Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 27, 2011

Siri "Berpetualang ke Aceh" di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

OK. Dalam artikel Tahlil kat kampung, pesta buku dan jalan-jalan cari makam yang ditulis hari Isnin ada disebut saya akan meletakkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Semalam hari Selasa, saya pun membawa buku-buku ditemani isteri.


Seperti biasa kami masuk dari pintu bawah yang berhadapan pusat membeli-belah The Mall.


Terlihat pula koleksi buku-buku berkulit keras terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini di gerai Dawama, syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mencetak dan memasarkan buku-buku DBP. Ah? Kenapa semuanya tentang Nabi Isa AS? Apakah ada kena-mengena dengan akhir zaman? Apabila masuk ke dalam baru kami mendapati ada koleksi buku serupa tentang Nabi Yusuf AS. Malah kami diberitahu sebenarnya ada koleksi untuk setiap 25 Rasul yang wajib diketahui namun mungkin stok sudah habis atau untuk semalam cuma kolesi Nabi Isa dan Nabi Yusuf yang dibawa dari stor mereka sahaja dipaparkan.

Namun harus diakui ia koleksi yang menarik. Paling menarik sekali adalah diskaun yang diberi, dari RM20 senaskah jadi RM2 sahaja! Kami suami isteri membeli 25 naskah, 19 tentang Nabi Yusuf, kurang satu sahaja untuk mencukupkan koleksi tentang baginda kerana tiada stok. Saya rasa buku ini amat sesuai untuk bacaan anak-anak yang sedang bersekolah, pembeliannya sangat berbaloi untuk semua!


Sampai masanya untuk masuk ke dewan utama di paras atas.


Terus menuju ke gerai Karnadya lalu siri buku "Berpetualang ke Aceh" pun diatur. Turut kelihatan dua buku mewah tulisan saya iaitu "Rumah Azan" dan "Kereta api menuju destinasi" terbitan syarikat tersebut.


Buku-buku ini akan terus dipaparkan untuk jualan sehingga pesta buku tamat 1 Mei iaitu Ahad ini. Maka itu biar diulang kembali... buku 1 dan 2 siri dijual pada harga diskaun RM20 senaskah berbanding RM24.90 harga biasa, buku 3 pula RM22 berbanding RM27.90. Tapi kalau dibeli satu set harganya adalah RM60. Ini adalah satu penjimatan besar berbanding RM77.70 harga biasa (RM90 kalau dibeli secara pos).

Hmm. Kalau tak salah ingatan buku "Rumah Azan" pula dijual pada harga sekitar RM78 berbanding harga sebelum diskaun sekitar RM109, buku "Kereta api menuju destinasi" sekitar RM79 berbanding harga biasa RM99. Tawaran ini terhad untuk pesta buku. Maka marilah datang, cekuplah peluang untuk mendapatkan buku-buku ini pada harga yang menjimatkan.


Ini adalah gambar di dalam dewan yang disewa syarikat Karangkraf. Masyaallah. Mereka mampu menyewa satu dewan besar di bawah untuk terbitan mereka sahaja. Walaupun saya kurang berminat pada bacaan ringan yang terdapat harus diakui konsep hiasan mereka sangat cantik. Itu yang saya ambil gambar.




Petang sedikit saya singgah di The Mall. Di ruang legar ada pameran kecil buku.


Pemandangan PWTC waktu Maghrib.




Petang itu hujan lebat. Selepas surut kelihatan Sungai Batu yang bertemu dengan Sungai Gombak di tepian PWTC begitu penuh. Tahun lepas Karnadya mendapat gerai di dewan yang terletak di seberang sungai. Ternyata kawasan itu bermasalah kerana mudah diancam banjir kilat lalu tahun ini dewan tidak digunakan untuk pesta buku.





----------------------



OK. Asalnya selepas membuat artikel ini saya ingin membuat artikel sambungan siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" iaitu paparan hari ketiga perjalanan. Cadangnya sebelum hujung minggu saya akan menamatkan penceritaan untuk hari tersebut. Tetapi apabila difikirkan kembali elok juga sambungan cuma dibuat minggu hadapan. Buat masa ini biar kita menyerap mood pesta buku yang akan berlangsung hingga hujung minggu. Dengan itu biar dipaparkan sinopsis terbaru siri "Berpetualang ke Aceh" yang ditulis 3 minggu lalu atas permintaan seorang rakan untuk satu projek tertentu.




Sinopsi siri

Siri “Berpetualang ke Aceh” adalah satu trilogi novel sejarah/travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan Tentera Nasional Indonesia. Perjalanan dibuat untuk menyusuri susur-galur keturunan demi mendapatkan jawaban kepada beberapa persoalan yang melanda fikiran. Watak protagonis yang diberi nama Muhammad Al-Aminul Rasyid pun dicipta berdasarkan sifat sebenar penulis yang merupakan lepasan University College of London dalam bidang Matematik tetapi kemudian menjadi wartawan dengan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times di mana dia mula berjinak dengan dunia penulisan. Penceritaan disulam dengan berbagai pengalaman sebenar hidup penulis termasuk perkara-perkara pelik yang melibatkan mimpi dan hal berkaitan alam ghaib.









Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti





“Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama”

- Sabda Nabi Muhammad SAW seperti yang tersebut di dalam Hikayat Raja-raja Pasai




Buku pertama “Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti” membuka trilogi menghuraikan sedikit-sebanyak pengalaman hidup Rasyid dari kecil hingga dewasa, pengalaman yang menjadi asbab mendorongnya meninggalkan segala-galanya untuk menyusuri asal-usul dan salasilah keturunan keluarga. Sambil watak bergerak meninggalkan Kuala Lumpur menaiki pengangkutan pada malam masuk tahun baru 2004 menghala ke Pulau Pinang untuk mendapatkan feri ke Medan, pembaca dibawa meneroka pemikiran Rasyid yang dahulunya amat mengagungkan dunia sains dan pemikiran Barat tetapi mula berjinak dengan dunia Tasawuf akibat beberapa pengalaman pelik yang dilalui. Pembaca juga dibawa meneroka sejarah yang tersembunyi tentang makna bangsa Melayu dan kedatangan Islam ke Nusantara atau Alam Melayu. Di sebalik sejarah yang dikorek secara tidak sengaja dalam usaha memahami bagaimana asal-usul keturunan membentuk jiwa sendiri, sejarah hebat bangsa Melayu mula terkuak untuk dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.








Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal





“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan. Sesungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

- Surah Ali Imran, ayat 26





Buku kedua “Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal” membawa pembaca semakin jauh meneroka pemikiran watak Rasyid. Sambil menghadapi halangan untuk masuk ke Aceh kerana perintah darurat tentera yang menyebabkan orang luar dilarang langsung masuk ke sana, Rasyid yang masih dalam proses memahami kehidupan sendiri teringat beberapa peristiwa termasuk satu dua mimpi yang seperti memberikan petunjuk tentang keadaan Alam Melayu di suatu zaman dahulu. Keinginan untuk memahami keadaan dunia kini yang semakin memenuhi ciri-ciri menghampiri peristiwa akhir zaman menyebabkan beliau diberikan ilham tentang kaitan agama-agama seperti Hindu dan Buddha dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Turun naik kerajaan-kerajaan Melayu seperti Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh yang sangat berpengaruh mengembangkan Islam pun disebut sambil bab tentang ilmu Tasawuf yang merupakan intipati kebatinan Islam yang dapat memberi kekuatan dalaman cuba dirungkai seringkas boleh.









Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?




“Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.”

- Sabda Rasulullah SAW mengenai akhir zaman!





Setelah bertungkus-lumus mencari jalan untuk melepasi sekatan oleh pihak tentera Rasyid akhirnya berjaya masuk ke Aceh. Namun masih ada banyak halangan lagi menunggu di wilayah yang sedang bergolak akibat perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dan Tentera Nasional Indonesia itu. Sambil pembaca dibawa mengikuti pengembaraan penuh cabaran, kenangan pahit yang menyebabkan Rasyid berhenti kerja sebagai wartawan di sebuah syarikat akhbar terkemuka pun disentuh. Penceritaan menjadi semakin kompleks apabila pelbagai hal mengenai mimpi mula dihurai sebagai cara untuk memahami apa yang berlaku dalam kehidupannya. Ini diikuti pengalaman kebatinan yang kelihatan tidak masuk akal tetapi amat penting untuk memahami sebab-musabab berlaku pergolakan dalaman jiwa yang menyebabkan Rasyid sentiasa ingin mengembara sambil cuba memahami kaitan segalanya dengan peristiwa akhir zaman.


Isnin, April 25, 2011

Tahlil kat kampung, pesta buku dan jalan-jalan cari makam

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatu. Siapnya artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru menandakan selesainya penceritaan bagi hari kedua perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung 2010. Maka bolehlah dibuat artikel selingan, dalam kes ini, artikel yang sebenarnya mahu dibuat malam semalam tetapi tidak dapat selagi penceritaan hari kedua perjalanan Pantai Timur tidak diselesaikan. Mari.



Ini adalah kulit hadapan buku terbaru saya. Rasanya saya tidak pernah menyebut tentang buku ini dalam mana-mana di blogspots saya kecuali di dalam artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru... yang dibuat satu setengah lalu. Dalam artikel itu ada disebut tentang isi yang dirancang untuk buku dan kenapa ia boleh tercetus.


Ini adalah rekabentuk awal kulit hadapan buku tersebut. Ia ditukarkan rekabentuk setelah mendapat maklumbalas ahli keluarga dan saudara-mara ketika kembali bercuti di Muar kira-kira 3 minggu lalu.



OK. Seperti biasa saya menurut ragam bercerita yang muncul dari gerak hati. Awalnya mungkin kelihatan tidak berkait tetapi apabila tamat nanti Insyaallah baru nampak jelas kaitan antara segalanya. Kalau tak sabar terus aje lihat pengumuman di bahagian paling bawah...

Petang Sabtu baru ini, 23 April kami anak-beranak meninggalkan Bandar Tasik Puteri lagi. Kali ini kami mengambil satu jalan kecil yang merentasi bukit di belakang pekan Batu Arang.




Dari situ masuk ke jalan Hulu Selangor-Kuala Lumpur lalu mengambil simpang ke Meru. Terus masuk ke bandar Kelang. Nasib baik trafik tidak berapa teruk...



Kami sengaja membuat pusingan melalui Istana Alam Shah. Ketika itu hampir waktu Maghrib.



Kami sampai ke destinasi sebenar hari itu iaitu rumah abang kepada isteri saya di Tanjung Sepat waktu malam.




Ada perkumpulan keluarga juga bacaan Yasin dan tahlil untuk ibu dan bapa mertua saya yang sudah meninggal dunia.



Esok pagi kami menghala ke KL. Singgah sebentar menghirup udara segar di Morib...



Sampai di pusat bandaraya KL kami makan tengahari nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum meletakkan kereta di ibusawat Telekom Jalan Sultan Ismail. Kemudian kami naik ke stesyen LRT.



Kami sengaja meninggalkan kereta kerana tidak mahu bersusah-payah mencari tempat letak di sekitar tempat yang hendak dituju. Rasanya inilah kali pertama kami membawa Al-Rasyid menaiki LRT di KL.



Kami naik pun tak jauh, setakat jarak satu stesyen sahaja iaitu yang bersebelahan pusat membeli-belah The Mall.



Ya. Destinasi kami adalah PWTC...



Ini kerana Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 telah bermula di situ sejak Sabtu 23 April.



Asalnya saya tidak mahu ke sini dan tidak mahu terlibat langsung atas sebab-sebab tertentu. Tetapi dah nama pun penulis, mana saya boleh renggang dengan buku? Sedangkan semasa belum bergelar penulis malah sejak kecil pun saya sangat suka membaca. Mana boleh buat tak tahu ada pesta buku? Kalau boleh buat tak tahu pun berapa lama?



Selepas melihat pameran di aras bawah kami terus masuk ke dewan utama aras atas. Boleh terserempak pula dengan beberapa kakitangan syarikat Karnadya yang sedang melangkah keluar. Terus mereka memberitahu ada orang mencari buku "Berpetualang ke Aceh" di gerai mereka...



Saya pun terus ke gerai Karnadya. Dari pintu masuk hadapan terus sahaja melangkah melepasi gerai Sasbadi dan pandanglah ke kiri, boleh terus nampak...



Tu dia. Dua buku mewah tulisan saya "Rumah Azan" (terbit 2009) dan "Kereta api menuju destinasi" (baru terbit awal tahun ini) terbitan Karnadya mengapit buku "Dari mata turun ke hati" tulisan novelis dan pemilik syarikat, Aina Emir berserta anaknya yang menguruskan syarikat, Faiz Al-Shahab. Lihat artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC dan Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi.



Ah! Bagaimana saya mahu mengelakkan diri dari terlibat langsung? Sedangkan apabila berjalan-jalan di bahagian lain dewan boleh terjumpa juga satu lagi hasil kerja saya tetapi berbahasa Inggeris di gerai Crescent. Lihat Buku Inggeris Ahlul Bait Raja-raja Melayu dan faktor 131 juga 313.



Turun ke bawah kami masuk ke satu dewan kecil yang menggabungkan buku-buku dari beberapa penerbitan termasuk Jabatan Muzium. Terlihat pula potongan kad ini. Saya pun menyuruh isteri mencuba.



Kemudian saya pula tergerak hendak mencuba. Pelik Al-Rasyid melihatnya hehe...



Petang itu kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Ampang dan KLCC. Timbul rasa untuk masuk ke tanah perkuburan Islam berdekatan. Ternyata ada beberapa makam menarik yang boleh dipaparkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat artikel-artikel berikut...



Makam Teuku Zakaria/P. Ramlee dan rakan-rakan (Tomb of Teuku Zakaria/P. Ramlee and friends)

Makam (Tomb of) Sutan Puasa

Makam (Tomb of) Raja Alang ibni Raja Berayun



Kemudian kami ke tanah perkuburan di Kampung Datuk Keramat. Niatnya nak cari makam orang yang dipanggil Datuk Keramat.



Mungkin saya tidak melihat dengan teliti lalu tak jumpa. Kemudian apabila ditanya pada satu orang yang ditemui di luar tanah perkuburan katanya makam Datuk Keramat di satu kawasan bukit ke hadapan sedikit. Kami pun ke sana...



Saya mencari-cari hingga masuk Maghrib sementara isteri dan anak menunggu dalam kereta. Tak jumpa juga. Siang tadi baru saya tahu kenapa, itupun setelah meninggalkan pertanyaan tentang kedudukan makam di Facebook dan setelah menerima beberapa maklumbalas lain. Saya copy and paste terus dan highlight bahagian yang menjawab persoalan kenapa ia susah hendak ditemui...




tuan radzhi, cuba pergi ke pasar ikan datuk keramat dan tanya di mana boleh jumpa encik abdul hamid. dia dulu kerja tan chong motor assemblies kemudian jual ikan kat pasar keramat sambil kerja gali kubur kat kubur keramat lepas tu jual bara...ng kat pasar malam di pasar road/jln imbi pudu. 40 tahun yg lalu dia pernah tinggal di rumah setinggan hujung kubur tu dan skg ni saya tak pasti rumah itu masih ujud atau tidak. dia masih ingat lokasi makam datuk keramat itu to the nearest feet.memang kubur keramat ada di sana sebelah pasar keramat tu. dulu ada structure atas makam datuk keramat tu lengkap dengan kain tabir kuning.pokok pokok tinggi yg rendang. memang masa zaman kanak kanak kami selalu dapat makan gulai kambing di situ bila ada orang sembelih kambing dan masak di situ. ada juga stok pinggan mangkuk yg banyak untuk orang pinjam untuk majlis kenduri. kemudian kawasan kubur itu di tutup berpagar selama berpuluh tahun (boleh baca tujuannya) diikuti penambakan tanah oleh beratus ratus lori tanah yg menimbus kubur kubur lama sehingga lebih sepuluh kaki dalamnya. tiada khabar yg menyatakan makam datuk keramat itu di pindahkan (sila semak rekod di dewan bandaraya) kami semua beranggapan makam datuk keramat masih di situ cuma telah tertanam lebih dalam akibat proses penambakan tanah. lebih kurang 15 tahun yg lepas, kawasan perkuburan ini dibuka kembali untuk menerima ahli ahli baru dari kariah kg datuk keramat.aruah aruah nenek saudara saya, aruah emak saya dan aruah abah saya dan aruah jiran jiran semua disemadikan ditanah perkuburan baru ini yakni di level atas tanah perkuburan lama termasuklah makam datuk keramat yg tuan radzi cari itu.al fatihah untuk aruah datuk keramat dan aruah aruah nenek, emak dan abah saya.semoga roh roh mereka di kumpulkan bersama sama orang orang yg soleh dan ahli syurga.amin.




Malam itu kami bersolat di Masjid Kampung Baru sebelum makan di restoran makanan barat berdekatan.




Seterusnya kami singgah di makam yang ada batu nesan Aceh di Sentul. Lihat Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! dan Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Atau terus ke Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur.




PENGUMUMAN




OK. Berbalik pada pesta buku tadi. Saya sempat bertemu dengan Puan Aina Emir atau kami panggil Kak Aina. Dia bertanya kenapa saya tidak meletakkan buku. Saya tersenyum sahaja. Jawab saya asalnya saya terasa tidak mahu terlibat langsung dengan pesta buku tahun ini, menjengok pun belum tentu. Hujung minggu baru ini, ketika pesta buku baru bermula saya harus pergi ke majlis keluarga belah isteri di Tanjung Sepat, itupun baru dapat gerak nak datang hari Ahad. Hujung minggu ini pula saya harus ke Johor Bahru dan Singapura, mungkin ke Pontian juga kerana hal keluarga sedangkan ketika itulah pesta buku yang dijangka tamat 1 Mei paling rancak.

Sebab sebenar saya tidak mahu melibatkan diri adalah kerana terasa tidak puas hati tidak dapat menyiapkan buku terbaru saya, buku yang kulit hadapannya ditunjuk pada awal artikel untuk pesta buku ini. Cadangnya, selain buku "Kereta api menuju destinasi" yang juga merupakan buku terbaru, saya mahu menunjukkan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" sebagai bukan sahaja hasil penulisan terkini saya malah juga hasil terbitan sendiri yang terbaru setelah siri "Berpetualang ke Aceh". Namun selain belum mendapat belanja untuk percetakan masih ada sedikit maklumat yang kurang akibat saudara-mara di Singapura tidak menyampaikannya walaupun sudah diminta dan diingatkan berkali-kali. Nampaknya saya tidak ada pilihan kecuali harus menanganinya secara berhadapan dengan pergi ke sana hujung minggu ini.

Namun lawatan ke pesta buku hari Ahad iaitu semalam mengingatkan kehadiran saya juga siri buku "Berpetualang ke Aceh" masih diharapkan oleh sekurang-kurangnya beberapa orang. Dengan ini diumumkan. Esok tengahari Selasa Insyaallah saya akan datang ke gerai Karnadya dan meletakkan sejumlah buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh". Walaupun terkilan tidak dapat menonjolkan buku terbaru terbitan sendiri, rasanya siri "Berpetualang ke Aceh" tetap evergreen dan masih mampu meraih pembaca baru.

Diumumkan juga saya akan membuat potongan harga sepertimana di pesta-pesta buku terdahulu. Buku pertama siri yang memiliki tajuk kecil "Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006) dan buku kedua, "Membela syiar yang asal" (terbit Mei 2007) akan dijual pada harga RM20 berbanding RM24.90 senaskah, buku ketiga "Sirih pulang ke gagang?" pula jadi RM22 berbanding harga asal RM27.90. Kalau dibeli satu set, anda boleh mendapatkan pada harga diskaun tambahan RM60.

Saya akan berlegar di sekitar gerai Karnadya hingga waktu petang. Tapi biasa le saya mana boleh duduk diam mesti jalan-jalan. Apapun kalau nak jumpa berbual atau berkenalan datanglah ke gerai Karnadya mulai esok. Insyaallah saya juga akan datang Khamis dan Jumaat, hujung minggu takda dah tapi buku tetap boleh dibeli dari Karnadya. Sekian selamat malam. :]






Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru

Ah. Nasib baik aktiviti separuh hari lagi untuk hari kedua perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010 lebih santai. Kiranya banyak sudah ditangani dan dipaparkan melalui artikel sebelum Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli. Lega. Maka biar cerita disambung dari sana ya...



Dari Jeli kami berkejar ke Tanah Merah untuk ke Kota Bahru.




Untuk ke ibunegeri Kelantan itu masih ada lagi jarak 100 km sedangkan kami meninggalkan Jeli selepas jam 3:30 petang.




Isteri saya telah berjanji akan mengambil anak-anak yang ada di rumah bapa saudara mereka di pinggiran luar Kota Bahru jam 5 petang sedangkan perjalanan belum tentu lancar. Dalam gambar jalan kelihatan lengang sedangkan sudah beberapa kali kami dilambatkan oleh trafik perlahan terutama apabila ada lori.




Itupun ada ketikanya saya tidak dapat menahan diri untuk berhenti demi mengambil gambar masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As-Salam, Jedok, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Kalau ikutkan ada 2-3 masjid lagi saya mahu berhenti dan ambil gambar. Tapi isteri saya sudah mula merungut dan marah-marah. Pantang nampak sungai nak berhenti ambil gambar, nampak masjid berhenti ambil gambar. Nampak rumah ke hapa menarik sikit nak ambil gambar. Cukuplah... dah banyak peluang katanya. Sekarang biarlah kami berkejar ke Kota Bahru dengan aman. Lagipun selain anak-anak ada kenalan menunggu sejak hari semalam.







Kami tak masuk Tanah Merah sebaliknya terus menghala ke Machang. Ya, sejak mendapat tahu kami telah meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pagi Krismas, anak-anak menunggu kami sampai. Kenalan yang dimaksudkan, Cikgu Najib juga menunggu. Sudah beberapa bulan dia ingin bertemu. Rujuk balik artikel pembukaan Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang tentang sebab-musababnya...




Seberang Sungai Kelantan, kelihatan Bukit Panau di latarbelakang. Saya pula kalau dah berjalan akan cuba melihat sebanyak tempat yang boleh. Itu yang ambil masa sedikit, bermalam di Jelawang...




Disebabkan isteri sudah marah-marah saya pun sekadar meneruskan perjalanan tanpa berhenti lagi... kalau mengambil gambar pun sambil kereta berjalan.








Sampai di pinggiran bandar Machang kami mengambil simpang ke Kota Bahru. Sepanjang jalan ke sana pun ada tempat yang saya ingin singgah. Tapi cukuplah, hehe. Mungkin lain kali. :]




Gambar ini diambil pada jam 5:08 petang. Tinggal kira-kira 3-4 km sahaja ke rumah di mana anak-anak tinggal. Isteri saya pun tersenyum...




Selepas mengambil anak-anak kami singgah ke Masjid Kampung Laut.


Inilah kali pertama anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid sampai ke sini. Dahulu ketika kali terakhir kami ke sini bulan Ramadhan tahun 2009, dia masih dalam perut, dah masuk 8 bulan. Lihat artikel Al-Rasyid's first visit to Masjid (Mosque of) Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas berehat sebentar dan bersolat baru kami menyambung 'perkejaran' ke Kota Bahru. Maklumlah Cikgu Najib masih menunggu. Lihat Rushing through Kota Bahru.



Sampai di tempat yang dijanjikan berhampiran pusat bandaraya Kota Bahru, Cikgu Najib pula yang belum sampai. Rupa-rupanya dia belum selesai meeting...






Nasib baik ada pemandangan menarik Sungai Kelantan. Taklah bosan menunggu. Lihat The Kelantan river near the royal jetty at Kota Bahru.





Malam itu kami mandi, bersolat dan berehat di pangsapuri berdekatan milik Cikgu Najib. Dia ada memiliki koleksi barangan yang menarik.


Tetapi kami bermalam di rumah lain Cikgu Najib yang terletak di Kutan, seberang Sungai Kelantan beberapa kilometer ke baratdaya bandaraya. Subhanallah. Tadi semasa berkejar ke Kota Bahru saya ada teringat nama seorang ulamak besar abad ke 19 Masihi yang dikenali sebagai Sheikh Wan Ali Kutan kerana berasal dari situ. Saya pernah sampai ke Kutan sekali 2007 atau awal 2008 gitu dan pernah bertandang ke rumah seorang anak cucunya. Tak sangka kali ini saya akan bermalam di Kutan bersama anak-anak dan isteri. Kelihatan gambar ketika berhenti membeli makanan di sebuah kedai berdekatan. Untuk makluman ini adalah artikel ke 838 di blogspot ini.