Merujuk pada artikel Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan yang dipersembahkan semalam. Ada disebut bahawa asalnya hari itu, Rabu 11 September 2023 mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) bagi mengikuti satu majlis ilmu. Tetapi isteri memberitahu perlu ke pejabat utamanya. di Shah Alam lalu saya tidak dapat meninggalkan kawasan berdekatan rumah kerana perlu menguruskan anak pergi balik sekolah.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, September 12, 2024
Kewartawanan dan terbitan berkala awal bahasa Melayu dalam membentuk identiti dan kesedaran Melayu moden
Rabu, September 11, 2024
Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan
OK. Satu rentetan cerita daripada semalam hari Selasa. Asalnya bercadang untuk duduk rumah mengikuti satu majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) secara atas talian, Rabu iaitu hari ini baru datang untuk mengikuti majlis. lain Tetapi isteri memberitahu perlu ke pejabat utamanya di Shah Alam hari Rabu. Semalam yang beliau boleh bekerja di pejabat kecil berdekatan rumah lalu boleh menguruskan anak pergi balik sekolah.
Isnin, September 09, 2024
Apakah dilakukan pada 9 September sejak jasad Laksamana Muhammad Amin dikembalikan ke Perak
Salam semua. Salam pagi Isnin 5 Rabiual Awal 1446 Hijriah.
Tarikh Omputih atau kalender Gregorian bagi hari ini adalah 9 September 2024. Ini mengingatkan bagaimana pada 9 September 2006 iaitu tepat 18 tahun lalu jenazah moyang atau lebih tepat datuk kepada moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin telah disemadikan kembali di bumi Perak setelah lebih 100 tahun jasad dikebumikan dalam buangan di Singapura. Beliau mula berada di situ tahun 1895 dan meninggal dunia 1904. Sebelum itu almarhum telah dibuang ke Pulau Seychelles di perairan Afrika tahun 1877 disebabkan dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen Inggeris pertama ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875.
Kebetulan (ya, ia mengalir keluar secara spontan begitu sahaja) artikel sebelum ini iaitu Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC yang ditulis semalam berakhir dengan hal melibatkan almarhum, ISTAC merujuk pada Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku. Seolah-olah mahu menyambung kepada artikel 9 September ini melibatkan Laksamana. Namun terbit rasa agar mencari lalu menyenaraikan apakah artikel-artikel yang telah ditulis pada 9 September atau apa-apa artikel menceritakan apa yang dibuat pada tarikh tersebut sejak tahun 2006. Ini tidak terlalu susah kerana boleh disemak melalui archive atau arkib artikel lama pada bahagian pertengahan sidebar kanan CATATAN SI MERAH SILU.
2006
Pada 9 September blogspot ini belum wujud kerana baru dibuka pada 12 November melalui artikel Apa-apa aje le.... Namun saya tahu apa yang dilakukan pada 9 September kerana hadir majlis pengkebumian kembali jasad Laksamana Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ini ada diceritakan dalam artikel Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... pada 7 Disember.
2007
Menulis artikel-artikel berikut di CATATAN SI MERAH SILU...
1. Sumpah-sumpah di atas motosikal dan belalang kunyit di batu nesan Sultan...
2. Berjalan-jalan ke Jugra, sebuah tempat bersejarah....
3. To see a World in a Grain of Sand... Melihat dunia di dalam sebutir pasir...
Juga artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
1. Trip to Europe 1995... Locked-up in Lyon!
2. Trip to Europe 1995... Gangsters of Genoa...
3. Trip to Europe 1995... Alpine frolicking in Switzerland...
Dan artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...
1. Menara Condong (leaning tower of) Teluk Intan
2. Masjid Alaeddin di Jugra (The Alaeddin mosque in Jugra)
3. Lagi, Menara Condong (More, leaning tower of) Teluk Intan
Melalui artikel Sumpah-sumpah di atas motosikal dan belalang kunyit di batu nesan Sultan... dapat dikesan bahawa artikel-artikel ini semua ditulis dari sebuah internet cafe di Kajang. Nampaknya waktu itu dan sekitar menginap di rumah milik bapa dekat bandar itu. Melalui artikel Berjalan-jalan ke Jugra, sebuah tempat bersejarah.... pula dapat dikesan bahawa pada hari sebelumnya saya ada ke Jugra.
2008
Saya tidak mempersembahkan apa-apa artikel. Tapi pada hari sebelumnya iaitu 8 September ada menulis dan mengeluarkan artikel Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Sultan Jaafar dan Bandar Tua. Selepas itu mengeluarkan artikel Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Apa ada di Pasir Salak? pada 10 September. Sebelum itu iaitu pada 5 September saya telah membuat artikel Wajah baru motosikal besarku, tanda satu peralihan zaman?.
Walaupun tidak dapat menemui deskripsi tepat, artikel-artikel ini menunjukkan saya sedang berada di Kuala Lumpur pada 9 September. Kalau keluar berjalan-jalan pun tidak jauh daripada tempat menumpang menginap ketika itu, rumah ibu saudara di Ampang.
2009
Mempersembahkan artikel kompilasi kecil Himpunan cerita "Ke makam Sultan Malikus Salih" dan 999... Berdasarkan kenyataan bahawa saya telah berpindah ke Bandar Tasik Puteri bersama isteri sejak penghujung tahun 2008, pada 15 hingga 22 Jun 2009 kali pertama bersama ke Aceh sedangkan dalam tempoh masa sekitar 9 September masih dalam proses mengeluarkan artikel-artikel tentang perjalanan tersebut besar kemungkinan sedang berada di persekitaran itu pada 9 September. Ketika itu belum ada talian Internet sendiri di rumah, Maka ada kemungkinan saya menulis daripada Internet Cafe berdekatan atau menumpang Wifi di kedai mamak sedikit jauh ke luar kawasan. Namun secara rata boleh dikatakan saya menghabiskan masa di rumah.
2010
Telah menulis artikel Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Pesanan akhir dari putera mahkota si Merah Pupok? pada 8 September diikuti Mereka yang menjual agama sehingga sanggup menjatuhkan negara... pada 15 September. Cuma boleh meneka berada di rumah dan persekitaran pada 9 September.
2011
Menulis artikel Kedudukan tempat-tempat di sekitar Sungai Mati dan Pulau Penarek pada 8 September diikuti Dari kubur ke masjid dan tanjung 13 September. Dalam artikel kedua ada disebut telah diminta memberi ceramah di satu rumah suluk (ingat lagi ini, di satu bahagian Muar yang sudah menjadi daerah Tangkak) dan ini dilakukan Sabtu malam Ahad 10 September. Turut dinyatakan Jumaat 2 September adalah hari raya (Aidil Fitri) ke-4.
Artikel Promosi buku dan ceramah di satu rumah suluk di Muar yang ditulis 14 September pula menyatakan, sekitar jam 2 pagi, Sabtu 10 September, setelah selesai beberapa hal baru saya dan anak isteri meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri. Sampai ke rumah ibu bapa di Kampung Temiang, Muar sejurus sebelum masuk Subuh. Ini menunjukkan walaupun pada awal Syawal sudah berada di Muar kami kemudian balik ke rumah sendiri di Bandar Tasik Puteri. Maka pada 9 September yang jatuh hari Jumaat harus berada di situ lagi apalagi itu hari bekerja buat isteri sebelum bertolak lagi ke Muar jam 2 pagi 10 September.
2012
Paling dekat adalah menulis artikel Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Mendaki Gunung Brinchang sebelum melawat tempat-tempat di Perak pada 11 September. . Daripada artikel Mencari lagi batu nesan Aceh di Negeri Sembilan yang ditulis 16 September pula dapat dikesan pada 31 Ogos saya bergerak dengan keluarga ke kampung isteri di Tanjung Sepat kemudian ke Negeri Sembilan 1 September. Artikel seterusnya Batu nesan Aceh di Kampung Bohol, Kuala Lumpur dan sedikit aktiviti hujung bulan raya... yang ditulis 19 September pula menyatakan seminggu selepas ke Negeri Sembilan pergi ke sekitar Puchong. Maka itu harus berlaku pada 8 September hari Sabtu. Di manakah pula pada 9 September yang jatuh hari Ahad? Tidak dapat ditemui catatan menjelaskan namun besar kemungkinan sekadar berehat di rumah.
2013
Paling dekat adalah menulis artikel Solat Jumaat di masjid besar Shah Alam dan persiapan untuk HIKMAH VI pada 7 September. Ketika itu hari Sabtu. Oleh itu besar kemungkinan 9 September hari Isnin setakat berada di rumah.
2014
Menulis artikel Antara Tanjung Malim dan Behrang diikuti Dari Car Book Sale ke jemputan makan dan silaturrahim bersama kawan-kawan pemanah. Ketika itu hari Selasa, harus menulis dari rumah. Sudah berpindah ke rumah sekarang di Bandar Sungai Buaya iaitu sejak awal tahun 2014.
2015
Paling dekat, menulis artikel Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut pada 11 September hari Jumaat. Artikel itu menunjukkan hujung minggu sebelum itu berada di Pasir Salak. Maka 9 September yang jatuh pada hari Rabu harus berada di rumah.
2016
Menulis artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Melihat warisan Maharaja Perba Jelai. Dinyatakan ketika itu hari Jumaat dan baru beberapa hari kembali daripada satu perkelanaan di Pantai Timur yang memakan masa 7 hari 6 malam. Maka harus sedang berehat di rumah.
2017
Menulis artikel Cameron-Ipoh-Kuale : Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak lalu ada dinyatakan berlaku suatu perkara yang istimewa hari itu Sabtu. Artikel ada menyatakan bahawa dalam perjalanan berkenaan pada 27 Ogos saya dan keluarga ada menziarahi makam Laksamana Muhammad Amin di Bukit Chandan. Turut dinyatakan hari itu 9 September 2017 adalah tepat 11 tahun setelah peristiwa pengkebumian kembali berlaku.
Pada hari itu tarikh tersebut telah diisytiharkan sebagai hari keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia iaitu Sultan Muhammad V dari Kelantan. Ini adalah hari keputeraan pertama setelah baginda disytiharkan sebagai Agong penghujung tahun sebelumnya. Maka berlakulah suatu yang istimewa iaitu majlis adat istiadat berkenaan di Istana Negara. Sambil menulis sambil menonton majlis di kaca televisyen (di rumah).
2018
Dibuat artikel Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan pada 10 September hari Isnin. Artikel ada menyatakan bahawa pada hari Ahad 9 September 2018 berlangsunglah hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 iaitu Sultan Muhammad V. Turut dinyatakan pada hari itu juga keluar rencana tentang kira-kira penyelarasan masa antara sains dengan kitab yang saya tulis lebih sebulan awal dalam akhbar Mingguan Malaysia. Lihat dalam Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan. Yang pasti, artikel ditulis di rumah.
2019
Menulis artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Satu pengenalan ringkas selepas tamat pengembaraan pada 6 September hari Jumaat diikuti Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Penerbangan yang dilewatkan, keindahan Lhok Seudu dan 'panggilan' Ja Tirom 12 September Khamis. Ketika itu baru sahaja kembali daripada perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September. Maka memang sedang berehat sambil mula mengeluarkan cerita. 9 September hari Isnin harus berada di rumah.
2020
Paling dekat menulis artikel Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang pada 10 September hari Khamis. Rabu 9 September harus berada di rumah. Oh baru ingat. Tahun itu bermula bulan Mac ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Pergerakan jadi terhad tidak boleh keluar lebih 10 km dari kawasan perumahan tetapi kemudian dilonggarkan.
2021
Selepas menulis artikel Penyusunan dan pengurusan ilmu di universiti : Sudut pandang Islam 25 Jun tidak menulis apa-apa di CATATAN SI MERAH SILU sehinggalah terbit Aku, ISTAC, pandemik Covid-19 dan Jumaat yang berkat pada 8 Oktober. Ini disebabkan hilang mood untuk menulis juga mengikuti mana-mana majlis. Selepas beberapa lama baru berubah. Adapun. 9 September itu jatuh pada hari Khamis. Maka harus berada di rumah.
2022
Artikel Islam tradisi menuju kemanusiaan sejagat? yang ditulis 10 September menyatakan saya mengikuti majlis ilmu berkenaan secara atas talian pada 9 September. Ia diikuti di rumah selepas kembali dari kampung. Lihat artikel Memanfaat cuti sekolah bulan September 2022 yang ditulis lebih awal 10 September.
2023
Menulis artikel Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak di rumah. Selain meraikan tarikh tersebut artikel juga merupakan salah satu susulan daripada terbitnya buku ke-13+1 saya (cantik sikit nombor berbanding buku ke-14), "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai" 4 bulan sebelum itu. Petang itu juga diadakan webinar tentang buku. Lihat Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven.
2024
Hari ini jatuh hari Isnin. Memang sekadar berehat di rumah setelah Ahad 8 September keluar. Lihat Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC. Nak keluar boleh kerana isteri sedang bekerja di rumah lalu boleh membantu menguruskan anak. Tapi biar simpan untuk majlis ilmu di ISTAC hari Rabu. Yang pasti artikel ini ditulis di rumah pada 9 September tepat 18 tahun setelah jasad Laksamana Muhammad Amin dikembali di Perak.
Setelah meneliti lalu mengatur apakah yang dilakukan dari tahun ke tahun setiap 9 September sejak tahun 2006 didapati bukan selalu pun mengingatkan tentang tarikh. Hampir setiap tahun saya sedang berada di rumah, sesekali di rumah yang bukan milik sendiri, tetapi masih di rumah, bukan sedang mengembara di mana-mana. Yang jelas ada keluar adalah apabila hadir ke majlis pengembalian jasad pada 2006. Dan yang jelas ada menulis untuk mengingatinya cuma pada tahun itu walaupun lewat. Kemudian pada tahun 2017, selepas itu tahun 2023. Sekarang baru ada disebut lagi pada 9 September 2024. Sekian.
.
Ahad, September 08, 2024
Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC
Adapun 3 bulan lebih lalu saya ada membuat artikel bertajuk Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 yang mana diceritakan bahawa saya harus ke tanah perkuburan di Kajang pada pagi berkenaan untuk menghadiri pengkebumian seorang bapa saudara sebelum dapat ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku bagi majlis ilmu. Siang tadi berlaku perkara hampir serupa. Ini ceritanya.