Salam pagi Jumaat 24 Sya'aban 1444 Hijriah, Jumaat terakhir bulan. Sekarang tinggal kurang seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam harus berpuasa wajib bagi bulan Ramadhan. Sebelum sampai waktu itu ingin dilepaskan semua cerita tentang perjalanan ke selatan Thailand baru ini. Sekarang masuk pada cerita hari kedua perjalanan. Bersambung daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, Mac 17, 2023
Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali sempat bersolat di Jumaat di selatan Thailand. Apakah yang tersirat?
Rabu, Mac 15, 2023
Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai
Alhamdulillah. Walaupun kepenatan daripada perjalanan ke selatan Thailand baru ini masih belum hilang, disebabkan semangat dan rasa seronok saya telah membuat satu siri perjalanan lasak di sekitar Lukut, Port Dickson dan Tanjung Tuan semalam. Malah rasa semangat dan keseronokan memberikan gerak dan kelapangan untuk berkongsi cerita hari pertama perjalanan ke Thailand pagi ini. Dengan itu bersambung cerita daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan.
Isnin, Mac 13, 2023
Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan
Salam semua. Adapun pada awal tahun ini saya telah mempersembahkan sejumlah artikel tentang perjalanan yang dibuat bersama isteri dan empat orang anak di selatan Thailand hampir 3 bulan lalu (dikumpulkan dalam Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022). Sekarang biar dimaklumkan. Malam tadi saya baru sahaja selesai melakukan satu lagi perjalanan di selatan Thailand. Kali ini bersama isteri dan seorang sahaja anak iaitu yang bongsu kerana yang lain semua ada komitmen.
Dengan itu berlakulah perjalanan ke selatan Thailand yang baru sahaja selesai semalam. Malah sampai ke rumah pun dekat jam 12 tengah malam. Oleh kerana kami pergi bertiga tidak membawa orang tua bolehlah berjalan secara lasak. Jika dahulu rancangannya adalah berjalan ke sana ke mari dengan van mewah, malam pertama di Hatyai kemudian ke Patani, mungkin sampai ke Narathiwat dan Yala sebelum kembali ke Padang Besar kali ini kami ambil kereta api hingga ke Hatyai. Menginap satu malam di sana kemudian satu malam di Songkhla kemudian satu malam lagi Hatyai sebelum kembali.
Asalnya sekadar mahu bersantai melihat tempat-tempat menarik pelancongan, tidak sangat ke tempat-tempat bersejarah. Tengok-tengok datang gerak yang tetap membawa ke tempat-tempat bersejarah. Malah berlaku satu rentetan peristiwa yang pada saya adalah berkaitan kedaulatan asal kerajaan Melayu Singgora iaitu sebelum ditakluki Siam penghujung abad ke-17. Dan rentetan peristiwa ini ada kaitan dengan kerajaan Ligor yang mewakili Siam Thai yang berpusat di Bangkok bagi menakluki negeri-negeri Melayu ke selatan Singgora seperti Patani, Kelantan dan Kedah.
Perjalanan ini telah menyaksikan kami berjalan kaki agak jauh merata malah mendaki hingga ke puncak bukit yang meliputi pusat asal kerajaan Singgora semasa zaman kegemilangannya awal abad ke-17. Memang memenatkan tetapi puas. Malam ini pun kami harus keluar lagi untuk satu perjalanan tetapi tidaklah jauh sangat. Tunggu ceritanya apabila datang gerak dan kelapangan . Sambil itu saya harus membuat persediaan untuk peperiksaan lisan tesis pada 24 Mac dan membuat lagi satu pusingan suntingan buku Laksamana saya pun dapat masuk ke kilang cetak selewatnya pertengahan April.