Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 23, 2024

Ulasan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di Edu Hub Pagoh

Sukacita dimaklumkan petang Selasa semalam 22 Oktober 2024 saya selamat kembali daripada satu perjalanan baru di Perak. Banyak perkara menarik berlaku dalam tempoh 4 hari 3 malam bermusafir seorang diri, setelah lebih 3 bulan tidak ke negeri kelahiran ayah saya itu. Ingin dikongsikan cerita. Tetapi sebelum itu biar dilepaskan cerita lain terlebih dahulu.



Pagi Jumaat 18 Oktober isteri menerima poster ini melalui Whatsapp menunjukkan satu sesi ulasan buku mahu diadakan pada 21 Oktober iaitu hari Isnin. Kelihatan buku terbaru dan ke-15 saya "Adam (a.s.) and the Orign of Man" antara yang disertakan. Pengulas, puan Farha binti Muhammad yang merupakan kenalan kami adalah pensyarah di Politeknik Tun Syed Nasir. Beliau pernah mengatur agar saya membentang tentang buku yang berkaitan, buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun" di politeknik itu 6 tahun lalu. Lihat Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar.




Ulasan buku termasuk dalam satu majlis lebih menyeluruh di Edu Hub Pagoh, suatu macam bandar baru di Pagoh, Muar yang mengandungi kampus 4 buah institusi pengajian tinggi iaitu UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir. Turut ditempatkan pejabat Kementrian Pendidikan Tinggi juga bangunan-bangunan kegunaan bersama. Sayangnya saya harus menghadiri satu majlis di Ipoh pada pagi Sabtu 19 Oktober lalu merancang mahu bermusafir di Perak buat beberapa hari.




Satu gambar semasa ulasan buku yang dikongsikan oleh Farha petang tadi. Ketika ulasan berlangsung saya masih dalam kawasan hutan sebuah bukit berdekatan Teluk Batik, Lumut. Sayang, tiada rakaman dibuat. Namun ada ulasan bertulis oleh Farha boleh dikongsikan, dengan sedikit suntingan...



----------------



Sedikit perkongsian tentang Book Review : Adam (A.S) and The Origin of Man Reconciling The Conflict Between Religious and Scientific Narratives oleh Radzi Sapiee dan prakata Osman Bakar...


Saya memiliki naskhah ini dari penulis sekitar awal Jun 2024 dan mula membacanya hujung September dan awal Oktober. Karya ini merupakan hasil penambahbaikan daripada penulisan tesis Master penulis dalam Malay World Studies dari ISTAC. Antara cabaran terbesar untuk membuat pembacaan adalah faktor penulisannya dalam Bahasa Inggeris dan kajian sains dan matematik yang agak teknikal. Namun, melalui pembacaan buku tulisan penulis sebelum ini membantu saya untuk memahami kajian ini. 

Secara ringkasnya, buku ini merupakan kajian akademik yang membahaskan tentang percanggahan sains moden dalam membicarakan tentang asal kejadian manusia sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Qur’an. Berdasarkan wahyu yang dipegang oleh semua agama samawi mengakui manusia pertama yang diciptakan adalah Nabi Adam (A.S),  kemudian Al-Qur’an menerangkan tentang Allah menjadikan alam dalam tempoh 6 masa, kemudian Allah jadikan Nabi Adam dari tanah manakala Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam dan mereka menetap di Syurga sehingga Allah menurunkan mereka ke muka bumi. Kebanyakan sarjana Islam dalam membahaskan tempoh masa Nabi Adam di muka bumi menyatakan baginda muncul tidak melebihi 10,000 tahun lalu. Manakala penemuan sains moden mendakwa makhluk menyerupai manusia telah wujud lebih 4 juta tahun yang lalu manakala homo sapiens (manusia moden) dipercayai telah wujud sekitar 200,000 – 300,000 tahun yang lalu. Dari sinilah penulis mendatangkan formula matematik dalam memahami dan mencari titik pertemuan antara jurang masa yang sangat jauh antara pandangan sarjana Islam dengan sains moden sekaligus menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh penulis dalam kajian ini.

Buku ini merupakan kajian akademik maka susunan babnya adalah mengikut format tesis yang dibahagikan kepada 5 bab iaitu:



Chapter 1 : Introduction

Chapter 2 : Myths and Religious Narratives on the Origin of Man

Chapter 3 : Scientific Narratives on the Origin of Man and Nature

Chapter 4 : Towards a Reconciliation Between Scientific and Religious Narratives

Chapter 5 : Conclusion



Perbincangan tentang kejadian Nabi Adam (A.S) banyak dibincangkan di dalam Al-Qur’an dan hadith Rasulullah. Sebagai Muslim sangat penting kita memahami tentangnya sebagai dalil Allah yang menjadikan segala makhluk dalam kejadian yang sangat sempurna. 

Sebagai kaedah untuk menyelarikan perkiraan masa turunnya Nabi Adam ke muka bumi sebagai manusia pertama yang Allah ciptakan dengan penemuan homo-sapiens penulis membicarakan tentang satu hadis Rasulullah  riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 




“Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.” 




Topik ini dibincangkan oleh penulis yang juga merupakan graduan matematik (pada peringkat sarjana muda), dalam bab 4 yang mana saya kira bab terpenting dalam memahami keseluruhan kajian. Teori Special Relativity ada menerangkan bagaimana kelajuan mempengaruhi jisim, masa dan ruang. Oleh itu, petunjuk daripada hadith Rasulullah tentang masa semakin singkat telah digunakan oleh penulis dalam merungkaikan kaedah matematik yang lebih kompleks dengan meletakkan asas perkiraan, variable atau pemboleh-ubah seperti berapa panjangkah masa pada zaman Nabi Adam yang harus diperbaiki jika kita mahu kiraan yang lebih tepat iaitu bagaimana tempoh turunnya Nabi Adam itu boleh dipanjangkan sehingga beratus ribu tahun dahulu jika dibandingkan dengan hari zaman sekarang yang jauh lebih pendek. 

Di bahagian rumusan penulis menyatakan banyak lagi ruang bagi sarjana Islam untuk melanjutkan kajian saintifik yang berteraskan wahyu sebagai landasan. Impak terbesar daripada pembacaan karya ini adalah sebagai satu jalan memahami tentang hakikat penciptaan manusia seterusnya hakikat Allah yang Maha Mencipta segala sesuatu samada alam, manusia ruang dan waktu. Wallahu A’lam bissawab.



---------------



Terima kasih kepada Farha kerana sudi mengulas buku kemudian menghasilkan tulisan ini. Untuk memahami lebih lanjut tentang buku sila rujuk artikel-artikel berikut :-





Berbalik pada hal perjalanan baru di Perak. Adapun esok pagi Khamis 24 Oktober saya dijadualkan hadir di satu majlis ilmu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Begitu juga lusa pagi Jumaat 25 Oktober tetapi di kampus utama UIAM di Gombak pula. Cadangnya nanti biar dilepaskan cerita tentang majlis-majlis ini terlebih dahulu. Selepas itu baru bercerita tentang perjalanan Perak ya. Tunggu... :]


Tiada ulasan: