Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 13, 2010

Ke belah ulu Selangor menurut rasa

OK. Saya masih dalam mood berceritakan perkara berkaitan Selangor. Khamis minggu lepas selepas membawa isteri ke sebuah klinik di Rawang, timbul rasa untuk berjalan-jalan ke belah ulu Selangor. Kita cerita "main boh" aje la ya...

Dari Rawang kami pun mengambil jalan lama menghala ke utara. Tergerak untuk mengambil simpang masuk ke Kuala Kubu Baru, singgahlah sebentar di masjid lama Ampangan Pecah.


Di Kuala Kubu kami berehat sebentar menikmati durian...

 
Semasa hendak keluar dari pekan ternampak pula sebuah bukit dengan bangunan seperti bungalow hampir ke puncak. Timbul rasa ingin naik ke atas kerana kelihatan juga jalan naik. Dengan main agak-agak sahaja saya pun cuba mencari jalan masuk... rupa-rupanya perlu melalui kawasan padang golf, kali pertama kami berjalan-jalan di sekitar ini. Alhamdulillah kami dapat menemui jalan untuk naik ke bukit. Sayangnya ada gate yang berkunci...


Perjalanan menghala utara diteruskan melepasi Kerling dan Kalumpang hingga ke pekan Tanjung Malim yang terletak di dalam negeri Perak.

  Dari kawasan berdekatan masjid jamek dan UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris, dulunya maktab) kami menaiki jejantas melepasi landasan keretapi yang membawa ke bahagian pekan di barat-daya landasan. Oh, entah kenapa setiap kali lalu sini, saya mesti tertarik dengan bukit yang kelihatan. Apakah ada satu kaitan cerita lama?

  Di Tanjung Malim kami berhenti sebentar di tepi ini. Saya bertafakur sebentar memikirkan sejarah berkaitan Haji Mustafa yang dikatakan membuka Tanjung Malim. Lihat artikel Ke Tanjung Malim bersama Al-Rasyid... untuk mendapatkan 'feel' jejak Raja Kamala. Apa pula 'kebetulan' nombor yang berlaku? yang dibuat hujung tahun lepas.

  Kemudian sampailah waktu untuk masuk kembali ke Selangor...

 
Sungai Bernam menjadi sempadan yang memisahkan dengan Perak.

 
Singgah sebentar di Masjid Sheikh Ismail, kira-kira 300 meter ke selatan sempadan.

 
Niatnya mahu jejak kaki sahaja sebagai syarat. Bila dah sampai terus timbul rasa untuk melepaskan tuntutan solat...

 
Kemudian baru kami mengambil satu simpang berdekatan masjid menghala ke barat melalui jalan yang belum pernah kami lalui sebelum ini... lalu pula kawasan Kampung Serigala, ganas tu nama...

 
Jauh sedikit ke hadapan kami mengambil simpang kanan menghala ke Kampung Selisek. Bukan apa, saya ingin menunjukkan kepada isteri bahawa Sungai Bernam amat dekat dengan jalan yang dilalui cuma tidak cukup dekat untuk dilihat terus dari jalan atau mungkin terkepung di sebalik pepohonan. Oleh kerana papan-tanda jalan ke Kampung Selisek menunjukkan jalan yang sama boleh membawa ke Behrang yang terletak di dalam negeri Perak, sedikit ke utara dari Tanjung Malim saya yakin mesti ada jambatan menyeberangi Sungai Bernam. Betul telahan, tidak sampai 1 km dari simpang terletak jambatan. Kami pun menyeberangi Sungai Bernam. Ini adalah gambar yang diambil ketika berpatah kembali masuk ke negeri Selangor. Pada saya gambar ini mungkin memiliki satu petunjuk berdasarkan nama file gambar P7080131 yang ada nombor 131, satu nombor yang ada makna tertentu buat saya dan isteri malah anak kecil kami Al-Rasyid juga...

 
Namun Al-Rasyid tidak ikut sama dalam perjalanan ini. Di Sungai Selisek juga ada masjid menarik. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sungai Selisek, Selangor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

  Ada juga terdapat bangunan sekolah yang unik...

 
Letaknya lebih dekat ke simpang. Sayangnya saya cuma mengambil satu sahaja gambar. Kalau diambil dari beberapa sudut, cukup sesuai untuk dijadikan satu artikel di di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Cuma tak terfikir semasa itu... :]

 
OK. Dari Tanjung Malim tadi batu jalan mahupun papantanda sering menunjukkan bahawa jalan yang sedikit mengikut lenggok Sungai Bernam ini menghala ke kuala sungai sambil membawa ke Sungai Besar, lebih 30 km ke utara Sungai Selangor. Nasib baik ada simpang ke Batang Berjuntai yang jauh lebih dekat ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri...

 
Jalan yang diambil membawa ke Felda Suharto (saya tak berapa berkenan ejaan Soeharto...).

 
Ia juga melepasi Felda Sungai Tengi...

 
Sampai satu simpang sebelum Unisel (Universiti Selangor) kita boleh memintas masuk ke satu jalan kecil dengan jambatan sempit menyeberangi Sungai Selangor muat untuk satu kereta sahaja. Berdekatan jambatan ada bangunan rumah berciri Minagkabau yang kelihatan tidak lagi digunakan. Dari sini cuma beberapa kilometer sahaja untuk ke Batu Arang seterusnya rumah kami. Kira settle le cerita ini ya...



5 ulasan:

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...

Secara kebetulan, apabila bertandang ke 2 laman blog saudara iaitu artmelayu.blogspot.com dan merahsilu.blogspot.com pada hari ini hadir ilham dan mood unt meninggalkan buah pena. Di artmelayu.blogspot.com tajuknya yang tertera sahaja sudah membuatkan saya berminat untuk berkongsi info lantaran sedang membuat pencarian secara 'sendiri-sendiri.' Di merahsilu.blogspot.com ini pula lebih menarik lagi kerana terlihat foto yang memaparkan papan tanda tertera "Haji Mustafa Raja Kamala."

Suatu masa dahulu (sebelum tahun 2001), saya tidak pernah tahu bahawa nama yang tertera pada 7 buah papan tanda jalan di sekitar Tanjung Malim ini adalah moyang kepada datuk saya (kalau mengikut turutan salasilah: saya > ibu > datuk > moyang (perempuan) > bapa moyang > Hj. Mustafa Raja Kamala). Jadi jika dalam susurgalur jurai keturunan, saya adalah salah seorang daripada warisnya yang ke-6

Haji Mustafa ini dikatakan berasal dari Kota Raja di Rao, Sumatera Barat (berdasarkan catatan yang tertera dlm salasilah). Unt mensahihkan, pd 2004 saya telah menjejak waris almarhum di Kota Raja yang berjiran dengan Bonjol (sempat juga saya menjejak waris Imam Bonjol). Dengan izin Allah maka bertemulah saya dengan waris Haji Mustafa yang rata-rata masih memakai gelar Raja Kamala di hujung nama di sana. Namun, saya punya andaian bahawa Haji Mustafa ini asal usulnya daripada Acheh sebenarnya. Buktinya saya perolehi dalam pencarian menjejak masjid tua di Acheh dlm tempoh 1 tahun 6 bulan ini. Rupanya, pilihan batasan kajian berdasarkan istikharah punya hikmah untuk membuka kunci tentang darah keturunan keluarga (rasanya tak perlulah saya panjangkan ceritanya...nanti meleret2 pula).

Saya yakin sesiapa sahaja yang menjejak darah keturunan keluarga pasti akan bersemangat bila membuka kisah keturunan. Namun, tidak dinafikan adakalanya kita akan berhadapan dengan persepsi negatif yg kononnya kita "taksub" malah soalan yang lebih pedih adalah, "Apa yang ingin awak tuntut setelah berjaya bongkar asal usul diri?" Bukankah itu satu tamparan bagi kita yang menelusuri waris teratas dengan keringat dan air mata. Hanya yang mencari akan lebih mengerti berbanding mereka yang melemparkan persepsi membuta tuli.

Berbalik kepada Haji Mustafa... makamnya terletak di kawasan Tanah Perkuburan Chabang kira2 1km sebelum melalui jambatan Sg. Bernam (sempadan Perak dan Selangor). Alat peninggalan seperti cap kempa, tombak, keris pertabalan, pedang masih disimpan oleh salah seorang waris kami. Beberapa bilah keris yang pernah saya lihat dan rakam fotonya adalah keris nogososro dengan bentuk kepala naga yg mana di dalam mulutnya mengulum sebiji batu permata (warna merah kalau x silap). Namun dlm byk2 khazanah lama peninggalannya, saya tertarik dengan keris yang berlubang di tengahnya (x silap 'sengkelat' namanya)...

Rata-rata daripada waris almarhum Haji Mustafa ini bermastautin di sekitar Tanjung Malim, Sungkai, Bidor, Ipoh sehinggalah ke Kuala Kangsar juga di sekitar selangor (negeri lain pun ada juga tetapi kebanyakannya di lokasi yg disebutkan). Malah waris almarhum turut berada di Acheh, Medan, Sumatera Barat sehingga ke Bali (berdasarkan jejak pertemuan sejak 2001 sehingga sekarang).

p/s: Kisah peribadi Hj Mustafa dan sekalian warisnya adalah topik pembicaraan dalam penulisan ilmiah (tesis) MA saya =)

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Jadi saya andaikan saudari sudah dapat konfirmasi ya bahawa Haji Mustafa bin Raja Kemala bersambung dengan Tuanku Hashim Banta membawa kepada kerabat diraja Aceh dari Dinasti Bugis. Betul tak? :]

Harleny Abd Arif berkata...

Alhamdulillah...begitulah adanya. Saya kira Allah telah memudahkan laluan dalam pencarian asal usul diri. Dan dengan izinNya juga, saya hadir di makam Tuanku Hashim Bangta Muda April lalu. Sebak sehingga berderaian air mata di sisi makam almarhum sambil spontan mulut menyebut, "Sekian lama mencari, akhirnya di sini cucunda temui..."

yeop24 berkata...

Assalamualaikum...semasa sengaja mencari dalam internet nama kampung saya dibesarkan dari awalnya hingga sekarang, membawa saya kepada blog tuan. Sangat sangat menarik.

Untuk makluman tuan, saya anak kelahiran Tanjung Malim (lahir di Hospital daerah Tg Malim) manakala kampung Serigala itulah kg halaman saya, SK sg Selisek tempat mendapat pendidikan awal sebelum ke SAM Sg Selisek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Lama (di Kg Masjid, dibina pada tahun 1939)...dan yang sentiasa bernostalgia dengan saya iaitu sungai bernam, tempat mencari rezeki bapa dan saya selama lebih 30 tahun dahulu hingga kini.

Terima kasih atas nukilan tuan, mencetus naluri saya untuk mencoret sesuatu dalam bentuk blog di suatu masa yang akan datang. Inshaa Allah. Salam ramadhan dan Idulfitri

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Sama2...