Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 15, 2021

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2017 hingga 2020 (pembetulan)

Menyambung proses pembetulan daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60 (pembetulan). Didapati pembetulan yang perlu dibuat seperti dinyatakan dalam artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan tidak mempengaruhi set-set perjalanan seperti berikut :-


1. Tiga puluh perjalanan istimewa

2. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2006 hingga 2011

3. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2012 hingga 2014

4. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2015 hingga 2016


Namun ia mempengerahui set terakhir iaitu Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2017 hingga 2020. Ini disebabkan satu perjalanan daripada situ telah diangkat masuk ke dalam Senarai perjalanan terjauh - 21 hingga 40 (pembetulan). Dengan itu harus dikemaskinikan senarainya seperti berikut berserta kira-kira jumlah jarak...



60. Teluk Intan Apr 2017


Lakaran mudah 282 km.  Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.


61. Pahang Apr 2017


Lakaran mudah 709 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.


62. Parit Betak Jun 2017

Lakaran mudah 758 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.


63. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017



Lakaran mudah 557 km. 
Lihat sini. Jarak sebenar lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.



64. Cameron Highlands Ogos 2017


Lakaran mudah 565 km. Lihat sini. Jarak sebenar  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


65. Aktiviti kecil Okt 2017

Lakaran mudah 468 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....


66. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017

Lakaran mudah 471 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 


 67. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018

Lakaran mudah 304 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.


68. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018

Lakaran mudah 635 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.


69. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018

Lakaran mudah 271 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.


70. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 


Lakaran mudah 936 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.



71. Awal Syawal Jun 2019


Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 550 km. Lihat Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu.



72. Putrajaya Jun 2019


Lakaran mudah 300 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...



73. Jelai Jul 2019


Lakaran mudah 447 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.



74. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019


Lakaran mudah 616 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan



75. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019


Lakaran mudah 748 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".



76. Kuala Selangor Feb 2020


Lakaran mudah 130 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.



77. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020


Lakaran mudah 286 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.


78. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020


Lakaran mudah 663 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.


79. Road trip ke Melaka Ogos 2020


Lakaran mudah 408 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.



80. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020


Lakaran mudah 816 km. Lihat sini. Jarak sebenar 861 km (ditunjukkan meter kereta). Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".


81. Misi Teluk Intan-Beruas (Dis 2020)


Lakaran mudah 488 km. Lihat sini. Jarak sebenar tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.


Dua puluh dua perjalanan ini membentuk jumlah jarak  11,911  km (285 + 750 + 800 + 570 + 600 + 480 + 490 + 320 + 660 +  280 +  1,000 + 550 +  310 + 470 + 630 + 800 + 135 + 300 + 700 + 420 + 861 +500). Julat jarak perjalanan adalah 135 km hingga 1,000 km.

Tiada ulasan: