Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 11, 2025

Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung ke Jelebu dan Hulu Langat

OK. Pergi pada hari-hari seterusnya perjalanan. Bersambung daripada artikel Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar.



Mengikut rancangan asal kami mahu meninggalkan rumah ibu bapa di Muar selepas Zohor petang Sabtu 8 Mac 2025. Ambil jalan ke Lenga diikuti Bukit Kepong, Segamat dan Gemas sebelum berbuka puasa di rumah kakak isteri di Felda Jelai, Negeri Sembilan. Tetapi disebabkan banyak kerja perlu dilakukan bagi mengemas rumah ibu bapa sebagai persediaan awal untuk berhari raya, petang Ahad 9 Mac hampir jam 6.30 baru mengorak langkah meninggalkan Muar.




Disebabkan kesuntukan masa selain penat 2 hari berturut asyik mengemas rumah dan bermacam hal kami mengambil laluan terdekat untuk ke Felda Jelai. Lalu di pekan Tangkak di mana Gunung Ledang kelihatan megah walau kadangkala diliputi awan tebal.




Jam 6.59 baru hendak masuk sempadan negeri Melaka menghala ke Asahan.




Tapi tak masuk ke Asahan sebaliknya lalu di Nyalas. Di situlah dibeli air berperisa untuk berbuka puasa. Ketika gambar ini diambil sudah jam 7.17. Kelihatan Bukit Gapis yang sejak tahun 2021 katanya dikenali sebagai Gunung Melaka. Pada ketinggian 512 meter dari paras laut, cuma 2 meter sahaja lebih tinggi dari Gunung Lambak di Kluang (lihat Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains) ia adalah bukit/gunung tertinggi dalam negeri Melaka.




Dipendekkan cerita kami sampai ke rumah kakak sekitar jam 7.50 malam. Gambar menunjukkan halaman rumah beliau diambil pada jam 1.55 petang Isnin 10 Mac. Isnin adalah hari bekerja buat isteri. Namun seperti pada setiap hari Jumaat beliau boleh bekerja dari rumah. Atau mana-mana tempat asal ada talian Internet. Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja wajib hadir ke pejabat.
 



Jam 2.30 baru menyambung lagi perjalanan. Isteri menyambung kerja daripada dalam kereta...







Kami mengambil jalan menghala ke Bandar Baru Jempol mengelak masuk ke pekan Bahau. Kelihatan Bukit Penarikan di hadapan.




Ke kiri pula kelihatan Bukit Taisho yang lebih dekat dengan pekan Bahau. Insyaallah kedua-dua bukit akan didaki nanti dalam satu perjalanan akan datang bersama Bukit Baginda di Kampung Majau.




Sebetulnya perjalanan kali ini melengkapkan apa yang tidak selesai daripada satu perjalanan penghujung 2024. Ketika itu, selepas bermalam di Felda Jelai mahu ke makam Moyang Salleh di Kuala Klawang tapi tak sempat. Lihat Perjalanan selatan penghujung 2024 - Merentas pendalaman Negeri Sembilan ke Hulu Langat.



Kali ini baru dapat.




Baru juga sempat singgah di masjid lama ini. Lihat artikel Lagi lawatan ke (Again visit to) Masjid (mosque of) Kampung Dulang. di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Adapun kali terakhir kami ke Kuala Klawang dan persekitaran adalah pada tahun 2019. Lihat artikel Perjalanan kecil ke Jelai - Dugaan dari Masjid Taboh Naning ke Masjid Kampung Dulang diikuti Perjalanan kecil ke Jelai - Dari Kampung Dulang menyeberang Banjaran Titiwangsa ke Hulu Langat. Kali ini dapat melihat papan tanda ke satu lagi tempat bersejarah, sebelum ini tiada, lalu buat pertama kali menjejakkan kaki ke tempat berkenaan. Lihat Makam sejarah (History tombs of) Jelebu.




Masuk ke pekan Kuala Klawang.




Perjalanan diteruskan melepasi pekan Titi untuk menyeberang Banjaran Titiwangsa ke Hulu Langat.




Sampai di bahagian tertinggi laluan berhenti sebentar untuk mengambil gambar.  Semakan menggunakan Apps berkenaan menunjukkan ketinggian sekitar 510 meter dari paras laut. Lebih kurang sama dengan ketinggian Bukit Gapis/Gunung Melaka di Melaka. Lihat artikel The highest part of the Kuala Klawang- Hulu Langat road  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Ke bawah sudah masuk ke daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Ternampak air terjun kecil di tepian jalan. Layan mandi daa...




Sekitar Batu 15 Hulu Langat berhenti di sebuah warung untuk berbuka puasa. Sempatlah membaca lagi beberapa helai Al Quran bagi menyelesaikan juzuk ke-11 sementara isteri menyambung lagi kerja. Sampai di rumah Langat dapat ditulis dan dipersembahkan artikel  Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar, selepas artikel-artikel sokongan. Kemudian disediakan pula artikel ini juga artikel-artikel sokongan. Hari ini di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Bukit Tunku, Kuala Lumpur baru dilengkapkan penulisan lalu dipersembahkan. Kenapa di ISTAC? Tunggu artikel sambungan.


Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar

Salam malam 10 Ramadan. Adapun saya dan isteri sedang berada di penghujung satu perjalanan awal bulan puasa. Malam ini sementara ada tenaga dan kelapangan biar dimulakan perkongsian cerita.



Perjalanan kali ini secara rasminya bermula pada petang Rabu 4 Ramadan 1446 Hijriah bersamaan 5 Mac 2025, apabila saya dan isteri keluar berdua meninggalkan rumah menuju ke arah Lembah Klang.




Masuk sebentar pusat bandar raya Kuala Lumpur untuk beberapa urusan.




Selepas itu pergi ke tahfiz anak di selatan Cheras untuk bertarawikh. Oh. Anak bongsu kami, Johan (paling kanan) dah mula masuk situ sejak pertengahan Februari untuk bersama abangnya Rasyid (paling kiri) yang sudah lebih awal masuk tahfiz. Di tengah pula abang mereka yang sedang buat praktikal di bahagian lain Cheras datang untuk sama bertarawikh. Itu yang membuat saya dan isteri sekarang tinggal berdua di rumah.




Namun hikmahnya lebih mudah merancang perjalanan kami suami isteri. Malam itu menginap di rumah kami yang di Hulu Langat, siang Khamis 6 Mac pergi ke Shah Alam kerana isteri perlu masuk pejabat. Sementara itu saya beriktikaf di masjid negeri kemudian pergi melawat muzium ini yang sudah beberapa tahun ditutup lalu baru sekitar sebulan dibuka kembali. Lihat artikel Rupa baru Muzium Sultan Alam Shah (New look of Sultan Alam Shah museum) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas jam 3 petang isteri boleh meninggalkan pejabat lalu kami pun menyambung perjalanan dengan menghala ke selatan. Tujuan utama adalah untuk balik kampung menyambut awal Ramadan bersama ibu bapa saya di Muar. Alang-alang buatlah 'penyiasatan' sambungan daripada perjalanan sebulan. Rujuk kembali Pengaruh masjid jamek Muar dalam perjalanan pertama balik kampung ibu tahun 2025.




Dalam perjalanan sebulan lalu itu saya dan isteri ada menyusur beberapa tempat bersejarah di tepian Sungai Muar. Apabila menyemak kedudukan tempat-tempat dalam paparan satelit Google Earth baru tersedar ada bahagian Sungai Muar yang sudah di'potong', dan ada pula masih dalam proses hendak di'potong' tapi belum selesai.




Kami pun mencari dan menjejak bahagian-bahagian sungai yang berkenaan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-







Ada satu 'potongan' yang menyebabkan kami harus masuk kembali ke Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Pagoh.




Ini 'potongan' yang belum siap.




Untuk menyiapkannya bahagian lebuh raya sebelah sini harus dijadikan jambatan terlebih dahulu. Selepas itu baru boleh dibuka laluan air bagi memendekkan sungai...




Selesai itu pergi ke Kampung Raja, Pagoh untuk menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka) dan beriktikaf di masjid sebelah.




Tengah hari Jumaat 7 Mac pergi ke masjid jamek Muar untuk menunaikan solat Jumaat.







Petang itu beriadah berjalan kaki hampir 3 km mengambil satu laluan menyusur Sungai Muar berdekatan rumah ibu bapa di Kampung Temiang. Untuk pengetahuan laluan berkenaan terletak bersebarangan dengan beberapa tempat yang dilalui dalam Pengaruh masjid jamek Muar dalam perjalanan pertama balik kampung ibu tahun 2025. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Walking around Kampung Temiang near the Muar river - Part I





Malam pergi lagi ke masjid jamek Muar.




Alhamdulillah dapat menggamit kenangan zaman bebudak dahulu bertarawikh di masjid ini. Yang sebetulnya lebih banyak bermain dengan kawan-kawan. Kadang-kadang pergi memanjat bangunan kejap belah sini kejap belah situ. Ada masa pula ikut orang berlatih silat dalam gelap di halaman hadapan. Macam-macam aaa... :]