Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, November 12, 2012

Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Ke ceruk Kampung Pasir Raja dan air terjun tinggi Chemerong

Assalamualaikum semua. Sudah hampir 3 minggu cerita-cerita di blogspot ini rata-rata asyik bercakap tentang Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman ataupun HIKMAH yang mana acara sulungnya baru berlangsung di Shah Alam 4 Nov. Sekarang biarlah kita kembali ke penceritaan perjalananan bermotosikal besar di Pantai Timur 27 Sept - 1 Okt. Bersambung dari artikel Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing di merata Kelantan sebelum buat kerja gila mendaki Bukit Panau.


Awal pagi Isnin 1 Oktober 2012, hari kelima perjalanan. Setelah berehat beberapa jam di masjid Kampung Gemuruh berdekatan Kuala Terengganu kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.


Dengan pakaian bersih yang lebih selesa, pakaian dalam beg yang terkena tempias hujan lebat dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Machang seterusnya masuk ke Terengganu petang Ahad tetapi dapat dikeringkan di bawah kipas besar masjid, saya dan Zaidi meluncur laju mengambil satu bahagian lebuh raya Pantai Timur yang baru dibuka. Berhenti sebentar untuk mengambil gambar...


Kami meninggalkan Kampung Gemuruh tadi hampir jam 3 pagi. Keluar dari lebuh raya berdekatan Bukit Besi lalu singgah minum di warung ini 4 pagi.


Dari warung kami boleh ke destinasi utama seterusnya iaitu Pasir Raja yang terletak di kawasan ceruk hutan Ulu Dungun. Tetapi kami terpaksa berehat dahulu di masjid Bukit Besi sehingga Subuh kerana motosikal saya kekurangan minyak... nak sampai ke Pasir Raja yang terletak hampir 40 km perjalanan tu boleh tapi takut tak cukup minyak untuk berjalan lagi 40 km keluar ke jalan besar.


Kalau cukup minyak pun ada eloknya kami menunggu matahari naik jika mahu melihat pemandangan sepanjang jalan dari sekitar Bukit Besi ke Pasir Raja yang mengikut laluan menghulu Sungai Dungun. Kami sarapan dahulu di Bukit Besi, bersama seorang pakcik (tidak kelihatan dalam gambar) yang dikenali di masjid. Sebelum meninggalkan tempat ini kami sempat melihat bekas lombong besi yang didirikan zaman British. Lihat artikel The iron ore mines of Bukit Besi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari Bukit Besi kami menghala kembali ke arah lebuh raya kemudian terus ke utara sebelum bertemu simpang ke Pasir Raja. Jalan yang sama juga boleh membawa ke air terjun Chemerong, destinasi kami yang seterusnya.


Sampai ke simpang menuju ke Kampung Tepus kami melihat sebentar aliran Sungai Dungun dari sebuah jambatan. Lihat Dungun river near Kampung Tepus.


Hampir ke Kuala Jengai kami melihat lagi sungai. Lihat Dungun river near Kuala Jengai.


Menariknya di jambatan yang menyeberangi Sungai Jengai, sungai yang mengalir masuk ke Sungai Dungun, barisan bendera dua parti utama Melayu dan Islam kelihatan begitu harmoni. Terasa seperti ada kesatuan di sini...



Semakin hampir ke Pasir Raja barisan gunung-ganang mula menggamit pandangan. Air terjun Chemerong yang dikatakan antara paling tinggi di Asia Tenggara jika tidak pun paling tinggi mula memanggil-manggil dari jauh. Lihat Views of the Chemerong Falls upon approaching Pasir Raja.


Tapi kami mesti ke Pasir Raja dahulu.


Namun apabila mendapati jalan yang dilalui masih boleh diteruskan, kami memilih untuk meneroka hingga ke hujung. Ternyata apabila sampai jalan mati ada laluan hutan yang pernah digunakan oleh pahlawan Melayu dahulukala terutama Mat Kilau. Lihat The end of the road after Pasir Raja.


Selepas itu baru kami ke Pasir Raja...


Kelihatan papan tanda ke tempat bernama Bumbung Raja juga. 



Kami meneroka dahulu persekitaran Pasir Raja. Kampung pendalaman ini terletak sangat hampir dengan aliran Sungai Dungun. Lihat Dungun river at Pasir Raja.


Kemudian baru ke Bumbung Raja.


Jumpa lagi Sungai Dungun. Lihat The recreational area called Bumbung Raja.


Kemudian kami berpatah balik ke arah utara sekitar 12 km untuk ke air terjun Chemerong. Kali ini baru kami betul-betul menyeberangi Sungai Dungun... setelah melihatnya beberapa kali dari pelbagai sudut. Lihat Dungun river towards Chemerong.


Kami mula terasa tak sabar hendak mandi air terjun. Maklumlah kami sebenarnya tak sempat lagi mandi pagi.


Bayangkan dari Subuh berjalan-jalan singgah banyak tempat, dekat jam 11 baru hendak menghampiri tempat mandi.


Tapi itu baru nak menghampiri. Bila sampai ke hutan lipur Chemerong kami masih perlu berjalan kaki 1 jam malah mendaki kaki gunung untuk sampai ke air terjun.


Sebenarnya kalau setakat nak mandi dekat-dekat pintu masuk hutan lipur pun dah ada kolam dan air terjun yang cukup menarik. Tapi kami mahu masuk melihat air terjun tinggi yang terletak jauh di dalam hutan pergunungan. Memandangkan kami akan memakan masa mendaki kemudian mandi kemudian mengambil waktu untuk turun balik, kami mengambil langkah keselamatan membungkus motosikal dengan poncho. Dengan cara ini kami dapat melindungi kenderaan dari hujan dan insyaallah sedikit barangan yang ditinggalkan tidak akan dikacau.


Dipendekkan cerita kami pun sampai ke air terjun tinggi Chemerong. Kelihatan saya sedang membuat posing ala-ala berhala besar di Batu Caves untuk menunjukkan betapa tingginya air terjun, Lihat artikel-artikel berikut...










Tengok. Melepak santai kami woiiii lepas mandi.


Puas mandi kami pun mengorak langkah kembali ke Lembah Kelang dengan mengambil laluan utama dalaman (bukan lebuh raya dan bukan laluan pantai) Pantai Timur. Sampai di tempat yang saya tak ingat nama ini baru kami makan tengah hari.


Kalau ikutkan makan tengah hari apa? Semenjak sarapan di Bukit Besi baru kini kami makan, itupun sudah jam 4 petang. Mana tak semasa turun kaki gunung air terjun Chemerong tadi saya yang sudah berumur 42 tahun nyaris-nyaris pitam? Itupun saya gagahkan berjalan juga tanpa pertolongan walaupun dengan langkah perlahan... langkah yang kembali normal setelah lebih kurang 15 minit melawan penat dan desakan badan untuk terlentang. Semasa menyemak peta di sini pula saya mendapat tahu tentang kewujudan satu tempat menarik di Kemaman. Kami pun membuat keputusan untuk melihatnya.


Tapi mula-mula kami tersilap mengambil simpang. Sampai satu tempat saya mendapati meter motosikal menunjukkan nombor menarik.


Apapun kami dapat juga mencari tempat yang dimaksudkan. Cuma simpang masuknya lebih jauh ke hadapan.


Inilah tempatnya, sebuah masjid yang dibina mengikut ciri-ciri satu tempat asal orang Melayu di Sumatera. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Jambi, Kemaman blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Seterusnya saya tergerak untuk meninjau tanah perkuburan di hadapan. Ternyata ada makam seorang tokoh yang membawa senibina dari tempatnya ke Kemaman. Lihat Makam (Tomb of) Tok Jambi.



Tokoh tersebut juga bertanggungjawab mendirikan sebuah rumah besar yang unik. Lihat Rumah (House of) Jambi, Kemaman.  Oh. Di masjid tadi kami sempat sambung berehat kerana malam sebelum kami sebenarnya tak cukup tidur dan tidak dapat tidur nyenyak. Yang dapat berehat panjang adalah si Zaidi. Walaupun amat penat saya terasa susah nak duduk diam lalu keluar meninjau kawasan kampung dan sekitar.

Dalam perjalanan kembali ke jalan besar kami melepasi sebuah jambatan yang menyeberangi Sungai Kemaman. Seperti biasa saya terasa harus mengambil gambar. Lihat Kemaman river near the East Coast inner trunk road.


Hampir Maghrib baru kami menyambung perjalanan menghampiri Kuantan kemudian mengambil lebuh raya menghala ke Lembah Klang. Kalau tak salah gambar ini diambil di tempat rehat Gambang. Di tempat rehat Temerloh kami berhenti lagi di mana Zaidi membelanja saya makan hidangan ikan patin bunga. Sedaaaapppp! Tapi saya terlupa mengambil gambar. :]



Kami berhenti lagi untuk minum tengah malam di tempat rehat Genting Sempah. Ini kiranya kali terakhir kami minum bersama untuk perjalanan ini. Selepas itu kami menunggang motosikal seiring sampai ke tol Gombak kemudian berpisah arah... Zaidi menghala ke selatan untuk kembali ke rumahnya di antara Bangi dan Nilai, saya pula menghala ke Batu Caves sebelum naik ke utara untuk ke Rawang kemudian membelok ke barat untuk ke Bandar Tasik Puteri. Sekian.



Tiada ulasan: