Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mac 30, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang

Salam  petang Khamis 8 Ramadhan 1444 Hijriah. Satu lagi artikel kompilasi bagi cerita-cerita perjalanan.


Sebaik sahaja kembali dari selatan Thailand 9-12 Mac 2023  (lihat Misi kedaulatan Singgora) isteri harus bersedia untuk mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam di Bagan Lalang 14 hingga 16 Mac. Oleh kerana letaknya tidak begitu jauh dari kampung beliau di Tanjung Sepat Isnin malam Selasa 13 Mac bergeraklah kami ke sana 120 km dari tempat tinggal kami di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Selepas bermalam di rumah tinggalan keluarga baru ke Bagan Lalang 20 km lagi ke arah selatan (tenggara dari Tanjung Sepat) pagi Selasa 14 Mac 2023. Alang-alang sudah berjalan dipanjangkan ke Kuala Lukut, Lukut, Port Dickson dan Tanjung Tuan.

Dalam tempoh isteri sedang berkursus itu saya bermalam di rumah keluarga di Tanjung Sepat.  Esoknya Rabu 15 Mac, dibuatlah perjalanan di sekitar sana, hari seterusnya Khamis 16 Mac selepas tamat kursus berjalan ke tempat-tempat berdekatan Bagan Lalang. Jumaat 17 Mac beliau harus ke ibu pejabat negeri syarikatnya berdekatan pusat bandar raya Shah Alam. Adalah lebih menjimatkan masa, tenaga dan belanja bergerak ke utara dari Tanjung Sepat hampir 70 km ke sana. Petang baru kembali ke rumah hampir 50 km lagi ke arah ke utara. 


1. A jetty off the Sepang river at Bagan Lalang

2. Makam (Tomb of) Raja Busu Hassan 

3. The jetty at Kuala Lukut

4.  Meriam di Muzium Lukut (Cannons at the Lukut Museum)



























Selasa, Mac 28, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang - Isyarat daripada Kesultanan Selangor?

Lagi cerita kecil berkenaan. Kali ini bahagian terakhir. Bersambung daripada artikel Asbab kursus di Bagan Lalang - Apa ada di Bukit Bangkong?.



Pagi Jumaat 16 Mac 2023. Kami anak beranak bergerak dari Tanjung Sepat ke Shah Alam.




Isteri harus ke ibu pejabat negeri syarikatnya berdekatan pusat bandar raya. Maka adalah lebih menjimatkan masa, tenaga dan belanja bergerak ke utara dari Tanjung Sepat hampir 70 km ke sana. Petang nanti baru kembali ke rumah hampir 50 km lagi ke arah ke utara.




Kalau tidak tentu kami telah kembali ke rumah pada hari sebelumnya iaitu selepas isteri selesai berkursus di Bagan Lalang petang Khamis. Sementara isteri harus ke pejabat saya membawa anak berjalan ke taman tasik.



Tengok-tengok ada tempat pejalan kaki tinggi. Layan le anak beranak. Lihat artikel Elevated walkway at Shah Alam lake garden di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Selepas itu pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda, dalam kawasan kelab golf Shah Alam. Untuk pengetahuan ia dinamakan sempena seorang kerabat diraja Selangor bernama Raja Uda bin Raja Muhammad bin Raja Hassan (Raja Hassan Busu bin Raja Muda Nala. Lihat ).
 


Anak suka kerana di bahagian kanak-kanak perpustakaan ada semacam pokok buatan dengan tanah tinggi.




Saya sendiri pun suka melepak di situ. Di bawah 'pokok' itulah ditulis artikel  ketiga perjalanan ke selatan Thailand 9-12 Mac iaitu Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali sempat bersolat di Jumaat di selatan Thailand. Apakah yang tersirat?




Ah. Baru teringat cerita tentang perjalanan ke Songkhla lalu dapat bersolat Jumaat di sana itu ditulis pada pagi Jumaat di Shah Alam iaitu tepat seminggu selepas perjalanan. Kali ini, sampai waktu untuk bersolat Jumaat pergilah ke masjid negeri di pusat bandar raya Shah Alam. Lihat Friday prayers at the Selangor state mosque in Shah Alam.




Tengok-tengok Sultan Selangor pun ada lalu dapatlah bertegur sapa. Raja Muda pun ada. Mereka tertarik dengan tanjak lusuh yang biasa saya pakai ke sana ke mari. Seingat saya pernah beberapa kali bersolat Jumaat di masjid negeri. Tetapi inilah kali pertama dapat bertemu mereka di masjid.




Terasa seperti ia mengisyaratkan sesuatu tentang perjalanan beberapa hari itu yang berlaku atas asbab isteri berkursus di Bagan Lalang. Sesungguhnya seluruh kawasan pantai yang dilalui sehingga ke Tanjung Tuan pernah terletak di bawah kekuasaan kerajaan Selangor, sehingga selepas pertengahan abad ke-19 Masihi. Selepas menghantar isteri ke tempat kursus buat pertama kali saya pergi ke Lukut lalu dapat menziarahi makam Raja Busu Hassan. Lihat Asbab kursus di Bagan Lalang - Eksplorasi Lukut dan Tanjung Tuan  Pagi Jumaat selepas selesai kursus pergi pula ke Perpustakaan Raja Tun Uda yang dinamakan sempena seorang keturunannya. Kemudian bertemu pula Sultan Selangor dan Raja Muda selepas solat Jumaat di masjid negeri. Hmm...



Kembali ke rumah petang itu didapati jarak pemanduan sejak perjalanan bermula Isnin malam Selasa 13 Mac mencapai 532 km. Dengan ini selesailah cerita perjalanan asbab kursus di Bagan Lalang yang dilakukan sejurus selepas kembali dari selatan Thailand.


Isnin, Mac 27, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang - Apa ada di Bukit Bangkong?

Salam 5 Ramadhan. Meneruskan cerita kecil berkenaan. Bersambung daripada artikel Asbab kursus di Bagan Lalang - Main dekat-dekat je....


Pagi Khamis 16 Mac 2023. Saya keluar dari Tanjung Sepat ke Bagan Lalang lalu sampai sebelum tengah hari. 


Sebelum itu isteri memaklumkan melalui WhatsApp habis kursus di hotel berdekatan jam 12. Saya pun mengambil sedikit masa berjalan-jalan  di pantai. Lihat artikel Time at the beach of Bagan Lalang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian baru tahu kursus sebenarnya habis selepas jam 1. Tak mengapa, saya boleh mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan sebagainya. Selepas makan tengah hari di hotel kami keluar berjalan-jalan. Pergi ke Sungai Pelek kemudian masuk ke kampung Bukit Bangkok. Ada sesuatu yang sudah lama mahu dilakukan.



Singgah dahulu ke masjid menjamakkan solat Zohor dan Asar.







Kelihatan dari halaman masjid Bukit Bangkong, sebuah bukit kecil ke selatan.




Saya sebenarnya sudah lama teringin hendak naik ke atas bukit. Kali ini, kali ke-3 atau ke-4 ke kawasan ini baru ada kesempatan...




Takda le apa sangat. Sekadar memuaskan hati. Lihat A curious look at Bukit (hill of) Bangkong. Cuma kemudian baru teringat dalam salasilah keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak ada tertera nama Tok Bangkong sebagai seorang anak Nakhoda Hitam (Laksamana pertama).



Selepas itu melihat kawasan tepi laut di Tanjung Rhu, dalam perjalanan kembali ke Tanjung Sepat.



Sudah lama tidak jalan berdua, tanpa membawa anak. Sampai ke Tanjung Sepat singgah pula ke jeti...










Lepak di kedai makan. Untuk  makluman bagi diri sendiri ini adalah artikel ke-2,373 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Ahad, Mac 26, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang - Main dekat-dekat je...

OK. Meneruskan penceritaan daripada artikel  Asbab kursus di Bagan Lalang - Eksplorasi Lukut dan Tanjung Tuan.



Rabu 15 Mac 2023. Pagi itu digunakan untuk menulis lalu mempersembahkan artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai, artikel kedua daripada perjalanan ke selatan Thailand 9-12 Mac. Selepas itu sekadar berehat di rumah keluarga isteri  di Tanjung Sepat. Dekat jam 6 petang baru keluar  ke pekan lalu pekena roti tampal.




Dekat setengah jam kemudian bergerak ke Pantai Cunang, kira-kira sekilometer setengah gitu dari pekan.



Cuma nampak 2-3 orang lain sahaja ada ketika sampai. Selepas itu tinggal saya seorang...





Oh. Kali ini tak bawa anak yang sibuk bermain dengan cucu saudara (tapi 4 tahun lebih tua dari anak). Isteri pula masih berkursus di Bagan Lalang.




Saya pun menghabiskan masa di pantai sehingga matahari terbenam. Lihat artikel Waiting for sunset at Pantai Cunang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Waiting for sunset at Pantai Cunang part II.

 


Malamnya pergi ke Batu Laut  6 km ke barat laut pekan Tanjung Sepat. Selepas makan malam singgah untuk bersolat di masjidnya. Lihat artikel Masjid Batu Laut waktu malam (Batu Laut mosque at night)  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 




Selepas itu ke pantai Batu Laut. Habiskan masa di sana. Kiranya hari itu saya cuma 'main' dekat-dekat je...