Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Julai 10, 2010

Bugis bersamaan Balqis?

Tanya sama itu hud-hud...

Kitab Tuhfat Al-Nafis yang dikarang Raja Ali Haji kira-kira 150 tahun lalu ada menyebut (saya salin bulat-bulat daripada versi yang dicetak Malaysia Publications Ltd di Singapura tahun 1965):

"Bermula adalah asal raja Bugis yang mengembara ka-sabelah barat daripada pehak tanah sa-belah Bugis ada-lah asal-nya sa-orang raja perempuan: nama negeri-nya Luwok, nama raja-nya itu Sat Malangkaii; ada-lah Sat Malangkaii itu pada sa-tengah kaul orang Bugis keturunan Puteri Balkis, konon, di-dalam pada itu Allah s.w.t. yang terlebeh tahu akan hakikat al-lamur kalhatha, kerana Balkis itu di-negeri Siba, pehak Yaman, anak raja Jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman..."

Hmm. Rasanya cukuplah disalin bahagian itu sahaja ya. Nak salin semua yang berkaitan panjang pula. Cukuplah diberitahu, walaupun dalam ayat atas, Raja Ali Haji menggunakan perkataan "konon" apabila menyebut tentang cerita sesetengah orang Bugis bahawa Sat Malangkaii, juga dikenali sebagai Siti Malangkai atau Siti Malangkek itu berketurunan Ratu Balqis, beliau tetap menambah ini sebenarnya tidak mustahil kerana anak cucu Rasulullah SAW juga banyak bertebaran di bumi sebelah sini walhal baginda hidup dan wafat di Tanah Arab. Seterusnya kitab Tuhfat Al-Nafis menyebut Siti Malangkek berkahwin dengan raja Bugis yang paling besar di Luwuk. Dari keturunan merekalah muncul raja-raja yang memerintah kerajaan-kerajaan Bugis serta para pahlawan mereka... termasuk apa yang kita kenal sebagai Daeng 5 bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi yang banyak mencorak pemerintahan dan sosio-politik Tanah Melayu abad ke 18 Masihi.

OK. Saya tak pasti bilakah Siti Malangkek ini muncul di Tanah Bugis iaitu Pulau Sulawesi yang nama lamanya adalah Silangi. Tetapi setelah melihat satu salasilah versi kerajaan Bugis Wajo rasanya beliau muncul sekitar atau sebelum abad ke 8 Masihi. Setahu saya lagi tidak ada sumber bertulis lain dari Tanah Bugis yang menyebut asal-usul keturunan Siti Malangkek yang dikatakan dari Ratu Balqis. Yang saya tahu penulisan dari Tanah Bugis sendiri menyebut, kebanyakan pemuka atau pendiri kerajaan Bugis adalah para To Manurung, orang-orang sakti yang tidak diketahui asal-usul mereka, mungkin dari kayangan dan sebagainya. Apapun biar kita tumpukan sahaja pada teori bahawa Siti Malengkek memang berketurunan Ratu Balqis. Ada sesuatu yang ingin diluahkan dan saya pun tak pasti apa sebenarnya dan bagaimana kecuali saya harus menulis apa sahaja yang terbetik di hati tanpa perlu lagi membuat rujukan ke sana ke mari.

Suatu masa dahulu saya pernah terbaca bahawa raja-raja lama Habsyah atau Ethiopia adalah berketurunan Ratu Balqis. Ini memang boleh diterima memandangkan Habsyah itu letaknya sangat dekat dengan Yaman di mana kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis pernah berpusat. Ratu ini diketahui cuma pernah berkahwin dengan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dari Baitul Muqaddis. Maka keturunan Ratu Balqis juga bermakna keturunan Nabi Sulaiman dan ini turut disinggung dalam kitab Tuhfat Al-Nafis.

OK. Rasanya pembaca mesti tahu bahawa Nabi Sulaiman adalah anakanda Nabi Daud dan mereka memang pemerintah kerajaan Bani Israel. Nabi Daud menjadi raja menggantikan Raja Thalut untuk memimpin Bani Israel menangani musuh mereka sehingga terdirilah kerajaan Bani Israel yang berdaulat. Nabi Sulaiman mewarisi pemerintahan kerajaan Israel Raya yang menurut sejarawan Barat meliputi sebahagian besar Asia Barat. Namun menurut pemahaman melalui pembacaan Al-Quran yang menyebut Nabi Sulaiman diberikan mukjizat sehingga mampu menundukkan jin dan syaitan, boleh bercakap dengan haiwan dan boleh menggunakan angin untuk membawanya ke mana sahaja, tidak mustahil bahawa baginda sebenarnya memerintah seluruh dunia!

Peliknya orang Yahudi sendiri tidak menghormati Nabi Sulaiman. Walhal mereka sangat menyanjung tinggi ayahandanya Nabi Daud. Lalu muncul ungkapan "Star of David" (bintang Nabi Daud) merujuk kepada bintang segi enam yang tertera pada bendera Israel. Malah sedikit pembacaan yang saya buat mengenai kitab-kitab agama Yahudi iaitu Torah (berasal dari kitab Taurat Nabi Musa yang diselewengkan) dan Talmud (mengandungi ulasan para pendeta mereka dalam menafsirkan Taurat mengikut zaman) menunjukkan mereka menganggap Nabi Sulaiman sebagai ahli sihir! Kemungkin besar ini berlaku kerana perebutan takhta yang membawa kepada perpecahan serta kejatuhan kerajaan Israel Raya dahulukala. Lalu kitab-kitab suci terutama Talmud yang memang merupakan komentar semasa dirobah menjadi anti Nabi Sulaiman...

Kita tahu bahawa Nabi Sulaiman ditunjuk Nabi Daud untuk mewarisi pemerintahan baginda atas kecerdasan yang pernah ditunjukkannya semasa zaman budak ataupun remaja. Tapi sedarkah pembaca bahawa Nabi Daud memiliki ramai anak, antaranya lebih tua lalu menganggap mereka lebih berwibawa daripada Nabi Sulaiman? Ada disebut Nabi Daud memiliki 99 orang isteri. Kemungkinan besar ada anak yang lain teringinkan takhta tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana satu, Nabi Daud sendiri telah menunjukkan Nabi Sulaiman sebagai pengganti dan kedua mukjizat Nabi Sulaiman menjadikan baginda sangat perkasa sehingga tidak boleh ditentang selagi hidup.

Namun cerita berubah selepas Nabi Sulaiman wafat. Kerajaan Israel Raya berpecah dua, satu yang menyokong keturunan Nabi Sulaiman, kemungkinan besar dari titisan Ratu Balqis dan satu lagi menyokong keturunan anak Nabi Daud yang lain dan inilah kerajaan yang lebih besar kerana entah kenapa, lebih banyak penyokongnya. Perpecahan ini berlaku sekitar 800-900 tahun sebelum Masihi. Kerajaan Israel yang berpecah semakin lemah lalu mula ditundukkan musuh satu demi satu. Kalau tak salah ingatan kerajaan terakhir warisan Israel Raya diruntuhkan langsung oleh kerajaan Babylon dan kaum Bani Israel dijadikan hamba.

OK. Ada pihak yang percaya bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran itu adalah keturunan Nabi Sulaiman. Apakah dari titisan Ratu Balqis? Saya rasa ini tidak mustahil. Sekitar tahun 550 sebelum Masihi muncul Raja Khurush atau Cyrus the Great dari Parsi menakluki sebahagian besar dunia bertamadun. Ramai yang telah menyatakan inilah Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran dan saya ingin menambah, ada kemungkinan Alexander the Great yang muncul di Macedonia sekitar 330 sebelum Masihi itu keturunan Cyrus yang terdampar di penghujung empayar kemudian naik untuk menguasai kembali jajahan takluk nenek-moyangnya.

Berbalik pada hal Bugis. Ada yang menyebut perkataan Bugis itu sendiri berasal dari Balqis. Oh, harus diingatkan bahawa Ratu Balqis memiliki darah raja jin bercampur darah raja manusia. Campurkan dengan darah Nabi Sulaiman maka boleh dikatakan keturunan mereka memiliki darah atau atau satu set genetik yang berkaliber lagi ada satu macam kuasa.

Saya pernah bertanya kepada orang tertentu apakah betul perkataan Bugis itu berasal dari Balqis. Katanya itu separuh betul. Bugis itu merujuk kepada satu bangsa dalam istana dari keturunan Balqis. Memandangkan kemungkinan besar jurai keturunan Balqis ada banyak pecahan, mungkin Bugis itu sendiri merujuk kepada satu jurai tertentu sahaja. Yang pasti bangsa Bugis di Nusantara terkenal sebagai satu bangsa perkasa yang amat berani dan pandai berperang. Ada yang menambah, disebabkan mereka berasal dari keturunan Ratu Balqis yang ada darah jin, maka orang Bugis ada gerak rasa semulajadi untuk menembus dan berinteraksi dengan alam ghaib, wallahualam.

Dahulu saya juga agak skeptikal apabila disebut tentang kelebihan bangsa Bugis. Walaupun saya juga memiliki darah Bugis, saya tidak dapat menerima dakwaan saudara-mara dari belah sana bahawa bangsa Bugis pernah berkuasa dan memerintah seluruh Nusantara. Saya terasa dakwaan ini sama sahaja seperti apabila satu pihak berdarah Siam memutar-belit sejarah sehingga mencipta empayar khayalan yang kononnya memerintah seluruh Nusantara malah hingga ke Australia. Mana mungkin satu kerajaan yang diketahui sejarah cuma berpusat di Pulau Sulawesi pernah memiliki jajahan takluk seluas itu?

Mungkin saya pernah berfikir begitu kerana terlalu mengutamakan darah keturunan belah bapa yang membawa ke Aceh. Namun hakikatnya nenek moyang saya di Aceh dari pertengahan abad ke 18 dikenali sebagai keluarga apa yang dipanggil sebagai Raja-raja Aceh Dinasti Bugis. Ini disebabkan mereka semua berpunca daripada seorang moyang bernama Daeng Mansur yang datang dari Tanah Bugis ke Aceh abad ke 16 Masihi. Namun apabila diteliti balik cerita berkaitan, Daeng Mansur sebenarnya adalah cucu kepada seorang raja besar Aceh yang berkahwin dengan seorang puteri Bugis.

Memikirkan ini, saya terlihat sesuatu dalam menentukan identiti Bugis. Pada mereka kita tetap dikira Bugis asal sahaja ada nenek-moyang berdarah Bugis tak kiralah belah lelaki atau perempuan. Misalnya Sultan Johor sering disebut sebagai Bugis walhal darah Bugis itu muncul daripada perkahwinan Temenggung Tun Jamal yang dipercayai berdarah Sayyid dari Aceh dengan Raja Maimunah ibni Daeng Parani. Pertalian darah dengan Ratu Balqis pula sering diwar-warkan padahal ia adalah dari pihak perempuan iaitu Siti Malengkek. Sebab itu saya diingatkan agar menyertakan sekali nama anak-anak kepada saudara perempuan bapa untuk disertakan dalam satu salasilah besar Bugis. Walhal dalam sesetengah daftar salasilah, misalnya para Sayyid dan Sharifah keturunan Nabi Muhammad SAW, zuriat dari belah perempuan sudah dikira keluar kalau suaminya bukan Sayyid kerana harus menurut nasab belah laki-laki sahaja.

Namun perlu diingatkan seperti sesetengah bangsa lain, tidak semua yang dipanggil Bugis itu boleh dikaitkan dengan bangsawan dan bangsa dirajanya apalagi Ratu Balqis. Saya bagi satu misalan... misal sahaja ya. Ada satu tempat, rakyatnya semua orang asli yang berambut kerinting berkulit sawo matang. Namun raja dan keluarga raja semuanya berkulit putih merah muka berciri Arab. Apa yang berlaku adalah satu masa dahulu, seorang pendakwah bangsa Arab telah masuk ke kawasan pendalaman lalu mengajar penduduk setempat. Disebabkan kewibawaannya, beliau diangkat menjadi raja dan begitu juga keturunannya. Lalu mereka dikenali sebagai raja orang Asli, walhal rakyatnya sahaja yang berketurunan orang Asli, rajanya keturunan Arab.

Berbalik pada rasa skeptikal saya atas dakwaan bahawa Bugis pernah memerintah seluruh Nusantara, saya tidak menerimanya kalau yang dimaksudkan Bugis itu cuma mereka-mereka yang berpusat di Sulawesi. Tapi kalau yang dimaksudkan Bugis itu merujuk kepada keturunan Ratu Balqis sebelum takrif Bugis itu disempitkan kepada penduduk Sulawesi (seperti mana makna Jawi itu luas tetapi disempitkan sesetengah pihak menjadi Jawa di Pulau Jawa), maka tidak was-was lagi bahawa Bugis pernah memerintah Nusantara malah jauh lebih luas dari itu. Apa hendak dihairankan? Sebagai anak cucu kepada Nabi Sulaiman AS yang pernah memerintah seluruh dunia dengan gabungan darah Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Saba' yang juga berkelas dunia, apalah sangat Nusantara ini kecuali satu pecahan jajahan takluk mereka jua!

Hmm. Saya rasa itu sahajalah ya luahan berkaitan perkara ini. Kalau pembaca mendapati penulisan ini tidak keruan, anggaplah sahaja ia satu proses melepaskan beban agar nanti saya dapat menerima ilham akan datang. Sekian... :]

26 ulasan:

mike berkata...

salam

ingin bertanya mengenai jurai bugis wajok...pernah dengarkah madupa asal dr puntianak atau sekitarnya..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Maaf, pengetahuan saya sangat terhad. Saya cuma ingat yang berkaitan moyang saya. Dari La Madukelleng yang disokong panglima utamanya La Banna To Asak membawa ke Petta To Siangka yang dikatakan orang yang sama dengan Daeng Hanasah @ Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam di Perak.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
untuk pengetahuan tuan, bugis terengganu ade kaitan dengan bugis johor riau lingga... warisan bugis masih ade d terengganu darul iman..
wassalam.

eddy632 berkata...

Salam, sajer jer nak tambah info tentang Nabi Sulaiman a.s... Sebelum baginda menaiki takhta kerajaan, iaitu semasa pemerintahan Nabi Daud a.s. abang sulung baginda (saya tak ingat pulak namanya...) telah mengetuai sebuah pasukan untuk menggulingkan kerajaan Nabi Daud a.s, mungkin kerana cemburu kerana adiknya Nabi Sulaiman a.s telah didahulukan oleh bapa mereka....

Nampak macam ada kesinabungan kenapa Nabi Sulaiman as difitnah oleh pihak Yahudi....wallahu alam....

Tanpa Nama berkata...

Manusia tidak boleh bercampur dengan jin, kerana hasilnya tidak akan mendapatkan zuriat, dari sudut pandangan Islam. Oleh itu perkabaran Balqis dari keturunan jin, tentulah helah dari Israel untuk mengatakan Nabi Sulaiman yg dikatakan mengamalkan sihir berkahwin dengan keturunan jin hanya disebabkan beliau, Sulaiman boleh menguasai jin), padahal puteri itu dari negeri Saba'.

Berkenaan titisan darah wanita juga digunakan utk menunjukkan kekerabatan, itu terpulang kepada kaum tertentu, yg paling diikuti ramai sepatutnya adalah dari belah bapa, kerana ia menunjukkan benih.
Saya agak tidak faham mengapa orang orang bugis perlu mengambil sebelah ibu. Pada saya ini hanya untuk menaikkan nama keturunan, supaya nama itu disebut2, walaupun hanya sebelah ibu.

Umum dunia menggunakan patrilineal utk menunjukkan salasilah.

Hanya satu situasi saja menggunakan matrilineal, iaitu Fatimah saw. Kerana ini saja keturunan nabi yg hidup. Jadi, utk menunjukkan kekerabatan dengan fatimah saw nasab2 seterusnya mestilah diambil sebelah lelaki, barulah boleh kerabat itu dikira dekat dengan titis keturunan Fatimah dan langsung kepada Rasulullah.

Abgcengkih berkata...

Maaf jika aku terjah sekali lagi. Perkara yang barangkali signifikan tapi terlepas pandang. Kerana ia seolah satu jigsaw maka saya ajak saudara semua memikirkan.

Bahawa perkara warisan dan keturunan ada yang telah ditetap kan secara syarie. Ada juga yang dianugerahkan atas dasar doa. Sebagaimana di dunia anda di bin atau dibintikan bapa. Tetapi kembalinya anda kesisi Allah, anda dibin dan dibintikan IBU!

Doa Nabi Ibrahim AS agar keturunannya dikalangan anbiya dan solehin. Doa (Sumpah ) Sultan Mahmud -muntah darah 7 keturunan Megat Tarawis!. Doa Pak Kaduk pantang makan ikan Tapah seluruh keturunannya.Doa Ratu Balkis agar anak cucunya menjadi Raja-raja diseluruh pelusuk dunia. Inilah darah GAHARA! tak kira ugamanya. Sbb itu ada masanya penggantian waris takhta dalam keadaan yang disputable, dilakukan oleh institusi raja yang jauh asalkan berdarah Gahara yang masih berkuasa..sebagai memberi pengiktirafan. Walaupun bukan dari ugama yang sama, malah mungkin sahaja musuh! Seperti pengiktirafan dan restu dari Queen Elizabeth keatas Sultan Sulaiman.

Wallah a'lam

Tanpa Nama berkata...

Doa? Bukan begitu. Didunia utk menentukan nasab, anak siapakah itu dan menjadi tanggungjawab sibapa. Ia berkaitan undang2 ketetapan syarie, berkenaan nafkah, tuntutan, harta milik, nasab keturunan sekali lagi dan sebagainya yg berkaitan untuk kehidupan di dunia.

Manakala di akhirat, nama ibu, kerana ibu yang melahirkan, sewajarnya seseorang manusia itu memberi keutamaan kepada ibu dari bapanya. Dilahirkan seseorang itu dari perut ibunya. Di dunia nama ayah, diakhirat nama ibu.

Untuk penjelasan yg lebih lagi, kenalah merujuk org2 arif dalam hal ehwal ugama.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih semua atas perkongsian pendapat dan maklumat.

Anon 7:27PM. Yep. Seingat saya Tuhfat Al-Nafis turut menyebut kaitan Bugis di Terengganu dengan yang di Johor-Riau-Lingga.

Ahim: Terimakasih kerana menambah. Rasanya pernah terbaca dahulu tapi tak ingat.

Anon 10:24AM.Setahu saya bab boleh ke tidak wujud zuriat dari perkahwinan jin dengan manusia adalah khilaf ulamak. Ramai juga menyebut ia pernah berlaku dan anak yang terhasil samada duduk di alam manusia atau alam jin.

Bab nasab keturunan, baik belah perempuan mahupun lelaki tetap keturunan. Saya tetap anak kepada ibu saya dan cucu kepada bapa kepada ibu saya, tetap juga cicit kepada bapa kepada ibu kepada ibu saya. Ini boleh dilihat daripada hukum genetik di mana saya boleh mewarisi sifat dari keluarga belah ibu seperti ciri paras rupa, mungkin juga perangai semulajadi. Begitu juga dalam hukum faraid, anak perempuan tetap mendapat bahagian yang boleh diwarisi oleh anak-anaknya pula. Namun seorang anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian perempuan.

Setiap kita memiliki seorang bapa dan seorang ibu. Bapa kita juga memiliki bapa dan ibunya sendiri, begitu juga ibu kita. Hal yang sama berlaku pada datuk nenek kita. Nah ada berapa banyak pecahan nenek-moyang kita ada jika mahu dikira kesemuanya?

Sebab itu kita ada patrilineal sistem di mana keutamaan nasab dikira dari belah lelaki iaitu bapa kepada bapa kepada bapa kita untuk menentukan keturunan INDUK kita. Namun hakikatnya hubungan nasab sebelah perempuan tetap wujud kerana memang telah menjadi darah daging dan akan diambil-kira dalam KES TERTENTU.

Misalnya undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang digunapakai sekarang menyebut bakal seorang Sultan mestilah dari keturunan BENIH atau LAKI-LAKI dari keturunan Sultan ke 18 Perak, Sultan Ahmaduddin Shah. Apabila tiada lagi keturunan belah laki-laki baru DIBOLEHKAN dari belah nasab perempuan menaiki takhta.

Kiranya ini hukum priority atau KEUTAMAAN yang dipakai dalam menentu waris keturunan paling kanan. Prinsip ini boleh dipakai apabila memperkatakan bab Ahlul Bait keluarga Rasulullah SAW kerana baginda tidak meninggalkan anak laki2 akibat semuanya wafat waktu kecil maka keturunan baginda cuma boleh dikira daripada belah perempuan. Difahamkan puteri-puteri baginda selain Fatimah misalnya Zainab juga pernah mempunyai zuriat tetapi tidak panjang umur dan tidak dapat meneruskan keturunan. Lalu keturunan Rasulullah SAW cuma terus wujud melalui perkahwinan Fatimah dengan Ali dan oleh kerana mereka dapat memberikan cucu laki2 melalui Hassan dan Hussein yang kemudian turut mendapat anak-anak lelaki, maka hukum priotity yang dipakai terus kembali secara automatik kepada anak cucu Hasan dan Husin iaitu titisan keturunan Rasulullah SAW melalui Fatimah.

Hakikatnya seorang Sharifah iaitu wanita berketurunan Nabi yang berkahwin dengan lelaki di luar lingkungan keturunan tetap mendapat anak yang ada darah Ahlul Bait. Namun KEUTAMAANNYA telah hilang kerana masih banyak keturunan langsung Nabi yang bersambung nasab lelaki atas lelaki sehingga kepada Hassan ataupun Hussein. Sebab itu saya menyebut dakwaan satu pihak yang kononnya waris mutlak kerajaan Empayar Islam Ahlul Bait di Nusantara adalah PEMBOHONG belaka. Mereka sendiri menyebut nasab Ahlul Bait mereka adalah belah perempuan. Mana mungkin mereka diberi keutamaan menjadi khalifah ketika anak cucu Nabi belah laki2 masih banyak bertebaran?

Radzi Sapiee berkata...

Bersambung...

Abgcengkih: Jawaban di atas harus juga menyokong kenyataan anda di mana nasab belah perempuan tetap diambil-kira. Cuma KEUTAMAAN sahaja yang kurang berbanding nasab belah laki2. Namun seperti disebut di atas, ciri2 darah dan genetik dari belah perempuan tetap wujud dalam diri seseorang.

Anon 2:45PM: Jawaban di atas cukup untuk menerangkan segalanya. Untuk menentukan nasab tetap dari belah bapa, apabila masuk kubur disebut nama ibu pula. Namun untuk kehidupan seharian undang2 syarie terutama bab faraid atau pembahagian harta harus dijadikan rujukan. Keutamaan diberikan kepada lelaki yang mendapat 2 bahagian harta berbanding sebahagian untuk perempuan. Tapi jika tiada lagi waris laki2 bukankan semuanya akan jatuh pada pihak perempuan? :]

Abgcengkih berkata...

Yang ditetapkan secara syarie itu jelas, its final. Contohnya dalam segi pusaka mengikut Faraid. Dalam soal pewaris takhta negeri..errr takkan nak bahagikan tiap anak hak atas daerah lak! Spt yang tuan-tuan maklum dalam contoh yang ditampilkan tuan blog ada protokol dan prioriti.

Ada beza antara keturunan dan pewaris. Keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Baitnya, bahkan harus juga kalau anak susuan masuk dalam golongan ini. Tapi , pewaris nabi adalah Ulama!

Apa yang saya utarakan adalah usul dari kenapa title Bugis bangsawan itu meliputi lelaki dan perempuan. Tak lain adalah dari barakah doa yang qabul oleh Puteri Balqis RA. Dalam contoh sumpah sultan Mahmud, tuan-tuan- sehabisnya 7 keturunan, habislah ketulahnya. Kesian pulak pada keturunan Pak Kaduk...sampai habis emas dari perut ikan Tapahpun sumpahnya berjalan walau atas keturunan lelaki dan perempuan.

Dalam pandangan aku ler Radzi, Putera Charles tu pun bugis...la la la..

Radzi Sapiee berkata...

Tak mustahil... kalau kita lihat dari takrif besar Bugis sebagai keturunan atau satu cabang keturunan Ratu Balqis. Lain le kalau kita cakap Prince Charles tu asal dari Sulawesi,itu mungkin melampau... :]

PANCABAIDURI berkata...

saje nk mencelah..

ketulah@tulah tu xder dalam Islam. yg sebetulnya tulah itu adalah jin saka kepada raja atau dikenali juga sbg saka daulat. jin yg hidup beribu tahun. sbb tu tulah boleh sampai pada 7 keturunan.. contoh keturunan laksmana bentan xle pijak tanah kota tinggi mst muntah darah.

upacara adat pertabalan raja tu secara halusnya utk wariskan saka daulat pada pewaris yg baru.

kalo xcaya cuba tanya pawang diraja.

Tanpa Nama berkata...

Assalamu alaikum...

Mungkin satu keturunan yang patut diperhatikan ialah keturunan batin Nabi SAW. Seperti yang diceritaan di dalam asal usul kejadian alam.

Ini juga yang dimaksudkan ulama pewaris nabi, nasab batin ahli bait dan warisan Khalifah Allah (pusaka wali) dll.

Batin manusia (ruh) juga mempunyai keturunannya sendiri. Ruh sekelian nabi adalah berasal dari ruh baginda SAW begitulah seterusnya....

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya, pernah dengar tak Tok Ragam (tak tahu nama sebenar), Tok Janggut (tak tahu nama sebenar)dan Tok Sakti? Dikatakan susur galur hingga ke Daeng 5 saudara (tak pasti yang mana satu).
Saya tanya sebab nak tahu salah silah keluarga je :)

Unknown berkata...

salam saya nak tau kalau kalau keturunan allayarham datuk sayadapat di cari.....namanya Ngah bin rauf berasal dari jeram batu 20 selangor...ayahandanya di gelar rauf keleng bolehkah tuan berisedikit pandangan adakah dia berketurunan dari La Madukelleng ?
e-mail saya bugis1234@hotmail.com
harap tuan dapat membantu

akis berkata...

Meremang sy baca....di atas..sedangkan sy perlu mlunaskan amalan mandian bugis.... yg sy x pahami...

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah pg secara sukma ke tempat2 ghaib. Saya pnh pg ke tempat yg byk patung2 seperti tmpt org buddha tp bila sy cr btl2. Dia adalah candi di indonesia.. Dan byk lg. Sy keturunan bugis. Kedua2 keluarga adalah bugis jawa minang acheh.(cmpuran pkahwenan ) tp belah mak n bpak (lelaki , dua2 bugis)

Nak share pape whatsap sy 0193643987

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah pg secara sukma ke tempat2 ghaib. Saya pnh pg ke tempat yg byk patung2 seperti tmpt org buddha tp bila sy cr btl2. Dia adalah candi di indonesia.. Dan byk lg. Sy keturunan bugis. Kedua2 keluarga adalah bugis jawa minang acheh.(cmpuran pkahwenan ) tp belah mak n bpak (lelaki , dua2 bugis)

Nak share pape whatsap sy 0193643987

Unknown berkata...

Siti malakei atau malengkek tu mmg benar
Sy ada buktinya.... Berpusat di Selangor dan berkait dgn Raja Lumu....sy ada seluruh salasilah dr Raja Sulaiman dan Balqis seta Siti Malengkek...

Tanpa Nama berkata...

Kalau mengikut jalur keturunan adelah sebelah IBU ITU Yang tepat nabi Ibrahim Ade 3 org isteri setiap isteri berlainan bangsa kalau siti hsjar melahirkan bangsa Arab kribti siti Sarah melahirkan bani is rail Dan siti jawiah melahirkan bangsa tamim.Sudan tentu keturunan datang Dari belah IBU .nabi muhamaad sw Ade anak perempuan je yang hidup anak lelaki wafat waktu kecil lagi .tapi tetap jurai keturunan rasullullah.

puteri qalbu berkata...

betul sy prcya...xsemua akn tahu siapa...sbb keturunan baginda dicari2...biarlah rahsia antara baginda dan Allah...rahsia dlm rahsia...keturunan akhir zaman pewaris nabi yang bongsu dan terakhir..pusaka pewaris baginda..

Unknown berkata...

Daeng sari..ibu kepada daeng pertiwi..adakah wujud

Cinta berkata...

Salam semua.. saya mohon untuk mendapatkan info berkaitan keturunan saya iaitu Daeng Pendalang.. tq

Unknown berkata...

Saya mengetahui susur jalur nabi sulaiman a.s , iaitu cicit nya yg layak menjadi waris raja, sesiapa yg kenal dengan tok guru yg tahu tentang ini minta hubungi saya di talian 018 2626400

EMPAYAR DAENG ENTERPRISE berkata...

Boleh sy dptkan

Tanpa Nama berkata...

Seluruh Nusantara yang digelari Negri Maritim (Lautan), berada di 'Kalbu' wanita berdarah Bugis (Bilqis).