Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Jun 14, 2018

Iktikaf malam 27 dan 29 Ramadhan - Lalu muncullah bulan raya Syawal

Salam 1 Syawal juga salam malam Jumaat. Dengan tersiarnya pengumuman oleh pemegang mohor besar raja-raja Melayu bahawa 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat 15 Jun maka tahkiklah malam ini tamat bulan puasa Ramadhan lalu masuk tarikh hari raya 1 Syawal. Sebelum menyatakan kegembiraan horay horay mahu menyambut hari raya mintak mak ayam sepotong izinkan saya menyambung gerak penulisan tentang iktikaf yang dimulakan melalui artikel Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian seminggu lalu kemudian diikuti artikel Dari Hulu Langat ke Putrajaya ke Kuang - Perjalanan iktikaf 23-25 Ramadhan 3 hari lalu...


Isnin malam Selasa 11 Jun 2018 bersamaan malam 27 Ramadhan. Saya keluar lagi berseorangan untuk iktikaf malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan.


Kali ini saya keluar lewat kerana menghabiskan masa berbuka puasa dengan isteri dan anak-anak di kawasan perumahan. Saya menunaikan solat Tarawikh berjemaah di masjid Sungai Choh kira-kira 10 km dari rumah.


Kemudian baru begerak lagi 28 km ke destinasi utama saya malam itu iaitu masjid lama Ampang Pecah, dekat Kuala Kubu Baru.


Di situlah saya beriktikaf malam 27 Ramadhan. Tengok-tengok tidak ada dilakukan Qiamulail berjemaah seperti berlaku di masjid-masjid yang disinggahi sebelum ini. Nak Qiamulail kena buat sendiri..


Suasana ketika solat Subuh berjemaah. Selepas itu saya terus bergegas kembali ke rumah.


Rabu malam Khamis 13 Jun bersamaan malam 29 Ramadhan pula saya ke Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Tarawikh berjemaah.





Untuk iktikaf bermalam saya ke Masjid Kampung Hulu di tengah bandar raya Melaka.


Saya sampai hampir jam 2 pagi. Tengok-tengok orang ramai sedang bersolat jemaah.


Saya diberitahu Qiamulalial dimulakan jam 1 pagi. Jam 2 lebih dah bersahur...


Kemudian baru dapat tahu Qiamulail dicepatkan disebabkan kehadiran imam besar masjid negeri Melaka. Selepas itu beliau harus berkejar untuk Qiamulail di masjid lain.


Saya tidak dapat menyertai Qiamulail awal bersama mereka kerana satu, saya sampai ketika ia hampir tamat. Kedua, saya belum tidur malam. Setahu saya mana-mana Qiamulalui akan dimulakan dengan solat Tahajud. Faham saya, Tahajud adalah solat selepas bangun tidur lewat malam... mesti tidur dahulu walau sedikit pun sebagai syarat. Saya  pun mengajak isteri dan anak-anak tidur di masjid. Oh. Ketika itu kami dalam perjalanan untuk kembali bercuti bersama ibu bapa di Muar.


Jam 4 lebih baru saya membuat Qiamulail bersendirian.


Jam 5 bergegas kami anak beranak ke Muar.



Dengan ini tamatlah siri kecil iktikaf malam-malam ganjil untuk bulan Ramadhan tahun 2018. Ingin saya mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" daripada kami sekeluarga buat semua pembaca, kawan-kawan, kenalan dan sesiapa sahaja yang pernah bersua waima mereka yang setakat pernah mendengar nama kami sahaja. Alhamdulillah... :]


Isnin, Jun 11, 2018

Dari Hulu Langat ke Putrajaya ke Kuang - Perjalanan iktikaf 23-25 Ramadhan

Merujuk kepada artikel Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian yang dipersembahkan Khamis 7 Jun lalu. Ada disebut pada penghujung artikel tersebut bahawa petang itu juga saya akan keluar untuk iktikaf malam 23 hingga 25 Ramadhan. Ini ceritanya...


Petang Khamis 7 Jun 2018 bergeraklah saya menghala ke selatan Lembah Klang untuk sesi iktikaf seterusnya.


Selepas satu urusan di Cheras masuklah ke Hulu Langat. Ternampak papan tanda ke sebuah kolam air panas saya pi singgah mandi sat.


Sekitar jam 6.56 sampailah ke masjid pekan Batu 14.


Beriktikaflah buat suatu masa. Cuma apabila disedari dah dekat jam 9.30 malam belum dimulakan solat Tarawikh malah mahu diberikan lagi ruang 20 minit untuk seorang penceramah bercakap saya pun keluar menuju ke arah lebih pendalaman.


Sampai ke masjid pertama dapat dilihat ke kiri jalan baru saya masuk lalu ikut Tarawikh berjemaah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) al-Muttaqin, Batu 16.5 Hulu Langat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas Tarawikh 20 rakaat diikuti Witir 3 rakaat, saya lepak makan di pekan Batu 18. Lewat malam itu yang merupakan malam Jumaat 23 Ramadhan baru bergerak ke destinasi utama masa itu...


Ia adalah masjid paling hujung dan paling pendalaman di Hulu Langat. Gambar diambil ketika sesi Qiamulail berjemaah dimulakan jam 3.30 pagi. Di sini diadakan 2 rakaat Tahajud diikuti 2 rakaat solat Taubat, 4 rakaat solat Tasbih, 2 rakaat solat Hajat dan 3 rakaat solat Witir.


Ini adalah pemandangan sungai sebelah masjid pada pagi Jumaat 8 Jun 2018. Di sungai ini saya pernah mandi dalam keadaan badan banyak bercalar terluka selepas 19 jam sesat dalam hutan.


Kesesatan berlaku selepas memanjat Gunung Nuang, gunung tertinggi di Selangor seorang diri dalam musim hujan dari arah Janda Baik di Pahang. Saya memulakan pendakian sekitar jam 9 pagi dan sampai ke puncak sekitar 6 petang dengan niat mahu bermalam di sana walaupun tidak membawa khemah atau apa-apa alatan berkenaan. Tetapi saya tidak dapat bertahan di puncak akibat kesejukan lalu memulakan penurunan ke arah Hulu Langat. Kesesatan berlaku apabila hilang jejak denai dalam kegelapan malam yang begitu pekat. Ceritanya ada dikongsikan dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti"(terbit Jun 2006). Lihat artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan,..


Adapun saya beriktikaf malam 23 Ramadhan itu dalam keadaan bersedia untuk berseorangan sampai Subuh kerana kedudukan terpencil masjid. Tengok-tengok ada sekolah tahfiz di sebelah lalu sekitar 30 orang pelajar muncul untuk Qiamulail. Baru saya tahu tahfiz tersebut didirikan 3 tahun lalu. Keadaan sekeliling pun kelihatan lebih meriah tidak seperti saya ingat ketika kali terakhir sampai tahun 2010 (kali pertama saya sampai adalah selepas sesat di Gunung Nuang sekitar tahun 2003). Lihat Rupa baru Masjid Kuala Pangsun (New look of mosque of Kuala Pangsun).


Selepas beberapa lama di masjid baru saya bergerak untuk melihat persekitaran yang merupakan kaki Gunung Nuang. Sesungguhnya persekitaran Hulu Langat ini sampai ke Batu 18 (Pangsun terletak paling hujung di Batu 22.5 Hulu Langat) sangat cantik dan ada banyak tempat perkelahan. Selepas itu masih lagi cantik tetapi sudah bercampur aduk dengan kemodenan lalu suasana hutan, kampung dan desa sudah kekurangan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...






Dari Hulu Langat saya bergerak ke Putrajaya. Singgah solat Jumaat di masjid ini sekitar separuh perjalanan. Lihat Masjid baru (New mosque of) Sungai Ramal, Kajang.





Sampai ke Putrajaya pusing-pusing sat sebelum ke Masjid Putra jam 3


Di sini saya beriktikaf sehingga waktu berbuka dan solat Maghrib.


Untuk Isyak saya bergegas ke destinasi utama hari itu iaitu Masjid Besi atau Masjid  Tuanku Mizan.


Di sini pun solat Tarawikh berjemaah 20 rakaat diikuti Witir 3 rakaat.


Tengok-tengok boleh tahan ramai yang beriktikaf dan bermalam 24 Ramadhan di Masjid Besi. Qiamulalial bermula jam 4. Solat Tahajud 6 rakaat dan Taubat 2 rakaat diselang-selikan Taranum dan bait-bait indah.


Masuk waktu Dhuha keesokan harinya Sabtu 9 Jun saya beralih ke Masjid Raja Haji di Cyberjaya.


Beriktikaf di sana sampai selesai solat Zohor. Selepas itu saya ke Putrajaya lagi untuk menghadiri satu mesyuarat melibatkan wakil-wakil beberapa keluarga bangsawan Perak..


Ikut rancangan yang dinyatakan dalam artikel Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian tempat iktikaf seterusnya adalah di Masjid Jamek Muar. Ini mengambil kesempatan saya mahu balik kampung untuk membawa ibu dan ayah ke Kuala Lumpur bagi satu urusan. Tetapi ayah kemudian memberitahu saya tidak perlu kembali kerana adik saya yang menetap di Melaka bersedia untuk mengambil mereka bagi urusan di KL. Itu yang tukar rancangan menuju ke Shah Alam lalu singgah di masjid besar.


Di sini saya berbuka dan bersolat Maghrib.


Tetapi Isyak dan Tarawikh di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong.





Oleh kerana dah tak perlu balik ke Muar kecuali untuk hari raya saya mengambil laluan yang semakin mendekati rumah di Sungai Buaya, Rawang. Lewat malam bergerak ke Kuang lalu singgah untuk iktikaf di masjid ini.


Menariknya ada ramai kanak-kanak berdekatan turut menginap di masjid tersebut malam 25 Ramadhan. Seperti di Masjid Besi, di sini juga Qiamulail bermula jam 4 pagi. Dibuat solat Tahajud 2 rakaat diikuti solat Taubat 2 rakaat dan Tasbih 4 rakaat. Cukuplah cerita ya. Selepas ini saya harus bersiap untuk iktikaf malam ini pula. Selepas berbuka puasa bersama anak-anak dan isteri insyaallah saya akan bertolak ke Masjid Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru untuk bermalam dan beramal 27 Ramadhan, satu tarikh di mana saya akan masuk umur 49 tahun menurut kiraan Hijriah...