Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 15, 2015

"Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!

Salam 1 Zulhijjah 1436 Hijriah. Mengambil kesempatan atas hari baik permulaan bulan orang menunaikan haji ini (walaupun dah lewat petang), saya ingin memberitahu bahawa buku terbaru saya ""Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" sudah pun keluar. Buku ini telah dihantar oleh pencetak kepada penerbit iaitu Hijjaz Record Publishing petang Khamis. Petang semalam pula baru saya berkesempatan mengambilnya di pejabat Hijjaz. 

Untuk makluman ia adalah buku pertama saya sejak buku ke-7 iaitu Jejak Keluarga Yakin dikeluarkan Oktober 2011. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia diikuti Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah. Sekarang biar diceritakan sedikit berkenaan buku menggunakan gambar-gambar kulit dan muka surat pilihan yang diambil hampir Asar tadi...




Ini adalah kulit hadapan buku. Ada dinyatakan bahawa buku baru ini adalah pengembangan daripada siri asal trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" (buku pertama hingga ketiga saya, terbit 2006-2007). Nampak tak bentuk yang terpapar pada kulit? Kalau tak nampak cuba perhatikan gambar bawah yang menunjukkan kulit hadapan juga belakang...






Sebahagian senarai isi buku. Kali ini apa yang dipaparkan jauh lebih terang berbanding siri trilogi asal.



Kali ini juga baru diterangkan bahawa segala penceritaan dibuat berdasarkan pengalaman sebenar saya pergi ke sana ke mari  termasuk ke Aceh ketika ia masih darurat akibat peperangan antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia) demi mencari jawaban kepada beberapa persoalan yang melanda fikiran.



Turut diceritakan bagaimana setelah 8 tahun siri asal "Berpetualang ke Aceh" selamat dipersembahkan ia mahu diolah kembali menjadi bentuk baru yang lebih menarik dan mudah dihadam.



Kata-kata jujur daripada pihak penerbit juga dapat menerangkan. Sebetulnya bukan tidak pernah ada syarikat lain menawarkan mahu menerbitkan kembali siri "Berpetualang ke Aceh" dalam bentuk yang lebih segar. Cuma dahulu saya tidak nampak bagaimana ia dapat dijayakan. Bila datang Hijjaz dan setelah saya melihat format buku  "Membongkar Rahsia Dunia Melayu" yang diterbitkan penghujung 2014 barulah nampak. Lihat Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah.



Malah disebabkan kejayaan tak disangka buku "Membongkar Rahsia Dunia Melayu" itulah pihak pengurusan Hijjaz sendiri tergerak untuk mencari dan menemui saya untuk berbincang kerjasama penulisan akan datang. Saya sendiri melihat ia sebagai suatu perkara yang sudah sampai waktunya untuk dilaksanakan. Selain bersetuju untuk menerbitkan kembali siri "Berpetualang ke Aceh" dalam bentuk baru di mana 3 buku asal membentuk 6 buku berwarna, beberapa tajuk buku baru juga telah dibincangkan untuk penerbitan akan datang.



OK. Ada yang bertanya kepada saya juga orang lain di Facebook (penerbitan buku baru saya telah diwar-warkan lebih awal di FB) apakah perlu atau berbaloi membeli buku baru sedangkan mereka sudah memiliki siri "Berpetualang ke Aceh' yang asal. Untuk menjawab persoalan ini biar diletakkan kulit buku pertama BKA ini. Bandingkan dengan kulit baru di bahagian paling atas artikel ini.



Ini pula salah satu muka surat dalam buku asal. Lihat bagaimana cerita dipersembahkan begitu padat, spacing atau ruang kosong antara perenggan pun tiada. Boleh kata semua muka surat begini rupanya, dalam hitam putih belaka.




Bandingkan dengan buku baru yang dipersembahkan dalam bentuk lebih menarik, mudah dibaca dan berwarna-warni. Siap ada peta lagi.



Ada pula info-info atau maklumat. Ini tidak pernah ada dalam buku asal.



Info-info ini dapat menerangkan dengan lebih jelas apa yang pernah diceritakan dalam buku asal. Dahulu tu saya berharap orang mengambil inisiatif  sendiri membuat rujukan daripada sumber yang berpatutan kalau nak tahu lebih lanjut. Dalam buku baru sudah ada penerangan.




Banyak perkaya diliputi diterangkan dengan baik kali ini. Sesungguhnya buku ini bukan setakat mengajar atau mendedahkan sejarah yang sudah lama tersembunyi tetapi mengajak pembaca betul-betul masuk ke dalam dunia pengalaman dan pemikiran penulis yang tidak semua orang dapat merasa atau mampu melakukan dengan selamat dalam dunia nyata...




Antara pengalaman sendiri yang dikongsi dalam buku asal lalu diberi penerangan tambahan adalah bagaimana saya pernah lari rumah ketika menghadapi peperiksaan SPM akibat bergaduh dengan ayah. Tentulah ia sesuatu yang tidak patut sesiapa cuba melakukannya. Dan kalau berlaku pula belum tentu boleh dapat keputusan baik apatah lagi sehingga dapat menyambung pelajaran ke salah sebuah universiti terbaik di United Kingdom malah di dunia. Tapi saya kongsikan semua ini agar pembaca boleh nampak perjalanan hidup sehingga berlaku perubahan.



Perubahan inilah yang membawa penulis untuk cuba menyelami dunia Tasawuf atau kebatinan Islam. Hal-hal sebegini akan membuka pintu untuk penulis faham pelbagai perkara yang tersembunyi...



Pembaca akan dibawa mengenal banyak perkara, daripada kekhalifahan yang pernah memerintah umat Islam lebih 1,000 tahun lalu sehingga ke pekan-pekan dan bandar di Malaysia yang ada sejarah tersendiri...







Pelbagai aspek sejarah yang mewarnai keberadaan Tanah Melayu sudah tentu menjadi fokus utama...










Sambil itu pembaca dibawa mengenali beberapa watak pemikir besar Barat yang samada kita sedar, tahu atau tidak banyak mewarnai perkembangan dunia sehingga tanah air kita turut terpalit.




Peristiwa penting dalam beberapa dekad sekarang seperti runtuhnya menara berkembar World Trade Centre di New York 11 September 2001 turut diberikan penekanan kerana ia menjadi satu asbab besar untuk penulis mengambil jalan musafir yang diceritakan dalam buku.




Senang cerita banyak peristiwa sebenar yang menyebabkan saya yang dahulu agak keBaratan boleh berubah mencari keMelayuan diperincikan berserta maklumat-maklumat yang tidak pernah dikongsikan dalam buku asal.






Setiap gambar yang ada ini boleh dibuka dalam windows baru untuk mendapat paparan lebih besar dan jelas lalu mudah dibaca. Silakanlah teliti betapa banyak maklumat dikongsikan agar pembaca juga dapat mengikuti perkembangan dan perubahan suasana hidup dan teknologi zaman mengikut pengalaman penulis sendiri membesar sejak tahun 1970an...













Hampir semua muka surat mengandungi penambahan maklumat juga gambar yang tidak pernah ada dalam siri asal. Bagi yang sudah memiliki trilogi lama anda tidak rugi malah akan mendapat banya pengetahuan baru. Bagi yang tidak pernah mengikuti siri lama BKA, mungkin kerana kurang promosi atau persembahan dahulu terasa begitu berat untuk dicerna, inilah masanya untuk mengambil faedah daripada siri buku yang telah mengubah jalan kehidupan ramai hingga  menjadi lebih peka dan sayangkan sejarah Melayu dan Islam. Dapatkan ia di kedai-kedai berdekatan. Insyaallah dalam tempoh seminggu dua lagi ia akan masuk ke kedai-kedai utama termasuk rangkaian Popular dan MPH di seluruh Malaysia. Tak pun anda boleh membeli secara on-line daripada Hijjaz. Sila masuk ke sini untuk berurusan dengan mereka...