Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, January 12, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Singa yang pura-pura, Makam Habib Nuh dan kisah Radin Mas...

Setelah menyiapkan beberapa buah artikel baru di blogspots saya yang lain, baru cerita pengembaraan ke selatan boleh diteruskan. Bersambung daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri... .


Puas berjalan di Johor Bahru, kami bermalam di rumah seorang bapa saudara di Pulai. Adapun bapa saudara itu adalah warga Singapura yang sudah beberapa tahun menetap di Malaysia. Sepupu ibu saya ini memiliki 19 orang adik-beradik... kalau tak salah semua selainnya menetap di Singapura. Dari dialah saya mendapat nasihat akan selok-belok berjalan di negara pulau itu. Kali terakhir saya ke sana ialah pada minggu pertama Hari Raya Aidil Fitri tahun 2006.


Kami meninggalkan rumahnya sekitar jam 11. Ketika itu hari Selasa sedangkan selepas Singapura kami masih ada beberapa tempat yang ingin dijejaki sebelum kembali ke Muar malam Jumaat untuk bersedia menyambut Hari Raya Aidil Adha penghujung tahun 2009.



Dipendekkan cerita kami pun sampai ke Singapura . Lihat artikel The road to Singapura di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sambil berjalan 'menonong' mengikut lebuhraya dari Tuas tanpa belok-belok terlihat stesyen KTMB Tanjung Pagar sedangkan sebelum itu saya tertanya-tanya juga di manakah kedudukannya. Lihat artikel The railway station at Tanjung Pagar .


Apa yang ingin kami cari ketika itu adalah Makam Habib Nuh terlebih dahulu. Ternyata dari Tanjung Pagar sudah begitu dekat sedangkan 'penemuan' secara tidak sengaja stesyen keretapi di situ pula menjawab persoalan di hati akan di manakah kedudukannya. Maklumlah kami berjalan tanpa membawa peta Singapura. Saya cuma meneka-neka sahaja kedudukan tempat-tempat berdasarkan perjalanan lalu yang dibawa oleh seorang kenalan orang tempatan.



Isteri saya pula baru kali pertama sampai ke Singapura. Dia sudah lama teringin hendak ke Makam Habib Nuh. Anak kami Al-Rasyid terlelap setelah beberapa lama terbeliak mata di hadapan makam. Nak tengok gambar matanya terbeliak? Lihat artikel Akan datang : Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan! yang dibuat sebulan setengah lalu.




Hehe. Begitu juga keadaannya turut terlelap di hadapan Makam Habib Abdul Rahman yang terletak betul-betul di belakang Makam Habib Nuh, dalam bangunan yang sama. Lihat artikel Makam Habib Nuh dan masjid di sebelah (Habib Nuh's tomb and the mosque besides) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .





Seterusnya kami pergi ke Teluk Belanga di mana terdapat masjid dan makam diraja Johor dari keluarga Temenggung. Untuk pengetahuan raja-raja Johor sekarang berasal daripada keluarga Temenggung yang berkhidmat di bawah keSultanan Johor-Riau. Di sini Al-Rasyid mula buat ragam asyik menangis tak henti-henti. Entah mengapa agaknya. Yang pasti saya dapat merasakan kawasan makam ini sangat 'keras'.

Nampaknya ada yang banyak sangat pakai khadam untuk menunjukkan kuasa. Mungkin kerana dahulu mahu mengumpulkan kekuatan untuk mengatasi raja yang lebih layak memerintah, apalagi Inggeris sedia memberikan sokongan moral dan senjata. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Temenggung, Teluk Belanga juga Makam diraja (Royal tomb complex) of Johor, Teluk Belanga, Singapura ...






Rasyid terus menangis apabila kami sampai ke Makam Radin Mas Ayu, seorang puteri Jawa yang pernah menjadi legenda di Singapura...







Setelah beberapa lama dipujuk lalu diberi susu di hadapan makam, baru dia senyap. Siapa sangka apabila kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri nanti, Rasyid akan mendapat seorang pengasuh yang memang berasal dari Teluk Belanga malah dahulu duduk di kampung sekitar makam?








Oh. Makam tadi letaknya di lereng Mount Faber, dulu dikenali sebagai Bukit Teluk Belanga, Adapun masjid dan makam diraja Johor dari keluarga Temenggung letaknya di kaki bukit tertinggi di Singapura ini.









Walaupun ketinggiannya taklah sampai mana, setakat 105 meter dari paras laut gitu yang bersamaan dengan ketinggian bangunan 30 tingkat, pemandangan yang ditawarkan dari atas sangat menarik perhatian. Lihat artikel The view from Mount Faber .






Di atas puncak sana, Al-Rasyid mula menunjukkan kepakaran 'berdiri' atas kepala singa, singa yang pura-pura. Mana tak pura-pura, kepalanya singa badan pula ikan duyung. Gila ke hapa? Belum cerita lagi bab pura-pura nak melabur memajukan Johor sedangkan niat sebenarnya adalah untuk memasukkan Johor ke dalam jajahan takluk Singapura.

Bagaimana pula tentang sikap singa dua alam pura-pura tidak tahu ketika ajen-ajen merekalah yang paling banyak menyelinap masuk ke segenap pemerintahan Malaysia semasa zaman Pak Lah memerintah akibat dengarkan sangat cakap menantu. Sehingga terbit keadaan kini di mana orang Melayu dan kesucian Islam semakin terancam kedudukannya. Lalu keadaan jadi begitu parah sehinggakan apa-apa usaha untuk membela Melayu senang-senang dituduh rasis atau bersifat perkauman tetapi apa-apa usaha merenggut hak Melayu dikira sekadar mempraktikkan hak asasi manusia dan keadilan konon.

Bayangkan penggunaan nama Allah pun ingin diambil mereka. Keadaan sudah jadi begitu kalut sehinggakan ada orang Islam pun menyokong percubaan untuk menghakis kebesaran nama Tuhan yang kita sembah ini lalu memurtadkan mereka yang kurang faham, kononnya sebab Al-Quran sendiri mengaku Allah itu Tuhan bagi semua agama sedangkan konteks ayat kitab suci itu bermaksud lain dalam hal ini. Kalau tidak mengapa boleh ada Surah Al-Kafirun yang menyebut biar engkau dengan apa yang engkau sembah, aku dengan apa yang aku sembah?

Memanglah betul Allah itu Tuhan bagi semua. Mana ada lagi Tuhan kat mana-mana kecuali Tuhan-tuhan khayalan yang dicipta oleh mereka yang sudah terpesong akidahnya. Maka itu samakah Tuhan yang disembah orang Yahudi dan Kristian dengan Tuhan yang orang Islam sembah? Apakah sama 'Allah' yang ingin diambil orang Kristian yang menganggap ada Tuhan bapa, Tuhan anak dan Tuhan roh suci dengan Tuhan Allah orang Islam yang tidak beranak mahupun diperanakkan? Kalau Tuhan orang Kristian itu sama sahaja dengan Allah, tidakkah nanti jadi 'Allah' bapa, 'Allah' anak dan 'Allah' roh suci? Tak ke haru apabila Nabi Isa dan Allah dikatakan sama? 'Allah' turun ke bumi melalui jasad Isa untuk menebus kesalahan manusia, sehingga 'Allah' sanggup mengorbankan satu-satu anaknya di atas papan salib...

Bagaimana kita hendak memperbetulkan balik Tauhid dan hakikat keberadaan Allah jika ia sudah diselewengkan sebegitu rupa secara besar-besaran? Apakah kita begitu bodoh menyangkakan jika orang Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah maka mereka nanti akan berbondong-bondong masuk Islam? Apakah Ngah dan Ngeh di Perak telah menjadi orang beriman setelah membacakan satu dua ayat-ayat Al-Quran di atas pentas politik demi meraih simpati orang Melayu? Atau orang Islam yang dungu pula nanti yang akan masuk perangkap sehingga bertuhankan Nabi Isa sepertimana ada pihak yang kononnya memperjuangkan Islam terpaksa membenarkan arak masuk ke Shah Alam atas dasar kesaksamaan?

Aduh... sebab tu aku malas nak tulis bab hal-ehwal semasa dan politik ni. Sebab keadaan dah teruk sangat. Akibat kebebasan dunia Internet langit tanpa batasan yang memungkin budak hingusan yang tidak pernah keluar daerah kecuali berangan-angan menjadi cowboy atau Indiana Jones dengan video game di depan televisyen menunjukkan kepandaian palsu copy and paste maklumat sehingga kelihatan melebihi lisan manusia pakar yang sudah beberapa dekad hidup menyabung nyawa menguji pengetahuan di medan sebenar, masing-masing ingin berhujah menegakkan benang basah sedangkan ilmunya cetek lagi dangkal. Belum diceritakan lagi bab keikhlasan, untuk apakah tujuan sebenar kita berbuat sesuatu perkara. Apakah segala hujah cantik yang kita lapiskan dari Google dan segala macam sumber yang senang didapati di hujung jari itu dibuat untuk melepaskan geram menjatuhkan lawan? Atau betul-betul menjunjung yang hak sehingga dapat melihat kesalahan yang dibuat oleh kawan, kebenaran yang diucapkan oleh lawan?





Kembali ke kisah perjalanan. Selepas puas berjalan di Mount Faber baru kami pergi ke pusat bandaraya Singapura. Lihat artikel The skyline of Singapura . Suatu masa dahulu apa yang ada di sini sangat dikagumi warga Malaysia. Maklumlah, Singapura negara maju, kita terutama orang Melayu masih bertatih lagi terutama dalam bab ekonomi.

Sekarang lihat sendiri keadaan di Kuala Lumpur malah bandaraya-bandaraya lain di Malaysia. Percayalah, apa yang ada di Singapura sudah mampu ditandingi Malaysia. Yang kita kalah mungkin bab kaum yang kiasu. Tapi dalam hal inipun nampaknya Malaysia mula mengatasi Singapura apabila segala permintaan kaum lain minta dilayan atas nama hak asasi manusia sedangkan bangsa Melayu yang merupakan TUAN TANAH MELAYU terus makan hati demi menjaga hati orang lain. Allah!

Oh. Saya terlupa hendak menyebut kisah Radin Mas Ayu. Nak cerita lebih-lebih dah rasa penat dan malas pula. Kisah puteri ini sudah diabadikan dalam sebuah filem hitam putih Melayu. Jadi biar saya salin sahaja sinopsis daripada website http://www.filemkita.com/. Cuma di situ digunakan ejaan Raden, bukan Radin ya. Sekian, selamat malam.



Sinopsis

Pengiran Agung berkahwin dengan Mas Ayu, seorang penari namun perkahwinan mereka ditentang oleh Raden Manosekoro dan Raden Mas Ratu kerana perbezaan darjat. Bagi menghapuskan Mas Ayu, Raden Mas Ratu mengutuskan Pengiran Agung pergi memburu kijang. Sekembalinya Pengiran Agung daripada berburu, baginda mendapati istananya terbakar dan Mas Ayu terbunuh. Pengiran Agung mengambil keputusan membawa diri bersama puterinya, Raden Mas yang berjaya diselamatkan. Raden Mas dibesarkan seperti orang kebanyakan tanpa diberitahu asal-usulnya. Suatu hari, Raden Mas terserempak dengan seorang puteri raja bernama Tengku Halijah. Raden Mas dipukul kerana cuba menasihati Tengku Halijah. Apabila mengetahui siapa sebenarnya Raden Mas, Sultan mengahwinkan Pengiran Agung dengan puterinya sebagai menebus kesalahan. Raden Mas yang dahagakan kasih sayang seorang ibu amat gembira dengan perkahwinan itu sebaliknya Tengku Halijah memusuhi Raden Mas. Apakah kesudahan nasib Raden Mas?

11 comments:

dayak said...

Salam Saudara Radzi...tentang makam Radin Emas itu...pada pendapat saya bukanlah sebuah makam anak raja seperti mana yg di filemkan atau di ceritakan...ada rahsia yg lebih besar yg tersembunyi di situ

Dayak said...

Baru2 ini, makam Tok Putih di tepi sungai Kallang telah di gali semula dan di alihkan. Mengikut cerita beliau adalah guru kepada Habib Nuh. Sesuatu yg muskhil mengenai pulau ini ialah kenapa ia di namakan Singa pura dan benarkah ia di namakan sebegitu kerana Sang Nila Utama ternampak seekor singa ketika mendarat di pulau ini. Secara logik, binatang singa tidak pernah wujud di pulau itu, jadi masalahnya binatang apakah yg di temui oleh Sang Nila Utama atau mungkin ada rahsia yg lain yg belum kita ketahui mengenai binatang "singa" itu..

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

Hmm... elok juga jika saudara terangkan apa ceritanya menurut apa yang saudara tahu. Saya pun sebenarnya mengharapkan ada sesiapa dapat beri penerangan tentang Makam Radin Mas. Saya tengok di situ ada salasilah Raja-raja Bugis dan banyak gambar Ahlul Bait. Apahal? Sedangkan Radin Mas cuma diketahui sebagai anak raja Jawa.

Bab Tok Putih pulak bukan ke beliau ni Sayyid dari keluarga Al-Qadri kerabat diraja keSultanan Pontianak? Bab singa pulak tak mustahil memang zaman tu ada singa di sana tetapi dah pupus. Sebab dahulu pun ada singa di India tapi sekarang macam dah tak ada. Tapi kalau ada interpretasi lain tentang singa ni saya teringin nak dengar. Begitu juga hal lain tentang apa-apa sahaja di Singapura.

Silakan saudara Dayak! :]

Dayak said...

boleh saya dapatkan email saudara Radzi...

Radzi Sapiee said...

merahsilu@hotmail.com

dayak said...

u got mail....

Radzi Sapiee said...

OK...

eM said...

As Salam Tuan MS, kenapa dengan Jawa????? Tidak kah mungkin ada antaranya yang telah bercampur dengan gen ahlul-bait..???? adakah melayu itu ACEH sahaja??????

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya tak faham soalan saudara. Tapi memang ada Jawa yang Ahlul Bait misalnya para wali songo. Bila masa pula saya kata Melayu tu Aceh sahaja. Saya rasa saudara harus membaca betul2 semua tulisan saudara.

Kesimpulan dan soalan saudara itu membuat saya hampir2 tidak mahu mengendahkan saudara kerana kelihatan memandang remeh apa yang sudah saya perkatakan selama beberapa tahun. Samada saudara silap faham atau memang tak faham.

nur tauhid said...

Sidah tiada makam tok putih dan lain2 di Kallang 2013. :(

nur tauhid said...

Sidah tiada makam tok putih dan lain2 di Kallang 2013. :(