Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 12, 2008

Menyusuri jejak Raja-raja Jembal...

Pada malam 2 April 2008, setelah bersolat di Masjid Kampung Laut saya telah ke Bachok. Dalam perjalanan itu, lalu di pekan Kedai Lalat di mana terdapat papan-tanda menyebut nama Kota Jembal, teringat akan cerita Raja-raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan sekitar 400 tahun lalu.

Oh, baru teringat... Selepas Masjid Kampung Laut, saya telah dibawa masuk ke Kota Bahru kemudian ke Pengkalan Chepa sebelum ke Pulau Melaka untuk melihat rumah dan madrasah Tuan Guru Nik Aziz... Laluan untuk ke Bachok seterusnya lah yang membawa saya lalu ke Kedai Lalat...

Adapun siang itu, saya telah menziarahi makam Raja Abdullah, suami kepada watak legenda Puteri Saadong. Untuk pengetahuan, mereka berdua adalah kerabat diraja Raja-raja Jembal...

Puteri Saadong adalah anak angkat Chik Siti Wan Kembang yang dikatakan raja terakhir daripada dinasti pemerintah Kelantan sebelum itu... Raja-raja Jembal dikatakan keturunan Raja Bersiong Kedah (ada yang kata anak angkat Raja Bersiong) sedangkan Chik Siti adalah dari keturunan Raja Chulan, dari satu pecahan nasab raja besar dunia, Raja Iskandar Zulkarnain!

Laluan pada malam itu di Kedai Lalat "memanggil" saya untuk menziarahinya keesokan hari... Dapatlah pergi ke tempat nama-nama besar dalam keturunan Raja-raja Jembal, bermula dengan makam Raja Loyor diikuti makam Raja Sakti seterusnya Raja Bahar.

Hari itu juga saya pergi lagi ke Bukit Marak lalu dapat melihatnya lebih dekat dan lebih lama berbanding hari sebelumnya di mana saya sampai petang hampir waktu Maghrib. Kemudian ke makam diraja Kelantan di Langgar di mana bersemadinya Raja-raja Kelantan dan kerabat dari keturunan sekarang iaitu anak cucu Long Yunus yang menaiki takhta abad ke 18.

Untuk melihat gambar-gambar Bukit Marak dan makam diraja Kelantan di Langgar ini, sila lihat blogspot-blogspot saya yang lain. Di bawah ini adalah gambar sekitar jejak Raja-raja Jembal...













20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
terima kasih sebab abg radzi dah mula menulis balik...tapi kenapa pendek sgt..seolah2 abg cuma membuat rumusan saja tentang apa yg berlaku dalam perjalanan ke pantai timur....mmemang la sebelum nie abg ambilkeputusan untuk menghadkan tulisan supaya pembaca dpat terima cerita dan fakta yg ditulis,tapi ciput sgt la bang...kadang2 tulisan yg panjang berjela bagus juga..bru pembaca dapat 'feel' merasa keaadaan abg seolah2 turut sama dalam pengembaraan abg....dapat juga membaca kata2 nasihat @ ilmu yng ditulis secara spontan oleh abg.klu mcm nie,mcm baca kesimpulan aje.sekadar memberi pendapat......

Tanpa Nama berkata...

Salam radzi.
Maaf,
Saya tertarik dgn satu rangkap diatas "...adalah dari keturunan Raja Chulan, dari satu pecahan nasab raja besar dunia, Raja Iskandar Zulkarnain!"
Ini menimbulkan persoalan dibenak fikiran saya, apakah raja/sultan mewarisi genetik yg istemewa berbanding manusia lain?

Mungkin kalam orang2 dulu penuh kias sopan, jika seorang itu pandai bersilat maka dikata 'darah' pahlawan mengalir ditubuhnya, kalau pandai ilmu dikata darah wali dan seumpamanya.

Apa yg saya difahamkan, 'darah' raja atau 'darah' nabi boleh mengalir dalam diri sesiapapun (tanpa perlu dihubungkaitkan dgn keterunan/genetik).

Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’” (Surah Maryam; 20)

Wallhu...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Untuk anonymous komen pertama, gerak menulis seciput ni untuk sementara waktu sahaja. Lepas selesai bab Pantai Timur ni, nanti saya tulis balik le cara dahulu.
Untuk anonymous kedua, ya... Genetik memainkan peranan penting. Ini bukan soal membangga diri tapi realiti... Sedangkan buah durian, rambutan malam dalam memilih baka lembu untuk makan, kucing untuk peliharaan pun kita cuba cari baka yang terbaik kerana ada ciri-ciri khas yang memberikannya kelebihan... Misalnya baka buah yang baik lebih banyak zatnya dan kurang kemungkinan diserang penyakit. Baka binatang yang baik juga banyak zat (untuk dimakan) atau kuat dan tahan lama (seperti baka kuda dipilih untuk buat kerja, ada yang untuk kuda perang dan sebagainya)... Jadi adalah satu penipuan besar Yahudi Zionis mengatakan manusia itu semua sama sahaja...
Tidak, manusia cuma sama dari segi semua ada hidung, ada 2 biji mata dan sebagainya tetapi kita boleh lihat sendiri paras-rupa yang cantik berdasarkan ciri-ciri genetik juga kepandaian semulajadi.
Dari segi kehidupan, manusia itu semua sama mahu hidup mahu makan tetapi daripada segi peranan, ada yang secara genetik lebih sesuai jadi pahlawan, ada yang jadi seniman, ada yang jadi pemimpin besar ataupun raja kerana ada ciri-ciri tertentu yang berkait semulajadi dengan genetiknya...
Adapun hendak diceritakn perkara sebenarnya panjang. Beginilah, semua manusia berasal daripada Nabi Adam tetapi cuma seorang anaknya sahaja iaitu Nabi Syith yang layak menggantikannya sebagai khlaifah manusia. Yang lain tu kira dah jatuh taraf sikit, apalagi anak cucu Qabil yang pernah membunuh Habil kemudian daripada keturunan ini pula muncul para penyembah berhala yang pertama di dunia.
Daripada Nabi Syith juga ada beberapa orang anak tetapi cuma seorang yang paling utama... Ini berlaku turun-temurun sepertimana daripada seorang raja yang ada banyak anak, seorang sahaja yang terbaik.... Yang lain dah kurang sikit.
Keturunan yang terbaik adalah daripada baka yang bersambung baik bin baik bin baik sampai ke Nabi Adam. Maka dipilih dari keturunan yang terjaga ini agar dapat memimpin seluruh ummah jadi baik kembali kepada fitrah asal... Jangan harap baka buruk yang kuat makan rasuah, sangat mementingkan harta da takut mati dapat memimpin masyarakat ke arah kesejahteraan... Sebaiknya cari keturunan terpilih daripada Ahlul Bait yang Insyaallah dapat membawa mereka yang buruk jadi elok kembali.
Tidak, orang yang buruk tidak dapat membetulkan orang yang baik. Sebab itu dunia perlu dipimpin orang yang baik-baik...
Saudara, ketika mahu menanam pokok, apakah saudara memilih benih yang banyak penyakit atau benih yang terbukti tahan lama dan banyak menghasilkan buah? Fikirkan! :]

Tanpa Nama berkata...

Apa pun memang nampak bangga keturunan.

Untuk memilih pasangan, ada 4 perkara, kerana kecantikan, kekayaan, keturunan dan agamanya.

Maka pilih lah kerana agamanya.

Kesimpulan itu menyatakan bahawa yang terbaik adalah agamanya. Bukan genetik keturunan raja, bukan harta lanun, dan bukan rupa paras.

Disini meletakkan orang yang mulia adalah agamanya.

Harap saudara radzi tidak senantiasa mengaitkan segalanya dengan fahaman zionis. Harap saudara bukan nak mempelopori satu usaha yang konon atas nama islam tapi bersandarkan kepada ego dan bongkak nak menaikkan taraf sendiri. Harap tidak menjadi seperi ayah Pin.

Kadang-kadang terlalu banyak ilmu pun ada kala perkara yang kecil boleh membawa kepada menyesatkan.

Setelah di baca tulisan saudara radzi dan komen-komen org lain, memang nampak saudara seperti terlalu membesarkan dan membangga golongan raja. Kalau tidak masakan saudara memakai nama merah silu.

Saudara radzi hidup dalam dunia sendiri dan syok sendiri. ingin mengangkat diri sebagai keturunan mulia. Saudara seorang yang telah hilang keyakinan, jadi saudara perlu mencari landasan tersendiri -mencari-cari apa lagi yang perlu dibanggakan dalam diri saudara sementelah yang lain tiada apa yang perlu dibangga.

Jadi itulah saudara mengkaitkan dengan keturunan raja yang berkurun-kurun, entah ada atau tidak gen nya lagi.

Saya sarankan buat ujian DNA saudara dan merah silu dan juga raja yang lain, kalau tidak fahaman saudara yg mendakwa raja umpama zionis juga dengan segala dakwa dakwi lemah.

Orang yang menjadi penyokong saudara harus juga seorang yang lemah pengetahuan agamanya dan kerana itu dengan senang megikut telunjuk saudara.

Satu lagi utk pedoman, orang yang suka membangga adalah orang yang tidak punya apa-apa sebenarnya.

Sedangkan kalau benar orang itu berdarah raja, dia tidak perlu buat dakwaan yang keterlaluan, malah kadang-kadang dia lebih suka dikenali sebagai orang biasa sahaja. Begitu juga bila sesorang itu kaya dan berpangkat, dia tidak akan menunjuk-nunjukkan pangkat dan kekayaan nya.

Sebab itu kita boleh jumpa seorang kaya, pakai selipar atau naik kereta yg juga dinaiki oleh orang ramai yg lain. Sifat ini biasanya adalah sifat seorang raja atau dari keluarga yang muhasabah diri, juga mendapat didikan yang sempurna supaya beliau tidak hilang punca dengan nama dan kekayaan.

Radzi Sapiee berkata...

Kesian... Ada orang sakit jiwa tak habis-habis mencari perhatian dengan kata-kata kesat sebegini...
Buatlah dalam blog sendiri kalau ya pun... Ini tak, konon-kononnya nak bagi komen membina tetapi sebenarnya mahu mencerca mencari salah orang lain...
Insaflah saudara... Kelihatan di sini dengan terang yang saudara sebenarnya mahukan diri saudara diakui semua tetapi nampaknya saudara tidaklah sepopular yang diharapkan.
Seeloknya saudara muhasabah diri sendiri daripada sibuk mencari kesalahan orang lain, apalagi masuk dalam blogspot orang yang merupakan tempat hak seseorang menyatakan luahan rasa tuan punya blogspot. Itukan menceroboh namanya?
Nampak sangat sifat dengki dan irihati saudara itu sehingga apabila ternyata ada pihak yang menyokong saya, saudara tuduh mereka semua sebagai orang yang lemah pengetahuan agama dan kononnya kerana itu senang mengikut telunjuk saya...
Pelik saya dengan tuduhan ini sedangkan termasuk orang yang menyokong saya ini adalah orang-orang yang dah bertemu, dah berbual dan mengenali peribadi saya dengan lebih dekat bukan bersangka-sangka dan berprasangka seperti saudara ini... Ada juga kawan-kawan lama yang telah saling mengenali lebih 20 tahun, antaranya adalah orang-orang yang diakui berjaya dengan karier-karier tinggi di luar sana lalu tidaklah sebodoh mana.
Mereka menyokong saya bukan kerana tidak tahu keadaan atau kurang pengetahuan agama... Malah mungkin ada di antara mereka yang tidak setuju pun dengan apa yang saya hidangkan di sini tetapi sebagai manusia yang beradab dan bertimbangrasa, mereka faham itu adalah hak saya menulis dalam blogspot saya... Lainlah kalau saya menulis dalam blogspot orang lain...
Sekurang-kurangnya mereka menyokong kerana tahu erti satu kedamaian dan tahu menghargai pengeratan silaturahim melalui kata-kata yang elok lagi beradab... Atau kata-kata kutu dan rock tetapi friendly, bukan dalam keadaan mencari salah!
Tetapi saudara yang BACHUL, bersembunyi di sebalik nama Anonymous pula memandai-mandai membuat andaian seolah-olah mereka semua tidak tahu menilai sesuatu perkara...
Beginilah.... Apakata saudara dedahkan identiti saudara? Biar kita semua lihat apakah kelayakan saudara sehingga terasa bagus boleh mengata-ngata saya malah turut memperbodohkan semua orang yang menyokong saya. Atau anda terus mahu menjadi PENGECUT dan terus berangan-angan kononnya diri sendiri itu sahaja yang elok di alam Cyber?
Lihat dan nilaikan sendiri keadaan yang berlaku ini... Saudara mahu saya melihat positif akan komen dan kritikan orang-orang di sini termasuk kata-kata saudara yang sering keluar dengan nada menuduh dan mencerca sedangkan saudara tidak mampu langsung melihat apa-apa hikmah atau perkara positif dalam cara saya meluahkan rasa dan bercerita. Adilkah itu atau saudara cuma rasa adil apabila semua orang mahu menurut saranan saudara supaya mengaku saya ini buruk dan lemah segalanya? Sedangkan para pembaca yang saksama tahu betapa saya juga sering mengaku kelemahan dan kebodohan diri sendiri di tengah-tengah cerita... Atau saudara cuma akan puas hati apabila saya diisytiharkan semua sebagai tak guna dan tak punya apa-apa? Apabila semua orang mendengar kata-kata saudara lalu menyebut "Ya betul... Anymous memang betul apabila mengatakan Merah Silu itu suka membanggakan diri sedangkan dia tak punya pun apa-apa..."?
Tapi saya sendiri selalu menyebut begitu tentang diri saya sendiri terutama apabila saya sedang dilanda mood yang kurang enak atau sedang bersedih. Saya sedia mengaku sejujur-jujurnya tentang kekurangan diri sendiri dan sedia meminta maaf kepada semua apabila terlanjur berkata-kata... Dan ini telah saya lakukan beberapa kali. Rasanya semua pembaca yang waras dapat melihat ini tetapi saya lihat dalam keadaan bagaimana pun, saya tetap juga diserang saudara... Apa masalah saudara? Orang mahu berbaik-baik di sini membina hubungan silaturahim tetapi saudara mahu mencari salah dan silap orang pula?
Melihat pada keadaan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan nampaknya saudara seorang manusia sakit jiwa yang suka mencari perhatian dengan mengkritik orang.
Maka itu kepada semua pembaca, perhatikanlah... Saya telah memberi begitu banyak ruang untuk semua orang berkata-kata walaupun kata-kata itu mencerca saya... Seeloknya ruangan berkata-kata ini digunakan untuk berinteraksi berkenalan mengenali lebih rapat atau bertanya serta berkongsi pengetahuan tentang sesuatu tempat, peristiwa ataupun keadaan. Tetapi beginilah keadaannya apabila ORANG SAKIT JIWA mahu menonjolkan diri. Tak habis-habis dari mula masuk dahulu bersungguh-sungguh mahu memburukkan diri saya di khalayak ramai... Lalu apabila saya menjawab cuba membela diri dikatanya saya pula sombong, tidak dapat menerima pendapat dan kritikan orang lain... Pelik. Anda rasa anda ada hak boleh mengata saya tetapi saya pula tidak ada hak membela diri, apalagi di blogspot saya... Apa punya manusia ini?
Hmm... Mungkin dia ni seronok apabila saya membalas setiap kata-kata. Agaknya kalau dia tak mengutuk, mungkin saya tak membalas apa-apa tetapi kalau mengutuk maka akan keluarlah jawaban panjang lebar sebegini lalu berjayalah dia menelanjangkan sifat saya yang lemah, suka berbangga diri dan lagi tiada apa-apa sebenarnya...
Tak pa le, bagi le dia seronok senangkan hati sendiri.
Saya doakan saudara cepatlah sedar... Adapun keadaan saudara terus berkokok di sini menunjukkan satu, saudara tidak tahu malu kerana masuk ke tempat orang tetapi tak habis-habis mencari salah orang... Kedua, yang sebenarnya saudara seorang yang sunyi inginkan perhatian sahaja. Kesian...
Berubatlah saudara.. Masih belum terlambat untuk mencari kebahagian!
Kawan-kawan, kita doakan Anonymous ini supaya cepat sembuh daripada sakitnya ya... Semoga keadaan kembali aman.
Dengan ini juga saya isytiharkan saya tidak akan melayan lagi komen-komen saudara Anonymous ini. Rasanya semua pembaca boleh nampak rentak yang sama dalam komennya walaupun dia tidak mahu memperkenalkan diri... Tak perlu risau jika tersilap menyamakannya dengan Anonymous-Anonymous yang lain kerana gaya Anonymous ini memberi komen cukup terserlah nampak dengki dan irihatinya... Seperti saya pernah sebut sebelum ini, saya menghargai komen-komen yang jujur betul-betul mahu memperbaiki keadaan, bukan komen-komen yang terserlah ciri-ciri Mazmumah di dalamnya. Tetapi saya tetap tidak akan men delete nya komen-komen Anonymous ini supaya semua yang membaca sedar siapakah sebenarnya yang mahu membanggakan diri dan inginkan perhatian tetapi nampaknya tidak diendahkan... Lalu terus-menerus mahu menyerang peribadi saya pula supaya kelihatan bagus di kaca mata orang sedangkan semakin dia terus memberikan komen-komennya di blogspot ini, semakin terdedah motif sebenar saudara Anonymous BACHUL ini berkata-kata di sini adalah mahu menjatuhkan nama orang lain agar dia dapat merasakan dirinya pula lebih bagus... Sekian! :]

p/s: Adapun saya tidak pernah mengaku diri ini sebagai insan terpilih tetapi saya lihat ada orang tertentu cukup marah apabila orang lain menyebut saya sebagai insan terpilih di bahagian komen posting-posting lain.
Rasanya mungkin Anonymous ini yang teringin sangat mahu jadi insan terpilih, sebab itu dia bengang sangat apabila ternyata ramai juga orang menyokong cara saya bercerita di sini?
Boleh, bukan tak boleh jadi insan terpilih... Insan terpilih bukan seorang sahaja tetapi ramai... Contohnya para wali, pemimpin yang adil, ahli-ahli hikmah juga mereka yang mati syahid... Semua itu orang-orang terpilih... Cuma yang paling tinggi adalah Rasulullah SAW sahaja!
Apapun, ini menunjukkan insan terpilih itu sebenarnya ramai dan mungkin saudara Anonymous juga boleh termasuk di dalam golongan ini. Tapi caranya bukan dengan mencerca dan mencari kesalahan orang sebaliknya dengan muhasabah dan memperbaiki diri sendiri. Insyaallah nanti orang akan hormati anda tanpa perlu berkokok-kokok di tempat orang mencari perhatian... Semoga saudara cepat sembuh! Selamats... :]

Tanpa Nama berkata...

Salam,

alamak ada lagi ke si anonymous yg dulu tu masuk beri komen, sebab bahasanya macam biasa ku baca....ingatkan sibuk ehem, ehem..ahaks...atau sekadar satu tipu daya belaka rupanya anonymous yg dulu ni.

ANONYMOUS gak

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Macam-macam Anonymous rupanya. Ada yg memberikan pandangan yg bernas dan unsur nasihat menasihati ada yang menghentam terus-terusan.

Tidak salah dgn komen2 yang diberikan tetapi setiap komen kena ada juga jawapan dan cadangan serta pendapat. Macam juga jika kita tidak setuju dgn sesuatu cadangan sebagai contoh, tetapi kena ada susulan usul sesuatu cadangan yg disanggah itu. Barulah sesuatu projek atau kerja akan terlaksana dgn penuh hikmah. Ini tidak,hanya tau membangkang tetapi tidak disertakan idea yg membina. Itu le yg terjadi pada masyarakat Melayu kita . Bila dikatakan Melayu lemah,kita sendiri melenting ttp hakikatnya Melayu mmg sudah terlalu ditahap kritikal.

Ayuh bangsaku ..bersatu demi ISLAM dan bangsa Melayu.
Ada baca buku Kak Suzana yang terbaru bertajuk "TUHAN TIDAK BERMATA SATU"..di situ byk yg kak Suzana sentuh ttg ISLAM dan Melayu serta kesan pendidikan sekular pada umat ISLAM serta kaitan Armageddon dan Imam Mahdi. Juga Perang Akhir Zaman..apa persiapan kita nnti..

Tanpa Nama berkata...

Salam Anggun, MS,

Ramai mahukan bersatu, dan ramai
juga yg tak mahu bersatu, antara sebabnya pembongkaran agenda org2 tertentu dan juak2nya. Camne mau satu kalau kepentingan dalam genggamannya terjejas. Bila niat serong sudah terbongkar ... keluarlah pelbagai cara untuk menghentikan penulisan, pengembaraan, pengkajian ini.

Tiada apa pun yg akan memuaskan hati semua pihak. Sedangkan nikmat 'hidup' sebagai satu nikmat yang paling besar ini pun orang masih komplen, apatah lagi perkara2 kecil yg lain.

Mudah2an MS terus fokus.
HasbiAllah, Hasbunallah ...

Salamssss
-awanbadai-

Tanpa Nama berkata...

Salam semua..

SYARAT BERJUANG

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah menyukai golongan yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan berbaris rapi, seakan-akan mereka itu sebuah bangunan yang terbina kukuh” (Al-Saff : 4)

Tanpa Nama berkata...

Salam radzi, salam semua...

Jangan jauh hati...
Sepuluh pendapat lebih baik dari satu pendapat, dan bagi saya apabila ada 'perselisihan' itu tanda ilmu allah kaya.

Salam...

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum saudara Radzi dan semua.

Jika dikumpul2kan agaknya Saya dah 3 minggu dok membaca penulisan diblog ini..Alhamdulillah amat menarik..malah terimakasih diatas maklumat2 yg boleh dikatakan baru bagi saya. Syabas saudara radzi yg dibukakan jln oleh Allah utk mengkaji dan meneliti susur galur dan asalnya agama suci yg telahpun masuk dan bertapak dinusantara ini brkurun2lamanya

Nasehat saya utk saudara agar meneruskan usaha murni biarpun dlm keadaan mana sekalipun..walaupun ada sesetengah pihak yg dlm feedbacknya menegur saudara dlm keadaan yg membabi-buta atau tanpa asas yg bernas mahupun dgn kata2 kesat dan tuduhan yg melampau.Maka Inilah pelajaran sebenar yg terpaksa kita lalui, pelajaran dimana kita terpaksa akur dan sabar di atas kata2 manusia yg dipengaruhi oleh sifat nafs rendah mereka. Umpamanya diceritakan bahwa ahli hikmah Lukmanulhakim pun pernah dicerca dimana spt yg telah dikisahkan semasa beliau memasuki sebuah kota bersama anaknya berserta seekor kaldai..saudara tentu tahuakan kesah famous itukan? ..:)

Manusia pada dasarnya susah utk memberi yg terbaik tetapi kalau bab menista,mencaci dan menghina seseorang amat terlalu cepat inilah pengaruh jahat yg terdpt didlm bathin seseorang yg perlu diberi rawatan khas oleh Tuhannya. Usahlah kita kesah akan hal orang2 seperti ini biarlah Allah SWT berurusan dgn mrk ini.. samada diberi pengajaran secara nisbah bala atau nikmat itu terserahlah kpd Allah SWT. Mudah2kah mrk semua kembali kepada jln2 yg mahmudah.

Berkenaan dgn nasab dan keturunan itu tak perlu dipersoalkan kerana Allah SWT telah pun berfirman bahwa Orang yg paling mulia disisiNya ialah ornag yg paling bertaqwa akan segala halnya.

Manusia itu mmg difitrahkan dgn sifat pelupa yakni lupa kepada hukum2 Allah SWT. Mrk lupa bahwa setiap gerak geri mrk dibukukan sebagai buku amal yg akan dibuka dan dibentangkan oleh Allah SWT dihari Allah kelak.Pada saat dan hari itulah baru mrk sedar bahwa semua niat, segala jenis perbuatan akan dipersaksikan oleh anggota2 mrk sendiri dan tidak dpt disangkal lagi oleh hati2 sipendusta dan sipencerca diharu trsbt. Maka azab akan digelonsorkan secepat mgkn kpd mereka dgn azab yg amat pedih spt yg dijanjikan Allah SWT.

Akhir sekali kpd saudara Radzi sama2 lah kita berusaha utk bersabar didlm menepuh dugaan hidup ini..BIARLAH ALLAH YG MENJADI SAKSI KEPADA PERBUATAN BAIK KITA BUKAN MANUSIA YG MENIALAIKAN NYA..

sekian
WAsalam

Tanpa Nama berkata...

Hi, nice posts and great design. I like your site very much.

Tanpa Nama berkata...

I'm sure many of us will change opninions after reading this post. Great work.

http://www.youtube.com/user/zuliza8582 berkata...

Puaka jaguh mcm ni campak kt tepi sampah je bro radzi.. penuh dgn sifat PHD dan menyalak di balik anonymous.. hehe

http://www.youtube.com/user/zuliza8582 berkata...

Biasala tu bro radzi.. bila dah dia byk perasaan phd memang byk la melalaknya dia.. ibarat sampah yg patut dicampak ke tepi, just rubbishkan saja dia.. anjing menyalak bukit xkn runtuh.. tu je.. tinggal kita ketawakn je caci cerca amarah dia.. hehe

Bekam Pesona Kijang berkata...

Ok dah bang....merah silu...satu nama yg diilhamkan kpd kita supaya menjadi wakil untuk mencari rahsia dalam rahsia diri manusia...

Nor fitri shahida berkata...

As salam

Nor fitri shahida berkata...

As salam

Pemimpin tanpa nama berkata...

Assalamualaikum, saudara Admin, sy berharap saudara sihat hendaknya, saya amat suka membaca di blog saudara. Byk juga perkara yg dpt diketahui.

Sy memang suka mengkaji sejarah kerana ingin mengetahui asal usul diri sy yg tertanya2 dari mn sy berasal.

Perkara ini sentiasa bermain difikiran saya. Sbb itu sy ingin mencari sesuatu suapaya dapat memuaskan diri sy mengenali dgn lebih terperinci setiap sejarah diri keluarga dan tanah air

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Alhamdulillah.