Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 23, 2019

Neokolonisma kini dalam dunia Melayu - Apakah kita sudah belajar daripada sejarah?

Salam petang Jumaat 22 Zulhijjah. Merujuk pada artikel Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan yang dipersembahkan petang Isnin 19 Ogos iaitu 4 hari lalu. Pada penghujung artikel ada disebut bahawa saya tidak hadir beberapa wacana ilmu dalam tempoh sebulan kebelakangan kerana terasa lesu dan begitulah nampaknya sehingga suatu waktu. Tengok-tengok esoknya petang Selasa 20 Ogos datang pula gerak untuk ke satu wacana ilmu. Maka dikongsikan sedikit cerita tentangnya...


Tajuk wacana ilmu seperti kelihatan dalam poster boleh diterjemahkan sebagai "Neokolonisma kini dalam dunia Melayu - Apakah kita sudah belajar daripada sejarah?". Diadakan di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam), ia menonjolkan perkongsian ilmu daripada Profesor Madya Dr Farish Noor yang sedang berkhidmat di Singapura. Beliau merupakan seorang intelektual yang cukup dikenali di Malaysia. Namun atas sebab tertentu saya sebenarnya kurang berminat dengan pemikiran beliau. 

Dahulu, sekitar 25 tahun lalu saya suka membaca tulisan-tulisan Farish yang biasa keluar dalam akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The New Straits Times kerana merasakan ia begitu intelektual. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan saya kurang minat mendengar apa-apa syarahan daripada golongan yang pada saya bersikap liberal. Namun atas nama akademik dan ilmu seringkali juga digagahkan diri untuk menghadiri agar tidak menjadi orang yang suka menilai sesuatu tanpa melihat atau meneliti dengan mata kepala sendiri. Kalau tidak disebabkan rasa lesu selain komitmen harus menghantar anak-anak dan mengambil dari sekolah kemungkinan besar saya akan hadir walau sekadar untuk mendengar apakah buah fikiran Farish kali ini.


Melihat pada atur cara pun agak menarik. Cuma saya dalam mood kurang mahu bercampur orang. Akhirnya dibuat keputusan untuk pergi kerana atur cara ada menyebut tentang ISTAC Teaching Museum (saya terjemahkan sebagai Muzium Pendidikan ISTAC). Ini kerana tahu sejak lebih setahun kebelakangan usaha berjalan untuk mendirikan satu muzium yang setahu saya akan banyak mengenengahkan artifak-artifak yang mengangkat dunia dan ketamadunan Melayu.


Bila disebut ada pameran atas nama muzium pendidikan itu saya fikir... aaah... akhirnya muzium dibuka dan rasmikan. Melihat pada petangnya juga ada forum elok juga bergerak ke ISTAC 40 km dari rumah setelah menghantar anak-anak ke sekolah agama jam 2.30. Isteri yang bekerja di bandar Rawang 13 km dari rumah boleh mengambil mereka setelah tamat waktu pejabat jam 5.30...


Maka pergilah saya ke ISTAC setelah lebih 3 minggu tidak bertandang...








Masuk ruang forum kedengaranlah perbincangan tentang makna neokolonisma susulan daripada syarhan Farish belah pagi yang saya tak datang.


Disebutlah tentang beberapa perkara, antaranya kepentingan melihat kembali takrif-takrif dalam menyatakan sesuatu. Dalam konteks neokolonisma yang membawa makna kekangan-kekangan seperti gaya pemikiran yang menekan masyarakat sekarang walau tidak ada lagi kolonisma atau penjajahan secara langsung dan terang-terangan seperti dilakukan oleh kuasa-kuasa besar Barat pada masa lampau kita harus melihat daripada kaca mata orang zaman itu, bukan kaca mata zaman sekarang untuk menilai perkara yang sudah berlaku lama dahulu.


Selesai forum baru melihat perkembangan tentang muzium.


Rupa-rupanya belum siap lagi muzium di tingkat bawah bangunan. Yang ada cuma pameran atas nama muzium di ruang legar tingkat pertengahan...





Isnin, Ogos 19, 2019

Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan

Salam petang Isnin 18 Zulhijjah 1440 Hijriah. Sekadar memecahkan kesunyian setelah lebih 2 minggu tidak mengemaskinikan blogspot.


Gambar ini diambil pada pagi Ahad 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah iaitu pada 8 hari lalu. Ketika itu saya baru selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha berjemaah di Masjid Jamek, Muar.



Turut bersama adalah dua orang anak laki-laki. Kami datang ke masjid dengan berbusana tradisional  Melayu penuh.


Ini pula di sebuah bukit dekat Pagoh pada petangnya.


Selepas membawa isteri dan anak-anak memanjat bukit kami ziarah makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka) di Kampung Raja kemudian makan mee bandung udang galah di tepi Sungai Muar di sebuah kedai di Panchor.





Esoknya pagi Isnin 12 Ogos bersamaan 11 Zulhijjah kami membawa ibu bapa saya berjalan-jalan di beberapa tempat di Muar, antaranya Parit Jawa, Bukit Pasir dan Jorak sebelum meninggalkan mereka  di kampung untuk kembali ke rumah kami di Selangor. Dalam perjalanan itu singgah di kawasan air terjun Gunung Ledang dekat Sagil, Tangkak. Ketika itu sudah lewat petang...


Sekadar meluahkan rasa. Adapun dalam tempoh sebulan kebelakangan ada semacam kelesuan melanda fikiran sehingga terlupa hendak menghadiri satu majlis ilmu berupa syarahan tentang konsep manusia dan insan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada 2 Ogos.  Kali terakhir menjejakkan kaki di tempat saya belajar itu adalah untuk satu majlis ilmu tertutup pagi Ahad 28 Julai. Sebelum itu hadir majlis terbuka pada Rabu 24 Julai. Lihat Panglima Awang sebagai lambang keunggulan jiwa dan ketamadunan Melayu.  

Mungkin ini berlaku akibat menunaikan puasa sunat 1 hingga 9 Zulhijjah. Yang ingat saya juga terasa amat letih dan malas untuk menulis. Namun digagahkan juga siang 2 Ogos yang tarikhnya bersamaan 1 Zulhijjah itu untuk berkongsi sesuatu berdasarkan apa yang telah berlaku seminggu sebelumnya. Lihat artikel Tunggangan spontan motosikal besar pagi Sabtu 24 Zulkaedah diikuti Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian.

Petang Jumaat 16 Ogos baru teringat tentang majlis ilmu 2 Ogos kerana ada sambungan syarahan tentang manusia dan insan itu pada malamnya. Tapi rasa lesu pula hendak bergerak 40 km ke ISTAC dari rumah. Di celah-celah itu ada beberapa majlis ilmu juga terlepas akibat kelesuan tersebut termasuk di tempat-tempat lain. Nampaknya begitu juga halnya untuk beberapa majlis berkaitan yang dijadualkan berlangsung esok, lusa dan tulat.

Adapun pada petang Rabu hadapan 28 Ogos saya dan keluarga dijadualkan terbang ke Banda Aceh lalu akan memulakan satu perjalanan darat pusing Aceh dan utara Sumatera hingga Rabu selepasnya 4 September. Mungkin selepas itu baru akan kembali menjengok ke ISTAC dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Semoga cerita ringkas ini dapat membantu menghilangkan mood kelesuan fikiran... :]