Sayyid Jamadil Al-Kubra.

Beliau mempunyai 14 org adik beradik, dan seramai 7 adik beradik beliau telah mengikutnya berhijrah. Salah seorang adiknya adalah Sayyid Thanuddin dan setengah pendapat inilah Adi Putra yg menjadi guru Hang Tuah.


Telah menjadi takdir Allah keturuan nabi muhammad selalu teraniaya, sayyid dan rombongan telah lari membawa diri dari kekejaman, semasa dalam perjalanan kapal yg dinaiki sayyid bersaudara telah di pukul ribut dan ombak membuatkan kapalnya hampir tenggelam. Sayyid hampir2 putus asa dan akhirnya berdoa kepada Allah. Dengan tidak semena2 datang sekawan ikan kekacang telah menyumbatkan diri ke lubang2 yg terdapat pada kapal sayyid bersaudara. Sayyid terselamat setelah terdampar ke sebuah daratan. Terpandang oleh sayyid beberapa eekor tupai sedang memakan rebung buluh betung, dek kerana lapar, sayyid dan gerombolan pun cuba memakan apa yg dimakan oleh tupai tersebut.

Kemudian sayyid berbuat amanat, sebagai mengingati pertolongan ikan kekacang, sayyid berbuat amanat, bahawa keturunannya dilarang memakan ikan kekacang atau menggunakan buluh betung. Ini supaya dapat dikenal keturunannya nanti.