Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Wednesday, October 03, 2007

Peta ular Zionis dan kemunculan Dajjal?

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba timbul gerak untuk membuat beberapa preview daripada buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" yang akan keluar tidak lama lagi bermula dengan ini... Daripada bab bertajuk "Aceh sekarang: Bilakah kembali Darussalam?", tentang rancangan Yahudi Zionis untuk menakluki dunia... Sila baca! :]
Oh... Lupa nak beritahu. Artikel ini adalah sambungan terus daripada sedutan yang telah diletakkan di blogspot ini di bawah tajuk Kejatuhan Baitul Muqaddis: Sedikit tentang rancangan Zionis menakluki dunia... . Maka elok juga dibaca balik sebelum disambung pada yang ini ya... Teruskan...

-------------------------------------

Tidak menjadi rahsia konsep Zionisma yang meletak Yahudi sebagai bangsa terpilih yang harus memerintah dunia sebenarnya telah wujud lebih 2,000 tahun lalu sempena nama Bukit Zion ataupun Sion di Jerusalem. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman. Dengan ideologi politik berteraskan ‘kemuliaan’ bangsa Yahudi dan ‘hak semulajadi’ untuk memerintah dunia, Kongress Zionis 1907 menyaksikan tekad mereka untuk mendirikan negara Yahudi yang berpusat di Jerusalem. Apabila tamat Perang Dunia Kedua (1939-1945), the League of Nations dimansuhkan untuk memberi jalan kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tidak lama kemudian, mandat Inggeris untuk memegang Palestin pun tamat dan pada 1948, negara Israel pula didirikan dengan sokongan Bangsa-bangsa Bersatu!
Fikirkanlah… Apakah ini semua berlaku secara kebetulan ataupun dirancang? Pada sesiapa yang pernah membaca dokumen The Protocols of the Elders of Zion, bukankah ini menepati grand-design atau rancangan besar jangka-panjang Zionis untuk menakluki dunia? Bukankah dokumen yang muncul sebelum abad ke 20 itu menyatakan mereka perlu menerbitkan beberapa perang dunia untuk mencapai matlamat ini? Malah ada kajian menyebut, Yahudi Zionis sudah membuat rencana untuk mencengkam dunia jauh lebih dahulu daripada kewujudan dokumen bertulis Protocols yang kemungkinan besar digariskan sekitar Kongres Zionis Sedunia 1897. Ini berdasarkan sebuah peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi-lokasi terpilih pada zaman-zaman tertentu, bermula dari Yunani 429 Sebelum Masihi, satu tempoh masa yang ‘kebetulan’ telah menyaksikan kewujudan golongan pendatang sophist yang menghalalkan sistem demokrasi (baca balik Jilid 2, bab Demokrasi vs. Raja-raja).
Peta yang sama menunjukkan lilitan ular merangkumi Rome zaman Maharaja Augustus (69 SM), Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V (1552 Masihi), Paris 1790 (ketika Raja Louis XVI memerintah), London 1814 (selepas Napolean jatuh), Berlin selepas Perang Peranchis-Prussia (1871) dengan kepala ular berada di St. Petersburg, Russia 1881. ‘Kebetulan’ setiap tempat dan tempoh yang ‘disinggahi’ ular menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang mengubah suasana sosio-politik masyarakat setempat. Apakah peristiwa-peristiwa ini semuanya telah dirancang Yahudi Zionis?
Walaupun peta lama itu menunjukkan perjalanan ular ini ‘tamat’ 1881, para pengkaji percaya ia seterusnya ‘meliliti’ Amerika Syarikat awal abad ke 20. Ini bertepatan dengan penubuhan Federal Reserve, bank pusat Amerika yang mempunyai kesan yang amat besar dan menyeluruh terhadap perkembangan ekonomi dunia. Tidak lama kemudian, ular itu ‘kembali’ ke Russia, ke bandar-bandar Moscow, Kiev dan Odessa yang akan menjadi pusat-pusat militan Yahudi lalu menuju ke Istanbul, Turki (zaman Uthmaniyah) sebelum berakhir di Jerusalem wilayah Palestin.
‘Kebetulan’ lagi berlaku Perang Dunia Pertama yang menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sebelum ‘dipancung’ terus oleh pemimpin golongan “Turki Muda” yang pro-Barat dan anti-Islam, iaituMustafa Kamal Attartuk. Ini diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah ke tangan keluarga Bani Saud yang sangat memusuhi para Sharif anak cucu keturunan Rasulullah SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia menjadi anak-anak yatim-piatu lalu tidak mampu menahan objektif Zionis yang seterusnya... Mewujudkan sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin.

................

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Muqaddis dianggap tanah suci penganut Islam, Kristian juga Yahudi. Ia jatuh ke tangan ummah penghujung abad ke 7 Masihi setelah bala-tentera Islam yang diketuai Panglima Amru bin Ash berjaya memukul mundur askar Rum dalam Pertempuran Yarmuk. Askar Islam pun bertemu ketumbukan baru musuh pimpinan Panglima Atrabun (Atravon) yang gagah berani lagi licik... Tetapi berkat petunjuk daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah, tentera ini berjaya diatasi sehingga mereka tersepit di Baitul Muqaddis.
Setelah lama terkepung, pihak musuh pun mengalah, Mereka menyerah diri dengan meminta Khalifah Umar sendiri datang mengambil kunci kota. Baginda memecah tradisi para pemerintah agung apabila datang dari Madinah menaiki unta bertemankan seorang bekas hamba sahaja! Sejak itu, Baitul Muqaddis terus diperintah Islam sehinggalah 400 tahun kemudian apabila ketua tertinggi gereja Khatolik, Pope Urban II ‘mendapat ilham’ lalu mengisytiharkan setiap penganut Kristian yang tampil ke hadapan untuk merampasnya akan diampunkan segala dosa dan dijamin masuk syurga.
Tahun 1096 menyaksikan 300,000 tentera gabungan Kristian daripada pelbagai kerajaan Eropah mendarat di Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium. Ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan Daulah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dengan Daulah Fatimiyah di Mesir untuk muncul sebagai pemerintah Islam terunggul, mereka merebut kembali beberapa wilayah taklukan Islam.Tiga tahun kemudian, seorang panglima utama mereka, Godfrey de Bouillon muncul sebagai wira Kristian apabila berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau pun diangkat menjadi pemerintah pertama kerajaan baru the Kingdom of Jerusalem.
Kajian-kajian tertentu menunjukkan Godfrey juga adalah pemimpin tertinggi pergerakan Zionis lama yang dikenali sebagai Prieure de Sion (bahasa Peranchis) atau Priory of Sion di samping mengetuai kumpulan pahlawan militan Kristian Knights Templar yang sebenarnya adalah penyokong kuat Yahudi Zionis. Dia dikatakan berasal daripada keturunan raja-raja lama Dinasti Meronvingian yang pernah memerintah sebahagian besar Eropah Barat termasuk Peranchis dan German abad ke 5 hingga 8 Masihi.
Menurut satu dakwaan, keturunan ini terbit dari ‘perkahwinan’ Nabi Isa AS dengan Mary Magdelene. Rasul itu diketahui berasal daripada keturunan Nabi Daud AS, Raja Bani Israel yang memerintah di Jerusalem sekitar 1,000 tahun Sebelum Masihi... Lalu ada pihak menyebut Nabi Isa AS sebagai king of the Jews, raja orang-orang Yahudi yang tidak sempat bertakhta. Maka itu kemenangan Godfrey diwar-warkan sebagai sirih pulang ke gagang... Kononnya ‘keturunan’ Nabi Isa AS telah kembali untuk ‘mewarisi’ takhta pemerintahan Bani Israel yang berpusat di Jerusalem.
Di sini kita mesti berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah Yahudi Zionis…Ingat! Majoriti penganut Kristian mahupun Islam telah diajar untuk menolak apa-apa kemungkinan yang Nabi Isa AS pernah berkahwin... Maka itu siapakah sebenarnya Godfrey dan apakah hakikat asal-usul darah diraja Meronvingian? Apakah mungkin inilah keturunan jahat yang akan menerbitkan Dajal Al-Masih? Dajal bermata satu yang akan memimpin Yahudi untuk menakluki dunia akhir zaman nanti? Atau Dajal sudah pun wujud menunggu masa tercetusnya Perang Dunia Ketiga?

8 comments:

anggun said...

MS,baru saya faham kenapa anda teruja mahu menyiapkan seberapa segera BKA3 ni. Baca artikel tersebut membuat hati n fikiran saya release,may be MS pun sama. Release bukan apa,at least ada org yg berani n tahu apa nak buat. Dgn luahan anda, saya yakin org di luar sana pun sama situasi dgn anda baik saya juga. Tapi dlm hal ini,kesedaran ummah ISlan mesti bersatu. Itu sebab pentingnya jemaah dan PERJUANGKAN MENDAULATKAN ISLAM YG SYUMUL..AMIN!!!! :)

anggun said...

sori..ISLAM not ISlan..maaf yea.bulan posa,mata dah steam jer..

Radzi Sapiee said...

Insyaallah... Tetapi terlebih dahulu kita perjuangkan pembersihan dalam diri dulu... Bersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan gantikan dengan sifat-sifat mahmudah. Kalau tidak kita akan termakan umpan fitnah Dajjal dan Yahudi Zionis... Serupa macam orang yang bising kata kerajaan korup dan sebagainya tapi bila ditawarkan projek, dia pun dua kali lima juga makan rasuah dan main kroni... Apalagi kalau diugut, kalau tak sokong pihak yang berkepentingan nanti kita akan dijatuhkan... Kalau takut sengsara, bagaimana mahu berjuang? Insyaallah, kita hadapkan niat kita pada landasan yang betul... Nescaya, yang lain akan menyusul kemudian... :]

Nora Mazfa Jenillah Husayy said...

salam, article yang sangat ilmiah dan sangat mnarik..salam perjuangan.salam dakwah melalui penulisan..izinkan saya copy-paste article ini ke blog saya yer...akan saya sisipkan link ke blog saudara juga. Tq..jangan lupe ke www.norapalestina.blogspot.com.

wa'salam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Silakan! :]

Anonymous said...

PERJUANGKAN MENDAULATKAN ISLAM YG SYUMUL & PEMBERSIHAN JIWA PERLU BERJALAN SERENTAK///

alhamik said...

Dari seorang ahli matematik anda sudah menjadi seorang ahli sejarah yang dapat dipercayai......Teruskan perjuangan anda!!!
Dan memang saya yakin di suatu hari kelak anda mampu menjadi seorang pemimpin Melayu Islam yang tulen dan tidak akan terpengaruh dengan sebarang umpan maupun ugutan........

Radzi Sapiee said...

Insyaallah... :]