Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Oktober 06, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?

Bersama pemangku Sultan Terengganu, Dato' Syed Omar yang berketurunan Tokku Paloh...


Merujuk pada artikel kompilasi Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah yang baru sahaja dipersembahkan sejam lebih tadi. Kalau ikut urutan peristiwa dan kronologi sepatutnya saya membuat artikel kompilasi tentang perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat 30 Ogos hingga 5 September terlebih dahulu. Tapi gerak ilham penceritaan menyuruh saya mengaturnya kemudian. Dengan ini dikumpulkanlah pautan-pautan berikut tentang satu perjalanan yang memiliki tujuan untuk mendalami ilmu agama sambil meraikan kenangan seorang wali besar abad ke-19...



2. Makam (Tomb of) Maharaja Perba Jelai di (at) Bukit Kota

3. Beruzlah ke Pantai Timur - Melihat warisan Maharaja Perba Jelai




















Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah

Gambar semasa menjadi panelis forum di KUIM, Kolej Universiti Islam Melaka Isnin malam Selasa 26 September 2016...


Untuk melengkapkan gerak penulisan tentang aktiviti-aktiviti dan perjalanan yang berlangsung dari hari Sabtu 24 September 2016 hingga Rabu 28 Sept biar dikumpulkan semua pautan untuk artikel-artikel berkenaan termasuk dari blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sedar tak sedar ada perkara yang tersurat dan tersirat berlaku sepanjang tempoh ini. Bila sudah dikumpulkan menurut aturan kronologi bercerita boleh kelihatan corak tertentu pada mereka yang mampu meneliti...


1, Lecture and recital of the Dalail Khairat 

2. Melaka Sultanate theme wedding at mid KL

3,  Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert

4. Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan?

5, Perak river at Temong during low water

6. Tok Temong dan dua Sheikh di Kuala Kangsar.

7. Menyahut panggilan Linggi - Berkongsi ilmu sambil menurut gerak terbaru

8. The waters off a village at Kuala Sungai Baru

9. The estuary that gave rise to the name Kuala Sungai Baru

10. Masjid (Mosque of) Al-Ilmi, KUIM

11. Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru

12. The beach at Tanjung Dahan

13. Estuary of the Linggi river from the bridge to the floating restaurant  

14. Latest look at the fort of Kuala Linggi
















Rabu, Oktober 05, 2016

Forum di Kolej UNITI dan legasi Bugis di sekitar Port Dickson

Salam semua. Hari ini Rabu 5 Oktober tapi menurut kalendar Islam sudah masuk malam Khamis 5 Muharram, ingin saya menutup cerita aktiviti-aktiviti dan perjalanan daripada Sabtu 11 hari lalu membawa ke Rabu lepas. Maka bersambung cerita daripada artikel Ke Kota Supai membawa ke Tanjung Tuan - Cabaran sebelum dapat bermalam di makam.


Pagi selepas Subuh, Rabu 28 September 2016. Saya bersiap untuk mengemas tempat saya tidur malam sebelumya.


Ia adalah di surau bersebelahan makam lama di Pengkalan Kempas, makam yang terkenal dengan banyak batu hidup atau megalith. Makam utama dikatakan milik Sheikh Ahmad Majnun, seorang ahli Sufi yang hidup pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah Melaka 600 tahun lalu.


Selepas mandi lalu memakai satu persalinan busana tradisional Melayu saya pun menziarahi makam. 


Jam 8 pagi saya meninggalkan kawasan makam lalu singgah sebentar di pekan Pengkalan Kempas.


Pergi melihat pemandangan Sungai Linggi di sebelah pekan. Tengok-tengok ada papan tanda mendakwa ini sebagai tempat turunnya nenek moyang orang Cina setelah berhijrah dari tanah asal mereka. Lihat artikel Linggi river at Pengkalan Kempas (again) di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian baru ke Kolej UNITI Negeri Sembilan yang terletak di Tanjung Agas iaitu kawasan ke seberang Kuala Linggi (dalam negeri Melaka. Rujuk balik artikel Ke Kota Supai membawa ke Tanjung Tuan - Cabaran sebelum dapat bermalam di makam).






Pada artikel Menyahut panggilan Linggi - Berkongsi ilmu sambil menurut gerak terbaru yang ditulis petang Isnin 26 September iaitu sejurus sebelum bergerak untuk perjalanan 3 hari ke kawasan itu ada disebut bahawa saya dijadualkan berkongsi ilmu dalam satu forum di Kolej UNITI pagi Rabu 28 September itu.


Majlis dijadualkan bermula jam 9 tapi saya sampai sebelum jam 8,30. Saya pun berlegar-legar di sekitar.


Tidak lama kemudian majlis pun bermula. Satu persembahan silat diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan saya.





Kemudian dibacakan satu puisi tentang Melayu. Seperti di Kolej Universiti Islam Melaka Isnin malam Selasa forum di sini adalah untuk mengenali kembali kegemilangan tamadun lama Melayu serta nilai-nilai sejati bangsa yang patut diangkat balik untuk digunapakai pada zaman sekarang. Rujuk artikel Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru.


Kali ini saya meminta penggunaan projektor untuk membantu menerangkan perkara. Sambungan Internet juga diminta supaya apa-apa yang patut boleh dirujuk terutama melalui blogspot CATATAN SI MERAH SILU yang sudah pun terisi dengan banyak perkara.


Ke kanan kelihatan pensyarah kolej yang selesa dipanggil sebagai Cikgu Bad. Beliau menjadi moderator forum yang akan bertanyakan soalan-soalan yang perlu sambil mengawal hala tuju majlis.


Dari tempat duduk VIP di hadapan saya mengambil gambar hadirin ke kiri dan ke kanan belakang...





Mengambil tempat duduk di hadapan. Cikgu Bad kemudian membuka pengenalan tentang diri saya lalu forum pun bermula.


Jika di KUIM saya berkongsi pentas dengan seorang lagi panelis, di Kolej UNITI ini segala masa iaitu sejak jam 9 pagi membawa ke 12 tengah hari diperuntukkan untuk mendengar perkongsian ilmu daripada saya seorang.


Secara rata saya mengulangi lagi apa yang sudah dikongsikan di KUIM tetapi dengan beberapa tambahan...





Selesai urusan di kolej saya mengambil satu jalan kampung berdekatan seperti disarankan pensyarah lain yang merupakan seorang aktivis busana tradisional Melayu juga guru silat.


Saya diberitahu terdapat kawasan pemakaman diraja yang menempatkan jenazah beberapa orang kerabat yang pernah memerintah Sungei Raya, satu kawasan yang meliputi tebing utara kuala Sungai Linggi membawa beberapa kilometer ke arah Tanjung Tuan dan bandar Port Dickson. Kalau tak salah mereka ini adalah daripada kerabat diraja Bugis Riau yang terkait juga dengan istana Selangor Lihat artikel Makam diraja (Royal tombs at) di Sungei Raya, Negeri Sembilan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kawasan tersebut kini adalah sebahagian daripada daerah Port Dickson. Selesai ziarah saya menghala ke bandar PD...


Singgah sebentar di Teluk Kemang melihat keadaan pantai. Lihat Teluk Kemang beach after 3 years or so....


Adapun sambil membuat perjalanan ini saya juga sedang bersedia untuk menganjurkan acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Sebelum bertolak saya menerima satu salinan contoh kertas cadangan acara menurut format yang biasa diterima Jabatan Muzium Negara. Ketika bermalam di surau sebelah makam Sheikh Ahmad Majnun saya terbangun tidur sekitar jam 2.30 pagi lalu mendapat gerak untuk membuat kertas cadangan HIKMAH menurut format. Tarikh cadangan acara adalah pada Sabtu 22 Oktober, kurang sebulan daripada itu lalu saya perlu menghantar kertas cadangan secepat mungkin. Masalahnya saya tiada talian Internet yang boleh digunakan. Semasa di Kolej UNITI ada tetapi terlupa pula lantaran sibuk dengan forum. Sampai di bandar PD saya cuba mencari Wifi atau Intener Cafe yang boleh digunakan tapi tak jumpa-jumpa.


Bila dan mencari di beberapa tempat termasuk restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken juga McDonalds tapi masih tak dapat saya pun meneruskan perjalanan ke Lukut lalu menziarahi makam diraja sana.


Yang inipun terkait dengan kerabat diraja Bugis Riau dan Selangor. Lihat cerita berkenaan dalam artikel lama Kota-kota Bugis di Kuala Linggi dan Lukut, Untuk pengetahuan seluruh daerah Port Dickson pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Selangor, satu kerajaan yang diterajui kerabat diraja Bugis yang berasal dari Riau. Kawasan-kawasan di selatan seperti di Kuala Linggi dan  Kuala Sungai Baru membawa ke Tanjung Bidara dan sekitarnya juga pernah berada di bawah pemerintahan kerabat diraja Bugis tetapi menjawab terus ke Riau, tidak melalui Selangor. 

Alhamdulillah saya sempat sampai ke rumah sekitar jam 4.30 petang. Sempat menyemak kembali kertas cadangan acara ke-18 HIKMAH lalu menghantarnya kepada pegawai Jabatan Muzium Negara yang bertanggungjawab sebelum beliau keluar dari pejabat. Dengan ini selesailah cerita berkenaan aktiviti-aktiviti dan perjalanan daripada Sabtu 11 hari lalu membawa ke Rabu lepas. Selepas menyelesaikan 2-3 lagi perkara insyaallah saya boleh memberikan tumpuan penuh pada penganjuran HIKMAH Muzium Negara yang kini tinggal 17 hari sahaja sebelum ia dijadualkan berlangsung. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,484 di blogspot ini.


Selasa, Oktober 04, 2016

Ke Kota Supai membawa ke Tanjung Tuan - Cabaran sebelum dapat bermalam di makam

Hari ini, sejak pagi tadi angin atau mood saya semacam. Rasa down sangat akibat berlaku sesuatu yang membuat saya terasa segala penulisan yang dibuat, segala pengembaraan dan aktiviti tidak ada nilai. Seolah-olah lebih penting lagi kelulusan tinggi, pangkat, kedudukan dan harta benda walaupun diperolehi dengan cara banyak temberang dan menipu orang. Hari ini saya terpaksa bertungkus-lumus untuk mengeluarkan diri daripada angin tidak enak. 

Dalam keadaan begitu, amat susah untuk saya menulis malah melakukan apa-apa perkara yang bermakna, Tapi digagahkan juga sampai dapat menyiapkan dan menyiarkan 11 buah artikel berkaitan di blogspots lain, 4 artikel berkenaan hal lain. Ini semua adalah pra-syarat sebelum dapat memulakan artikel ini. Sekarang biarlah disambung cerita daripada artikel Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru.


Saya meninggalkan Kuala Sungai Baru selepas jam 12 tengah hari lalu menghala ke Kuala Linggi.


Ternampak papan tanda ini terasa hendak melihat apa yang ada. Lihat artikel The beach at Tanjung Dahan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai ke Kuala Linggi terus menuju ke restoran terapung.


Pemandangan daripada situ amat menarik. Selain itu ada jalan untuk naik ke Kota Supai, sebuah kota tinggalan orang Bugis yang kemudian digunakan Belanda. Lihat artikel Estuary of the Linggi river from the bridge to the floating restaurant  diikuti Latest look at the fort of Kuala Linggi.


Walaupun cuaca sedang panas terik ketika itu angin laut atau lebih tepat angin Selat Melaka terasa begitu enak mendodoi. Sehingga saya duduk lama di sekitar Kota Supai dan Kuala Linggi, sehingga sampai satu ketika saya tidak dapat menahan diri daripada melelapkan mata sebentar di dalam sebuah sampan.


Nah. Beginilah keadaan saya dalam sampan. Saya minta orang ambilkan gambar. Teringat ketika mengembara secara hitchike seorang diri di Eropah pada musim panas tahun 1995 saya pernah menumpang tidur dalam bot orang di Amsterdam selama 3 malam. Kelihatan di kanan kereta yang dipandu dalam perjalanan. Turun ke kereta dari bukit sekitar jam 1.10. Sedar tak sedar setengah jam lagi saya melepak sebelum menyambung perjalanan.


Sebelum meninggalkan Kuala Linggi saya singgah di bangunan yang dahulu merupakan kompleks perikanan untuk menikmati pemandangan tepian Sungai Linggi. Lihat Views from the former fisheries complex of Kuala Linggi.


Tak cukup itu, masuk pula ke bawah jambatan berdekatan yang menyeberangi sungai. Lihat Views from under the bridge near Kuala Linggi.


Puas melepak di bawah jambatan baru saya makan tengah hari lewat iaitu selepas jam 2,45 di kedai berdekatan. Sampai di pekan Pasir Panjang solat di masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Pasir Panjang, Negeri Sembilan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Perjalanan disambung dengan membuat banyak lagi persinggahan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Akhirnya dekat jam 5.30 petang baru sampai ke tempat paling utama yang mahu dijejaki hari itu iaitu Tanjung Tuan.


Saya sudah banyak kali mendaki bukit-bukit di sini. Tapi baru kali ini dapat tahu tentang kewujudan tempat yang kelihatan dalam gambar. Lihat The peak called Batu Putih at Tanjung Tuan.


Seperti biasa kalau dah sampai ke Tanjung Tuan, rasa tak sah kalau tak naik ke rumah api melihat pemandangan.





Kemudian saya mengambil jalan berdekatan untuk turun ke pantai selatan.





Singgah di perigi ini,,


Jejakkan kaki ke lekukan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah,


Ziarah makam di belah belakang.


Disebabkan penat amat, saya malah terlelap di sebelah makam sehingga hampir jam 7.


Nak keluar dengan selamat lebih elok naik balik ke arah rumah api kemudian ikut jalan biasa turun. Tapi saya mahu mengambil jalan pantai walaupun air pasang.


Akibatnya jam 8 malam baru keluar dari hutan. Jam 8.45 baru sampai ke tempat saya ingin bermalam iaitu makam Sheikh Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas.