Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 23, 2015

Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I

Masuk ke aktiviti rasmi susulan untuk HIKMAH Lembah Bujang. Bersambung daripada Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba.




Pagi Ahad 18 Januari 2015. Kami berkumpul di Pos A, Tapak Arkeologi Sungai Batu.







Di sini, Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) membuka aktiviti rasmi lawatan lapangan HIKMAH Lembah Bujang dengan taklimat tentang penemuan-penemuan arkeologi di Sungai Batu.




Kami dibawa melihat rumah ibadah berusia 2,100 tahuni juga runtuhan kompleks-kompleks jeti yang pernah menghiasi kiri kanan sebuah sungai purba yang sudah lama kering. Selain itu ada tinggalan bangunan pentadbiran berusia 2,500 tahun. Lihat artikel Dari rumah ibadah 110SM ke kompleks pentadbiran 487SM di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Paling mengujakan adalah kewujudan tapak-tapak yang menunjukkan industri peleburan besi telah wujud malah berkembang luas di sini seawal 2,400 tahun lalu.


Alatan sokongan untuk melakukan kerja-kerja peleburan sudah dihasilkan dengan banyaknya pada kadar ketepatan piawaian yang menakjubkan. Ini menunjukkan orang Melayu sudah memiliki tahap ketamadunan yang tinggi sejak sekian lama. 





Hebat tak hebat tamadun orang kita dahulukala. Besi berkualiti daripada Kedah pernah dieksport jauh hingga ke India, Jepun dan Korea (kalau tak salah ingatan dan pendengaran saya begitulah kata Prof). Lihat Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!.



Bergambar setelah lawatan lapangan/taklimat di Sungai Batu tamat.




Ini disusuli ziarah dan tahlil di makam Sultan Muzaffar Syah Kedah, raja Kedah yang dikatakan pertama memeluk Islam (memerintah 1136-1179 Masihi).


Sebelum betul-betul berpisah haluan untuk kembali ke rumah masing-masing beberapa orang daripada kami sempat bergambar bersama tuan rumah HIKMAH Lembah Bujang di ruang legar homestay. Lihat Bergambar beramai-ramai dan tahlil di makam Sultan Muzaffar Syah I Kedah. Dengan ini tamatlah cerita aktiviti sekitar acara ke-12 HIKMAH yang diadakan hujung minggu lepas.



4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,

Teringin la nak berborak dgn tuan secara live. Tuan tinggal kat KL ke?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya di Rawang...

Anonymous said...

Tuan free tak sabtu ni? Saya nak jumpa tuan. Ada bahan bagus punya. Boleh bagi no telefon?

Radzi Sapiee said...

Maaf saya balik kampung. Lagipun saya sebenarnya seorang yang sukakan privasi. Saya kurang berminat berjumpa orang kecuali :-

1. Ahli keluarga

2. Kawan/kenalan lama

3. Ada urusan kerja

4. Terjumpa kat mana2

5. Apabila menghadiri majlis baik anjuran pihak saya atau pihak lain.

Harap faham kecenderungan saya. Kalau betul mahu berkongsi sesuatu, sila ceritakan melalui e-mail saya di merahsilu@hotmail.com