Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, November 26, 2021

Tarikh lahirku 26 November sejak 13 tahun lalu

Salam pagi Jumaat 21 Rabiul Akhir 1443 Hijriah. Merujuk pada artikel Ekplorasi Angkor 3 tahun lalu dalam kenangan yang dipersembahkan pada pagi Selasa lalu 23 November. Adapun hal tersebut mengingatkan bahawa pada tarikh 26 November 2018 iaitu ulang tahun kelahiran saya yang ke-48 kami sekeluarga telah pergi ke satu tinggalan pusat kerajaan Funan di Cambodia. Ia adalah tempat yang pada saya sangat menarik untuk sesiapa pun dapat menyambut hari lahir apa lagi bagi peminat sejarah. Hal ini membuat saya ingin menyemak semula di manakah saya berada pada tarikh tersebut bagi beberapa tahun kebelakangan.


Sebagai mengingatkan juga untuk dijadikan rujukan saya pernah membuat artikel bertajuk Apabila ulang tahun kelahiran yang ke-50 juga jatuh pada malam Jumaat pada tarikh 26 November 2020 iaitu tepat setahun lalu. Artikel itu menyenaraikan apa yang dibuat pada tahun-tahun yang mana tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis. Ini kerana saya lahir pada malam Jumaat 26 November 1970 sedangkan siangnya adalah hari Khamis. Didapati selepas tahun 1970 cuma terdapat 7 kali sahaja tarikh 26 November jatuh pada hari tersebut iaitu pada tahun 1981, 1987, 1992, 1998, 2009, 2015 dan 2020. 

Sekarang biar disenaraikan apa yang dapat dikesan telah dibuat pada tarikh tersebut bagi beberapa tahun kebelakangan tanpa mengambil kira pada hari apakah ia jatuh. Gerak hati menyuruh memilih sehingga tahun 2008. Ini kerana pada tahun tersebut saya bernikah dengan isteri sekarang lalu tidak lama lagi akan menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-13.


1. Tahun 2008 - Berehat di rumah di celah-celah kesibukan mengeluarkan artikel-artikel tentang projek buku masjid di belah Pantai Timur sambil menunggu masa untuk kembali berumah tangga. Untuk makluman projek yang membawa pada penerbitan buku ke-4 saya "Rumah Azan" (tahun 2009) ini telah menyaksikan saya pergi ke 30 buah masjid di merata Semenanjung. Segmen perjalanan Pantai Timur dilakukan 15-16 November sambil meliputi jarak 1,100 km. Selesai penulisan saya harus kembali ke Muar untuk Hari Raya Aidil Adha kemudian kembali ke Kuala Lumpur seterusnya ke Tanjung Sepat untuk membuat persiapan perkahwinan. Lihat artikel Perjalanan terbaru ke Pantai Timur - Cerita projek masjid diikuti Nombor 131 dan makna satu pernikahan....

 2. Tahun 2009 - Sedang melakukan perjalanan dari Bandar Tenggara ke Muar bersama isteri dan anak pertama kami yang baru berumur 40 hari lebih. Singgah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang di mana saya pernah belajar Tingkatan 1 hingga 4 kemudian membawa anak kecil berziarah ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh sebelum kembali ke kampung untuk berhari raya. Lihat artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan lama Gelanggayu, kopi Kluang dan kenangan sekolah menengah lalu...  diikuti Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menutup perjalanan di makam Sultan Alauddin!. Ia adalah dalam rangka perjalanan lebih besar yang meliputi jarak hampir 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

3. Tahun 2010 - Masuk umur 40 tahun, umur yang mana dikatakan seorang lelaki patut mencapai kematangan diikuti keimanan yang tanpanya boleh jadi sesat seumur hidup. Menulis artikel Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos diikuti 777, umur 40 dan tawaran terhad buku. Perjalanan itu sendiri berlaku pada bulan Ogos namun disusuli beberapa perjalanan lain lalu penulisan tentangnya berterusan sehingga bulan November. Saya juga disibukkan dengan perjalanan-perjalanan untuk buku ke-6 saya ""Kereta Api Menuju Destinasi" (terbit Januari 2011) diikuti penulisan-penulisan berkenaan. Lihat Projek buku keretapi.

4. Tahun 2011 - Menulis artikel  Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba iaitu daripada perjalanan 3 minggu sebelum itu. Ia adalah sebahagian daripada siri berkenaan yang perjalannnya meliputi jarak lebih 1,100 km atas darat. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'". Walaupun masih penat akibat perjalanan diikuti penulisan saya bercadang mahu menghadiri majlis perkahwinan di Pontian pada tarikh 26 Disember. Tetapi pada hari sebelumnya satu-satunya kereta yang dimiliki rosak teruk lalu harus dihantar ke bengkel. Penulisan bagi artikel-artikel dalam siri berkenaan pun diteruskan. Tidak lama selepas kereta siap diperbaiki dibuat pula perjalanan selama lebih seminggu meliputi jarak lebih 1,600 km sehingga ke Pulau Riau di Indonesia. Lihat artikel Diperkenalkan : Kembara Johor-Riau diikuti Koleksi Kembara Johor-Riau.

5. Tahun 2012 - Membawa kawan-kawan dari Aceh berjalan-jalan melihat kesan-kesan sejarah setelah melaksanakan acara ke-2 HIKMAH di Melaka. Lihat Menyambung Melaka dengan Aceh - Misi menyelamatkan tapak kerajaan lama Lamuri. Beberapa hari kebelakangan saya disibukkan dengan persiapan bagi menjayakan acara. Lihat artikel Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

6. Tahun 2013 - Menulis artikel Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu dan persinggahan di Taboh Naning. Sambil itu saya disibukkan dengan persiapan untuk melaksanakan acara ke-7 HIKMAH, juga  di Melaka. Dua hari selepas tarikh lahir saya pun mengorak langkah ke sana. Lihat artikel Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah diikuti Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013

7. Tahun 2014 - Berehat di rumah sebelum ke majlis ilmu keesokannya. Lihat Program Penghayatan Warisan Kesusasteraan Melayu Tradisi : Hikayat Merong Mahawangsa. Sebelum itu saya telah disibukkan dengan penganjuran acara ke-11 HIKMAH di Pagoh. Berlaku juga beberapa perjalanan susulan. Lihat Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 diikuti Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar dan Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat. Selepas ulang tahun kelahiran dibuat pula  perjalanan jauh ke selatan. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.

8. Tahun 2015 - Berada di rumah lalu mempersembahkan artikel bertajuk Daulah Melayu di Jawa Timur - Sunan Giri, panggilan Raden Santri dan Sunan Ampel pada jam 11.31 malam. Adapun perjalanan berkenaan  berlaku sebulan lebih awal. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan itu saya disibukkan dengan penggambaran satu projek dokumentari selain beberapa hal. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016.

9. Tahun 2016 - Membuat artikel Menumpang kegembiraan isteri dan jenama beliau Bona Fida pada pagi hari kemudian bertolak ke Bukit Tinggi untuk membuat persediaan bagi acara ke-19 HIKMAH tetapi menghadapi masalah kereta. Lihat artikel Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Dugaan yang melanda ke lokasi diikuti Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Menikmati pemandangan indah sambil meninjau kemudahan sebelum kembali mengharungi dugaan kereta rosak. Pagi sebelumnya pula saya bercerita tentang buku-buku terbaru saya di satu majlis resensi di Perbadanan Kota Buku. Cerita tentangnya dipersembahkan awal pagi 26 November. Lihat "Berpetualang ke Aceh" di Kota Buku

10. Tahun 2017 - Tidak dapat mengesan apa yang dilakukan pada hari ulang tahun kelahiran. Yang pasti ada membuat beberapa perjalanan kecil dan hadir beberapa majlis ilmu dalam sebulan dua kebelakangan. Nampaknya waktu sekitar tarikh lahir 26 November hingga awal Disember lebih pada berehat. Ini sebagai persediaan untuk melakukan  perjalanan lebih 4,000 km pusing Thailand 12-23 Disember dengan memandu kereta sendiri. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.

11. Tahun 2018 - Pergi ke tapak pusat kerajaan Funan di Cambodia. Lihat artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar. Ini berlaku dalam rangka perjalanan lebih besar yang meliputi jarak darat lebih 3,000 km (tidak campur penerbangan ke Siem Reap) pada 22 November hingga 3 Disember dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta api. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation

12. Tahun 2019 - Berehat di rumah antara kesibukan menghadiri sejumlah majlis ilmu di pelbagai lokasi pada hari-hari sebelum dan selepasnya. Menulis artikel Amerika Syarikat menjadi kuasa dunia dengan 'pertolongan' Alam Melayu - Satu kisah lama yang mendunia bermula di Aceh. Oh. Baru teringat pada 26 November tahun itu anak-anak lelaki saya, Rasyid dan Johan disunatkan. Maka memang hari-hari terdekat banyak dihabiskan di rumah.

13. Tahun 2020 - Menyambut hari lahir di rumah bersama sejumlah kawan kemudian mempersembahkan artikel Apabila ulang tahun kelahiran yang ke-50 juga jatuh pada malam Jumaat lewat malam. Dalam tempoh waktu sekitar itu kurang berjalan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Namun tetap ada kesibukan mengikuti majlis-majlis ilmu secara atas talian selain tergerak untuk menulis dan mengumpulkan kompilasi cerita-cerita perjalanan lama sehingga terhasillah artikel induk bertajuk Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain.


Ini adalah cerita sekitar hari ulang tahun kelahiran saya bagi 13 tahun hingga setahun lalu. Bila dilihat kembali ternyata tidak ada tempoh waktu yang tidak sibuk. Kalau tidak keluar mengembara, menghadiri atau melaksanakan majlis-majlis ilmu atau menulis tentangnya saya sama ada pegi keluar beriadah ke bukit-bukit di sekitar rumah atau berehat di rumah akibat kepenatan yang kadangkala rasa tidak terhingga. Itu belum lagi diceritakan kesibukan (juga sakit kepala) bagi menulis tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). 

Tahun ini?  Apakah yang dilakukan pada tarikh 26 November 2021 iaitu hari ini? Malam tadi hingga lewat hampir tengah malam saya dan isteri menghadiri majlis Qasidah Burdah di Saujana Putra. Dekat jam 1 pagi baru sampai rumah.

Pagi ini pula dihabiskan masa beberapa jam untuk menulis artikel ini. Sekarang saya harus bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Sekadar menyebut, ini adalah artikel ke-2,022 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Sekian, wassalam.


Selasa, November 23, 2021

Eksplorasi Angkor 3 tahun lalu dalam kenangan

Salam pagi Selasa 23 November 2021. Ada sedikit perkongsian daripada satu perjalanan lama yang harus diangkat kembali untuk tatapan semua.


Adapun awal pagi tadi Facebook mengingatkan saya pada sejumlah posting yang dibuat tepat 3 tahun lalu iaitu pada tarikh 23 November 2018 (jatuh pada hari Jumaat). Walaupun cerita berkenaan ada dikongsikan dalam artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Angkor Wat dan kuil-kuil lama di sekitar tetapi ia tidak menyertakan langsung apa-apa live video yang dibuat waktu itu. Melalui peringatan FB baru menyedari bahawa saya ada membuat 12 video begitu. Tapi satu sudah rosak entah kenapa.

Video-video ini cuma dikongsikan secara live atau siaran langsung melalui FB.  Selepas itu 'hilang' ditolak keluar daripada wall oleh posting-posting baru. Alangkah ruginya jika tidak dapat ditatap lagi kerana tiada yang menyedari akan kewujudannya. Oleh itu biar diletakkan pautan-pautan video seperti berikut :-



2.  Angkor Wat 





7.  Tomb Raider 

8.  Muzik Khmer 

9.  Ta Phrom 

10.  Ta Phrom Ep 2 



Selain live video FB turut menunjukkan pada sejumlah posting bergambar yang dibuat pada tarikh 23 November 2018 itu. Biar dikongsikan sedikit di sini...