Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, July 31, 2007

Menjawab teka-teki ala Da Vinci kot?

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Adapun saya telah kembali ke kota lumpur malam Ahad setelah keluar berkelana selama hampir 4 minggu... Banyak cerita yang boleh dikongsi berdasarkan pengembaraan ini... Pada masa yang sama, ada juga cerita-cerita daripada pengembaraan terdahulu yang perlu diluahkan untuk tatapan pembaca seperti dibuat dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH . Cuma buat masa ini saya ingin berehat mengembalikan tenaga sebelum dapat menulis semula dengan lebih ceria.
Sebenarnya, saya belum bersedia untuk membuat apa-apa penambahan baru dalam mana-mana blogspot saya kerana masih begitu kepenatan jiwa dan raga... Tetapi apabila melihat beberapa persoalan yang muncul dalam chatbox terutama mengenai diri saya, timbul satu gerak untuk menjawab melalui gambar... Jawaban yang mungkin ada pihak yang boleh menangkapnya secara tersirat... Atau anggaplah ini sebagai satu teka-teki ibarat mencari jawaban dalam cerita The Da Vinci Code...
Sila... Kita mulakan permainan sekarang...

Gambar baju perang Bugis yang diambil di Kota Ngah Ibrahim, ketika membuat sebuah perjalanan pusing Perak dalam bulan September tahun lepas...


Tangga ke makam Habib Nuh di Singapura... Gambar ini diambil pada Hari Raya Aidil Fitri ke 5 atau 6 tahun lepas... Dalam satu-satunya lawatan saya ke pulau itu setelah 22 tahun tidak ke sana...

Untuk pengetahuan, sejak kecil sampailah ke Tingkatan Tiga, boleh kata saya dan keluarga akan pergi ke Singapura sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menziarahi saudara-mara sebelah ibu di sana juga di Johor Bahru... Lagipun dahulu sudah menjadi kebiasaan orang Johor hingga di Muar untuk membeli-belah di Singapura kerana ketika itu, banyak barangan yang terdapat di sana belum ada di Malaysia... Dan nilai duit Singapura berbanding duit Malaysia juga hampir sama... Maka masa itu, berbaloilah jika pergi membeli-belah di Singapura.


Ini pula posing 'maut' saya atas replika kapal Bugis di hadapan bekas Istana keSultanan Johor-Riau di Kampung Gelam Singapura yang sudah dijadikan muzium...


Berehat seketika di makam Sultan Iskandar di Fort Canning, seorang Raja Melayu dahulukala yang dikatakan sebagai moyang Raja-raja Melaka!


Ini pula gambar lama tahun 1995... Ketika sedang hitchiking selama sebulan seorang diri seraya tidur bersepah di Eropah... Rasanya cukup terang di manakah gambar ini diambil...


Ini gambar saya diambil seorang rakan ketika menuju ke suatu tempat tertentu di Mount Faber, Singapura...


Tempat tertentu itu ialah Makam Radin Mas... Rupa-rupanya ada sebab tertentu kenapa saya boleh sampai di sini walhal sebelum sampai ke Singapura dalam perjalanan ini, saya tidak pernah terfikir pun akan kewujudan makam tersebut...

Yang menarik adalah kewujudan banyak gambar-gambar Mekah, Madinah serta para Ahlul Bait di dalam kawasan makam... Lebih pelik lagi, di situ juga ada diletakkan salasilah Raja-raja Bugis sampai ke Siti Malengkek yang dikatakan berasal daripada keturunan Ratu Balqis... Walhal, Radin Mas ini dikatakan berasal daripada Keraton Jawa! Apakah kaitan semua ini ya?... :]


Gambar ini diambil di sebuah kawasan di puncak Mount Faber... Sekali lagi, posing 'maut' punya, posing yang menggambarkan 'rasa hati' saya terhadap Stamford Raffles dan semua penjajah serta perosak Islam dan Melayu, tak kira samada Inggeris, Belanda, mahupun Mat Saleh celup di Malaysia apalagi puak Yahudi Zionis seluruh dunia!


Akhir sekali... Gambar batu nesan Raja Merah Silu @ Sultan Malikus Salih, pengasas kerajaan Samudera, juga kerajaan Pasai... Dipercayai hidup abad ke 13 Masihi.

Terlebih penting adalah kewujudan kerajaan Samudera yang nanti akan diserapkan ke dalam Aceh Darussalam... Bukankah kitab Hikayat Raja-raja Pasai, juga Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ada menyebut...

Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.

Di sini, tergerak saya untuk mengakhiri posting ini dengan sedikit sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I. Diharap ini sudah cukup untuk menjawab apa-apa persoalan tentang diri dan peribadi saya... Sesetengah perkara tidak elok dibincangkan secara terang... Adalah sebabnya... Harap faham ya!

Apapun, ini dia... Sila baca dengan teliti ya... Apa yang ingin disampaikan hari ini semuanya menurut gerak-hati yang datang secara tiba-tiba demi menghilangkan kemusykilan para pembaca... Kalau masih musykil juga, buatlah solat Istikharah... Atau baca posting-posting lain dalam blogspot-blogspot saya... Kayuh pelan-pelan... Wassalam! :]

------Daripada bab bertajuk "KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita" ------

Seperti Bukhari al Jauhari yang menulis kitab Tajus Salatin, Rasyid percaya Nakhoda Khalifah juga tidak mahu diperkenalkan dengan nama sebenarnya. Bezanya, nama Bukhari itu telah diisytiharkan pada kitabnya sedangkan Nakhoda Khalifah adalah gelaran yang diberi oleh para pengikutnya, 100 orang pendakwah yang dipimpinnya ke Perlak.
Lalu siapakah orang yang mendapat gelaran Khalifah ini sehinggakan bandar utama dan pusat pemerintahan Perlak boleh ditukar nama menjadi Bandar Khalifah? Bukankah ini satu pengiktirafan yang sangat tinggi bagi seorang pendatang yang baru bertapak di Perlak?
“Orang yang dipanggil Nakhoda Khalifah ini mestilah lebih tinggi martabatnya daripada Merah Syahir Nuwi dan Ali bin Muhammad bukan?” Rasyid mengemukakan pertanyaan. Maka siapakah Nakhoda Khalifah?
Cerita lebih lanjut menyebut, rombongan 100 orang pendakwah ke Perlak itu datang selepas pemberontakan di bawah kepimpinan bapa Ali, Muhammad bin Ja’afar Al-Sadiq gagal untuk menggulingkan kerajaan Bani Abbasiyah. Muhammad yang pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah di Mekah turut serta dalam rombongan ini.
“Tetapi nampaknya Muhammad ini bukanlah Nakhoda Khalifah.” Rasyid memberitahu rakan-rakan yang bertemu di Sri Hartamas. “Kalau ya, mesti sudah terdapat sumber sejarah menyebut rombongan ini dipimpin oleh Muhammad. Mengapa pula berselindung di sebalik gelaran? Mengapa tidak dipanggil Nakhoda Khalifah Muhammad, anak Imam Ja’afar al-Sadiq yang sangat terkenal di kalangan orang-orang Syiah?”
Anak muda itu tersenyum lalu memandang muka rakan-rakannya satu persatu sambil membaca reaksi mereka. Dia tahu secara rata, rakan-rakan dari golongan Yuppie, golongan muda berduit dan berkerjaya tinggi ini kurang berminat tentang sejarah Melayu lama. Tetapi Rasyid pula yang tidak dapat menahan dirinya daripada bercerita. Nampaknya dia terasa begitu perlu untuk meluahkan sesuatu yang sudah lama terbuku di dada...
“Jika Muhammad adalah keturunan Saidina Hussein, apakah mungkin Nakhoda Khalifah adalah seorang pemimpin berketurunan Rasulullah SAW yang lebih kanan, mungkin keturunan Saidina Hassan, kekanda Saidina Hussein?” sambungnya lagi, seolah-olah hendak menerbitkan thesis sejarahnya sendiri. Seolah-olah orang-orang di hadapannya tahu siapakah cucu-cucu Nabi ini dan peri-pentingnya mereka kepada umat Islam.

Allahumasali ala Muhammad wa ala ali Muhammad...

---- Daripada bab bertajuk "Dari Perlak ke Perak: Kisah Keramat Kuala Bidor" ----

Keturunan Saidina Hassan diketahui ramai terdapat di Afrika Utara terutama sekitar Morokko ataupun Maghribi. Jurai-jurai tertentu pula dikenali sebagai para penguasa berwibawa seperti Al-Idrisi yang memerintah Maghribi dan keturunan Qitada yang menjadi para Sharif atau Raja-raja Mekah dan Madinah selama 800 tahun, sebelum digulingkan keluarga Bani Saud yang menubuhkan kerajaan Saudi Arabia tahun 1920an.
Dari keturunan Sharif ini juga terbit Raja-raja Jordan sampai sekarang serta Raja-raja Iraq sebelum negara itu menjadi Republik. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa anak cucu Saidina Hassan juga wujud memainkan peranan membela ummah di bumi Timur ini.
Untuk pengetahuan, satu-satunya keSultanan Melayu yang masih kekal dan diketahui berasal dari keturunan ini adalah keSultanan Brunei. Kesinambungan keturunan Saidina Hassan ini diteruskan melalui Sharif Ali, bekas Raja Mekah yang meninggalkan Tanah Arab kerana kecewa dengan perang saudara merebut tampuk kekuasaan Mekah 600 tahun lalu.
Dari Saidina Hassan lah bermula kisah suka duka keluarga yang terbuang dari takhta, kisah berulang-ulang yang terpaksa dilalui anak-cucunya zaman berzaman. Demi kesatuan ummah, baginda melepaskan takhta keKhalifahan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. Kerajaan Bani Umaiyah pun diasaskan sedangkan pengorbanan baginda dilupakan!

————————

“Masyarakat umum lebih mengenali perjuangan Saidina Hussein yang gugur syahid di Karbala menentang kekejaman Yazid anak Muawiyah,” kata Rasyid kepada Nur, satu-satunya teman setia yang sedia menyokongnya dalam susah dan senang. Wanita yang sering menjadi tempatnya mengadu masalah terutama dua tahun kebelakangan.
“Mereka lebih melihat keberanian dan kehebatan Saidina Hussein yang turun ke medan perang dengan angkatan kecil sekitar 70 orang melawan beribu orang musuh tetapi tidak mampu menggapai bahawa Saidina Hassan mengalah kepada Muawiyah demi menyelamatkan ummah daripada terus berbalah. Lalu ada pihak termasuk penyokong lamanya sendiri dengan biadab menuduh cucu sulung Rasulullah SAW itu pengecut! Walhal hakikatnya, tindakan baginda itu lebih berani kerana sanggup kehilangan nama baiknya, sanggup dituduh dayus asalkan rakyat bahagia.”
Nur mendengar penuh simpati. Walaupun wanita cantik bertubuh langsing ini bukannya seorang yang berpelajaran tinggi, sedikit sebanyak dia dapat menghayati apa yang ingin diketengahkan Rasyid. Dapat menyelami jiwanya yang lain dari yang lain serta hati nuraninya yang sensitif...
“Saya percaya cakap awak,” kata Nur lembut. “Saya tahu banyak perkara awak hendak beritahu orang because you want them to know the truth. Tetapi tidak semua manusia mahu memberi perhatian terhadap apa yang awak ingin kemukakan sebab awak sedang susah. Mereka tengok pada luaran sahaja, bukannya dalaman awak. Agaknya kalau orang politik kaya, ada kuasa yang cakap semua ini, mesti orang dah beri perhatian walaupun hakikatnya dia penipu besar, penjual maruah agama, bangsa dan negara...”
“Awak tahu kenapa saya rasa marahkan?” Rasyid meminta kepastian.
“Of course I do!” jawab temannya. “I can feel your frustration! Awak sanggup hilang segalanya because you always stick to your principles no matter what. Saya tahu awak berjiwa perjuangan, selalu teraniaya because of what you believe in.”
It’s OK,” sambung pemuda itu balik. “Saya bukan hendak menagih simpati ataupun balasan. Tak kisah pun orang kata saya gila atau mengarut. Yang penting mereka tahu cerita sebenar, faham apa yang terjadi kepada dunia ini, apa yang sudah berlaku kepada ummah dahulu dan sekarang.”
“Awak jangan risau,” Nur memberi sokongan. “Saya simpan dalam hati apa yang awak beritahu saya selama ini. Saya tahu sifat mulia Saidina Hassan yang lebih mementingkan kesejahteraan ummah daripada kesenangan diri sendiri wujud dalam diri awak. Saya faham jiwa awak!”

------------ Daripada bab bertajuk "Samudera-Pasai : Bumi para wali" --------------


“Sekarang timbullah beberapa persoalan yang agak berat!” Rasyid menarik nafas lalu memulakan satu polemik. “Siapakah Sultan Malikus Salih ini sehingga pertabalannya telah diwasiatkan Rasulullah SAW melalui arahan baginda supaya dibawa perkakas dan alat kerajaan daripada Mekah? Mengapa ini cuma berlaku di Samudera, tidak di negeri-negeri lain? Mengapa tidak di Pasai, sebuah lagi kerajaan besar yang akan diasaskan Sultan ini nanti, mengapa tidak di Melaka yang raja-rajanya sering diagung-agungkan sebagai keturunan berdaulat anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain yang turun ke Bukit Siguntang?”
Nasri baru hendak bersuara tetapi kawannya terus memotong: “Nanti! Tak habis lagi... Mengapa seorang anak cucu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq iaitu Sultan Muhammad sanggup turun takhta lalu menjadi fakir untuk turut menjalankan wasiat Nabi ini?” dia menambah. “Apakah keistimewaan Samudera sehingga ini semua terjadi? Kenapa Rasulullah SAW menyebut kerajaan itu mesti diIslamkan kerana di situ akan muncul ramai wali?”

67 comments:

MindHeartBodySoul said...

Salam.

Ada 2 persoalan yg tak terungkai;

1. Siapa Sultan Malikus Saleh?
Dari mana jurai keturunan Baginda?
Atau Baginda tiba2 muncul di Samudera?


2. Siapa Nakhoda Khalifah?
Membawa 100 individu berkaliber...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Kita cuma boleh bagi clue sahaja kerana dilarang mewar-warkan identiti sebenar mereka yang penuh rahsia. :]

ahim said...

clues;

1. Jurai saidina Hassan
2. Pernah menjadi pemerintah, mungkin syarif mekah/bekas syarif mekah, atau mungkin yang tak sempat naik takhta sharif mekah????

3. bro, youre killing me!!!!!

Radzi Sapiee said...

Don't take it too seriously.

Jurai Saidina Hassan tu dah betul le. Syarif Mekah pun betul tapi itu cuma satu cabang je. Banyak lagi cabang Saidina Hassan sebenarnya ada ni Nusantara tapi diaorang pun tak tahu diaorang Ahlul Bait, paling utama pecahan Abdullah bin Hassan bin Saidina Hassan atau Abdullah Al-Kamil yang ibunya pula keturunan Saidina Hussein...

Cerita filem dan buku Da Vinci Code tu sebenarnya agenda Zionis nak bagitau le Nabi Isa kononnya ada keturunan. Seterusnya keturunan itulah yang kononnya layak menaiki takhta di Baitul Muqaddis lalu mengamankan dunia. Walhal yang sebenarnya naik nanti adalah Imam Mahdi keturunan Saidina Hassan campur Saidina Hussein.

Keturunan Nabi Isa mana ada buat masa ini sebab baginda tak pernah berkahwin, bila baginda turun balik besok baru le kahwin dengan gadis Quraish. Namun keturunan yang dikatakan anak cucu Nabi Isa yang kononnya terbit melalui perkahwinan rahsia baginda dengan Mary Magdalene memang wujud. Tapi keturunan sapa sebenarnya kalau kita orang Islam sudah diajar Nabi Isa belum berkahwin?

Kiranya macam gak orang Kristian percaya Nabi Isa mati kena salib sedangkan orang Islam tahu itu adalah si Judas pembelot yang mukanya diserupakan muka baginda. Jadi anak cucu Mary Magdalene yang kemudiannya muncul di Peranchis untuk menjadi apa yang dipanggil keturunan Raja-raja Merongivian yang titisannya masih ada hingga kini (katanya George Bush tu salah satu keturunan mereka) tu anak cucu sapa? Apakah salah satu akan muncul menjadi Dajjal Al-Masih yang bakal bertakhta di Baitul Muqaddis sebelum kemunculan Imam Mahdi AS?

aminhaqim said...

salam sedaro radzie

ambo nie ngeleng2 kepalo baca apa mu tulih nie..

husin, hasan masih hidup lagi, skg pakai nama lain, nabi isa lamo dah turun dia naik sekejap aje masa tu, dah kahwin ado anak cucu cicit dah

imam mahdi tu gelaran ajo, nama sebenar lain (bukan wak ashari arqam)

g.bush tu keturunan yakjuj makjuj

sedaro radzie, mu ingat lagi tak pesan ambo dulu, kita hidup nie biarlah bersifat berkurang kurangan jange bersifat lebih dan melebihkan, salam

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

Kalau begitu sah le mu tu terlebih pandai lagi amat mengetahui. Tak apa le.... teruslah menggeleng-gelengkan kepala. Biarkan ambo yang jahil ni terus meraba-raba dalam kegelapan. Sesungguhnya nasihatmu tidak dipinta dan ilmu yang kamu rasa tinggi itu tidak pun hamba tagih.

Janganlah buang masa lgi baca blogspot yang berfikiran rendah ini. Selamat jalan!

aminhaqim said...

salam sedaro radzie

ambo nie org miskin ilmu dan tak berharto, tak pandai mano eh, nampaknya sedaro nie mudah membuat kesimpulan dan cepat melenting,terasa hati bila di tegur

ambo nie kasihan melihat kamu tercari cari pengenalan diri, bila ambo hendak tunjukkan jalan biar kamu tahu kedudukan makam diri kamu menolak, tak polah itu kehendak kamu.

nasihat ambo yg terakhir di sini ialah cukupkanlah dan tunaikan hak fitrah ke atas diri kamu dan hak adik beradik kamu yg di alam ghaib barulah bermulanya satu permulaan atau kehidupan yang baru ke atas kamu setelah terbuka pintu pengenalan diri

ambo mohon diri, salam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

Pandai pulak cakap miskin ilmu. Tapi nak nasihat orang. Cakap jangan berbelit-belit. Rezeki, ilmu, pengenalan dan pembukaan bukan kamu yang bagi. Janganlah nak buat2 rendah diri lepas tu perlekehkan orang. Aku tak terima pengajian kamu dan aku tak mahu belajar pun...

Maka itu kata Mat Saleh, good riddance. Bahasa kasar Melayunya, bagus le... boleh belah!

Lagi sekali jangan buang masa beri komen lagi atau pandangan yang konon miskin ilmu (ikut kata kamu yang amat 'merendah' diri lagi 'prihatin' le itu). Kalau aku nampak aku buang aje...

fiduz said...

as-salam radzie...pedulikan apa org cakap...teruskan keikhlasan tuan dalam pencarian dan berkongsi ilmu dgn kami yg ingin mendapatkan jawapan dan maklumat untuk menyusun pula diri masing2 dgn info maklumat yg amat bernilai dari usaha tuan...dari titik inilah penyusunan yg diluar sana bercantum menjadi satu..semoga Allah anugerahkan kesihatan yg terbaik,permudahkan segala hajat dan keperluan tuan sekeluarga dan rakan2 yg memberi sokongan..teruskan Merah Silu...Allahu Akhbar...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terimakasih. Kita semua saling belajar. Ada bahasa yang menunjukkan kita jujur ingin berkongsi. Walaupun ilmu kita dhaif, disebabkan jujur ingin berkongsi itulah Allah sampaikan kita pada maksud dan hajat hati... kerana Dia sahaja yang mampu memberi hidayah, bukan mana-mana makhluk tak kiralah berapa ribu kali makhluk itu telah mati dan hidup kembali.

Ada bahasa pula bertujuan menarik perhatian pada diri dan pengajian sendiri seraya memperlekehkan usaha orang lain. Bila bahasanya begitu, tak kiralah betapa tinggi atau 'benar' ilmunya itu. Ia tetap hancur jua.

Sesungguhnya Azazil @ Iblis itu adalah makhluk yang diketahui paling tinggi ilmu pengetahuannya (selain dari Rasulullah SAW). Tetapi kita pun tahu apa kesudahan Iblis kan?

Rasulullah dan cakap cuma rahmat Allah yang dapat menyelamatkan kita. Baginda tak kata ilmu mahupun pengetahuan hakikat atau makrifat yang menyelamatkan kita walaupun kita disarankan untuk mengenal Allah.

Saya pernah ditegur dan diberitahu, kalau perjalanan mengenal Allah itu telah menyebabkan kita jadi angkuh dan riak lebih elok kita tinggalkan perjalanan itu dan jadi bodoh balik. Itu lebih baik dari ditipu perasaan bagus seolah-olah diri tu telah sampai dan orang lain rendah pencapaiannya belaka, kononnya tak tahu hakikat sebenar alam dan kehidupan. Kononnya hanya mereka yang setuju dan mengikut pengajian kita sahaja yang benar...

aminhaqim said...

salam

seperti yang ambo jangkakan, ambo nie bukan niat memperli sedaro atau lekehkan org lain, kamu salah faham nie

ambo nie beri nasihat aje kalau rasa tidak sesuai tolaklah secara baik

baiklah ambo tak mau berlawan kata2, jgn ikutkan rasa hati tu radzie. fikirkanlah.

kalau ambo jumpa sedaro kat mana2 ambo ajak kena teh o, kopi ker.

maaf kalau ambo nie salah kata2 yer.salam damai.

Anonymous said...

Salam. Tidak bersetuju hamba dgn kenyataan Tuan aminhakim ttg hasan, husin dan Nabi Isa. Tiada kelahiran semula dlm Islam...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Baik AminHaqim, saya tolak secara baik.

Perkara berkaitan penghijrahan roh dan pemakaian sarung baru jangan sesekali diceritakan di khalayak ramai. Tiada faedah pengetahuan ini jika menimbulkan kekeruhan dan fitnah orang-ramai nanti.

Jika betul saudara sudah mencapai maqam yang tinggi, maka itu seperti Mansur Al-Hallaj saudara tiada masalah dijatuhkan hukuman mati apalagi mahu dimaki-hamun kerana tiada menjadi apa-apa hal untuk seseorang wali dipaksa meninggalkan sarungnya... bila-bila sahaja ia rela mati untuk kembali kepada Khaliqnya apalagi jika ia sudah faham dan yakin yang ia boleh kembali dalam sarung baru dengan izin Allah jua.

Jangan cakap tinggi tak serupa bikin. Bila orang lain mempersoalkan kita, kita tuduh makamnya rendah tak cukup pemahaman Tauhid. Tapi kita pula sedap-sedap berkata dengan nada yang seperti merendahkan pemahaman orang lain, kononnya nak bagi nasihat gitu. Apakah kata-kata orang lain itu bukan keluar daripada Dia yang Esa juga? Kata-kata kita sahaja yang sah berlaku atas asbab Allah berkata-kata melalui makhluknya?

Sesungguhnya memang benar saudara sudah tersilap mengeluarkan kata-kata. Apakah saudara kira saya tidak tahu tentang apa yang ada atau tiada dimakam-makam yang saya ziarahi selama ini? Apakah saudara kira orang yang kononnya boleh memanggil para wali datang masuk menghadap ke dalam kamarnya itu lebih bagus daripada mereka yang susah-payah berkelana seperti tidak nyata arah tujuannya?

Apapun saya terima salam damai. Seeloknya saudara diam daripada cuba memberi nasihat atas perkara-perkara yang boleh mengelirukan orang ramai. Sekian.

aminhaqim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Radzi Sapiee said...

Ada orang hari tu kata dia nak bagi nasihat terakhir kemudian nak mohon diri. Namun dia masih terus nak berhujah lagi dan lagi tapi kata tak nak beri hujah. Itu tanda orang munafiq, cakap berbelit-belit. Satu, kerana tak pegang kata-kata asal yang mengaku kononnya nak bagi nasihat terakhir. Kedua, menimbulkan persoalan direct apabila menyebut Hassan dan Hussin hidup lagi tapi kemudian sebut kias pula.
Kalau kias, cakap aje le semangat Hassan dan Hussin yang hidup lagi, bukannya cakap macam kamu sebut tu, macam bagus aje dah kenal semua yang di alam ghaib yang datang kembali.

Ketiga, saudara nyata tak puas hati kerana bila diminta mendiamkan hal ini, masih tak dapat mendiamkan lagi. Sedangkan kat sini le ujian paling senang untuk mereka yang jujur ingin berbincang sesuatu hal.

Untuk mereka yang beradab bukan setakat memngaku tahu adab, kalau dah tahu satu perbincangan tu dah meleret-leret boleh buat orang marah, senyap aje le. Biar kalah agar keadaan menjadi damai, bukannya terus nak berkata-kata tapi kononnya tak mahu berhujah lepas tu menggunakan kata-kata yang seperti menyimbah minyak ke atas api. Kalau perlu berkata-kata pun, orang beradab sudi meminta maaf dan mengundurkan diri walaupun dia berada dalam kebenaran. Ini dibuat semata-mata kerana hendak menghilangkan kekeruhan. Sebab tu ada pepatah berbunyi tidak hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar...


Baik saudara cermin balik diri saudara itu dan semak balik amalan saudara. Kalau dah kata salam damai tu, relak aje le. Ini ada hati nak nasihat orang lagi. Kan kata hari tu nak bagi nasihat terakhir?

Gaya saudara ini ialah seperti orang yang sudah biasa memberi nasihat tak dipinta di blogspot orang lain dan forum-forum. Saudara sebut jangan panggil diri saudara sebagai tuan tetapi saudara sebenarnya minta dihormati. Sebab itu saudara tak boleh mengalah... saudara tak nak orang ingat saudara sudah kalah kerana nanti tak berjaya le taktik nak cari pengaruh peribadi tu kan?

Sebab itu juga saudara bagi 'nasihat' secara terbuka begini sedangkan kalau betul saudara jujur nak bagi nasihat kepada saya sahaja, saudara boleh membuatnya melalui hotmail atau mana-mana cara yang tidak melibatkan, mahupun boleh dilihat oleh orang lain. Sebaliknya cara saudara ini seperti nak bagitahu semua orang yang saudara kononnya tahu perkara-perkara tinggi yang orang lain tak tahu lalu orang lain boleh merujuk kepada saudara....

Sudah le. Saya pegang cakap asal dalam komen saya yang terdahulu. Saya delete sahaja komen 7 perenggan si munafiq di atas ni di mana sebahagian besarnya masih bersifat riak kerana ingin menunjukkan dirinya lebih tahu lalu kononnya ingin membimbing saya... sekian...

aminhaqim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Radzi Sapiee said...

Cerita dah tamat dah. Apa le ada orang masih tak puas hati. Buat ugutan dah pulak. Orang macam kamu yang sibuk nak cari pengaruh kat tempat orang lain le yang membuatkan satu forum tu terus tutup. La ni kamu nak bawak pengajian kamu tu kat sini. Sudahlah bangsat!

Anonymous said...

naper banned? kata2 mcm hebat sgt! pergi mampus dgn kau punyer buku fitnah itu!!

Anonymous said...

ohhh dah tau malu la tuee! pandai pulak kao rasa malu wahai pendusta pengikut dajal!

Anonymous said...

di minta2 mana2 blogger yg berugama islam jikalau anda tidak mahu nama2 keturunan nabi dipermainkan bertindaklah atas nama rasullulah! allah hu akhbar!!

Anonymous said...

kamu tulah yg bangsat mcm keldai tak faham bahasa! bodoh takder adab! ingat skg pihak berkuasa sedang memantau buku fitnah kamu tu!! tolol

Anonymous said...

kak kakah ada org dah takut! dah buat silap masih nak berlakon mcm bagus! nak cover line lu tak clear laaa bro!

Anonymous said...

siapa nak percaya buku bka kau tu tolol! mengarut nak kenal diri pergi kubur2, terloncat2 mcm beruk mak yeh!!

Anonymous said...

derma utk dewan tok kenali tue pun kau nak kelentong! apa ingat aku tak tau kau tipu dlm blog ckp org dari johor derma 70k, walhal org tue cuma derma 2ribu ajer! nampak sgt pembohong! nak popular cepat tapi perangai kalahkan iblis!!

Anonymous said...

buat malu nama dewan tok kenali dah tue eksyen dia punyer blog bagus! perasan la lu ! sesat lagi menyesatkan

Anonymous said...

blog bertaraf rendah...hah sapa ckp tue, bukan kau sendiri yg rendahkan taraf blog kau...hahah kan dah nmpak sgt kebodohan kau

Anonymous said...

cemarkan nama baik tok kenali, tipu bab nasab, tipu salasiah raja, langgar adab, org nasihat tak dgr, ini perangai lebih dari bapak setan!

Anonymous said...

forum tutup bukan masalah aku, skg kau nak tuduh aku dan lain2 forumer dlm tu pulak! hebat betul kau punyer fitnah, mana ko belajar? guru sai baba kau ker?

Anonymous said...

apa bukti aku nak cari pengaruh? ada aku ajar benda menda tak faedah mcm kau merayau2 gi kubur tak tentu hala!
lain lahh kao tue terang2 fitnah keturunan rasul, pegi mampos lah kao punyer buku dan blog kamu nieee

Radzi Sapiee said...

Kesian. Malam Jumaat time2 awal Magrib ni paling kurang settlekanlah dulu solat, tenangkan hati dan fikiran. Ini tak, dari jam 7:27 sampai le ni sumpah seranah orang. Itupun nasib baik aku cabut yang kat chatbox... bayangkan, lebih 20 komen berturut-turut sebelum masuk Maghrib semuanya mengutuk orang. Tapi lagi ada hati mahu cakap pasal agama dan beri nasihat kat orang. Apa da....

Aku tak perlu cakap apa lagi dah.... semua orang boleh nampak siapa yang amarah dan hilang akal... :]

Anonymous said...

lala nak tukar topik lak, terang lagi bersuluh buku fitnah rasullulah kamu bangga nak jual! pirahhh mabokk oi

Anonymous said...

nak tunjuk alim kononnnn!, pirahhh, diri sendiri dah sesat nak betulkan org lain! woi cerminlah diri lu tu!!

Anonymous said...

yere yer semuaaa org dah nampak fitnah kau! bodoh...tak abis2 eksyen

Anonymous said...

ohhh dulu kemain koo kutuk aku! bila aku bukak rahsia kao mengelabah pulak? apahal bro? rileklah tak lama lagi org pejabat agama cari kau! selamat kami semua dari fitnah kaooo wahai org gila duit!

Anonymous said...

nak buruk kan nama mat kilau pulak! kesian betoi tgk muka org fasik nie dah kering idea la tuee! puii

Anonymous said...

dulu dah kena belasah abis dlm forum asyraaf masih nak berlagak lagi! padan muka kau wahai radzie setan laknat!!!

Anonymous said...

pi padam dlm chatbox kenaper? takut malu ker? kak kakah...dah buat taik takutt plak pecah tembelang!! oi kau nie tak takut sultan2 melayu murka ker buat buku tipu nasab, dah kena buang daerah baru tau agaknya si bongok bangsat nie...

Anonymous said...

sesiapa pun akan marah kalau buat fitnah, bodoh celaka! dah takder adab ker main hentam keromo jual nama2 keturunan rasullulah, kau ikut suka hati pala otak kau!

Anonymous said...

berani kamu main2 kan nama mat kilau yer?...siap nak fitnah aku plak! apa kau nie dah biol ker?? wooo patutlah rupa2nya dia nak glmaour abis dia fitnah nasab keturunan rasullulah sikit punya berani mati!

Anonymous said...

takda sapa yg ikhlas nak endorse buku fitnah perosak iman kau tu BAHLOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

nasib baik aku tanya org dewan tok kenali pasal duit derma tue, kalau tak makin berlagak tak sedar diri la kao nie...mcm bagosss, penipu.....KENA SUMPAH KENA SIAL NAK TAK!!

Anonymous said...

NAK KENA SUMPAH KENA TULAH MAMAT NIEE!

Anonymous said...

BLOG,BUKU DAN KAU SEKALI KENA BAKAR DLM NERAKA JAHANAM!!!NAK TAK

Anonymous said...

KAU NAK KENA SUMPAH KETULAH GAYANYA NIE...EMMPH BAIKLAH

Anonymous said...

KAU NAK KENA SUMPAH KETULAH GAYANYA NIE...EMMPH BAIKLAH

Anonymous said...

KAU NAK KENA SUMPAH KETULAH GAYANYA NIE...EMMPH BAIKLAH

Anonymous said...

KENA KETULAH KAU WAHAI RADZIE SHAPIE!!

Anonymous said...

KENA KETULAH KAU WAHAI RADZIE SHAPIE!!

Anonymous said...

KENA KETULAH KAU WAHAI RADZIE SHAPIE!!

Anonymous said...

KENA KETULAH KAU WAHAI RADZIE SHAPIE!!

Anonymous said...

KENA KETULAH KAU WAHAI RADZIE SHAPIE!!

Radzi Sapiee said...

Astagfirullahalazim. Sah le engko ni sakit jiwa. Apa yang berlaku ini mengingatkan aku pada satu pendek keje drebar teksi yang perasan ingin jadi murshid agama peringkat tinggi. Isterinya pula perasan kononnya puteri di alam ghaib. Dengan sedikit ilmu yang ada seperti mampu le megubat orang sikit-sikit dan pengetahuan ilmu orang lama, si drebar teksi pun cuba menjual minyak kat satu forum. Kebetulan kat situ ramai orang yang sedang dahagakan ilmu lalu terikut le mereka akan ajaran si drebar teksi.

Aku teringat lagi betapa bangganya si drebar teksi apabila menyebut lawyer pun jadi pengikutnya. Malah isteri si drebar dah terlebih dahulu jaja yang aku seorang penulis buku juga kononnya pengikut mereka. Walhal aku datang rumah diaorang sekali tu pun untuk join majlis diaorang atas semangat ukhuwah semata... lagipun ada orang yang aku kenal pi mai sama, dan ada pula orang yang pernah mendengar namaku atau membaca bukuku memang berhajat untuk bersua muka dengan aku.

Kesian kat budak-budak yang mengikut dan terpesona dengan ilmu yang dijaja. Kononnya itulah ilmu paling tinggi pernah mereka temui. Maklumlha ramai mereka ini masih mentah, belum ada pengalaman melihat segala macam pengajian, ada yang menyimpang. Tapi aku tak kata apa-apa kerana dah Allah atur begitu... kadangkala seorang itu kena ikut ajaran sesat dahulu agar betul-betul dapat mengenal yang mana satu ajaran sebenar Rasulullah SAW, yang mana satu ajaran sesat orang perasan yang ingat dia tu penjelmaan semula waliyullah dari zaman lampau.

Lepas tu aku lupa sahaja cerita tu. Tapi sejak kebelakangan ni matahati aku asyik nampak si pendek drebar teksi ni. Hati kecil aku berkata dia dah mula hilang pengikut kerana orang dah mula sedar ajarannya tak ke mana. Hilang pengikut tu satu hal... dia dah mula hilang pendapatan tambahan sebab selama ni dia dapat tipu pengikutnya supaya bayar wang fitrah untuk urusan alam ghaib konon...

Apapun, sesiapapun engkau wahai orang yang memakai IP no 60.51.0.176 yang berlokasi di Kuala Terengganu buatlah kerja secara jujur. Janganlah terus menyimpan angan-angan nak jadi orang penting lagi berpengaruh. Engkau tu nobody... muka tak pernah pun keluar majalah ke, tv ke buku suratkhabar ke. Sedarlah diri...

Adapun sumpah tulah yang engko ulang-ulang pada malam Jumaat ini langsung tak menjadi. Sebaliknya nampak sangat le engko tu yang meroyan termakan sumpahan sendiri... pengajian lu pula tak pun menjadikan lu berjaya kecuali tertipu dengan nafsu sendiri...

azim said...

Salam Tuan Blog
biar jela mamat gila tu meroyan.delete je posting org gila.
Org macam ni perosak blog.kalau xsuka cabut la pi blog lain.sewel tul
Semoga tuan terus dengan penulisan berkualiti tuan.
dan tuan sekeluarga sentiasa dalam perlindungan Allah.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tak apa. Ni kira hiburan free untuk blogspot ini. Lagipun benda-benda macam ni sebenarnya menolong menampung apa-apa kekurangan amalan saya. Kan ada disebut lebih kurang begini... apabila kita memfitnah atau mencaci-maki orang maka segala amalan baik kita akan hilang lalu diberikan pada orang yang difitnah dan dimaki? Sebaliknya segala keburukan orang yang difitnah dan dimaki pula yang beralih pada orang yang mulut celupar itu, hehe!

Sebenarnya pada awalnya saya risau juga kerana takut tersilap tafsir niat baik orang. Mungkin orang itu ikhlas memang berniat mahu menolong saya tetapi saya pula yang silap faham akibat bahasa yang digunakannya tidak sesuai dan perkara yang cuba diketengahkan tidak kena tempat dan khalayak. Sebaliknya apabila gerak hati saya menyuruh agar menguji dahulu dengan membalas sedikit kasar, saya dihujani dengan maki-hamun yang berterusan sehingga nampak nyata awal waktu Maghrib malah sebelum senja hingga masuk waktu Isyaq malam Jumaat ini digunakan orang ini untuk perbuatan yang sia-sia. Mana pergi solat Maghribnya? Apalagi nak bercerita pasal zikir atau tafakur mengambil berkat hari Jumaat yang mulia?

Nah, nampak cukup terang orang ini berniat jahat dan melakukan amalan songsang. Maka dengan kuasa Allah semakin dia memaki-hamun semakin saya gembira dan yakin saya berada di landasan yang benar. Alhamdulillah! :]

Anonymous said...

to azim: nie ialah antara saya dgn radzie shj, jikalau saudara hendak tau beliau telah memadam kenyataan sy sblm ini, kalau hendak tau lebih lanjut sila rujuk kepda tuan hj abdul hadi serta setiausaha persatuan asyraff m'sia, masuk forum asyraaf.net dan tanya mod2 di sana bagaimana tingkah laku rdazie nie. Mufti brunei telah mengharamkan buku ini. dan tiada pengesahan mana2 persatuan yg bertauliah serta dari majlis2 raja. Boleh hubungi syed fadhil 0199153748 seorg pkar nasab yg mahir dan boleh terang sebab buku ini ada2 usnsur bidaah yag mempermainkan nasab ahlul bait.

------------------------------

nak pertikaikan aku solat ke tak? ko boleh nampak ker? nampak sgt kaki fitnah nie dah takder kerja lain, aku pulak tak tuduh solat, dahhla taktik kotor kau tu, sendiri buat sendiri tanggung, kau tak takut kena buang daerah ker?, menulis salasiah rekaan syok sendiri di kutuk oleh allah swt tau, siapa ip trgganu tue? ko dah gila ker main tuduh tanpa bukti? nampak sgt jelas sikap munafik yg suka fitnah org lain, ambo bersumpah atas nama allah biar laknatkan kau sebab mempermainkan nasab rasullulah

Anonymous said...

sapa mengesahkan ajaran sesat dlm forum tue? ko dah sakit otak ker? ada ker ckp suruh buat mcm tue?, kao tu yg bermuka fasik kalaua kau maki org takpe bila kao kena maki mulalah ckp kao nie bagus, hebat.......butuh lu la mamat pariah!

Anonymous said...

berdosa besar kau menuduh tanpa bukti org tak solat! tolol!

Anonymous said...

eksyen konon nak menguji org dirir sediri dah sesat akidah hendak sesatkan org lain, perbuatan ko lagi terang dan bersuluh siap buat buku ahlu bait konon, abis hancur kau rosakkan nasab keturunan junjungan nabi, ko nie islam ker?

BILA AKU TAK ONLINE KAT SINI MCM2 KAU FITNAH AKU, MUKA TAK MALU DAH MAIN2KAN NASAB KETURUNAN NABI, KAU TIPU BAB DUIT DERMA DEWAN TOK KENALI, SKG KAU NAK BURUKKAN NAMA MAT KILAU PULA!! APA BUKTI KAU KATA AKU ADA TERLIBAT APA2 PENGAJIAN??? KAU TUE GILA MEROYAN MACAM ORG SASAU TAK SEDAR DAH KENA KETULAH LAGI NAK BERLAGAK, APA KAO INGAT BERKAH KER REZEKI KLAU KAO BUAT BUKU TIPU BAB NASAB?? MERAYAU2 GI KWSAN KUBUR SIAP TERGOLEK TERLENTANG KONON NAK DPT MIMPI ABIH TUE KAU JUAL TEMBERANG KAU JUMPA TULAH NILAH!, APA KAO INGAT KAO BAGUS SGT KER PERGI KUBUR2 TU, DIRI SENDIRI TAK SEDAR GALI KUBUR SENDIRI FITNAH ORG!!

Anonymous said...

ORG DAH DIGELAPKAN HATI MCM KAO NIE MMG JENIS SUKA TABUR FITNAH!!

SEDAP MULUT LU NAK FITNAHKAN MAT KILAU PULA!

PIHAK JAKIM, KDN SERTA MAJLIS2 RAJA AKAN BERTINDAK SEBAB KAU PERMAINKAN HADIS DAN NASAB KETURUNAN NABI!

Radzi Sapiee said...

Dasyatnya! Awal pagi malam Jumaat time elok Tahajud ni dok maki orang lagi. Meh le tambah lagi... orang cari perhatian begitu le sifatnya. Bila tak tahan geram terus pakai huruf besar semuanya.

Kesian la lu mat. Lu orang kenit, kecik, takda nama, tak terkenal, entah-entah orang kampung lu pun tak tahu lu sapa. Sebab tu le lu terus memekik nak mintak perhatian semua orang.

Hehe! Sesekali best gak jadi batu api ni.... dapat banyak lagi pahala free... hehe! :]

ahim said...

1)errr....hati musti mau jaga eh....innAllaha ma`assobiriin...

2)Timing sultan malikus saleh nie ader dekat2 dengan sharif muhammad al baghdady ker???

fiduz said...

aminhaqim..Anonymous..ntah saper lak lepas ni..kalau tuan kata fakta yg ada dlm ni x betul yg mcm mana susunan 'ayat' tuan tu...sila bentangkan 'point' tuan dlm mempertahankan kenyataan tuan yg sampai sanggup mengeluarkan bukan budaya Dewan Bahasa dan Pustak..if tuan Radzi did say it out..loud and clear right on ur face..at least he got a point on wat he's been doing...wat say u?????

Tuan nak sumpah org lain..ketulah??sumpah x perlu diucapkan meskipun darah nyer 'putih'..sumpah tu 'auto' jer..

ni yg payah bila 'kenal diri' tp bahasa mcm x sedar diri...jgn sampai makan diri sumpah ketulah tu..

Radzi Sapiee said...

Ahim: Sultan Malikus Salih dikatakan mangkat tahun 1297 Masihi, Sharif Muhammad Baghdadi pula dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu 1303 Masihi. Kira sezaman le tu...

Fiduz: Tak apa le. Biarlah dia melepaskan rasa geram di dada tak kiralah atas sebab apa. Harap dengan ini dadanya dapat menjadi lapang dan lebih tenang, insyaallah! :]

rosli said...

salam sejahtera saudara radzi,
saya dari parit sakai muar,
jagalah apa yang dikurniakan Allah kpd awak dgn sebaik-baiknya.dan kepada mereka2 yg tidak memahami amanah itu janganlah awak layan sangat.diam itu lebih baik. Allah maha mengetahui. kalau turun muar call saya, email g2jiituu@gmail.com

syukri said...

salam
Saudara Radzie.....berat sangkaan saya mengatakan Syarif Muhammad Al Baghdadi adalan keturunan syeikh Abdul Qadir al Jilani. Kalau salah mohon pencerahan dan kalau benar mohon penghuraian. Mohon jasa baik Sdr. Radzie emailkan kpd shake103@googlemail.com sekiranya tidak sesuai dijelaskan dalam forum
Jasa baik saudara saya dahulukan dgn ucapan jutaan terimakasih
wassalam

Anonymous said...

bole sy dapatkan email saudara radzi tak?..

Radzi Sapiee said...

Wassalam. merahsilu@hotmail.com