Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, December 30, 2006

Perang Akhir Zaman - Bahagian 3

Waahh... Banyak sangat masalah mahu mengemas-kinikan cerita di blog malam ini... Ada sahaja gangguan pada server juga pada host program blogger itu sendiri. Mahu rasanya give-up, apalagi jiwa dan raga sedang penat... Baru petang tadi kembali daripada 2 minggu berkelana di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Malangnya saya tidak dapat melelapkan mata selagi tidak menyelesaikan kerja... Tak apa... Semua itu dugaan belaka untuk mencuba kesabaran dan keredhaan seorang hamba...
Baiklah, biar saya sambung lagi postings terpilih yang diambil daripada Forum CVT untuk melengkapkan artikel "Perang Akhir Zaman" ini ya... Jika pada awalnya, saya menghadapi banyak persoalan apabila mula mengenengahkan subjek menakutkan ini, pada penghujungnya pula ramai orang yang terbuka untuk menerima kemungkinan akan peristiwa-peristiwa dunia yang akan berlaku nanti... Lalu ramai yang tergerak untuk mengkaji asal-usul diri sendiri untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran akan datang...
Dalam celah-celah itu pula, saya sempat berkelana lagi, jadi keluarlah sedikit cerita dalam perjalanan. Apapun, OK... Ini dia ceritanya...


Posted: 27 July 2006 at 6:06pm
A'kum kawan-kawan. Teman dah sampai Teluk Intan ni. Malam tadi tido kat masjid Kg. Gajah. Masa kat Kuala, tak de pulak orang offer gua durian... Yang sibuk tengah musim ni belah-belah Pantai Remis dan menghala ke Kampung Matang Aceh. Tempat lain aku tak nampak sangat. Eh, kenapa ko tanya LK? Ada apa-apa ke? Yang aku ingat masa kat Beruas ada le dua tiga orang warning aku kalau gi Kangso tu jaga le makan-minum sikit sebab la ni musim orang test santau dengan buang santau... Alhamdulillah, gua masih sihat. Tapi kena hati-hati jugak sebab tok nenek-moyang teman banyak juga yang mati kena racun... Nak rembat depan-depan tak dapat, rembat le cara halus...
Tentang bab camana Zionis, Mossad, CIA n gang (semuanya ni pun ada geng jugak, bila Freemason n Illuminati masuk campur bagi arahan) boleh kacau sistem kita, salah satunya taja orang politik yang berpengaruh... Camana caranya?
Ini satu contoh. Katakanlah hang seorang pelajar univerisiti terkemuka luar-negara yang agak terserlah... Popular dan diketahui bijak... Tapi orang juga tahu anda bercita-cita besar nak jadi pemimpin. Dan anda boleh makan umpan sebab kaki minum dan suka jilat pompuan (excuse me, sesekali nak kena pakai lidak kasar jugak)...
Jadi akan sampai satu masa anda akan di approach oleh wakil-wakil kumpulan yang bergerak seperti persatuan brotherhood fraternity, lebih kurang cam rotary club n lions club le gitu. Ajak anda gi parti, sambil-sambil tu cite politik, wine n dine... main pompuan. Maka anda dah tentu ada skeleton in the closet, ada scandal yang boleh dipakai untuk ugut anda in the future kalau tak nak ikut cakap.
Kalau anda memang ikut kepala diaorang, enjoy all night long, anda pun akan terbawa le dengan pemikiran liberal MatSaleh yang disponsor Zionis di samping ikut serta perbincangan macamana nak ubah sistem negara anda yang tak liberal tu. Jadi di samping gelak ketawa tu muncul pulak rancangan dan tekad - kita mesti bagi Malaysia jadi lebih open - sambil-sambil tu anda pun dikenalkan dengan para peniaga, politikus, ahli perang saraf dan strategis yang berpengaruh. Mereka le yang akan menolong merangka kenaikan anda dalam persada politik negara apabila balik Malaysia nanti. Kalau perlu masuk TV jadi pelakon dulu, buatlah itu... Kalau jadi news presenter pun boleh... Yang penting profile anda meningkat di mata masyarakat sampai le masa anda "ditanam" ke tempat strategik untuk menumpang kenaikan politik orang lain contohnya melalui perkahwinan...
Aku rasa cukup le aku cite setakat ini... Yang lain tu fill in the blank... Ini cuma perspektif realitip politik daripada seorang hamba Allah yang dah ragging banyak muka-muka yang sekarang pegang perniagaan dan polisi negara, masa zaman-zaman student A-Levels dulu... Dan dah buat pun kerja macam James Bond conquer pompuan sampai depa tak bole resist lagi apa-apa aku punya suggestion. Aku tau le apa aku cite. Tapi aku dah taubat le, insyaallah, sebab tu tak boleh cite lebih-lebih ... A'kum
p/s: Masa aku lepak kat makam diraja Bukit Chandan, aku perasan le area sebelah makam Sultan Idris (yang perintah Perak sebelum Sultan sekarang) cantik je kosong. Tak balance... Macam nak tunggu penghuni baru je... Ish.... Celupar mulut aku... Ish...

Posted: 01 August 2006 at 12:13am
Ada forumer menyatakan betapa kita sekarang dilalaikan dengan hiburan. Maka saya menjawab: Betul tu Cfu... Aku sokong 100 peratus...
La ni AF dan ada pserta pakai tudung... Maka jadilah contoh muslimah pakai tudung juga bole terkinja-kinja menari atas pentas...
Last AF diaorang dok war-warkan pasal Mawi contoh lelaki ideal pilihan bakal mak mertua satu world, boleh mengaji, pandai berzanji...
Hmm... Apasal lak si Mawi ni tak guna populariti dia yang gila babi hebat tu ajak anak-anak Melayu, pakcik dan makcik lihat realiti zaman sekarang? Gunakanlah skill mengaji dan berzanji awak tu suapay kita peka sikit apa yang berlaku di Timur Tengah... Lantangkanlah suara kutuk Israel masuk Lebanon bunuh orang. Ini tak... Yang lantang orang-orang lain, kononnya sampai nak serbu Condoleeza Rice padahal teman tahu sangat le yang cakap berdegar-degar ni master plannner political path diapun dah tentu ada connection Zionis...
Apa, Mawi takut Fernandes marah ke kalau sokong Hizbollah pi bantai balik Israel? Apa, kita nak lawan benda-benda bole tubuh MyTeam aje ke, konon-konon hidup kita rakyat Malaysia ni ceria selalu... Itupun Myteam dah entah ke mana, political vehicle satu mamat tu aje nak dapat sokongan Melayu belia...
Alahai... Dunia, dunia... Poning kepala den...

Hmm… Baru terasa nak menyertakan komen seorang forumer yang memakai nama Kersani:
Posted: 01 August 2006 at 3:45pm

ishhhh...... pakatan yahudi ni dah lama bertapak kat negara asia ni.. terutama negara©÷ 3 islam, indonesia, malaysia, singapore..... apa mau heran.. sejak dari pemerintahan kesultanan melayu melaka lagi.... pakatan zionis, atau illuminati atau pun gerakan freemason (gerakan Rahsia). satu gerakan yang punyai satu misi, iaitu, kuasainya dunia anggota mereka ni ramai yang cerdik pandai (Golongan Yahudi), ahli©÷ perniagaan, Politician, Army, or what ever lah!.... mereka ni ada dimana©÷, di seluruh pelusuk dunia. mereka gak yang mencaturkan bidak apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dilaksanakan, apa yang perlu dilakukan. di eropah dah hancur.... kebanyakannya dikuasai oleh org©÷ freemason...
ada khabar angin mengatakan, bush tu salah seorang anggota freemason... winston churchill, richard nixon dikatakan anggota freemason.. dan mana©÷ presiden di U.S dilantik, Pun Gerakan ni gak yang aturkan, siapa, dan lepas tu siapa lak jadi president... kalau nak ikutkan barangan yahudi ni.... dah banyak sangat kat malaysia ni... tak terkira.... (agaknya kot?) yang paling ketara, COKE, tu terang©÷ syarikat yahudi... sedangkan orang yahudi sendiri pun tak minum air coke. sebab apa?. air coke leh dibuat pencuci mangkuk tandas yang berkarat tu..... ( hangpa semua ada minum ayaq COKE ka?) 75% barangan yang ada kat malaysia ni datang dari U.S. kat U.S tu sapa punya? yahudi gakkkk..... tujuan mereka nak lenyapkan umat islam dari muka bumi ni. mereka cipta racun senyap ( racun lambat bertindak memakan masa) dari makanan dan sebagainya. contohnya, penyakit datang berpunca dari makanan (masuk akal ka?).., so depa cipta la, chocolate cadburry la, rosshell la,zip la... ayaq coke la, macam² lagi la (abis tu kita nak makan apa?).
depa ni dah lama kaya.... kaya dari penjualan hasil produk depa kat seluruh dunia... depa dah rancang ni dah lama dah, 500 tahun dulu... depa dok sibuk kaji agama islam, depa cari kelemahan islam, cari apa yang umat islam boleh kalah.. sebelum king richard, (raja England) pernah berpesan pada menteri©÷nya, org©÷ islam berperang dengan pedang ditangan kanannya dan Al-Qur'an ditangan kirinya... engkau jatuhkan kitab ditangan kirinya, barulah kamu akan menang. maksudnya, berperang dengan akidah... sesatkan umat islam dengan hiburan, kekayaan ( orang arab yg lupa dan pentingkan diri sendiri), bola (tengok world Cup sampai pagi), Sport, dan macam² lagi lah (banyak sangat). hangpa rasa, kita boleh boikot tak barangan yahudi nih?. kalau boleh, depa tak heran, kalau malaysia boikot, negara lain nak boikot gak ka?. duit hasil depa tetap gak masuk walaupun malaysia dok boikot.
henry ford (pencipta kereta ford) pernah beri amaran tentang perihal rancangan pakatan zionis yahudi ni, tapi mereka taknak ambil tahu.. sampaikan mereka kata henry ford dah gila agaknya?.. ada seorang professor dari sweden mati dalam keadaan misteri... sebab kematian? masih lagi diselubungi misteri.. dia dibunuh oleh ejen yang tidak diketahui (CIA?, FBI?, KGB?,GESTAPO?, M15?, M16?, MOSSAD?, Freemason?). dia mati sebelum berikan ceramah berkaitan "New World Order" di connvention centre di sweden yang berkaitan dengan pakatan zionis, freemason, illuminati. professor ni ada bukti yan kukuh, wujudnya pakatan bersama ni.... dan dia nak menyebarkan kebenaran.. tapi sayangnya, dia mati sebelum sempat waktunya....
knapa kita tak ambil inisiatif sendiri menubuhkan satu jurusan mengkaji tentang yahudi nihh?. kita kaji tentang perangai, sikap, pemikiran yahudi . anak©÷ yahudi dari kecik, mereka diajar membenci umat islam dan agama yang lain (kristian, budha, dan lain©÷) kat sekolah gak ada mata pelajaran tentang membenci agama lain (terutama Islam) siap ada exam lagik tu!..... tapi sayangnya kita ni dah lama ikut telunjuk yahudi ni tanpa disedari walaupun tanpa kerelaan kita sendiri.
masa codezza rice mai kat kl convention centre.., depa dok buat protes, nak jumpa betina hitam legam (anjing suruhan) tu nak buat pa?. bukannya dia nak dengaq kata kita. kalau aku kata depa ni bodoh, dak gak, depa yang demostrasi ni kebanyakkanya berakal, blajaq tinggi©÷ sampai pi U.K, U.S, kot mana¡é3 pun lah!. kat negara depa sendiri, rakyat depa dok buat demostrasi lagi hebat pun, kerajaan U.S buat tak reti... ni yang kita dok buat demo, lagi dok gelak sakan la depa. kita dok buat demo, bakaq sana, bakaq sini, kita dok terjerit jerit sana sini.., dia (betina hitam legam) tu dok seronok menekan piano menghiburkan hati, sambil dibackup alunan irama lagu demostrasi kat luar tu yang kita dok terjerit jerit.....
codezza mai pun dok crita pasal dok nak genjatan senjata.... pendamaian la, apa la.... dia kat malaysia dok bercakap pakai air liuq, U.S, Israil dok bercakap pakai peluru hentam umat islam.... bilanya nak abih?

P/S : "to repeat what others have said, requires education, to challenge it, requires brains"

Jawaban saya terutama terhadap kata-kata tersebut:
Posted: 01 August 2006 at 10:23pm

Kata Kersani:
knapa kita tak ambil inisiatif sendiri menubuhkan satu jurusan mengkaji tentang yahudi nihh?. kita kaji tentang perangai, sikap, pemikiran yahudi .
Saya sokong 100 peratus! Kaji sejarah Yahudi sejak wujudnya 12 pecahan Bani Israel daripada anak-anak Nabi Yaakub, sampai ke bab Samiri zaman Nabi Musa suruh orang sembah lembu emas, sampai mereka sesat 40 tahun mencari Baitul Muqaddis, sampai mereka yang mendustakan keRasulan Nabi Sulaiman, dikatanya bagind ahli sihir, sampai bab mereka mengengkari dan membunuh alim-ulamak dan para Nabi, sampai mendustakan Nabi Isa lalu mencipta konsep Trinity dan Kristianiti, sampai cuba hapuskan Islam dan racun Nabi Muhammad. Sampai la ni nak promote kononnya ada keturunan Nabi Isa sebagai orabng berdaultat untuk bertakhta kat Baitul Muqaddis dan mengamankan dunia, lalu novel-novel propaganda halus seperti The Da Vinci Code, Holy Blood and Holy Grail, sampai Judas Gospel pun ada (kaje le... Judas tu sape...)
Kaji rancangan Iluminati, Freemason, hubungkait ngan Mossad, CIA, MI6 dan macam-macam lagi... Bukak juga cite pasal lingkaran ular Zionis yang bermula dari Greek sekitar 400 BC, yang siap ada petanya sekali... Kenapa depa mula dari situ... Apakah yang dicipta di Greek zaman itu sampai kesannya mendalam mempengaruhi iklim sosiopolitik dunia sekarang? Bukak balik dokumen Protocols of the Elders of Zion dan cari jalan nak counter balik...
Tapi masalahnya, orang Melayu pun ramai tak caya benda ni wujud... Dikatanya kita ni conspiracy theories.... Itu belum kira Melayu Zionis (juak-juak diaorang le tu) yang dah ditanam merata nak bagi disinformation - main perang saraf supaya jiwa kita jadi celaru.... Macam-macam jurus ada... Yang ada berlagak macam ulamak tapi merosakkan akidah cara halus, yang ada gunakan hiburan promote dunia tanpa batasan... Macam-macam... Depa tu tengah dok pantau forum-forum cam ni... Jaga-jaga...
Ya Allah... Hambamu yang hina ini meminta supaya dibukakan mata bangsaku atas apa yang sebenarnya sedang berlaku di bumi ini... Dan berilah kami kesedaran dan kekuatan untuk mendaulatkan balik Islam di mukabumi ini. Amin...

Yang ni pula respons saya terhadap kata-kata tertera di bawah:
Posted: 03 August 2006 at 6:51pm

Nakia wrote:
Hmmm kat CVT ni kan ramai otai pukulan jarak jauh maka ingin aku menyeru "Wahai otai2 pukulan jarak jauh tolong scan jet2 Zionis & hantar "power" punya zikir kasi letup semua itu jet2 Zionis "
Sila sila jangan malu2 otai semua
Bila lagi nak sumbangkan tenaga

Dulu dalam dua tahun lepas, aku pegi le rumah bapak angkat aku kat Janda Baik lepas lama tak gi sana... Jumpa le satu pakcik yang aku tak pernah nampak, katanya dah seminggu dok tumpang sana... Kat ruang tamu lak macam-macam benda dia ada kat lantai, batu, keris, pedang panjang sangkut kat tingkap rumah pun ada. Kata dia, dia buat keja bomoh part-time kat arae Semantan. Ngan dia berasal daripada keluarga Sayyid campur kerabat diraja Selangor.
Lepas tu dia bangun bawak keluar pedang... Aku pun tanya: "Pakcik! Pakcik nak buat apa dengan pedang tu?"
Jawab dia: "Aku geram le tengok Bush... Aku nak bunuh dia."
Masa tu Bush baru attack Iraq, lepas Afghanistan dah lingkup.
Pas tu dia kata kalau ada 40 orang yang dapat Haji Mabrur, kalau pakat sama-sama doa, mesti kojol Bush!
Dia pun duduk kat lantai dan ambik satu kalung kain warna hijau ngan ada macam bantal kecik kat hujung. Katanya ada tanah Masjidil Haram kat dalam. Lepas tu dia pegang kat tangan dan biar benda tu tergantung. Dia pun tanya kat benda tu: "Ada tak 100 orang Haji Mabrur kat Malaysia ni?"
Benda tu gerak sikit pas tu berhenti. Ertinya tak de le tu....
Pas tu tanya lagi ada tak 40. Sama jugak... Gerak sat pas tu berenti...
Tanya punya tanya, sampai le soalan ada tak antara 5 ngan 10 orang Haji Mabrur? Baru le benda tu gerak lama ngan pusing. Dia pun kata: "Hmm... Tak sampai 10 orang ada Haji Mabrur kat Malaysia ni..."
Diam sat... Pas tu dia tanya lagi... Ada tak 40 orang Haji Mabrur kat Nusantara... Jawabnya tak (ikut kata dia le)... Tanya pulak kat dunia ni ada tak 40 Haji Mabrur... Pun sama, takda...
Habis tu dia kata, susahlah cam ni... Camana lah nak bunuh Bush?
Camana tu kawan-kawan... Camana le kita nak tembak n jurus Bush, Blair dan Zionis ni yek? Macam-macam le zaman sekarang ni...
A'kum ...

Posted: 04 August 2006 at 10:41pm
Apapun kuatkan semangat dan dalaman... Amalkan le apa yang patut supaya lebih bersedia menerima cabaran masa hadapan... Amalan yang dimaksudkan tidak semestinya sekadar tambah zikir dan solat. Mungkin kita patut belajor sedikit demi sedikit hidup tanpa keperluan asas dan segala kesenangan hidup sekarang....
Apa kata kawan-kawan semua jika berlaku bencana yang melumpuhkan sistem kewangan negara... Duit tak bole pakai, minyak tak guna... Tak da kerja, tak da sumber pendapatan, kereta tak leh pakai? Dah bersediakah untuk menghadapi kemungkinan ini? Sedangkan bila takda gula pun dah banyak orang gelabah?
Untuk saudara Nakia... Contoh yang saya beri tentang pakcik yang mahu bunuh Bush itu bukanlah untuk menghina saudara atau bermain-main dengan semangat jihad. Cerita itu adalah cerita betul, bukan dibuat-buat. Maka saya ketengahkan sebagai contoh untuk kita berfikir, boleh ke kita jatuhkan Bush, Blair n Zionis setakat dengan semangat dan doa? Berapa jauh makbulnya doa kita dengan diri yang berkarat selalu makan hasil dalam sistem kewangan dan perbankan yang bercampur-aduk dengan riba'?
Itu aje untuk renungan... Sanggupkah kita meninggalkan kesenangan dunia moden untuk mengotakan satu perjuangan. A'kum

Posted: 05 August 2006 at 10:20pm
Jawaban kepada satu telahan seorang forumer:
A'kum LidahKasar. Silap tu, aku bukan Oxford graduate tapi University College of London. Memang grad mathematics tapi kepala aku dah piau le, rasanya susah nak masuk ilmu logik n matematik lagi.
Bab uncle aku tu, satu keluarga dah tak kuasa.... Ye lah, former Laksamana Navy, ada Latuk pulak lagi... Sedangkan dulu masa dia cadet navy karat pun perangai dia cam tu, inikan lagi dah ada pangkat.
Tapi pada aku dia bukannya menyombong. Dah perangai dia macam tu, apa boleh buat. Anak lelaki dia 3 orang pun ada lebih kurang cam tu tapi satu je yang jadi navy, tak salah aku last pangkat dia lieutenant gitu...
Aku kalau nak cite bab military ni, ex mertua aku colonel air-force, pernah jadi military attache kat US. Bila balik jadi expert logistik kat joint forces Mindef. Cousin aku pulak pak mertua dia ex-general army, siap Dr perubatan lagi. Jadi ktiga-tiga branch military aku bole cover.
Apapun, aku jugak sorang ahli family yang jadi orang gila... Contact military aku sekarang lebih pada pakcik-pakcik dalam hutan yang dok main jalan lama macam jalan Mat Kilau belah Tembeling nak masuk ke Terengganu... Ini gila punya cerita, orang mati hidup balik mati hidup balik, geng Tok Bahaman dan macam-macam...
Takpa... Kita simpan dulu military strategy tu... Sekarang ni paling penting pada aku ajak semua orang Melayu bukak hijab diri cara yang betul, ikut jalan para nabi n wali... Kalau leh jangan tertipu dengan permainan jin ngaku wali yang nak potong line kita sebagai khalifah. Insyaallah bila hati dah jernih, strategy dari langit akan terpancar kat hati... Gerak perang pun akan timbul dengan sendiri, lebih kurang macam orang pakai Selempang Merah le gitu...
So, I guess I'll be seeing you at the gathering, Insyaallah. A'kum

Posted: 08 August 2006 at 7:28pm
Respons kepada satu soalan berkenaan nasab yang agak berat:
A'kum Putih Ungu... Alamak... Dalam pm tadi saya dah terkabur lak... Boleh refer to Putih dengan perkataan saudari... Sebab entah kenapa plak, Putih Ungu tu saya nampak macam Puteri Ungu... Baru sekarang perasan, ada soalan yang sama dalam thread ni lah plak. Ini mesti kepala aku dah kenal cross-line Patani... (ke saudara ada kaitan ngan Sayyid yang turun belah Patani?) Tak pa... Sori le saudara, kesilapan tidak disengajakan.
Saya rasa buat masa ni cukuplah jawaban yang saya pm itu. Jawaban yang Batara Karang beri pula lebih kepada nama-nama yang diberi terhadap SATU TUBUH BADAN Sheikh Abdul Qadir al-Jilani pada zaman itu, sepertimana aku ini Merah Silu, Radzi, Muhammad, Fahrul dan ada lagi nick zaman dulu-dulu, untuk tubuh ini juga (hmm... Kenapa saudara sebut saya orang lama yek?). Jadi rasanya nama-nama itu tidak menjawab persoalan sebenar Putih Ungu. Sekadar tambahan, yang di Nagore tu seingat saya lebih 200 ke sampai 400 tahun selepas zaman Sheikh Abdul Qadir yang diketahui ramai (dalam 1066-1160an Masihi gitu).
Bab Hassan Awal dan Hassan Thani ni, adakah saudara bermaksud untuk menghuraikan seperti siapakah dia Muhammad Awal, Muhammad Tengah dam Muhammad Akhir... Kalau gitu, fuh... Tak berani nak cakap.
Tapi kalau bab nasab yang masih dalam perkiraan logik, maka Hassan Awal adalah Saidina Hassan ibni Saidina Ali sedangkan Hassan Thani adalah Hassan al-Muthanna ibni Saidina Hassan... Rasanya lebih elok disertakan full nasab Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tapi buat masa ni tak dapat paste le... Dah ada dalam komputer saya... Ni kat Internet Cafe ni.
p/s: Saudara Putih Ungu ni dari kabilah mana? Jamalulail ke?

Dan respons seterusnya:
Posted: 11 August 2006 at 4:02pm

A'kum kawan-kawan semua... Terutama kepada Putih Ungu... Saya rasa saya faham...
Kalau saudara berkesempatan, ziarahlah makam Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu dan cari makam (yang ni tersembunyi sikit) makam Sheikh Muhammad al-Baghdadi di Kuala Terengganu... Juga kalau ada kesempatan terjumpa waris-waris, tanya le tentang sebuah kitab lama bertajuk "Shirabil Muntaha"... Zikir-zikir penghabisan.
Kalau berkesempatan ke Aceh, eloklah menghadap makam Sultan Malikus Salih berhampiran bandar industri Lhoksuemawe...
Adapun pertemuan balik nasab Saidina Hassan dan Hussain bermula apabila Hassan al-Muthana bin Saidina Hassan bin Ali berkahwin dengan sepupunya, puteri kepada Saidina Hussein...
Salah seorang anak yang terbit bernama Abdullah, juga dikenali sebai Abdullah al-Kamil dan Syeikh Banu Hashim kerana menerbitkan banyak keturunan...
Salah satu anaknya bernama Muhammad bin Abdullah, juga dikenali sebagai Muhammad Nafs al-Zakiyah... Sehingga baginda pernah diwar-warkan sebagai Imam Mahdi (masa tu zaman penghujung keKhalifahan Bani Umaiyah, dalam tahun 120an Hijriah gitu...) lalu terjadi lah satu gerakan yang berjaya menerbitkan pemerintahan Bani Abbasiyah...
Seorang anak Abdullah pula dikenali sebagai Imam Musa al-Jaun... Daripada baginda lah terbit Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, juga Sharif-sharif Mekah...
Di Terengganu, saya ada mengenali seorang bernama Dr Syed Salleh daripada keluarga Az-Zawawi Mekah. Dia selalu pimpin ratib Al-Attas kat Surau Kampung Cina yang dihadiri banyak anak cucu Nabi...
Syed Salleh ni anak mufti Terengganu dulu sedangkan datuknya adalah Mufti Mekah sebelum kenaikan kerajaan Bani Saud, daripada keluarga Sharif Mekah.
Katanya, nama dia dulu tak pakai Syed. Pakai Muhammad je kat depan tapi sebab orang di Malaysia tak kenal anak cucu Nabi kalu tak letak nama Syed, tu yang terpaksa letak nama Syed...
A'kum

Posted: 11 August 2006 at 4:07pm
Oh... Lupa lak... Ini le nasab Sheikh Abdul Qadir al-Jilani seperti yang saya sertakan dalam buku "Berpetualang ke Aceh". Biar saya letak sekali sebahagian sedutan cerita yang berkenaan...
(Cite ni dalam bab bertajuk "Sedikit mengenai Sheikh Abdul Qadir al-Jilani", bermula dengan cite camana ayahanda dan bonda baginda boleh bertemu)

“Sekarang aku akan beritahu asal-usul sebenar Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Mengapa orang yang dikatakan Ajam ini, bukan orang Arab boleh diangkat menjadi raja segala wali,” pakcik itu mengumumkan.
Rasyid diam memasang telinga. Bukan senang hendak berjumpa orang tua begini, bukan selalu mendapat cerita-cerita lama seperti ini.
“Sebenarnya pemuda itu memang bukan orang sembarangan. Orang berdarah bangsawan dan berketurunan baik-baik, anak cucu Rasulullah SAW dari sebelah Saidina Hassan,” dia memberitahu. “Namanya ialah Abu Saleh Jangi Dost bin Abdullah bin Yahya az-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Musa at-Thani bin Abdullah bin Musa Al-Jaun bin Abdullah Al-Kamil bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan.”
“Bapa mertuanya juga berketurunan Nabi tetapi dari sebelah Saidina Hussein, adinda kepada Saidina Hassan pula. Namanya ialah Abdullah al Suma’i az-Zahid bin Abu Jamaluddin Muhammad bin Mahmud bin Abul Atho-i Abdillah bin Kamaluddin Isa bin Alauddin Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Ja’afar Al-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein.”
Maka bertemulah dua nasab keturunan Nabi yang mulia melalui Abu Saleh Jangi Dost dan isterinya yang ‘cacat’ itu, perempuan mulia yang dikenali sebagai Ummu Khair. Dari pasangan suami isteri soleh dan solehah ini lahirlah seorang insan bernama Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani yang bakal memimpin kerohanian umat Islam. Bersatulah sifat-sifat Rasulullah SAW - kemuliaan dan paras rupanya yang diwarisi Saidina Hassan, keberanian dan kedermawanan yang diwarisi Saidina Hussein - dalam satu ruh dan tubuh yang diakui sebagai Sultanul Awliya, raja para wali!
“Maka Sheikh ini sebenarnya Ajam ke Arab?” pakcik itu memberi soalan ‘cepumas’. Sudah gaharu cendana pula...


Posted: 16 August 2006 at 11:32am
A'kum... Sekarang ni Israel kononnya nak berdamai ngan Lubnan n Hizbollah dengan Amerika sebagai chief pendamai... Supya mengelak krisis jadi lebih beso lagi
Ya ke ni? Apakah kita akan menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, bangsa Yahudi memegang janji... Heh...Heh...
Baru semalam ke apa, aku nampak kat TV, presiden Iran ngan Syria dan jumpa empat mata... Agak-agak le, apakah akan berlaku seterusnya? Jangan betulkan TV anda...

Kata forumer Aladin pula:
Posted: 16 August 2006 at 12:04pm

BIARKAN LAH MEREKA BANYAK BATU API .. API DAH REDE TAPI ANGIN MASEH ADA . KITA KAT SINI DOA KAN AGAR PM ABDULLAH & EX PM MAHATHIR . MALAYSIA DAN SINGAPURA BERBAIK2 SUDAHLAH . NEGERI KITA AMAN DAMAI . DAPAT BIKIN AMALAN SOLEH . KECUALI KALAU SUDAH TIBA MASA NYA .. KITA SUDAH TAK BOLEH ELAK . MUDAH2AN TIDAK . SEBENARNYA BAHANG PEPERANGAN NI DATANG DARI UTARA . JAGA BAIK2 D'UTARA ITU MESTI KUAT MEMPERTAHAN KAN BENTENG UTARA . NASIHAT AKU SENANTIASA LAH KITA D'BAWAH HAQIAQATUL QIDAM SEDIA . SUPAYA IMAN TAK BERGONCANG .. ISLAM TAK LAYU .KAU AGAK PERCAYA KAU DENGAR LAH .. KALAU TIDAK TAK PAYAH LAH .

Maka jawab saya:
Posted: 16 August 2006 at 1:44pm

Hmm... Dari utara yek? Ada kemungkinan gak tu. Ada flashpoint Pattani- Siam. Dan kononnya Malaysia melindungi para pejuang Islam Pattani...
Tapi bila dah betul-betul sampai masanya, dari selatan, dari Australia masuk Indonesia pun ada kemungkinannya... Kemungkinan memang ada macam-macam. Kalau le tak pasal kita dapat dalih secara diplomatik masa Amerika nak letak armada kat Selat Melaka dulu, kemungkinan besar depa akan ada attack dari belah situ... Dari belah laut, boleh terus masuk KL n Putrajaya...
Entah le... Sebut pasal attack-attack dari belah mana ni, banyak sangat yang sensitifnya... Takut ada pulak pihak yang melenting tak pasal-pasal. Yang penting, betul le kata hang tu... Qidam setiap masa, bersedia hidup cara orang lama meninggalkan segala harta, rumah dan sebagainya... Takda lagi TV, keta dan segala keselesaan yang dah biasa dalam hidup kita...
Soalnya, bersediakah kita untuk menghadapi kemungkinan itu? Bersediakah kita untuk mengalami perubahan hidup yang drastik? Atau dengan zikir dan solat serta segala macam ilmu yang kita ada untuk menolak bala dan meraih kelebihan dalam hidup ini, kita masih mengharap supaya kemewahan hidup bandar seperti TV, keta, katil empok dan sebagainya dapat dibawa masuk ke hutan nanti jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan?

Setelah agak lama tidak aktif dalam perbincangan di thread ini, saya menelaahnya kembali lalu terperanjat melihat perkembangan terkini...
Posted: 12 September 2006 at 5:26pm

Subhanallah... Bole terkunci mulut aku terus bila baca posting-posting semenjak 2-3 hari kebelakangan ni...
Thread "Perang akhir zaman" ni le yang aku pertama buat posting dan bukak thread kat Forum CVT ni setelah lebih 3 bulan jadi pembaca tanpa mendaftarkan nama... Bila tergerak nak masuk posting, aku terus je bukak thread ni pas tu ajak orang fikir akan kemungkinan betapa dekatnya perang akhir zaman dan kaitannya dengan beberapa cite lama yang aku tahu... Tu pun jenuh pasal banyak yang skeptik.. Maklumlah, orang baru... Tiba-tiba je bukak cerita bukan-bukan...
Sekarang ni aku tengok ramai dah mula nak cari salasilah dan wasilah diri... Ramai dah fikir secara serius akan betapa dekatnya perang akhir zaman lalu ramai gak yang dah cari jalan nak dapatkan haq masing-masing dalam mengatur saf, kedudukan dan peranan...
Apa aku nak cakap yek... Alhamdulillah le... Terharu pun ade...
Apapun... Allahuakbar! Allahumasali ala Muhammad wa ala ALI MUHAMMAD! Tidak Melayu hilang di dunia! A'kum!

Posted: 14 September 2006 at 11:39am
Ramai forumer menyatakan minta mencari salasilah keluarga dan wasilah diri masing-masing. Ada yang bertanyakan apa patut dibuat sekarang. Ini satu cadangan kepada saudara Belagak:
A'kum... Hang ajak Abnormal ngan Archer soreh... Bukak balik suma cite lama belah Banjar sampai ke Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari, juga tentang anak-anak raja Banjar yang berkelana meninggalkan istana membawa diri ke Tanah Melayu...
Kalo boleh, trace balik suma anak-cucu yang terlibat dan satukan mereka... Ada senjata-senjata lama yang perlu diperjodohkan kembali... Muafakat le sama-sama... Kalo ada pergaduhan dan perselisihan nenek-moyang dahulu, hurai setakat mencari punca permasalahan lepas tu saling maaf-memaafi lah. Buang yang keruh, ambik yang jernih...
Sekrang ni, kita mahu semua yang terlibat tahu sejarah sebenar Melayu Islam dan sejarah keluarga untuk disambungkan balik salasilah dan wasilah untuk menumpang aliran kekuatan purba yang wujud dalam darah-daging keluarga... Semuanya untuk memartabatkan kembali agama, bangsa dan negara...
Maka seboleh-bolehnya, hilangkan kepentingan dan kehendak peribadi seperti untuk menjadi kaya, mendapat nama, kedudukan atau mengorat pompuan... Kalau ada kepentingan peribadi pun setakat untuk mencapai kebahagian dan keredhaan Allah, satu hakikat yang cuma boleh dicapai apabila kita tahu tugas masing-masing di mukabumi terutama untuk menyabut cabaran akhir zaman lalu bertekad dan mencari jalan untuk melaksanakannya...
A'kum!

Posted: 15 September 2006 at 12:45pm
Ada yang bertanya tentang peranan Tanah Melayu akhir zaman nanti, maka jawab saya:
Betul le tu Tanah Melayu... Tapi musti ingat seluruh Nusantara tu Tanah Melayu jugak...Akhir zaman nanti, bila sampai masanya, jangan terperanjat kalo berlaku banyak gempa-bumi, letusan gunung berapi dan peristiwa katastropik yang akan mengubah bentuk-bumi secara radikal sehingga Sumatera rapat kembali dengan Semenanjung lalu cuma dipisahkan sebuah sungai besar yang memiliki beberapa cabang besar terutama di Perak dan Muar... Repeat balik keadaan dalam 700 tahun gitu, sejurus selepas Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai mangkat dalam tahun 1297 Masihi gitu... Baru le nampak kenapa Aceh dipanggil Serambi Mekah, Kelantan (dan Pattani) juga ada jolokan yang sama...
Yang aku jalan-jalan tu bukan carik exact point kebangkitan tapi menyusur balik perjalanan nenek-moyang dahulu kerana ada clue-clue tertentu yang ditinggalkan sepanjang perjalanan tu... Itu aje...A'kum!

Posted: 15 September 2006 at 10:11pm
Tentang bab kepimpinan pula: A'kum kawan-kawan...
Bab kepimpinan MESTI DARIPADA QURAISH tu memang Rasulullah SAW ada sebut kerana kelebihan yang Allah telah kurniakan ke atas mereka banyak termasuk kesempurnaan akal, ketajaman fikiran, rupa-paras elok, kefasihan lidah dan banyak sifat-sifat muluk yang layak dicontohi masyarakat... Tapi ada gak pihak yang menafikannya sebagai hadis dhaif... Ini le yang golongan gharib (mereka yang tak dapat membuktikan asal-usul, entah keturunan gangster dan penyamun mana, maaf ya kata-kata ini sedikit kesat) dok nak lawan... Sebab depa pun teringin nak jadik pemimpin lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi yang banyak menaikkan orang keturunan buruk tamak haloba, kaki perempuan, pemakan rasuah yang takda sifat semulajadi kasih-sayang untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara sebagai para penguasa.
Tu le masalah orang skerang... Kalo dulu, orang mesti check siapa nenek-moyang hang... Ada tak baka kepimpinan yang ada jiwa kesatria sanggup mengorbankan diri untuk kesejahteraan masyarakat di bawah pimpinannya tapi sekarang semua main bo aje... Ada duit bole beli undi dan jiwa sampai tanahair, agama dan bangsa pun tergadai... Maka penyangak pun diangkat jadik ketua masyarakat, tu yang duit derma masjid pun habis disapu bersih...
Entah le... Engkorang carik sendiri le kesahihan kata-kata tentang keutamaan keturunan dalam mengatur masyarakat ni...
Bila nak makan sayur, tahu pulak memilih sayur tu datang daripada mana, takut ada penyakit le atau kurang zat... Kucing pun tahu tengok baka, tahu plak pilih kucing parsi ngan kucing siam daripada kucing kurap entah apa-apa... Tapi bila cari pemimpin, tiba-tiba orang zaman sekarang cukup pandai... Siapa kisah pasal keturunan? Kita pilih aje le sapa yang popular... Kalau cam tu,sukahati engkorang le...
Aku nak elaborate lagi sekrang ni pun tak da mood sangat... Biar orang lain sambung yek... Biar kita kenal apa itu Quraish, seterusnya yang terpilih antara Quraish iaitu Bani Hashim, seterusnya yang terpilah daripada Bani Hashim iaitu Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi daripada keturunan Saidina Hassan dan Hussein setrusnya tapis lagi dan lagi sampai boleh kenal keutamaan keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan pecahan-pecahannya yang lebih afdah mengatur kesejahteraan umat sejagat.
A'kum!

Begitulah sedikit-sebanyak cerita yang terkeluar di sebalik perbincangan "Perang Akhir Zaman". Semoga pembaca terhibur dan mendapat manfaat daripada kisah tidak seberapa ini, Insyaallah! :]

6 comments:

Anonymous said...

salam..

rasa seronok dan bertambah sikit ilmu pengetahuan (am nye ) bila membaca blog saudara...

nak tambah sikit boleh..
apa yg saya perhatikan... zaman le ni.. terdapat byk nama2 yg asalnye dari "hebrew" @ bangsa yahudi...
adakah mereka telah menular dalam "buku-buku nama bayi"?.. saya rasa seolah2 ade sesuatu disebalik tu kerana... makin kurang nama2 yg baik dan yg telah wujud lama sejak zaman Rasullullah SAW.... ni dari pemerhatian saya setelah saya meneliti 2 jenis buku nama bayi (1. yg lama .. 2. zaman le ni..)... dalam buku 1.. nama2 sungguh indah .. nama2 para sahabat, nama cucu Rasullullah etc.. akan tetapi buku no 2 didapati seolah2 mereka2 nama yg macam tak logik dan membuang beberapa nama2 yg indah seperti nama "Hassan" (tiada dalam buku no.2)... tu hanya contoh je ...

harap dapat membaca ulasan saudara mengenai nama2 anak2 zaman le ni yg agak "pelik"...

sekian.
salam
rizza

mr bohie said...

sangat menarik post kali ini.

http://mrbohie.blogspot.com/2012/11/ilmu-akhir-zaman.html

sepuluh said...

SALAM Bang MERAH Silu,

:)

Dah ULANGKAJI BAB NI. I HINGGA III.

Siap sempat singgah lagi kat blog "mr bohie" tu . KiSAH 'Arifbillah SULTAN MUZAFFAR tu, best! Terima kasih... :)

X sabar rasanya NAK 'BALiK kampung'...





:)

PS: Nak cari cerita KISAH SULTAN ALLAUDiN pulak lah... :)

pemerhati nusantara said...

sdr. merah silu sepanjang saya mengikuti catatan saudara,saya mendapati ungkapan iklas.Saya dapati sdr masih tidak iklas kerana sdr. melebihkan suku sdr.Contohnya ilmu sdr. berkenaan org/raja2 banjar ditidakkan.Saudara masih tidak tahu silisilah raja banjar sebenarnya.Saudara mengatakan pernah membaca tuhfah an-nafis tetapi tidak menyatakan hang tuah anak raja dari kalimantan.Itulah iklas bukan pd. ucapan

Radzi Sapiee said...

Mengikhlaskan diri itu satu usaha yang sentiasa berjalan saudara. Saya sendiri tidak pernah mengaku sudah mencapai tahap ikhlas. Memang saya melebihkan suku sendiri sebab perkongsian di sini adalah tentang cara saya melihat dunia. Kalau mahu cerita tentang Banjar baca le tulisan orang Banjar dan cara mereka melihat dunia. Saya tidak pernah mengaku mewakili semua sukukaum tetapi ya saya mahu memartabatkan seluruh bangsa Melayu. Dalam usaha ini tidak ada kewajiban saya mesti menyentuh semua sukakaum. Maka itu ya, memang saya tak tahu pasal silsilah Raja Banjar. Apakah saya perlu tahu?

Tentang Tuhfat Al-Nafis, bila masa ia kata Hang Tuah itu anak raja Kalimantan? Tidak sekali tidak. Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, cucu kepada Raja Haji Fi Sabilillah ibni Daeng Chelak dari Tanah Bugis menyebut Hang Tuah itu asalnya bernama Daeng Mempawah, dibawa dari Tanah Bugis sebagai bingkisan oleh Raja Goa (Makassar) kepada Raja Melaka. Seharusnya saudara telek hati budi saudara terlebih dahulu sebelum hendak merendah2kan usaha saya sebagai tidak ikhlas dan sebagainya. Zulmat di hati itu boleh membuat kita salah fakta dan lari penilaiannya...

raja jembal said...

menarik ..
apa kata saudara pergi mengkaji asal usul kerajaan jembal di kelantan pula. saya mendapat tahu kerajaan tersebut adalah bersangkut paut atau ada kaitan dengan wali songo.