Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, January 05, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Daeng Parani, kemalangan di Kuala Muda, menunaikan janji di Pulau Pinang

Hari ini 5 Januari 2015, genaplah isteri saya berumur 40 tahun mengikut kalendar Barat atau Gregorian. Biar disambung cerita daripada Ke utara menutup kalendar 2014 - Langgar, Kota Siputih, kesan arkeologi Sungai Batu,


Awal pagi Sabtu 27 Disember 2014, sekali lagi kami anak-beranak telah bermalam di masjid ataupun surau.


Cuma tidak seperti di Langgar iaitu pada Subuh pagi Jumaat yang mana masjid lama atau suraunya sepi tanpa penghuni - di sini ada jemaah sudah sedia menunggu untuk bersolat seawal jam 5.30.


Selepas solat saya dan isteri menyambung rehat. Setelah beberapa lama baru anak-anak juga bangun lalu kami pun bersiap untuk meneruskan perjalanan. Oh... kami berada di Masjid Sidam Kiri, sekitar 20 km perjalanan ke tenggara bandar Sungai Petani. Kami bermalam di sini kerana ia sudah dekat dengan satu makam penting yang mahu diziarahi dalam perjalanan ini...


Ia adalah makam Daeng Parani di Kampung Lubuk Ekor, dalam 2-3 km dari masjid. Rasanya ramai tahu siapakah pahlawan besar Bugis bertaraf raja ini, paling tidak pun sebagai abang tertua antara 5 Opu Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Tanah Melayu awal abad ke-18 Masihi - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.


Saya sudah menziarahi makam ini sekurang-kurang 3 kali, mungkin dah 5-6 kali. Kali terakhir adalah pada 2010. Lihat Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka.... Cuma lawatan kali ini terlebih istimewa kerana ia dibuat setelah menyedari betapa rapatnya hubungan darah saya dengan Daeng Parani. Ini kerana sekitar tahun 2011 baru saya mendapat tahu bahawa baginda adalah moyang terus lelaki atas lelaki kepada ibu. Lihat Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu.



Selesai itu kami menghala kembali ke bandar Sungai Petani mengambil laluan lain. Oh, selepas melihat rumah di Lembah Bujang yang bakal menjadi tempat acara ke-12 HIKMAH diadakan 17 Januari (lihat artikel Ke utara menutup kalendar 2014 - Langgar, Kota Siputih, kesan arkeologi Sungai Batu) kami ke Sungai Petani kemudian baru ke Sidam Kiri. Laluan yang diambil siang hari membawa ke Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal. Di situ terdapat makam seseorang yang dikenali sebagai Tok Soh. Kami pun ziarah...


Sekitar 10.30 pagi kami sampai ke pusat bandar Sungai Petani.
\


Terus ke sebuah restoran yang menggunakan kembali bangunan lama stesyen kereta api Sungai Petani (sudah digantikan bangunan baru batu), katanya dibuka sekitar 5 bulan lalu.


Kami mahu berbincang dengan pemilik restoran yang baru dikenali melalui Facebook 2 minggu sebelum perjalanan ini, setelah beliau menawarkan penggunaan dewan di bangunan ini untuk acara lanjutan HIKMAH Lembah Bujang nanti. Rupa-rupanya beliau sudah lama tahu tentang HIKMAH kerana seorang kawan lama saya daripada zaman belajar di United Kingdom lebih 20 tahun lalu, kawan kuat menyokong selain sudah beberapa kali membentang pada acara HIKMAH adalah kawan sekolah menengah pemilik restoran ini. Selain penggunaan restoran, dijadulkan pada Ahad 18 Januari selepas lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah sekitar Lembah Bujang beliau menawarkan bantuan untuk menjayakan acara utama pada Sabtu 17 Januari.


Seterusnya kami ke Kota Kuala Muda melihat kesan sejarah di sana. Sempatlah melihat pemandangan Sungai Muda berdekatan, sungai yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang (di bahagian tanah besar iaitu Seberang Perai). Lihat artikel Muda river at Kota Kuala Muda di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kami berjalan sehingga ke Bukit Meriam kerana difahamkan di sinilah raja Kedah yang dikatakan pertama memeluk Islam, Sultan Muzaffar Shah I bersemayam 800 tahun lalu.






Dari Bukit Meriam kami kembali ke Kota Kuala Muda melalui jalan lain. Terlihatlah masjid yang agak menarik ini lalu mengambil gambar. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Sintok Bugis, Kedah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Selesai itu kami mengorak langkah masuk ke Pulau Pinang. Saya  dijaduakan membuat satu pembentangan tentang Melayu di satu majlis keMelayuan di Balik Pulau nanti. Dari Kota Kuala Muda kita boleh menaiki jambatan menyeberangi Sungai Muda ke Seberang Perai. Pemandangan yang cantik daripada atas jambatan membuat saya berhenti di tengah untuk mengambil gambar.


Siapa sangka boleh ada penunggang motosikal tidak nampak kereta yang diletakkan di bahagian tepi jambatan yang begitu lebar, kurang lalu lintas lalu boleh melanggar bahagian belakang kereta?



Nasib baik tidak berlaku apa-apa pada anak-anak yang duduk di belakang. Apapun saya selesaikan kerja mengambil gambar. Lihat Accident on the Kota Kuala Muda bridge.


Tapi kereta kami memang teruk kena. Sampai isteri mahu mengajak saya kembali ke rumah terus, tak payah buat pembentangan di Pulau Pinang. Dahlah itu, kami perlu menunggu hampir sejam setengah atas jambatan sehingga polis trafik datang melihat keadaan.


Kemudian kami mengikut polis ke balai Kepala Batas untuk membuat laporan. Bayangkan memandu 13 jm dari jambatan Kota Kuala Muda ke sana membawa kereta yang sudah jatuh 'rebeh' bumper belakang, setakat diikat ke atas dengan reben agar tidak berlaga dengan tayar. Itupun kalau terlebih goyang atau ada hentakan jalan, terseretlah ia terkena tayar. Apapun syukur, kereta masih boleh berjalan. Kalau tak lagilah susah. Dengan bawak isteri, 2 anak kecil, beg-beg pakaian...


Kemalangan berlaku jam 1 tengah hari. Selepas 4 petang baru selesai urusan dengan polis lalu kami boleh membawa kereta ke bengkel.


Saya memutuskan untuk menunaikan janji membuat pembentangan malam di Balik Pulau. Dekat jam 5.30 baru kereta kami cukup elok untuk menyambung perjalanan.


Dari Kepala Batas kami menuju ke Butterworth. Kalau mahu cepat kami boleh mengambil jambatan masuk ke pulau. Tapi kami sudah berjanji dengan anak-anak membawa mereka menaiki feri...


Ikut rancangan asal kami mahu berjalan-jalan di bandar raya Georgetown, pekena nasik kandaq ke hapa, ziarah 2-3 tempat sebelum ke Balik Pulau. Tapi kami naik feri pun dah dekat 6.30 petang, menunggu nak masuk pun lebih setengah jam...


Takpa. Yang penting anak-anak gembira dan seronok.



Setelah satu setengah jam menunggu dalam kereta yang kemalangan di tengah jambatan, satu setengah jam lagi untuk laporan polis selesai, satu setengah jam untuk kereta dibersihkan kaca, diangkat/diikat bumper kemudian salut bahagian cermin pecah dengan plastik, anak-anak yang begitu sabar melalui dugaan patut diberikan kegembiraan.


Sampai aje Georgetown memang tak sempat berehat menikmati keadaan. Kami terus mencari laluan terbaik untuk sampai ke Balik Pulau, sekitar 30 km perjalanan.





Kami sampai dekat jam 8 malam sedangkan saya dijadualkan membuat pembentangan jam 9. Selepas masuk homestay yang disediakan penganjur majlis, saya tidur sebentar kerana kepenatan amat. Sekitar 9.15 baru ke tempat majlis, itupun makan malam dahulu sebelum majlis betul-betul dimulakan jam 10.


Satu persembahan yang kalau tak salah saya tiada dalam jadual asal dibuat terlebih dahulu.








Sekitar 10.40 baru pembentangan saya dimulakan. Itupun setakat bercakap sambil memakai laptop untuk paparan kerana penganjur menghadapi masalah last minute mendapatkan projektor dan skrin. Tak mengapa, saya sudah menunaikan janji untuk membentang. Hal ini ada disebut sebagai salah satu sebab utama saya membuat perjalanan ke utara ini. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun.... Selain sedikit mukadimah melibatkan penghayatan sebenar ilmu Tasawuf pembentangan secara rata adalah serupa dengan apa yang pernah saya buat semasa acara ke-11 HIKMAH di Pagoh 2 bulan lalu. Lihat artikel berikut yang dipaparkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-






Ia juga serupa dengan satu ceramah yang dibuat di Kuala Lumpur lebih 2 minggu kemudian. Lihat Ceramah Alam Melayu Atlantis di Gombak. Cuma disebabkan sebelum itu ada persembahan lagu ala puisi menyebut kalimah La Maujud Ilallah, tiada (yang pada hakikatnya) wujud kecuali Allah, saya memberi sedikit mukadimah tentang penghayatan kalimah sebegini dalam kehidupan realiti sebenar. Ya, sesiapa sahaja boleh menyebut tiada yang wujud pada hakikatnya kecuali Allah. Tetapi bagaimana kita mahu membawa hakikat ini? Saya pun memberi contoh kemalangan yang berlaku pada kereta kami siang itu. 

Disebabkan penghayatan hakikat inilah saya dapat menerimanya dengan tenang walaupun perkara ini amat menyusahkan. Seterusnya di mana kita hendak letak perbezaan atau garisan sempadan jikalau orang berbuat jahat? Memang hakikatnya semua gerak datang daripada Allah tapi takkan kita hendak berdiam diri sahaja apabila berlaku kejahatan, sekadar mengatakan semuanya datang daripada Allah belaka? Apakah yang patut kita buat? Di sinilah kita harus kembali kepada penyaksian Muhammad itu Rasulullah. Ajaran baginda itulah yang harus dijadikan panduan bagaimana mahu menangangi setiap perbuatan pada kala semuanya, baik mahupun buruk datang daripada Allah. Cukup. 


3 comments:

Anonymous said...

Slamat Hari Jadi kepada Srikandi...moga banyak rezeki dan diberkati allah sekeluarga......Bro! Sabar pada kejadian kemalangan tsbt....Di Malaysia nie terlalu kurang pakar sejarah yg lahir dr bidang praktikal.... Slamat thn baru...

tiga lalat said...

Salam. Hee terasa sedih dgn kemalangan berlaku atas jambatan itu sbb sy pun selalu berhenti diatas jambatan juga utk ambil gambar tapi keselamatan perlu sy utamakan juga. SElamat tahun baru 2015.

Bandarkkangsar said...

Assalamualaikum. Nak tanya Makam Syeikh yang ditutupi kain hijau tu dimana lokasinya ? Saya ingin tahu dan menziarahi jika berpeluang.