Bersambung pula daripada artikel Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.
Kompilasi kali ini mengandungi cuma dua artikel induk dan satu artikel sokongan sahaja. Tetapi ia melibatkan satu misi silaturrahim yang amat penting iaitu menyambungkan saudara mara belah ibu dengan saudara mara lain yang baru dikenali, daripada belah bapa kepada ibu yang berketurunan Bugis, di Parit Betak, Pontian. Katanya susur galur kami yang belah ini sampai kepada Daeng Parani. Beliau atau lebih tepat baginda adalah abang sulung antara lima Opu Daeng bersaudara anak-anak raja Bugis yang sangat terkenal dalam sejarah Alam Melayu abad ke-18.
Lebih relevan lagi iaitu dalam membuat senarai perjalanan jauh ia mencapai jarak keseluruhan yang boleh tahan mencabar iaitu lebih 800 km. Dan ia dibuat dalam keadaan saya masih kesakitan akibat patah kaki. Lalu isteri yang harus memandu seperti halnya perjalanan jauh sebelum itu pada bulan sama. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan