Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, January 25, 2010

Jejak Laksamana Toh Jambu di atas Bukit Jugra?

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa siri "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan" sudah menghampiri penamat. Maka biar dipersembahkan satu cerita selingan. Mari! :]


Sabtu malam Ahad saya, isteri dan anak kembali ke kampung di Tanjung Sepat. Tengahari tadi pula dalam perjalanan untuk kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang, timbul rasa untuk mengambil simpang ke Pantai Kelanang berdekatan Morib sebelum menghala ke Jugra...






Seterusnya timbul rasa untuk naik ke menara berdekatan puncak.


Asalnya saya cuma mahu menikmati pemandangan setelah 10 tahun begitu tidak naik ke sana. Jalan tepian bukit yang kelihatan membuat saya ingin terus keluar berjalan...






Rupa-rupanya ada pelantar tempat orang bermain payung terjun paragliding menghadap ke kuala Sungai Langat.







Seronok pula melihat mereka-mereka ini bermain dengan angin dan ketinggian. Lihat artikel Paragliding at Bukit (hill of) Jugra yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.


OK. Mereka-mereka tadi datang sebagai satu kumpulan sedangkan turut menunggu angin baik muncul di atas adalah sepasang suami isteri yang datang bersendirian. Sang suami menegur saya diikuti sang isteri. Cerita punya cerita, sang suami mengajak saya untuk mencuba kerana dia ada membawa satu set tunggangan di mana saya boleh naik satu payung terjun dengannya. Tak perlu bersusah-payah tahu mengatur-cara, cuma perlu ikut sahaja.

Allah! Saya memang sudah lama teringin hendak merasa, cuma belum muncul peluang. Maklumlah, ini bukan sukan murah. Saya difahamkan untuk satu set asas payung terjun sahaja memerlukan RM10,000, belum dikira kos aksesori lain juga latihan dan sebagainya. Tetapi saya terpaksa menolak kerana isteri tidak membenarkan, sekurang-kurangnya bukan pada waktu itu. Maklumlah, dia penat-penat menunggu dalam kereta bersama bayi dalam keadaan panas terik tengahari, saya pula seronok ingin melayan kehendak sendiri. Sedangkan suami isteri yang menjemput menyangkakan saya datang seorang diri. Maka tak patutlah saya terus meninggalkan anak dan isteri dalam kereta.

Ketika hendak meninggalkan pasangan itu, si suami baru sahaja menebarkan payung terjunnya. Terus saya teruja malah naik bulu roma. Ternyata, payung terjun itu memiliki 3 warna serupa bendera negeri Perak iaitu putih, kuning, hitam yang ada makna tersendiri buat saya.

Ini pula adalah jalan naik ke kawasan pemakaman Sultan Abdul Samad, di bahagian lain Bukit Jugra. Adapun semasa turun bukit tempat orang bermain paragliding tadi, saya ada tertanya-tanya apakah petunjuk yang ingin diberikan daripada kombinasi warna seperti bendera Perak tadi? Sebaik sahaja melalui satu sudut di kaki bukit, saya pun bertanyakan isteri. Seketika itu juga terpampang papantanda menyebut "Sungai Durian", teringat pula tentang Keramat Sungai Durian berdekatan Teluk Intan di Perak. Allah!

Awal semasa meninggalkan Pantai Kelanang untuk masuk ke jalan belakang menghala ke Bukit Jugra, isteri saya tiba-tiba menyebut keadaan di situ terasa seperti berada di jalan masuk ke makam seorang moyang utama saya yang dikenali sebagai Laksamana Toh Jambu. Beliau inilah yang disebut Keramat Sungai Durian, meninggal dunia lebih 200 tahun lalu. Lihat artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! yang dibuat Jun 2008 diikuti Keramat Sungai Durian dan Kota Setia. Apa ceritanya? yang dibuat setahun kemudian. Saya pun cuba mengaitkan segalanya... warna bendera negeri Perak, tempat bernama Sungai Durian dan rasa seperti menghampiri makam. Apakah Allah ingin memberikan satu jawaban?


Kami singgah sebentar di makam Sultan Abdul Samad, Sultan ke 4 Selangor yang dianggap ramai sebagai seorang wali keramat. Turun dari makam kami mengambil jalan belakang lagi melalui Istana Bandar dan Masjid Sultan Alaeddin terus ke jalan belakang menghala ke Pulau Carrey. Saya tak ingat samada dalam perjalanan ke Pulau Carrey atau selepas, kami ternampak sebuah simpang dengan papantanda bertulis "Jalan Jambu". Tidak lama kemudian muncul simpang "Jalan Iskandar" pula.

Ini membuat saya teringat kembali gerak ilham bercerita yang diluahkan melalui artikel Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak? yang dibuat 2 minggu lalu. Isteri saya pasti makam berbatu nesan Aceh di Kuala Selangor yang ditemui baru itu memang berkait dalam hal ini. Apakah ia petunjuk baru untuk menyokong telahan saya tentang kaitan rahsia Tok Jambu yang dikatakan seorang Laksamana dengan Sultan ke 17 Perak, Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda yang namanya ada menggabungkan nama 2 orang Sultan Aceh iaitu Sultan Alauddin Mansur Shah, anak kepada Sultan kedua Perak tetapi dirajakan di Aceh dan Sultan Iskandar Muda yang merupakan penakluk teragung dalam sejarah Aceh? Apakah ini semua satu asas pencarian untuk satu perjalanan baru yang akan dibuat tidak lama lagi?


P/s:
Ini adalah artikel ke 626 di blogspot ini. 313 x 2
...



6 comments:

Anonymous said...

Saya amat tertarik dengan perjalanan kerajaan Selangor di zaman Marhum Abd Samad ra dimana usaha merealisasikan Daulah Islam tulen dibuat dengan kemasukan ulama-ulama besar, menghapuskan sekian adat istiadat bentuk faham hindusm secara total dan menghapuskan sistem perhambaan manusia. Sedangkan pada masa yang sama negeri berantakan dengan pertikaian persaudaraan & fitnah hingga membawa kepada pertumpahan darah sesama suku bangsa.

Berkaitan dengan pencarian Toh Jambu@Tok Jambu mungkinkah sebenarnya orang dimaksudkan adalah Y.M. Tuan Sayyid Muhammad Jambul Bangsa al-Yahya suami kepada Y.A.M. Raja Perak binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din ibni al-Marhum Raja Chelak?

http://www.royalark.net/Malaysia/selang2.htm

Radzi Sapiee said...

Hmm. Baru saya sedar akan kewujudan Sayyid Muhammad Jambul ini. Zaman pun memang sama dengan Toh Jambu di Perak. Namun setahu saya Toh Jambu dari marga lain yang lebih dikenali sebagai Dinasti Bugis Raja Aceh, dipanggil Toh Jambu kerana datang ke Perak dari Jambu, Patani di mana ayahandanya telah berhijrah dari Aceh...

Anonymous said...

oooo..begitu... bagaimana pula yang di sebut sebagai Wan Daim bin Wan Nik, Dato' Pangkalan Tua and Dato' Jambu of Patani sebagaimana dalam

http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm

tapi cerita Kelantan lah pulak

Radzi Sapiee said...

Datuk Jambu tu satu gelaran umum. Sebenarnya bukan Datuk tetapi Datu Jambu. Datu ni macam raja yang memerintah satu wilayah (zaman dahulu penghulu pun macam raja tapi bagi daerah itu sahaja). Jadi Datu Jambu ni adalah Datu yang memerintah Jambu sedangkan Jambu termasuk di dalam pemerintahan kerajaan Patani.

Panggilan Toh Jambu pula membawa dua makna... satu, mungkin memang pernah menjadi Datu Jambu. Kedua, seorang terhormat yang datang dari Jambu atau pernah bermukim di sama sepertimana Laksamana Raja Mahkota pertama Perak juga dikenali sebagai Tok atau Toh Kuala Bidor...

Anonymous said...

a'kum bang sy nk tnye bleh tak abang bagi tau sy siapa kah tok pawang kepada sultan abdul samad zaman beliau dahulu ada yg bagi tau sy zaman sultan abdul samad pawang nya ialah pawang jumpol(tok jumpol @ panglima itam)adakah benar??klu betul sy adalah cicit pawang jumpol keramat nya ada di kampung api-api k.selangor emil:azmi_abdul_azis@yahoo.com

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Maaf saya pun tak tahu. Kalau panggilan Panglima Hitam pula memang ada satu makam di Jugra dekat makam Sultan Abdul Samad. Kat Bukit Melawati pun ada dekat makam Sultan pertama Selangor.