Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 28, 2015

Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding lagi...

Salam. Ada lagi cerita penggambaran awal untuk menjayakan siri dokumentari "Daulah Melayu". Bersambung daripada Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding...


Adapun penggambaraan hari Ahad yang disebut dalam artikel terdahulu itu dibuat tanpa merakamkan suara. Ia setakat menunjukkan aksi dengan suara yang menerangkan keadaan/pergerakan akan ditambah kemudian dalam bentuk V.O. (Voice Over). Semalam Rabu 27 Mei baru dibuat penggambaran dengan suara. Untuk ini saya diberikan satu skrip asas lalu sukahatilah bagaimana mahu menterjemahkan seraya mengembangkannya dalam landasan tertentu.



Seperti pada penggambaran aksi yang turut mengikut skrip tertentu saya agak canggung berkata-kata lalu sedikit kaku.










Untuk mengatasi masalah ini diputuskan bahawa penggambaran seterusnya harus dilakukan dalam bentuk soal jawab. Pengarah bertanyakan soalan berlandaskan skrip, saya pun jawab.


Barulah lebih lancar berkata-kata, itupun ada yang kena ulang beberapa kali apabila tumpuan terganggu atau saya terlebih lama memikirkan kata-kata seterusnya lalu senyap seketika walau sesaat dua. Yang penting penerangan harus jelas dan tidak kelihatan tersekat.


Seterusnya dibuat pengambaraan still shot (gambar kaku?), juga untuk tujuan promosi.


Nampak macam senang tapi boleh berpeluh-peluh jugak. Sekali ambil gambar kena bersikap pegun beberapa lama dalam kedudukan tertentu. Apabila hasil tidak memuaskan kena buat lagi. Masih tak memuaskan, tukar sudut, kedudukan dan sebagainya. Semua ini adalah pengalaman baru buat saya, sebelum ini setakat pernah tengok orang lain yang kena shoot... :]


Ahad, Mei 24, 2015

Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding

Kalau tak salah, sejak 2 bulan lalu saya ada beberapa kali menyebut di blogspot ini tentang penglibatan dalam satu projek dokumentari bernama "Daulah Melayu". Pada pertengahan Februari saya dipanggil untuk menjadi salah seorang penyelidik utama untuk projek itu, beberapa minggu kemudian saya diminta untuk turut menjadi hos. Ini bermaksud saya perlu menonjolkan diri dalam beberapa sesi penggambaran. Siang tadi penggambaran pertama melibatkan diri ini pun dimulakan...



Penggambaran ini dilakukan di kediaman saya di Sungai Buaya, Rawang selepas Zuhur.


Sebelum ini tim projek telah membuat penggambaran tanpa perlu melibatkan saya pada satu majlis persilatan di Melaka penghujung April. Oh, baru teringat. Mereka ada membuat penggambaran di satu majlis melibatkan saya awal bulan tersebut. Lihat artikel di HIKMAH Seri Menanti - Mengisi "Daulah Melayu" sambil mengalakkan anak muda berani bersuara di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).  Cuma penggambaran siang tadi terlebih istimewa kerana selain dibuat di rumah sendiri ia memang dikhususkan untuk menonjolkan diri saya sebagai hos.


Namun ia bukan untuk pengisian dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu itu (itu untuk pasaran antarabangsa, untuk pasaran tempatan ia menjadi 26 episod sepanjang setengah jam setiap satu) tetapi untuk pengenalan dokumentari.


Pengenalan ini adalah untuk membuat crowd funding, mendapatkan sokongan dana awam. Hasil rakaman yang akan diproses bersama beberapa bahagian tambahan, antaranya adalah temuramah bersama orang ramai yang dilakukan oleh tim ini pagi tadi akan diviralkan melalui satu platform atau wadah tertentu untuk mendapatkan dana tambahan bagi mencukupkan keperluan penuh menjayakan projek.


Ini kerana buat masa ini kami kurang separuh belanja yang diperlukan untuk menjayakan keseluruhan kerja.  Projek dijangka memakan masa sekurang-kurangnya setahun lagi untuk siap...



Secara rata penggambaran hari ini dibuat untuk mengajak orang ramai menjiwai tujuan dokumentari diterbitkan. Untuk itu pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang dahulu agak keBaratan tetapi boleh berubah arah mencari makna keMelayuan cuba diangkat, minat saya terhadap pembacaan berkaitan ditonjolkan.


Isteri menyapu peluh saya selepas selesai satu sesi di loteng rumah. Nah. Dahulu banyak kali juga saya menghadiri sesi penggambaran drama dan sebagainya memerhatian orang lain beraksi. Saya sendiri setakat pernah ditemuramah di kaca televisyen sekali dua. Bila kena beraksi lalu diminta mengulang apabila hasil belum cukup memuaskan baru terasa cabarannya. Memang boleh berpeluh-peluh...


Nasib baiklah saya memiliki seorang isteri yang setia menyokong. Tanpa dia saya tidak akan ke mana...


Ruang uzlah di loteng rumah turut menjadi sasaran...


Turun ke loteng bawah (loteng rumah saya ada dua tingkat, Lihat Rumahku Baitul Hikmah) pun sempat posing sat. Oh, gambar-gambar ini semuanya diambil oleh seorang ahli tim projek. Saya sendiri tiada kesempatan untuk mengambil gambar...


Nah. Bukak salasilah pun ada dalam penggambaran. Tak tahulah nanti bagaimana rupanya apabila sudah disunting menjadi video yang mahu diviralkan untuk crowd funding. Saya dimaklumkan 3 buah video akan diterbitkan untuk tujuan ini lalu disiarkan berselang 2 minggu antara satu sama lain bermula minggu pertama bulan hadapan insyaallah. Video ke-3 akan meonjolkan pengambaran bersama saya siang tadi. 

Pertengahan bulan puasa insyaallah saya akan mula mengikuti penggambaran di luar dengan menemurah sejumlah cendekiawan pilihan, selepas raya pula mengelilingi Semenanjung untuk meliputi tempat-tempat tertentu yang boleh membantu pengisian termasuk ke Singapura. Pertengahan Oktober, insyaallah kami akan bergerak lebih jauh untuk meliputi Aceh, Pulau Jawa, Champa dan Selatan Thailand. Penghujung Februari pula ke Eropah untuk meliputi tempat-tempat seperti London dan Oxford di England, Amsterdam dan Leiden di Belanda, Lisbon di Portugal juga Istanbul di Turki.

Oh, saya juga telah dibawa untuk terlibat dengan 2 lagi projek dokumentari (syarikat-syarikat lain) selain janji untuk menghasilkan 11 buah buku baru untuk satu syarikat penerbitan dalam tempoh setahun. Doakanlah agar saya sentiasa diberi kekuatan, kesihatan, ilham dan gerak kerja yang patut untuk melaksanakan ini semua demi agama, bangsa dan negara ya. Amin... :]