Rombongan bertolak dengan pesawat dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru 13 Januari dan kembali ke KL 15 Jan dengan penerbangan juga. Saya pula bercadang untuk mengambil jalan darat. Apabila perkara ini disuakan kepada beberapa orang kawan, dua orang kawan wanita mahu ikut sama. Kami pun bertolak dengan kereta Khamis malam Jumaat 12 Januari ke Kelantan. Esoknya bertemu rombongan di lapangan terbang lalu kami sama-sama masuk ke Thailand dengan van,
Cuma saya merasakan tempoh 13-15 Januari itu terlalu singkat, tak puas berjalan di sana. Saya pun membuat keputusan akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan awam atau apa yang dapat sehingga ke Songkhla (Singgora) sementara yang lain kembali. Dua hari kemudian baru saya bertolak ke tanah air, itupun melalui Padang Besar, Perlis tidak melalui Ratu Panjang. Selepas itu saya bercadang untuk bermalam di Alor Setar kemudian di Ipoh sebelum kembali ke rumah,
Tetapi muncul hal-hal tertentu yang menyebabkan saya memakan masa dua malam lagi di perantauan. Apapun ini adalah kali pertama saya mengembara bersendirian secara backpack sejak kembali berumahtangga penghujung 2008.
1. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat
2. Rupa baru masjid Jelawang (New look of the mosque of Jelawang)
3. Visiting Gunung Stong waterfalls after more than 6 years
7. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand
8. Patani town from the 5th floor of a main hotel
9. Masjid sekolah Amanasak (Mosque of the Amanasak school), Patani
10. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Forum Batu Aceh di Patani, asbab utama perjalanan dibuat
11. Kota Mahligai, Langkasuka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan