Salam petang Selasa 15 Ramadhan. Memulakan proses mempersembahkan kompilasi artikel-artikel perjalanan jauh yang ceritanya sudah ada dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU tetapi tidak ada kompilasinya sebelum ini. OK. Ingatkan hendak terus ke Perak Mei 2008 kerana itulah perjalanan pertama disenaraikan dalam artikel Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisis yang perlu dibuat kompilasi. Tengok-tengok ada dua perjalanan berkaitan yang berlaku lebih awal perlu dibuat kompilasi terlebih dahulu tetapi terlepas pandang ketika membuat senarai. Maka elok selesaikan itu. Ini perjalanan pertama antara dua...
Perjalanan ini bermula apabila mendapat tahu jenazah moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin akan dibawa kembali ke Perak lalu dikebumikan kembali di kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan Kuala Kangsar pada 9 September 2006. Sebelum ini jenazah dimakamkan di Singapura kerana dibuang oleh penjajah British. Muhammad Amin dikatakan terlibat dengan pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada tahun 1875.
Ini adalah rentetan peristiwa demi peristiwa akibat campur tangan British dalam pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874. Moyang saya itu kemudian dibuang ke Pulau Seychelless di perairan Afrika bersama Sultan Abdullah dan beberapa orang pembesar Perak pada tahun 1877. Selepas beberapa lama beliau dihantar ke Sarawak. Kemudian dialih pula ke Singapura tetapi masih dalam buangan lalu dilarang pulang ke Perak.
Pengkebumian kembali ke Perak telah membawa saya dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan melalui Bidor kemudian ke Lumut untuk mengikuti upaacara membawa jenazah ke Bukit Chandan. Selepas itu saya ada berjalan ke Lenggong (tak ingat jika ada dikongsikan cerita di mana-mana), sempat menonton perlawanan bola sepak di Ipoh kemudian kembali ke Lenggong sebelum ke Teluk Intan. Selepas beberapa hari berehat di rumah saudara saya keluar untuk menjejak beberapa makam lama. Ceritanya banyak dah lupa. Nasib baik boleh dirujuk sedikit sebanyak melalui beberapa artikel berkenaan.
Didapati saya ada ke Kampung Gajah kemudian berpatah balik ke Teluk Intan sebelum ke Lumut. Ini diikuti perjalanan ke Pantai Remis naik ke Taiping sampai ke Kamunting dan Matang. Selepas itu ke Temong dan Kuala Kangsar sebelum kembali ke Lembah Klang. Ini menjadikan keseluruhan perjalanan mencapai jarak tidak kurang 1,300 km!
Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan...
Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1
Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2
Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3
Selingan Mencari Makam Raja Ahmad...
Sampai bila berpetualang (kira selingan jugalah ini...)
Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)
Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4
Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 5
Habis dah... Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad.....
Perak trip of September 2006... Going merrily around...
Perak trip of September 2006: Around the royal town of Kuala Kangsar
Perak trip of September 2006... A look at the tombs...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan