Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, June 04, 2008

Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu!

Komputer ZX 81 yang lebarnya sekitar 6 inci sahaja! Lihat sendiri saiz kecilnya berbanding dengan sebiji botol minyak rambut Zam Zam...

Adapun saya masuk ke sebuah Internet Cafe di Kajang jam 8 malam tadi dengan niat untuk membuat 2 buah posting... Satu tentang kenangan yang muncul apabila terjumpa kembali komputer buruk yang ditunjukkan di atas ini, kedua cerita sambungan kembara ke Negeri Sembilan... Dengan 2 video klip sekitar lawatan ke makam Sheikh Muhammad Said Linggi, pembawa Tariqat Ahmadiyah ke negeri itu awal abad ke 20 juga seorang ulamak yang dikatakan bertaraf wali besar, satu antara 7 wali Melayu dalam abad terdekat ini! Tapi disebabkan gangguan yang saya lihat muncul di c-box sehingga tergerak untuk membuat posting bertajuk Laknat Allah untuk orang-orang yang suka membuat kacau! tadi, biar posting sambungan kembara ke Negeri Sembilan itu dibuat lain kali ya...

OK. Malam semalam, dalam usaha untuk cuba mengalihkan file-file penting daripada komputer laptop saya yang rosak lagi sejak seminggu ini, saya telah menggeledah rumah di Kajang untuk mencari wayar yang boleh digunakan untuk menghidupkan sebuah monitor lama milik almarhum adik lelaki bongsu saya... Ketika menggeladah isi bawah sebuah katil pula, saya terjumpa sebuah komputer lama yang pernah saya gunakan tahun 1982 dahulu, ketika saya berumur 12 tahun dan sedang menuntut di Darjah Enam, Sekolah Ismail 2, Muar, Johor...

Untuk makluman, inilah komputer yang pertama sekali saya gunakan seumur hidup... Dan inilah dia komputer lama yang ada diceritakan dalam buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2007...

Di sini biar saya paparkan sedikit sedutan daripada buku itu... Ini daripada BAB 1 yang mengenalkan sifat-sifat serta peribadi watak utama yang diberi nama Muhammad Al-Aminul Rasyid...

Tahun 1983, semasa menuntut di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang, anak kelahiran Muar, Johor ini adalah satu-satunya pelajar muda yang diberi keistimewaan menjadi ahli kelab komputer sekolah, sebuah kelab ekslusif yang cuma dianggotai pelajar Tingkatan Empat ke atas yang dikira pintar... Kerana dia sudah mampu mencipta perisian komputer sendiri, di suatu zaman di mana komputer masih begitu asing di pejabat-pejabat di Malaysia, apalagi di sekolah dan rumah.

Rasyid belajar membuat perisian sejak berumur 12 tahun lagi, melalui pembacaan dan kaedah trial and error menggunakan komputer Sinclair ZX81 yang dibawa dari England oleh seorang bapa saudara, komputer ringkas dengan RAM 1K (add-on 16K, kelajuan microchip Zilog Z80 3.5 MHz) menggunakan televisyen biasa sebagai monitor. Di sekolah itu pula, dia mula membiasakan diri dengan model komputer lebih canggih buatan Taiwan (tidak ingat brand apa) berasaskan ciri-ciri komputer Apple II.

Oleh kerana guru yang menyelenggara kelab (seorang guru sains dan matematik) kurang mahir dalam penggunaan komputer dan masih merangkak belajar lagi, beberapa perisian biasa kegunaan pejabat seperti word processor dan spreadsheet bersama beberapa buah naskah buku komputer telah ditinggalkan di atas meja untuk kegunaan ramai dengan harapan ahli kelab dapat meningkatkan kemahiran sendiri. Perisian games untuk riadah yang lebih disukai kebanyakan pelajar pula disimpan di dalam almari berkunci, dikeluarkan sekali-sekala atas kebenarannya.

Seperti biasa, selepas selesai aktiviti wajib sukan yang menjadi kelaziman sekolah berasrama penuh, Rasyid akan ke bilik komputer waktu petang untuk meningkatkan kemahiran mencipta program menggunakan bahasa perisian BASIC dan sedikit machine language. Setelah sebulan menjadi satu-satunya ahli kelab komputer berumur bawah 16 tahun, kehadirannya mula diterima ahli-ahli senior yang ternyata lebih senang bermain games daripada menambah ilmu pengetahuan. Cuma dua tiga orang sahaja daripada lebih 20 ahli kelab mampu membuat program. Yang lain setakat tahu menggunakan perisian biasa... Lalu mereka tidak segan-silu mendedahkan ‘aktiviti’ biasa mencuri-pakai perisian games malah mengalakkan anak muda itu turut sama, diajar pula cara mengeluarkan floppy disk, cakera liut games yang tersimpan di dalam almari berkunci.

Pada awalnya, anak muda itu cuma memerhatikan sahaja kerana lebih asyik dengan dunia pemikirannya mendalami cara-cara mencipta program komputer. Tambahan tidak ada orang lain yang dapat memberikannya tunjuk-ajar kerana tidak ada pelajar mahupun guru yang lebih mahir. Tetapi sebagai seorang anak lelaki yang baru melepasi umur 12 tahun, sedikit sebanyak dia tertarik juga untuk mencuba terutama sebuah game (tidak ingat namanya) yang berkonsepkan sukan olimpik, memaparkan teknik-teknik penggunaan graphics yang agak canggih pada zaman itu.

Ketika itu, dia sudah mampu mencipta program games atau permainan ringkas seperti Hangman yang banyak melibatkan penggunaan perbendaharaan kata atau Mastermind (memerlukan kemahiran logik dalam meneka susunan warna yang disembunyikan) versi komputer from scratch, daripada tiada kepada ada, Insya’allah dengan sekali duduk tanpa memerlukan apa-apa rujukan. Tetapi anak muda ini masih kurang mahir dalam teknik penggunaan graphics untuk animasi yang lebih berkesan.

Ini pula daripada bab bertajuk "Warkah untuk Nenek", satu pengaduan rasa watak utama cerita terhadap almarhum Nenda nya yang telah meninggal dunia...

Nenek, orang selalu ingat saya sangat beruntung kerana diberi kepintaran semulajadi yang tidak dimiliki orang lain... Umur enam tahun lagi sudah mampu membaca enam jilid ensaiklopaedia sekali gus, tahu buat cross-referencing. Darjah enam pula, tahun 1982 semasa permainan Rubik Cube amat popular, saya mampu menyiapkan ke enam-enam muka kiub dalam masa 45 saat. Boleh buat satu muka, satu warna dengan mata tertutup dalam masa enam saat sahaja.

Masa itu juga, semasa penggunaan komputer masih terlalu asing di pejabat-pejabat di Malaysia, apalagi di sekolah dan rumah, saya sudah boleh mencipta perisian komputer sendiri dalam bahasa BASIC, sedikit Assembly Language juga Machine Code untuk processor Zilog Z80 komputer Sinclair ZX81. Semuanya saya belajar sendiri , dengan membaca buku dan majalah. Kemudian baru beralih ke komputer lebih canggih seperti Sinclair Spectrum yang menggunakan chip Zilog yang lebih advanced, juga Apple II (Motorola 6502) dan IBM PC (Intel 8086).

Awal 80an dahulu komputer bukannya macam sekarang, canggih dan boleh digunakan semua orang. Processor speed cuma 3.5 Mhz, onboard memory kecil - ZX81 (1K + 16K add-on ), Spectrum (32K atau 64K standard ), Apple II dan IBM PC 64K sedangkan sekarang senang-senang boleh main kelajuan 800 Mhz ke atas, siap ada ALU (Arithmetic Logic Unit) dan entah apa-apa lagi...

Dahulu, sesiapa pun yang ingin mencipta perisian komputer yang berguna mesti merancang betul-betul segala isi program dan kedudukan kod-kodnya. Kalau boleh, segala loops dan procedures mesti diletak di awal program, tidak ada ruang untuk meletakkan komen, mesti buat tight coding, program mesti ketat dan padat. Tidak boleh buat spaghetti programming atau main hentam keromo sebab kesan terhadap programme performance sangatlah ketara. Lalu tidak keterlaluan jika dikatakan saya adalah salah seorang daripada beberapa kerat manusia di Malaysia zaman itu yang mampu mencipta perisian komputer sendiri dengan teknik hampir setanding seorang profesional, apalagi ketika baru berumur 12 tahun!

Tetapi ayah seperti tidak kisah semua ini... Dia cuma mahukan saya berjaya dalam peperiksaan sedangkan ramai ibubapa sanggup berbuat apa sahaja supaya anaknya dapat menjadi lebih pintar dari yang lain. Sanggup hantar menghadiri bermacam-macam kursus, dijaga pemakanan mereka dan disuruh belajar teknik kemahiran berfikir seperti lateral thinking dan sebagainya supaya boleh ‘jadi’ genius. Sehinggakan nak ambil IQ test pun ada kursus juga! Supaya boleh dapat pengiktirafan umum sebagai anak pintar yang disanjung ramai. Sedangkan saya sudah diberikan semua ini secara semulajadi sejak kecil lagi tetapi selalu terasa kebolehan ini tidak dihargai. Rasa sia-sia belaka...

Ayah sanggup menyorokkan komputer yang menolong minda anaknya berkembang dan terangsang. Satu-satunya wadah yang dapat melegakan tekanan jiwa dan perasaan yang wujud akibat dilahirkan begini, dijadikan dengan pemikiran yang agak lain dari orang lain sehingga saya sering merasa kesepian, tidak dapat berkongsi jiwa dan rasa dengan manusia lain. Kata ayah, supaya saya tidak leka sehingga mengabaikan pelajaran sekolah. Saya bukannya main games sahaja nenek, saya juga mencipta program dan perisian sendiri walaupun tidak secanggih yang berada di pasaran. Mungkin ayah tidak sedar ini. Sampai satu peringkat saya patah hati, terus tidak mahu malah tidak boleh mencipta program komputer lagi. Ada mental block sekatan fikiran sehingga kepala selalu sakit, migraine. Malah saya selalu menangis dalam hati kerana perasaan yang terbuku. Dan kesannya banyak terhadap perkembangan hidup ini seterusnya...

Hmm... Kebetulan komputer ZX81 itu saya jumpa di bawah katil bapa saya. Rasanya cukuplah ini semua untuk menyatakan rasa nostalgia yang muncul apabila melihat kembali komputer ini ya. Sekian... Selamat malam! :]

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,

Beruntung betul tuan, tingkatan satu lagi dah ada komputer sendiri, saya dulu mengidam sangat untuk memiliki
Superboard II - Ohio Scientific, tapi setelah ikat perut jimat biasiswa selama 2 semester cuma dapat beli ZX81 dengan TV hitamputih sebagai monitor
ZX81 penuh kenangan...

Fauz

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

Bukan milik saya tapi milik seorang pakcik, dibawa dari England apabila kembali bercuti tahun 1982 gitu. Komputer itu ditinggalkan di rumah atuk saya. Sayalah yang selalu guna sebab saya sorang je tahu buat program.

Nak kata untung pun betul gak tapi tak terfikir pun masa tu. Umur 12 tahun orang sua komputer... mula2 buat main game le tapi saya lebih suka taip program dari buku lepas tu tengok dia run macamana. Dari situ saya perhatikan lalu cuba ubah parameter dan command dan mula belajar programming dengan sendirinya..

Tapi setakat tu le. Lepas tu komputer asyik kena sorok ngan family sebab katanya interfere ngan studies. Padahal saya tetap one of the top students. Bila dah kena sorok memang terasa sengsara sebab jiwa saya dah sebati buat program sendiri... masa tu le... la ni dah tak reti langsung. :]