Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Julai 02, 2022

Misi keluarga Laksamana - Mendalami lagi talian persaudaraan lama diikuti kaitan dengan Panglima Kinta

Salam pagi Sabtu 2 Zulhijjah 1443 Hijriah. Masuk pada cerita hari kedua perjalanan baru ini ke Perak. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan.



Awal pagi Selasa 28 Jun 2022. Saya menunggu jemaah datang untuk bersolat Subuh setelah bermalam di masjid warisan keluarga di Batak Rabit.




Selepas solat berjemaah dan berwirid membaca beberapa muka surat Al-Quran.




Sebaik sahaja matahari menjelma cukup terang saya meninjau-ninjau kawasan pemakaman di sebelah masjid yang dikhaskan hanya untuk ahli keluarga, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak daripada cabang tertentu yang ramai beranak pinak di Teluk Intan. Saya mengambil masa untuk meneliti sejumlah batu nesan yang ada...




Ke kiri dalam gambar adalah makam datuk saya Mohamed Arshad, bersebelahan makam bapanya Muhammad Wahi...



Menurut ceritanya Muhammad Wahi bin Orang Kaya Muhammad Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin pernah ditawarkan gelaran dan jawatan Laksamana (sekitar tahun 1919). Tetapi beliau menolak atas alasan mahu menumpukan kepada agama.




Lalu gelaran dan jawatan jatuh kepada adiknya Ali Wasi.




Namun Laksamana Ali Wasi tidak hidup lama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1338 Hijriah bersamaan 1919 Masihi. Lalu gelaran beralih kepada seorang cucu Laksamana Muhammad Amin tetapi daripada isteri lain iaitu Lope Bahauddin bin Noh bin Muhammad Amin.




Laksamana seterusnya adalah anak kepada Ali Wasi iaitu Razali. Beliau yang merupakan sepupu kepada datuk saya Mohamed Arshad juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis. Selain itu beliau dikatakan adalah seorang daripada empat pengasas UMBC (United Malayan Banking Corporation), dahulu bank yang sangat terkemuka di Malaysia.



Dinyatakan pada batu nesan beliau meninggal dunia pada tahun 1981 ketika berumur 77 tahun. Kalau begitu beliau harus lahir pada tahun 1903 atau 1904. Namun cucunya memberitahu datuknya sebenarnya berumur 82 tahun ketika meninggal lalu harus lahir pada tahun 1899. Dan Razali ini dikatakan memegang gelaran dan jawatan Laksamana selama 50 tahun. Kalau begitu harus bermula pada tahun 1931. Sedangkan catatan lain menyebut, Laksamana sebelum itu iaitu Lope Bahauddin meninggal tahun 1947...

Turut terletak dalam kawasan pemakaman ini adalah makam Laksamana Hamidi, anak kepada Razali. Beliau menjadi Laksamana dari tahun 1992 hingga 1997 iaitu selepas Laksamana Ali Akhbar (1981-1992) yang dikatakan anak Laksamana Muhammad Amin tetapi daripada isteri bongsu. Selepas Hamidi naik Laksamana Amin Shukeri, anak kepada Ali Akbar. Beliau meninggal dunia awal tahun 2021. Sekitar Februari tahun ini iaitu kurang lima bulan lalu baru naik Laksamana baru iaitu Meor Redzwan sebagai ganti. Beliau adalah cucu saudara kepada Laksamana Hussain yang dimakamkan di Ipoh. Mereka ini bukan daripada keturunan Muhammad Amin tetapi daripada cabang lain keluarga Laksamana yang ramai beranak pinak di Sungai Durian, seberang Sungai Perak dari Batak Rabit...




Sudah disebut dalam artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan bahawa asbab utama saya ke Perak kali ini adalah  kerana mahu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh pada pagi Rabu 29 Jun. 



Jam 9.15 gitu baru bergerak meninggalkan masjid keluarga. Lalu di Sekolah Kebangsaan Laksamana Raja Mahkota...




Disebut dalam artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan bahawa saya harus mengambil  seorang bapa saudara di Teluk Intan untuk dibawa ke Ipoh. Dipendekkan cerita sampailah ke ibu negeri Perak itu selepas jam 1.



Terus menuju ke kedai makan tertentu di bahagian lama bandar raya Ipoh untuk hidangan nasi ganja.




Selepas itu pergi ke Masjid Panglima Kinta untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar. Singgah di galerinya yang nampaknya telah ditambah banyak barangan baru. Lihat artikel Lawatan baru ke Galeri Panglima Kinta (New visit to the Gallery of Panglima Kinta) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Menurut ceritanya keluarga Panglima Kinta berasal daripada keturunan Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (memerintah 1549-1577) melalui perkahwinan dengan seorang puteri ketua Orang Asli. Namun ada memberitahu ketua Orang Asli itu sebenarnya adalah daripada seorang keturunan Sultan Malikus Saleh (pengasas Kesultanan Samudera-Pasai hampir 800 tahun lalu). Atas sebab tertentu beliau merajuk membawa diri lalu berkahwin dengan Orang Asli di Perak lalu menerbitkan keturunan.

Menurut pihak kami pula keluarga Laksamana Perak berasal daripada keturunan terus Sultan Malikus Saleh. Keturunan ini muncul dalam salasilah Kesultanan Aceh melalui seorang yang dikenali sebagai Daeng Mansur 400 tahun lalu. Pada masa yang sama di Aceh bertakhta Sultan Alauddin Mansur Syah yang dikatakan adalah anak Sultan Mansur Syah Perak. Ketika itu juga ada seorang yang dikenali dengan nama Sultan Mansur Syah juga, tetapi dikatakan daripada nasab keturunan lain, ayahanda kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 

Namun saya diberitahu oleh pihak tertentu bahawa mereka-mereka ini sebenarnya adalah satu tubuh badan bernama Mansur yang boleh muncul sehingga tujuh tempat berlainan dan berjauhan pada masa yang sama. Di sini sahaja sudah ada kaitan antara keluarga Laksamana dengan keluarga Panglima Kinta walaupun ada yang kelihatan tidak masuk akal, melangkaui logik alam nyata...




Kaitan lebih zahir dan dekat dengan zaman sekarang muncul melalui Laksamana Hussain yang sudah disebut tadi dimakamkan di Ipoh.



Beliau yang meninggal dunia tahun 1917 dimakamkan dalam kawasan pemakaman khas di Masjid Panglima Kinta. Ini kerana beliau telah bersemenda melalui perkahwinan dengan Toh Puan Puteh Sopiah binti Panglima Kinta Ngah Lassam. Selain itu ada Toh Puan Saripah yang merupakan adik beradik kepada Laksamana Muhammad Amin telah berkahwin dengan Panglima Kinta Abdul Wahab. Pendek kata memang ada hubungan persaudaraan antara keluarga Laksamana dengan keluarga Panglima Kinta.



Tetapi ia bukanlah seperti didakwa suatu pihak. Menurut pihak tersebut Laksamana Muhammad Amin ada memiliki anak perempuan bernama Ngah Teresah yang berkahwin dengan Kanda Jahid bin Panglima Kinta Ngah Jabor. Tidak. Dalam salasilah kami tidak ada orang bernama Ngah Teresah. Besar kemungkin beliau sebenarnya adalah anak orang lain yang turut bernama Muhammad Amin tetapi bukan Laksamana. Misalnya, pada zaman sama iaitu sekitar zaman Perjanjian Pangkor tahun 1874 hingga sepuluh dua puluh tahun kemudian ada orang dikenali sebagai Penghulu Amin di Hilir Perak dan Batang Padang. Nama ini ada tercatat dalam daftar kewangan Inggeris sebagai salah seorang penerima elaun tahunan 1887-1891.

Dan lagi saya tidak menerima dakwaan pihak berkenaan bahawa Panglima Kinta Ngah Jabor dengan Ngah Jabor yang terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch adalah orang yang sama. Pada pengetahuan saya Ngah Jabor yang terlibat itu adalah daripada keluarga Maharajela. Seorang adik ibu saya berkahwin dengan cucu Ngah Jabor. Nama cucu itu adalah Mohd Qari bin Ahmad bin Ngah Jabor. Sepupu beliau Tun Hanif, bekas Ketua Polis Negara adalah anak kepada Omar bin Ngah Jabor. Saya pernah bersoreh 2-3 kali tentang keturunan bersama Hanif. Kata beliau, selain Maharajalela, beliau dekat dengan keluarga Laksamana. 

Beliau memberitahu selalu pergi ke rumah Laksamana di Teluk Intan semasa zaman kanak-kanak. Tidak pernah saya mendengar beliau memberitahu Ngah Jabor adalah Panglima Kinta. Kalau sungguh begitu tentu orang terkemuka seperti Hanif, sekarang berumur hampir 90 tahun, tahu.



Seterusnya kami pergi ke Kampung Manjoi, keluar sedikit dari pusat bandar raya Ipoh...


Ada homestay atau inap desa telah disewa untuk kaum keluarga.




Malam itu diadakan perbincangan bersama sejumlah saudara mara anak cucu Laksamana.




Kami mahu bersedia untuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang terletak berdekatan inap desa pada esok paginya.


Jumaat, Julai 01, 2022

Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan

Salam pagi Jumaat 1 Julai 2022 bersamaan 1 Zulhijjah 1443 Hijriah. Ada siri kecil mahu dimulakan berdasarkan perjalanan terbaru saya ke negeri Perak Isnin 27 Jun hingga Rabu 29 Jun. Perjalanan dibuat kerana beberapa urusan. Ia melibatkan hal keluarga besar saya di sana iaitu keluarga waris keturunan Laksamana Raja Mahkota, orang besar Perak. 

Asalnya perjalanan mahu dimulakan pada petang Selasa 28 Jun, atas asbab mahu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh pada pagi Rabu 29 Jun. Tetapi tiba-tiba saya diminta untuk membawa seorang bapa saudara di Teluk Intan ke Ipoh pada petang Selasa. Oleh kerana memang ada perkara mahu diuruskan di Teluk Intan saya pun membuat keputusan untuk bergerak lebih awal iaitu pada pagi Isnin 27 Jun...



Saya mula bergerak meninggalkan rumah pada jam 10.38. Pergi seorang diri kerana isteri bekerja dan anak bersekolah...




Terus masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara.




Keluar tol awal untuk menuju ke pekan Tanjung Malim.







Singgah sebentar di 'Klinik Kampung Pisang' lalu dijamu dengan durian oleh keluarga arwah sutradara terkenal Mamat Khalid.




Sebenarnya saya ke Tanjung Malim kerana satu urusan lain. Selesai urusan tersebut perjalanan ke arah utara diteruskan melalui jalan lama.




Sampai ke Teluk Intan jam 4 petang terus menuju ke Pejabat Tanah. Saya telah mengambil tanggungjawab untuk menangani urusan tanah arwah datuk saya yang sepatutnya sudah diwakafkan kepada masjid warisan keluarga di Batak Rabit hampir 40 tahun lalu. Tetapi rupa-rupanya tidak berlaku pertukaran nama, mungkin akibat urusan berkenaan yang dikatakan ada dilakukan pada tahun 1980an tidak cukup syarat. Yang pasti ia tidak selesai.




Seperti biasa kalau sampai di Teluk Intan saya akan berusaha untuk menziarahi seberapa banyak tempat dan makam yang ada kena mengena dengan keluarga besar saya, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.













Di makam moyang utama kami iaitu Keramat Kuala Bidor saya duduk lama untuk membuka satu kitab yang sudah bertahun rasanya tidak dibuka lalu membaca satu Hizib. Dikeluarkan sekali sebilah pedang. Sesungguhnya ada urusan besar melibatkan keluarga harus dihadapi di Ipoh. Ada pihak bersungguh-sungguh mahu menafikan hak keluarga belah kami sedangkan satu lagi pihak yang sepatutnya membantu kelihatan berbuat khianat...




Saya juga ke tanah perkuburan umum di sebarang jalan dari masjid keluarga untuk melihat tanah milik datuk seluas seekar di sebelah kubur yang sepatutnya sudah hampir 40 tahun diwakafkan kepada masjid. Sebetulnya terdapat beberapa keping tanah di Teluk Intan dan sekitarnya telah diwakafkan oleh keluarga besar kami belah Batak Rabit kepada masjid. Saya sebut belah Batak Rabit kerana keturunan anak cucu Laksamana sangatlah ramai. Merata ada di Semenanjung, yang di Perak ini pula ada telah bersemenda dengan keluarga Menteri Paduka Tuan, keluarga Panglima Kinta, keluarga Temenggung, Panglima Bukit Gantang juga dengan kerabat diraja Perak.

Lagipun kami sendiri memang berasal daripada keturunan kerabat diraja Aceh, Bugis dan Perak. Kalau di belah Batak Rabit ini boleh dikatakan semua tanah yang ada asalnya adalah milik keluarga kami, selepas beberapa lama baru dijual lalu menjadi hak milik orang lain. Kami berasal daripada keluarga bangsawan yang kaya raya. Sultan Perak ke-26, Sultan Abdullah pun bersemayam dalam kawasan kota keluarga kami ketika bertakhta tahunn 1874 hingga 1877.




Selesai itu baru ke masjid di mana saya ingin beriktikaf dan bermalam. Untuk makluman di celah-celah singgah di pelbagai tempat itu saya pergi melihat Sungai Perak juga Sungai Bidor yang merupakan cawangan terbesar Sungai Perak dari beberapa tempat. Artikel-artikel berkenaan telah dibuat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH  dengan corak 1-3-1 yang tidak dirancang, sekadar mengikut kronologi lawatan iaitu bermula di Sungai Perak diikuti tiga tempat di Sungai Bidor dan ditutup di bahagian lain Sungai Perak. Lihat :-







Isnin, Jun 27, 2022

Dari majlis perkahwinan di pusat KL ke mesyuarat keluarga di pinggir utara bandar raya

Salam semua. Adapun ketika ini saya sedang berada di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan untuk beriktikaf dan bermalam. Saya juga ada beberapa urusan perlu ditangani membawa ke Ipoh insyaallah besok petang hingga ke hari seterusnya. Sekarang biar dikongsikan satu cerita berkaitan dari hujung minggu lalu...



Pagi Ahad 26 Jun 2022. Saya dan keluarga bergerak dari rumah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.




Kami mahu menghadiri majlis perkahwinan di sebuah hotel eksklusif.



Isteri seronok dengan suasana majlis.




Saya pun layan je...















Petang selepas majlis kami ke perpustakaan di pinggir utara bandar raya pula...




Kali ini mahu bertemu beberapa orang saudara mara daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.






Ada perkara penting perlu ditangani melibatkan jalur keluarga belah kami.









Perkara ini dan satu dua perkara lain tetapi tetap melibatkan keluarga menjadi penyebab saya bergerak ke Perak pagi tadi lalu bermalam di masjid keluarga...