Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mac 13, 2010

Buku "Berpetualang ke Aceh" di Amerika dan Australia...

Rasanya tak salah jika saya ingin terus mempromosikan buku-buku saya bukan?




Tadi, setelah selesai bercerita panjang lebar dalam artikel Jalan-jalan anak-beranak : "International port" Janda Baik sebagai pelengkap? (tamat ditulis jam 4:46 pagi), saya masih tak boleh tidur. Lalu saya tergerak untuk menyemak 2 link website yang ada diletakkan di ruang atas blogspot di mana saya ada menyebut:

------------------

Siri buku "Berpetualang ke Aceh" mendapat perhatian golongan pembaca yang serius dan suka berfikir. Ia turut disimpan di Library of Congress America dan National Library of Australia! Semak sendiri kenyataan di http://www2.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html dan http://catalogue.nla.gov.au/Record/4535157

-----------------


Namun saya dapati link http://www2.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html tidak boleh dipakai lagi. Lalu dengan menggunakan Google, saya cuba mencari isi serupa yang menjadi bukti buku "Berpetualang ke Aceh" ada disimpan di Library of Congress di Amerika... terjumpa alamat yang sedikit berbeza ini... http://www.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html.





Melihatkan alamat yang berubah sedikit boleh menimbulkan masalah, saya risau jika isinya nanti hilang terus. Saya mahu ia senang dicari dan dilihat agar orang ramai tahu buku "Berpetualang ke Aceh" telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Maka itu saya buat snapshots di atas. Perhatikan... jika anda masuk ke website tersebut anda akan terjumpa isi seperti dalam gambar paling atas. Scroll ke bawah dalam beberapa saat dan anda akan nampak nama buku "Berpetualang ke Aceh" tersenarai sebagai salah satu bahan bacaan yang ada di Library of Congress ini.




Nasib baik alamat untuk website di Australia tetap sama. Malah anda boleh masuk terus dan melihat nama buku "Berpetualang ke Aceh" tersenarai dengan sedikit butiran. Kalau ikutkan, saya tidak mahu membuat artikel ini kerana tidak mahu ia menolak artikel Jalan-jalan anak-beranak : "International port" Janda Baik sebagai pelengkap? 'jatuh' ke bawah, sekurang-kurangnya dalam tempoh 2-3 hari ini. Maklumlah saya telah menulis artikel tersebut dengan penuh penat-lelah luahan rasa dan kenangan pahit manis yang mengalir tanpa diundang. Saya tidak mahu pembaca terlepas pandang hanya disebabkan ada artikel lain sudah 'menaiki takhta'...

Namun seperti disebut di atas tadi, saya juga tidak mahu bukti-bukti tentang keberadaan buku "Berpetualang ke Aceh" di pentas antarabangsa boleh hilang begitu sahaja. Maka itu saya buat artikel baru ini agar boleh diletakkan linknya di ruang atas blogspot ini. Lagi cepat selesai lagi bagus... cukup.


Jumaat, Mac 12, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : "International port" Janda Baik sebagai pelengkap?

Tanpa membuang masa, mari kita sambung penceritaan daripada artikel Jalan-jalan anak-beranak : Akhirnya, dapat naik river cruise Sungai Melaka malam hari... .


Pagi Selasa, 8 Disember 2009, kami makan pagi di sebuah warung di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang di mana terdapat salah satu hidangan kegemaran saya iaitu pulut dengan sambal hijau...


Eh? Bagaimana pula kami boleh berada di Janda Baik, Pahang sedangkan lewat malam sebelumnya kami sedang berehat malah tidur di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya Melaka?


Kalau nak tahu begitulah gaya saya berjalan. Alhamdulillah isteri dan anak-anak sudi menurut sama. Kalau ikutkan kami boleh sahaja bermalam sehingga Subuh di Masjid Kampung Hulu... kemudian barulah menyambung perjalanan ke mana-mana. Memang asalnya saya merancang begitu. Cadangnya pagi nanti baru kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Namun selesai sahaja beramal kemudian tidur sebentar, timbul rasa yang kuat untuk ke Janda Baik. Terus saya kejut anak isteri suruh mereka masuk dalam kereta... terus saya memandu kereta ke sana, mereka cuma tidur sahaja. Sampai di sebuah surau yang pernah menjadi tempat saya sering berehat dan menginap di Janda Baik, baru saya tidur. Seperti biasa, isteri dan anak-anak menurut sahaja...

Isteri saya pernah mengikut saya bermalam di surau ini sedangkan inilah kali pertama Haziq dan Erin sampai ke Janda Baik. Saya tak ingat jika anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid pernah ke sana atau tidak. Yang pasti saya pernah membawa ibunya bermalam ketika sedang sarat mengandungkannya.

Di atas adalah gambar Haziq dan Erin seronok bermain-main di atas jambatan masuk ke kawasan rumah dan tempat peranginan milik seorang kawan. Yang kelihatan dalam gambar cuma sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa buah lagi. Saya cukup bangga untuk menyatakan ia dibina sendiri dengan kepakaran kerja-tangan dan tulang empat kerat kawan ini berserta beberapa orang kawan lain, di atas tanah milik keluarganya. Kini ia menjadi salah satu tempat pengunjung bermalam di Janda Baik, ada daripada mereka datang dari Eropah dan tempat-tempat lain nun jauh di luar Asia Tenggara!


Yang berdiri paling kanan itulah kawan yang dimaksudkan, saudara Zaini juga dipanggil Captain, tak pastilah kenapa. Kelihatan duduk di kanannya adalah isteri beliau Suria yang berbangsa Peranchis. Itulah salah satu perkara yang mungkin 'pelik' tentang Janda Baik. Ia betul-betul boleh menemukan asam di darat, ikan di lautan dan segala macam rencah ragam...

Zaini ni dahulu cuma buat kerja kampung sahaja, sekali-sekala mengambil upah membuat binaan dan sebagainya untuk orang-orang kaya yang ramai mendirikan rumah rehat hujung minggu di Janda Baik. Seingat saya pula Suria yang juga dipanggil Fred (macam Fred Flinstone pulak, saya tak ingat nama penuhnya) sedang mengkaji sesuatu, saya tak ingat apa tapi rasanya tentang Melayu. Pengkajian itulah yang membawanya pergi ke Kuala Lumpur. Entah bagaimana ada pula orang membawa masuk ke Janda Baik. Di situlah bermula satu perkenalan...

Saya tidak pasti bagaimana Zaini mula mendapat ilham untuk mendirikan resort atau rumah tempat peranginan sendiri. Tetapi saya rasa tidak keterlaluan jika dikatakan ia ada kena-mengena dengan kehadiran Fred dalam hidupnya. Daripada seorang pemuda kampung yang setahu saya tidak pernah menjejakkan kaki jauh walau di Malaysia, dia sudah menjadi seorang towkay atau pemilik rumah peranginan yang dibina dengan tulang empat keratnya. Sejak berkahwin dengan Fred atau nama Islamnya Suria, saya mendapat tahu dia telah beberapa kali pergi ke luar negera termasuk berehat beberapa bulan di Peranchis! Untuk maklumat tentang rumah peranginan Zaini, sila masuk ke Zaini Guesthouse.


Bayangkan, di sebuah kampung terpencil yang terletak 10 km ke pendalaman dari jalan lama Kuala Lumpur ke Pahang terjadi pertemuan jodoh seorang pemuda Melayu kampung dengan seorang wanita agak ranggi dari Peranchis. Ini belum lagi diceritakan bagaimana surau tempat saya bermalam bersama anak-anak pernah menjadi tempat seorang pemuda dari Turki menginap selama beberapa bulan lalu kami semua menjadi kawan.

Malah surau yang sama pernah menjadi tempat seorang lelaki berbangsa Eropah Timur beragama Islam dari Slovakia mencari ketenangan selama hampir 2 tahun! Bayangkan... kalau anda berjalan-jalan di Kuala Lumpur pun begitu susah untuk mencari mana-mana orang yang berasal dari Slovakia, tiba-tiba di Janda Baik yang terperosok jauh di kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa pula boleh ada seorang. Apahal? Opps. Tahukah anda di manakah letaknya negara Slovakia?

Sebelum itu, biar diberitahu di atas adalah gambar isteri dan anak-anak sedang mandi sungai bersebelahan sebuah pondok terpencil yang dijaga seorang rakan. Bangun tidur dari surau dan selesai bersolat, kami pun menuju ke sana. Rakan yang dimaksudkan pun satu hal... nak kata bekerja rasanya dia tak kerja apa-apa. Memang orang kampung pun, tidur selalu di surau, takda pun rumah milik sendiri. Tapi dengan kuasa Allah, dia boleh juga pergi sampai ke Eropah untuk menonton perlawanan bola Euro 2008. Malah ketika berjumpanya lagi awal Februari setelah lama tidak bersua muka iaitu sejak pertengahan 2009 , dia baru sahaja kembali dari satu perjalanan ke China malah ke Russia sekali. Walaupun aktiviti hariannya cuma beramal, berkebun sedikit dan lepak bersama kawan-kawan, kawan saya ini dapat juga sampai ke tempat-tempat jauh sebegitu. Tapi itu cerita kemudian. Sekarang biar ditunjukkan satu peta Eropah, saya tandakan sekali kedudukan Slovakia supaya semua boleh nampak...


Subhanallah! Kebetulan peta yang saya temui dalam Internet ini, peta yang kelihatan paling menarik dan sesuai untuk menunjukkan kedudukan Slovakia adalah peta Eropah tahun 1995. Pada tahun itulah saya telah membuat satu pengembaraan solo dengan cara hitchike, iatu menumpang kenderaan orang sekeliling Eropah. Ditambah tidur bersepah di tepian jalan dan kaki lima bangunan, saya berjaya membuat pengembaraan selama sebulan dengan belanja tak sampai RM1,000.

Teringat bagaimana saya mula pergi ke Slovakia dari Republik Czech dengan menumpang bas yang dipenuhi 30 orang peninju yang kemudian cuba menggertak untuk mendapatkan duit. Di Bratislava, ibukota Slovakia saya tidur di tepi sebuah pohon besar di tengah bandar bersama sekumpulan ahli pertubuhan NGO Greenpeace (kalau tak salah ingatan memang Greenpeace) yang sedang menjalankan satu protes. Di ibukota itu juga saya pernah bergaduh dan bergelut dengan 2 orang pemuda tempatan yang bekerja sebagai inspektor tiket... setelah didapati bersalah menaiki tram tanpa membeli tiket. Teringat juga bagaimana saya telah berjalan kaki dari Bratislava sehingga masuk ke negara Austria. Agak-agak le berapa jauh tu?

Lihat link-link artikel pada atas kanan blogspot BERPETUALANG KE ACEH, di bawah tajuk "European hitchiking trip of 1995". Ia adalah sekumpulan artikel berdasarkan pengembaraan tersebut di Eropah, ditulis dalam tahun 1996 atau 1997 gitu, ketika saya baru lagi mempelajari selok-belok menjadi seorang wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Hmm... elok juga copy and paste di sini...

The story begins...

Trouble in Amsterdam...

East-West contrast in Germany

The ugly side of Prague...

Playing the fool in Bratislava...

Getting classical (and Merdeka too) in Austria!

Alpine frolicking in Switzerland

Gangsters of Genoa...

Locked-up in Lyon!

Walking 50km in Paris before closing the trip in Brussels...


Sementara saya, isteri, Erin dan Haziq sibuk bermain air sungai, Al-Rasyid yang ketika itu baru berumur sebulan 3 minggu lebih tidur sahaja di atas para di pondok bersebelahan. Berbalik pada cerita kawan dari Slovakia yang menginap di surau. Ah, baru ingat. Namanya Ibrahim! katanya dia dahulu asalnya seorang pensyarah universiti yang baru 2-3 tahun memeluk Islam sebelum datang ke Malaysia.

Ibrahim memang orang Eropah Timur sejati, bukan orang Turki atau Arab yang menetap di Eropah. Saya tidak ingat apakah masalah sebenarnya sehingga boleh terdampar di sini. Yang ingat dia ditemui oleh seorang kawan kami di Kuala Lumpur. Kelihatan dia sedang menghadapi masalah.

Hmm... rasanya barangannya termasuk paspot baru dikebas orang. Lalu kawan itu membawanya masuk ke Janda Baik, duduk di surau yang ketika itu sentiasa terdapat sekurang-kurangnya 10 orang budak-budak Tabligh. Ada yang sudah menetap beberapa lama, ada yang datang hujung minggu sahaja untuk beramal dan merasai suasana 'keluar' ke jalan Allah. Mereka datang dari seluruh pelusuk Malaysia, Sabah dan Sarawak pun ada. Malah ada juga yang datang dari Indonesia, kalau tak salah dari Pattani di Thailand pun ada!

Betul le... Janda Baik ni memang port internasional punya. Ada eloknya penceritaan diteruskan dalam bahasa kutu. Siap le engkau... hehe! :]

OK. Satu perkara yang menarik ialah Ibrahim ni sepatah haram tak geti cakap bahasa Inggeris apalagi bahasa Melayu. Kami pula sudah tentu sepatah haram tak faham bahasa Slovakia. Maklumlah, seperti disebut awal tadi bukan senang nak jumpa orang Slovakia walau di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur. Lain le orang Turki, Peranchis, German, apa lagi orang England atau Amerika. Sekurang-kurangnya mereka biasanya fasih berbahasa Inggeris. Kalau kurang fasih pun, orang-orang bukan berbahasa Inggeris seperti daripada Turki, Peranchis dan German masih ada lingkungan orang senegara yang agak ramai di Kuala Lumpur. Dan bahasa serta negara mereka tidaklah begitu terpencil atau tidak dikenali ramai seperti Slovakia.

Namun Ibrahim kuat bercakap dan tidak pernah jemu ingin berkomunikasi walaupun dalam bahasa yang sepatah haram kami tak faham. Walaupun selama itu dia masih kurang menangkap bahasa Melayu... walaupun kami juga terus tak dapat menangkap bahasa Slovakia yang seringkali kedengaran lucu pada telinga kami. Dengan kuasa Allah dapat juga kami berkomunikasi dengan cuba memahami bahasa badan dan lenggok turun naik emosi dalam pertuturan.

Ah! Satu yang saya ingat. Favourite word Ibrahim adalah "A la skebo!". Ya... "A la skebo!". Saya pun tak tak tahu apa kejadahnya "A la skebo!" ni. Tapi rasanya maknanya macam kita cakap "Lek eleh!" le ataupun "Astaga!"... kerana biasanya Ibrahim akan menyebut "A la skebo!" apabila baru menyedari sesuatu perkara yang dia terlepas pandang gamaknya, siap dengan tepuk dahinya sekali. Dan kami sering mengajuknya. "A la skebo!" lalu berderaian ketawa... :]


Puas mandi di tepian pondok kawan, kami berehat di satu bahagian sungai lain pula di sebuah warung. Tentang Ibrahim dari Slovakia (Hmm... Ibrahim Slovakia... bunyi lebih kurang macam Ibrahim Libya lah pulak!), dipendekkan cerita, orang kedutaan Slovakia akhirnya mencarinya di Janda Baik dan saya dengar dia dibawa pulang. Itulah kali terakhir saya melihat Ibrahim, seorang makhluk Allah yang dihantar jauh dari Slovakia untuk memeriahkan erti kehidupan kami di Janda Baik. Kini surau tempat kami bertemu tidak lagi semeriah dahulu... tidak ada lagi para pengikut Tabligh menginap sepenuh masa, mungkin sekali-sekala sahaja datang rombongan 5-6 orang pada hujung minggu...


Dari warung tadi boleh kelihatan sungai yang mengalir bersebelahan rumah Syed Hussein Al-Attas, penulis buku politik yang turut dikenali sebagai Pak Habib juga S.H. Alattas. Generasi muda mungkin lebih mengenali anaknya Syed Abdullah. Adapun Syed Abdullah yang turut dikenali sebagai Uncle adalah orang yang bertanggungjawab menerbit dan memperkenalkan siri "cari hantu" Seekers yang suatu masa dahulu cukup diminati ramai.


Saya pun membawa isteri dan anak berjalan-jalan masuk ke kawasan rumah Pak Habib yang penuh dengan taman berbagai jenis tumbuhan. Maklumlah, saya pernah menumpang duduk di rumah ini dari tahun 2002 hingga 2005. Di situlah saya makan tidur dan mandi (mandi dalam sungai ekkk...) jika tidak bermalam di pejabat Pak Habib di Gombak... atau keluar merayap-rayap mengembara mencari makam dan sebagainya hingga ke seluruh Semenanjung Malaysia (dan Januari 2004 sampai ke Sumatera melalui Medan hingga ke Aceh iaitu sebelum berlakunya peristiwa Tsunami 26 Disember 2004 yang mengubah segala-galanya...)

Diakui Pak Habib banyak menolong saya menghadapi kekeliruan hidup yang melanda diri ini begitu hebat waktu itu. Namun saya bukan menumpang kosong sahaja. Selain menolong menyunting dan memperbaiki isi beberapa buah buku politiknya, sesekali saya turut menjadi kuli yang membersihkan rumah dan menjaga tanam-tanamannya.


Kami berehat di sebuah rumah separuh siap di atas lereng bukit. Untuk makluman, Pak Habib memiliki beberapa bijik rumah di atas tanah seluas 8 ekar, kalau tak salah ingatan. Rumah di lereng bukit pernah menjadi tempat kesukaan saya berehat seraya mencari ilham dan untuk menenangkan fikiran.

Pernah saya bermalam seorang diri di sini tanpa membawa apa-apa lampu (rumah ini tidak memiliki bekalan elektrik ketika itu), di atas lantai kayu dengan memakai sleeping bag sahaja, di kawasan serambi terbuka. Tengah malam terbangun apabila terdengar bunyi orang berjalan, kedengaran ada yang berbisik sesama sendiri. Seketika itu juga mata hati saya dapat melihat sekitar 5 atau 6 orang budak berjalan kaki memakai songkok dengan kain pelikat masing-masing membawa kitab, seolah-olah baru kembali dari mengaji...

Terdengar satu suara memberitahu yang lain sambil menunjuk ke arah saya memberitahu "Eh... ada orang tidur kat situ le." Walhal di sini bukan laluan orang (sekurang-kurangnya bukan laluan orang nyata seperti kita). Dan ketika itu sudah melepasi tengah malam...


Ini adalah pemandangan dari serambi rumah di lereng bukit tadi. Rumah yang kelihatan di bawah baru dibina dalam tempoh setahun dua sedangkan di hadapan sana ada lagi 2-3 rumah baru, semuanya dibuat selepas saya keluar dari rumah Pak Habib (lupa pula tempoh masa sebenarnya, apakah pertengahan tahun 2005 atau awal 2006). Teringat kata-kata Beb Lah (panggilan keluarga untuk Uncle Seekers @ Syed Abdullah AlAttas) bahawa mereka mahu mendirikan sebuah muzium hantu di situ. Pulak dah! Macam le tempat ni tak cukup hantu, hehe... :]


Puas berjalan di rumah Pak Habib kami pergi ke rumah seorang rakan. Di hadapannya ada kolam ikan...


Erin dan Haziq seronok melihat ikan yang datang seperti berderu-deru, banyaknya sehingga bertimpa-timpa apabila kami rapat. Sekarang baru saya boleh bercerita tentang rakan yang menjaga pondok tempat kami mandi tadi... kerana ceritanya boleh dikaitkan dengan rakan yang rumahnya di hadapan kolam ini.

Seperti telah disebut awal tadi, kawan yang disebut lebih awal itu kerjanya cuma beramal, berkebun sedikit dan melepak dengan kawan-kawan. Saya belum menyebut, dia juga sebenarnya ada membuat kerja mengubat orang dan selalu dijadikan rujukan dalam hal-hal kebatinan. Kawan yang lagi sorang pula pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir sebelum mengikut seorang rakannya pergi mengembara menaiki kapal layar sehingga ke Itali. Dari situ dia menjelajah Eropah sebelum membuat keputusan untuk menetap di London.

Ketika saya mula mengenalinya tahun 1995 dia sudah beberapa tahun berada di London membuat kerja-kerja biasa (bukan kerja besar atau glamour le...) seperti menjaga restoran. Kawan ini kemudian berkahwin dengan seorang pelajar peringkat PhD. Namun apabila kembali ke Malaysia dia memilih untuk duduk di Janda Baik dan membuat kerja-kerja kampung.

Tu dia... 2 orang kawan yang diketahui hanya membuat kerja-kerja kampung. Kalau ada apa-apa kerja peringkat 'internasional' yang mereka buat, mungkin kerja mengubat orang yang menyebabkan kawan pertama sering dicari mereka yang bermasalah dari seluruh pelusuk Malaysia. Kawan kedua pula pernah membuat design baju dan sebagainya melalui komputer. Namun kedua-dua kerja ini tidak dapat memberikan hidup mewah.

Mereka dapat hidup ala kadar sahaja... macam kais pagi makan pagi. Tetapi dengan kuasa Allah, mereka dibawa oleh kenalan lain berjalan-jalan ke beberapa tempat di Eropah sambil dapat menonton perlawanan bolasepak Euro 2008 di stadium, semua perbelanjaan makan minum ditanggung beres! Begitu juga yang berlaku apabila kawan pertama pergi ke China dan Russia selama sebulan dua gitu... dia baru kembali ketika saya, isteri dan Al-Rasyid selesai membuat perjalanan ke Aceh bulan Januari.


Itulah kuasa Allah. Sesungguhnya dalam tempoh masa saya di berada di Janda Baik dahululah saya mula betul-betul dapat melihat bagaimana Allah mengatur rezeki untuk setiap makhluknya. Jangan ingat kita semua dapat mencari rezeki dengan qudrat (kekuatan) dan iradat (kehendak) kita sendiri. Seringkali apa yang kita sangkakan adalah hasil penat-lelah kita sebenarnya adalah hak atau rezeki orang lain... sehingga kadangkala kita harus bertungkus-lumus mencari orang itu dan menyampaikan bahagian rezeki untuknya walaupun kita tidak pernah mengenalinya sebelum ini... walaupun apabila kita mengenalinya, ternyata dia adalah jenis manusia yang tidak pernah membuat apa-apa kerja untuk mencari rezeki seumur hidupnya.

Saya teringat cerita seorang rakan yang pernah duduk beberapa tahun, rasanya ada dalam 5 tahun di surau tempat saya, isteri dan anak-anak bermalam. Rakan ini datang dari Perak. Saya tak tahu apakah sebab atau masalahnya... seingat saya dalam tempoh itu dia tidak pernah kembali ke kampung. Duduk di Janda Baik pun tak da kerja, setakat membuat sedikit kerja-kerja kampung dan beramal di surau. Selain daripada apa itu dia banyak kelihatan duduk sama melepek bercerita dengan kawan-kawan di warung berdekatan. Apapun makan minum di surau tak pula pernah kurang. Ada sahaja yang menyumbang. Kadang-kadang tak perlu masak apa-apa langsung walaupun bahan mentah masih banyak ada. Rezeki panas boleh datang siap berhidang dibawa orang dari luar sana...

Saya ingat betapa surau kecil itu pernah menjadi tempat ramai pengikut Tabligh (juga orang lain seperti saya) mencari ketenangan seraya memperbetulkan diri dalam mencari arah baru dalam hidup. Ada di antara mereka bekas penagih dadah, pernah terlibat dengan jenayah. Yang pasti mereka menginap di surau seolah-olah sudah terputus daripada keluarga asal. Kami-kami yang menjadi pengunjung tetap suraulah yang menjadi "ahli keluarga". Ada di antara mereka-mereka ini sudah berumur lewat 30an, ada yang 40an tetapi tidak pernah pun merasa hidup berkahwin. Lalu ada yang sebelum tidur berzikir panjang lebar dengan harapan dapat bertemu bidadari dalam mimpi malam hari.

Kawan dari Perak ini termasuk dalam golongan mereka yang berharap dapat bertemu dengan bidadari. Begitulah harapannya setiap malam. Kalau kita yang tak faham keadaan melihat dari luar, besar kemungkinan kita akan mengejek dalam hati: "Begini punya rupa dengan janggut misai berterabur, muka pun tak hensem mana, kerja dan kelulusan tak ada... ingat dengan beramal berzikir tu saja boleh dapat mana-mana perempuan nak buat bini, apalagi bidadari?".

Pada tahun 2006 atau 2007 gitu, saya tak pasti, saya kembali masuk ke Janda Baik setelah beberapa bulan, mungkin lebih setengah tahun tidak ke sana. Yang pasti, ketika itu saya sudah berjaya menyajikan buku atau novel pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006). Subhanallah! Elok dinyatakan bahawa sebahagian besar isi ketiga-tiga novel dalam siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" ditulis dalam tempoh masa saya menetap di Janda Baik. Di sinilah saya akhirnya membuat keputusan untuk memecahkan teks asal yang merupakan kajian peribadi sejarah setebal lebih 1,000 mukasurat menjadi 3 jilid buku... dan di sinilah juga saya mula mengubahnya menjadi novel dengan harapan ia lebih senang dibaca.

Maka saya pun bertemu beberapa orang kawan lama di surau. Ternyata kawan dari Perak itu sudah tiada lagi di situ. Rupa-rupanya setelah sekian lama dia telah bertemu jodohnya. Bukan sahaja itu, dia telah menjadi menantu seorang pemilik pasaraya Bumiputera di Pantai Timur!

Menurut ceritanya pemilik ini adalah seorang pengikut Tabligh juga. Ketika kawan ini keluar berjalan untuk satu majlis selama beberapa hari di tempat orang, si pemilik yang hadir sama berkenan melihat cara kawan ini tekun beribadat lalu merekapun berkenalan. Dia juga memperkenalkan anak perempuannya dengan kawan ini. Nah, tidak lama kemudian mereka bukan sahaja dikahwinkan bahkan sang rakan yang sudah lama tidak bekerja dengarnya mendapat pekerjaan selesa sebagai menantu pemilik pasaraya...

Allah! Artikel ini asalnya dibuat sekadar untuk menutup siri "Jalan-jalan anak-beranak" demi memberi laluan kepada cerita perjalanan-perjalanan terbaru ke Aceh yang akan datang. Lalu saya bercadang cuma mahu menerangkan perlakuan di sebalik setiap gambar kemudian menutup cerita. Namun gerak daripada Allah telah membuatkan saya teringat banyak perkara berkaitan lalu saya tiada pilihan kecuali melepaskannya. Maka itu saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan di sini... kepada Pak Habib @ S.H. AlAttas... kepada orang yang saya panggil Abah tetapi sudah lebih setahun rasanya tidak bertemu muka, biar diluahkan kata-kata ini sejujur-jujurnya...

Saya akui rasa marah saya terhadap Abah atas beberapa perkara yang pernah berlaku dahulu telah membuat saya keluar meninggalkan rumah Abah tahun 2006 (hmm... nampaknya tempoh masa ini lebih tepat). Saya akui kemudian ada meluahkan rasa marah dalam beberapa penulisan saya di Internet terutama melalui sebuah forum yang saya mulai aktif sebagai ahli penghujung tahun itu. Saya akui ada cara-cara Abah yang masih tidak saya senangi sehingga kini dan saya rasa Abah juga ada rasa begitu terhadap saya. Saya ingat lagi Abah menyebut saya sombong kerana tidak mahu mengikut cara yang disarankan Abah dalam mencari pengaruh dan rezeki di dalam dunia penulisan.

Abah... saya rasa kita sudah lama memahami prinsip masing-masing dan memangpun sudah lama berpegang pada kata-kata Inggeris ini let's agree to disagree. Namun bab cara gerak-kerja dan pandangan tentang dunia itu hal lain. Perkara sebenar yang membuat saya kecil hati dengan Abah lalu mula membawa diri adalah apabila Abah mengherdik suruh saya mencerminkan diri mengatakan saya tak layak berkahwin dengan artis.

Untuk isteriku Nor Afidah binti Yusof, jika Sayang membaca segala ini biar Abang meneruskan luahan. Jangan khuatir tentang kasih-sayang Abang terhadap Sayang. Biarlah Abang meluahkan rasa yang bakal membuka pintu perjalanan hidup kita seterusnya, Insyaallah sentiasa dalam penjagaan dan restu Allah belaka!

Berbalik kepada Abah. Saya tahu keadaan saya ketika itu begitu teruk kerana kehilangan arah hidup, selain berlaku beberapa perkara yang amat mencengkam jiwa. Namun saya bukanlah kokak sangat sehingga Abah rasa patut menghina saya begitu sahaja. Walaupun saya belum lagi menulis buku sendiri ketika itu, walaupun dalam keadaan amat tak terurus seperti orang gila isim yang sering berjalan-jalan ke sana ke mari dengan pakaian buruk compang-camping, saya masih lagi seorang graduan Matematik daripada University College of London. Saya juga pernah mencipta nama sebagai wartawan di The New Straits Times. Walaupun saya tidak lagi memiliki apa-apa wang dan harta ketika itu, saya tetap memiliki harga diri.

Seharusnya kalau Abah rasa saya tak layak berkahwin dengan artis, Abah sebagai orang yang dipanggil Abah, tempat seorang anak menaruh harapan patut menolong saya menjadi stabil kembali... sehingga sampai ke tahap yang Abah katakan layak itu. Ingat tak Abah berjanji akan menolong saya membuat buku dan menerbitkannya? Itu yang membuat saya bersemangat untuk bekerja dengan Abah. Sebaliknya saya terasa segala tenaga dan buah fikiran saya dipergunakan begitu sahaja. Janji-janji Abah cuma gula-gula sahaja agar saya terus membuat kerja tanpa gaji... dapatlah sedikit elauns untuk makan-minum yang kalau dihimpunkan untuk sebulan pun baru dapat 1/20 gaji saya sebulan di The New Straits Times dahulu. Itupun Abah pernah beberapa kali ungkit, konon saya tidak mengenang budi!

Apapun, saya kini sudah kembali berkeluarga dan sudah ada anak baru. Setelah sekian lama, baru saya betul-betul reda, hilang rasa marah dan kecewa terhadap Abah. Saya akui saya banyak belajar cara-cara membuat buku ketika bekerja dengan Abah. Dari kerja menyunting buku-buku Abah lah saya dapat menangkap cara-cara menggunakan Adobe Pagemaker dan Photoshop sehingga mampu menyiapkan mock copy atau buku contoh sendiri. 

Daripada saranan dan duit RM70 yang diberikan Abah lah saya mendaftarkan syarikat kecil penerbitan sendiri di ROC. Cuma selepas meninggalkan rumah Abah baru saya mengambil inisiatif menerbitkan buku sendiri, mencari kilang percetakan yang patut seterusnya pengedar yang sudi menyampaikan buku-buku yang terbit ke kedai-kedai di seluruh Malaysia. Akhirnya terbitlah "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan Erti". Buku sambungan dengan tajuk kecil "Membela syiar yang asal" dan "Sirih pulang ke gagang?" menyusul dalam tempoh setahun lebih kemudian...

Dengan ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala apa perbuatan saya yang menyakitkan hati Abah. Saya akui mungkin terlalu mengambil masa untuk saya menerima dan memahami perbuatan Abah, walaupun perbuatan itu mungkin dibuat secara tidak sengaja kerana hakikatnya semua perbuatan kita berasal daripada Allah jua. Untuk Beb Lah, nah... sekarang aku harap engkau faham kenapa aku boleh bang Abah dalam Internet dulu. Ele... adik lu sorang pun dulu pernah merajuk kena herdik ngan Abah kan? Sampai bawak diri ke London lagi!

Adapun gambar di atas menunjukkan Haziq di hadapan sebuah rumah lama yang dibawa dari Perak lalu dipasang balik di Janda Baik. Rumah lama milik seorang kerabat diraja terdekat Perak ini menjadi tempat persinggahan terakhir kami sebelum kembali ke Bandar Tasik Puteri di mana Erin dan Haziq harus bersedia untuk kembali ke Kelantan. Rumah lama ini pernah dijadikan latarbelakang satu fasa penceritaan yang lebih berbentuk mistik dalam buku "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?". Biar beberapa mukasurat daripada bab dalam buku, bertajuk "Impian seorang petualang : Melangkaui adat dan masa" menutup siri "Jalan-jalan anak-beranak" ini.

Harap maaf kerana tidak menyajikan seluruh cerita. Anda mungkin boleh menyambungkan jalan cerita dengan apa yang sudah sedia disajikan dalam artikel Harapan yang belum termakbul... diikuti Sampai masanya untuk bertindak?, kedua-duanya dibuat tahun 2007. Kalau nak tahu selebihnya kenalah beli buku. Sila masuk ke sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... . Atau cari saya nanti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang akan bermula minggu hadapan. Sekian, selamat malam! :]


---------------


Malam tujuh likur pada suatu bulan Ramadhan... Tiba-tiba Rasyid terbangun daripada tidur yang agak nyenyak, tidur yang dapat memberikannya sedikit kerehatan setelah lama hidup terpinga-pinga mencari jawaban kepada segala persoalaan yang membelenggu jiwanya.
Lima hari lepas, anak muda berdarah Aceh ini baru sahaja selesai mengolah-kembali buku ketiga “Berpetualang ke Aceh”, setelah masuk dua tahun berhempas-pulas mengusahakan siri bukunya itu. Sedar tidak sedar, buku-buku yang meliputi 1,200 tahun sejarah keSultanan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh dan Perak sehingga ke pergolakan politik Timur Tengah juga peristiwa-peristiwa melibatkan para Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW terutama cucu sulung baginda, Saidina Hassan yang pernah menjadi Khalifah umat Islam 1400 tahun dahulu juga membawanya untuk mengupas peristiwa Perang Salib, pembebasan Baitul Muqaddis malah grand design atau rancangan besar Zionis untuk menakluki dunia!

Proses penulisan buku telah beberapa kali tergendala dirundung berbagai masalah, daripada hal peribadi sampai ke gangguan pihak tertentu. Buku ini asalnya siap ditulis (sebelum diolah-balik) dalam tempoh kurang dua bulan, pada 18 Ramadhan 1425 atau tahun Masihi 2004... Tetapi terpaksa dipecahkan kepada tiga jilid kerana penulisan asal yang dimuatkan ke dalam progam Adobe Pagemaker telah melangkaui 1,000 mukasurat!

Dahulu, ada pihak berjanji untuk menolong menerbitkan siri buku ini tetapi tidak menunaikannya. Kalau tidak, mungkin semuanya telah terbit bermula Disember 2004. Seorang penerbit lain pula pernah merancang mengeluarkannya September 2005 tetapi orang yang mengenalkan Rasyid dengannya pula memutuskan perhubungan mereka, tak pasti kenapa. Yang nyata, keluarga orang ini mula menunjukkan rasa tidak senang terhadap pemuda itu apabila penerbit yang merupakan kenalannya menunjukkan lebih minat terhadap siri buku “Berpetualang ke Aceh” daripada buku usahanya sendiri yang ingin diketengahkan kepada penerbit yang sama.

Yang membuat anak kelahiran Muar, Johor itu sedih, kedua-dua pihak yang berjanji untuk menolongnya mengaku saudara sehingga menganggap pemuda itu anak kandung sendiri. Lalu Rasyid pernah bermunajat di hadapan Ka’abah memohon petunjuk dan beristikharah samada buku mengenai Aceh dan peristiwa-peristiwa berkaitan itu boleh diterbitkan untuk tatapan umum atau sekadar dibuat simpanan peribadinya sahaja.

Lebih sebulan kemudian, baru dia mendapat petunjuk untuk menyambung usaha. Seterusnya Rasyid terjumpa seorang penerbit yang lebih komited. Cuma pihak ini ada mengemukakan satu syarat... Olah-balik ia dalam bentuk novel supaya lebih senang dicerna dan difahami semua golongan. Kalau tidak mungkin isinya terlalu berat...

Walaupun mereka akhirnya tidak jadi bekerjasama kerana berselisih pendapat tentang beberapa bahagian isi cerita, itulah langkah pembuka yang menyebabkan bukunya mendapat bentuk yang sesuai. Setelah berbulan bersengkang-mata lagi sampai demam-demam dan bisa badan di samping menepis pelbagai gangguan, terbitlah buku “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” Jun 2006 atas nama syarikat penerbitan sendiri. Baru terasa beban pengetahuan yang dipikul selama ini dapat dilepaskan.

Bersantailah Rasyid di pusat bandaraya Kuala Lumpur menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman, singgah di beberapa tempat sebelum bertandang ke Masjid India kemudian menaiki LRT ke KLCC. Di bawah naungan Menara Berkembar Petronas, sempat bermain chap teh, permainan Melayu tradisional menimbang bulu ayam yang dilekatkan pada getah keras mengunakan kaki bersama beberapa orang pemuda yang bertugas membuat demonstrasi permainan. Rupa-rupanya ada juga yang belum selesai. Itulah yang membuat anak muda ini tiba-tiba terjaga satu malam...


-------------------


Rasyid mengesat mata lalu mencapai bumbag yang mengandungi dompet, telefon bimbit serta beberapa set kunci untuk mengambil jam-tangan...

“Ah… Jam 4 lagi!” bisik hatinya. “Macam tak ada time lain nak terjaga.”

Memang dia selalu ‘dihantui’ jam 4. Samada susah hendak tidur, cuma dapat lelap kemudian atau dapat tidur awal kemudian terjaga pada waktu itu. Tak tahulah kenapa... Kata orang Cina, nombor 4 ini menandakan mati! Mungkin sebab dia pernah menyimpan hasrat untuk mati cepat?

Anak muda yang sudah lama teringin hendak menamatkan zaman kembaranya ini bangun mengensotkan diri keluar daripada sleeping bag yang digunakan untuk menahan sejuk di rumah tradisional Melayu lama tempatnya menginap malam itu. Rumah dari Perak yang dicabut papan, tiang dan bumbungnya satu persatu lalu diangkut kemudian dipasang balik di Kampung Janda Baik, Pahang itu dimiliki seorang kerabat diraja Perak.

Ada orang memberitahu, rumah usang tidak berpaku dengan seni awan-larat terukir indah serta empat tiang seri ini adalah sebuah istana lama berusia lebih 100 tahun yang berasal daripada Gunung Semanggol. Pada Rasyid, ia adalah salah satu tempat kesukaannya untuk berehat dan bermalam apabila perlu bersendirian dan tidak mahu diganggu orang. Lokasinya yang terpencil di apit sungai, bukit-bukau juga hutan menghijau dengan bunyi unggas yang menghiburkan cukup ideal sehingga dia merasakan ada secebis perasaan home sweet home setiap kali bertandang...

Entah kenapa, Rasyid juga dapat merasakan ada suatu kaitan peribadi yang kuat antara dirinya dengan rumah yang dibina dengan kayu cengal ini. Dia pernah berkelana seorang diri ke Gunung Semanggol semata-mata untuk mencari sejarah dan asal-usul rumah ini... Sayangnya, bekas pemilik rumah yang berjaya dijejaki di sebuah kampung di belakang madrasah terkenal Ma’ahad Ihya El-Sharif tidak dapat memberikan jawaban yang memuaskan. Pakcik berumur lebih 70 tahun itu setakat boleh memberitahu rumah tersebut adalah milik keluarganya turun-temurun... Itulah tempatnya lahir dan membesar. Kemudian ia dijual kepada seorang Raja Bergelar Perak, melalui seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Minah Lawa.

“Minta maaf nak!” katanya. “Pakcik cuma tahu kami ada keturunan Raja campur Sayyid. Pakcik tak ingat sejarah panjang rumah dan keluarga.”

Adalah juga petunjuk kenapa rumah itu terasa begitu selesa...

———————

Rasyid keluar dari pintu hadapan rumah untuk ke serambi...

“Wow! Kabus!” dia teruja melihat laman rumah diselimuti kabut.

Pemuda itu turun tangga berlari-lari anak. Ada satu pemandangan menarik yang jarang terlihat menunggu di bawah – Sinaran lampu kuning keluar menyelinap daripada celahan awan larat, kelihatan seperti beratus panahan cahaya sangat cantik menembusi kabus tebal. Pemandangan yang mengasyikkan ini membuatkannya duduk bersila di atas sebuah batu hampar. Tidak lama kemudian, tergerak pula hendak menunaikan solat sunat lalu melangkah ke anak sungai yang menjadi sempadan kawasan.

Selesai mengambil wuduk, Rasyid mula kesejukan. Dia berlari naik ke rumah terus ke sejadah yang sedia terbentang di ruang hadapan. Walaupun badannya menggelatar kuat kerana kedinginan air yang melekat di tubuh-badan, pemuda ini telah membiasakan diri membiarkan air wuduk kering sendiri... Terus melafazkan niat, mengangkat takbir lalu ‘menghilangkan’ diri di dalam solat. Selesai itu, dia duduk bersila kemudian mula berwirid.

Dalam berwirid itu, tiba-tiba fikirannya terimbas kembali perjalanan ‘petualangan’ ke Aceh yang bermula dari Kuala Lumpur malam Tahun Baru 2004... Pergi ke Perak untuk menziarahi beberapa lokasi terpilih termasuk makam-makam lama kemudian ke Pulau Pinang, tidur di Masjid Lebuh Aceh tiga malam sebelum menaiki feri ke pelabuhan Belawan.
Rasyid juga teringat lawatannya ke Masjid Raya Al-Mansun dan Istana Maimoon di Medan, seterusnya ke Masjid Raya Azizi di Tanjung Pura sebelum bermalam di Kampung Babussalam, pusat Tariqat Naqsyabandiah-Khalidiyah. Terbayang dirinya ditahan askar di sempadan Aceh lalu ‘terbawa’ ke Pengkalan Brandan seterusnya Pulau Kampai setelah diberitahu akan kewujudan sebuah makam lama di sana iatu Makam Mas Merah.

Ini diikuti perjalanan kembali ke Medan demi mendapatkan surat sokongan masuk ke Aceh daripada Kedutaan Besar Malaysia. Walaupun mereka sebenarnya melarang, dia dapat juga bertapak di bumi Serambi Mekah walau setakat di Langsa, 40km dari sempadan... Sebelum dideport imigresyen tiga hari kemudian, ketika hendak melangkah ke Perlak!

Rasyid bermalam lagi di Pengkalan Brandan tetapi disoal-siasat pihak tentera. Terpaksa turun ke Medan terus ke Batu Bara demi memenuhi pesanan almarhum Nenek agar mencari saudara-mara. Dari sana dia pergi ke Tanjung Balai... Setelah mendapati tiada jalan untuk masuk lagi ke Aceh, pemuda itupun menamatkan pengembaraan lalu kembali ke tanah air.

Tiba-tiba Rasyid terasa kepalanya sakit dengan mata berpinar-pinar. Dalam kesamaran rumah usang yang cuma diterangi mentol lampu kuning yang sedikit malap, muncul beribu bintik putih bercahaya seperti bintang-bintang kecil yang berkelipan memenuhi ruang pandangan. Sedikit demi sedikit, bintang-bintang kecil ini mula membesar menjadi bulatan-bulatan cahaya yang bergemerlapan sebelum semuanya menyatu menjadi sebuah medan gemilang. Serta-merta pula medan cahaya itu menjadi silau amat seperti menumbuk mata kemudian hilang, terus jadi gelap-gelita!...Tidak kelihatan lagi apa-apa walau sedikit bayangan... Ibarat kertas hitam tanpa kelabu, malam tanpa bulan dan bintang, segalanya hitam-legam.

“Ah! Apa ini?” pemuda ini tertanya-tanya kebingungan...

Dia masih sedarkan diri, dapat merasai setiap gerak-geri tubuh badan tetapi tidak mampu melihat apa-apa lagi, hilang langsung penglihatan. Apakah Rasyid sudah buta? Atau ini adalah sebahagian daripada proses kematian? Apakah dia telah direhatkan setelah lama menanggung derita?

Di sebalik semua ini, terasa semacam ketenangan yang menyeramkan. Tenang kerana tiada apa-apa gangguan, hilang sakit-sakit kepala, demam-demam, bisa-bisa badan dan rasa perut tidak selesa, rasa kembung angin dan sakit menyucuk-nyucuk di perut dan kepala yang selalu dialaminya beberapa tahun kebelakangan. Tiada risau atau gelisah mengganggu fikiran tetapi seram kerana tidak pasti apakah yang sebenarnya terjadi...

Apapun, Rasyid pasrah menerima segala kemungkinan. Dia sudah lama memikirkan tentang mati kerana kecewa terhadap apa yang dilihatnya sebagai kepincangan hidup manusia zaman sekarang – Materialistik, selalu mementingkan diri sendiri sehingga ramai orang sanggup menjual maruah agama, bangsa dan negara tetapi cukup pandai berpura-pura bertopengkan akhlak yang mulia. Anak muda lurus bendul ini kecewa melihat ramai manusia serigala berselindung di sebalik kulit kambing biri-biri (meminjam ungkapan daripada buku The Prince karangan Nicolo Machiavelli yang menggalakkan pemimpin berpura-pura baik, matlamat menghalalkan cara), sanggup menganiaya dan membusukkan nama orang-orang jujur sepertinya yang cuma ingin menegakkan kebenaran hakiki yang diyakini...

Pemuda itu sudah terlalu penat melayan kerenah dunia sehingga dia seringkali berdoa supaya riwayatnya di muka-bumi ini cepat-cepat ditamatkan... Ada masanya dia meminta supaya kepalanya dipijak suatu kaki besar dari langit sehingga leper ketika bersujud dalam solat!

Dalam keadaan tertanya-tanya itu muncul satu cahaya di hadapan seolah-olah disuluh dari atas, seperti lampu pentas pertunjukan teater atau kemunculan UFO... Rasyid meneliti cahaya yang bersinar sangat terang tetapi terasa ‘lembut’ dan menyejukkan itu. Tenang, tidak menimbulkan rasa takut ataupun hairan. Dari dalam cahaya itu, sedikit demi sedikit muncul suatu bentuk yang semakin lama semakin jelas menjadi suatu kelibat manusia. Makin lama, kelibat itu menjadi semakin nyata sehingga terserlahlah rupa seorang wanita yang berseri-seri diselubungi cahaya.

“Nenek!” tiba-tiba terpacul perkataan dari mulut anak muda itu.

“Ya Rasyid!” kelibat itu menjawab. Memang saling tak tumpah seperti almarhum nenda tetapi sedikit muda dan lebih berseri-seri. Siap berbaju kurung Kedah dengan kain batik kegemarannya! Lama sungguh tidak menatap wajah lembut penuh simpati ini. Tetap tenang seperti dahulu...


p/s: Semasa meletakkan gambar-gambar, baru saya tersedar gambar terakhir nama failnya adalah PC080131. Ada faktor 131 ni... home sweet home... :]



Khamis, Mac 11, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Akhirnya, dapat naik river cruise Sungai Melaka malam hari...

Puas berjalan di Muar, kami kembali ke bandaraya Melaka malam hari...


Alhamdulillah, walaupun kami meninggalkan Muar agak lambat kerana menunggu makan malam di rumah ibu bapa saya di Kampung Temiang, kami sempat sampai ke jeti bandar hilir ketika perkhidmatan river cruise atau jelajah Sungai Melaka masih lagi berjalan...


Ingat apa yang disebut dalam artikel Jalan-jalan anak-beranak : Kuala Linggi waktu Maghrib dan Melaka waktu malam ? Setelah terlambat sampai ke jeti malam sebelumnya, akhirnya dapat juga kami anak beranak menaiki perkhidmatan river cruise ini!


Memang pun misi utama saya dan isteri membawa anak-anak ke Melaka adalah untuk menaiki bot menjelajah Sungai Melaka. Walaupun perkhidmatan ini sudah berjalan sejak 2-3 tahun kebelakangan (kalau tak salah ingatan le...) saya pun belum pernah mencubanya...



Yang saya tahu, saya sudah beberapa kali berjalan-jalan di tepian Sungai Melaka melihat pemandangannya semenjak perkhidmatan ini mula diperkenalkan. Sambil melihat bot keluar masuk ke hulu ke hilir sungai, kelihatan juga ruang pejalan kaki sepanjang tepian sungai sudah dibina begitu cantik, bangunan-bangunan terjaga elok dengan lampu berbagai warna diletakkan di tempat yang strategik. Kelihatan sungguh bezanya keadaan sungai berbanding apa yang saya pernah lihat sebelum itu sehingga saya yakin apa yang ada di Melaka untuk pelancongan kini setaraf dengan apa yang boleh didapati di bandaraya-bandaraya utama di Eropah.

Malah pada saya, aura di Melaka kini terasa seperti berada di bandaraya Prague iaitu ibunegara Republik Czech di Eropah Timur, satu daripada sedikit bandaraya yang masih memiliki bangunan-bangunan purba daripada abad ke 12 Masihi dan sebelumnya. Bukanlah saya sudah pergi ke semua bandaraya Eropah... tetapi sekurang-kurangnya saya sudah menjejakkan kaki di London dan beberapa bandaraya utama di United Kingdom, Paris dan sejumlah bandaraya di Peranchis, Amsterdam, Rotterdam dan Leiden di Belanda, Frankfut, Mainz dan Dresden di Jerman, Vienna dan Saltzburg di Austria, Prague di Republik Czech, Bratislava di Slovakia, Zurich di Switzerland, Genoa di Italy dan Monaco. Untuk makluman kebanyakan bandaraya di Eropah hilang bangunan lama akibat segala macam gempuran dan pengeboman yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua. Memanglah amat dangkal mahu membandingkan Melaka dengan bandaraya gergasi seperti London dan Paris yang jauh lebih terkenal di mata dunia. Maklumlah, setiap satunya memiliki sekitar 10 juta penduduk dalam lingkaran besar bandaraya!

Namun Melaka sebenarnya dapat menandingi bandaraya-bandaraya ini. Kalau sahaja dapat diwujudkan kembali keadaan metropolitan seperi semasa zaman kegemilangan Melaka lebih 500 tahun lalu di mana sarjana menyebut terdapat 84 bahasa dituturkan di pasar-pasarnya sahaja. Orang Eropah sendiri mengakui kebesaran dan kepesatan Melaka. Sebab itu Melaka disebut sebagai Venice of the East... Venice di bumi Timur. Sedangkan Venice yang terletak di Italy ialah bandaraya paling pesat di seluruh Eropah ketika itu!




Puas melihat suasana malam, kami berehat sebentar di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya. Sementara saya beramal, isteri dan anak-anak tidur di kawasan serambi. Untuk melihat klip-klip video semasa river cruise di Sungai Melaka, sila semak artikel Melaka river cruise at night di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...



Rabu, Mac 10, 2010

Jalan-jalan anak beranak : Muar... satu legasi lama purbakala?

Hmm. Ada kalanya saya fikir luahan rasa yang dibuat berkenaan Merong Mahawangsa juga sedikit hal mengenai Siam baru-baru ini adalah disebabkan penceritaan siri "Jalan-jalan anak beranak" sedang beralih dari Melaka ke Muar. Bersambung daripada artikel Jalan-jalan anak beranak : Ronda-ronda Melaka di siang hari .


Hampir jam 4:30 petang kami meninggalkan Melaka...


Dengan mengambil jalan lama yang menyeberangi Sungai Kesang, kami dapat melihat sebuah beca raksasa!

Kalau tak salah ingatan beca raksasa ini didirikan 15 tahun lalu sebagai satu tarikan pelancong ke Muar. Adapun bandar Muar ketika itu masih dikenali sebagai bandar orang pencen yang penduduknya hidup agak santai... ramai orang tua dan muda sering berbasikal ke sana ke mari. Dan beca Muar merupakan satu pengangkutan utama yang menjadi identiti daerah ini.




Kini Muar tidak lagi terasa begitu santai malah sibuk seperti kebanyakan bandar besar lain. Beca raksasa yang ada pula terabai terutama setelah jalanraya baru bertaraf lebuhraya percuma siap dibina sehingga jalan lama di tepian beca kurang digunakan. Dukacita juga dimaklumkan menurut persempadan terbaru daerah negeri Johor yang mula digunakan-pakai 2-3 tahun kebelakangan, daerah Muar secara rasminya bermula selepas melepasi jambatan yang menyeberangi Sungai Muar. Ini disebabkan ia telah dipecah 2... bahagian ke selatan Sungai Muar kekal sebagai daerah Muar, bahagian ke utara yang bersempadan dengan negeri Melaka, bahagian di mana terdapatnya beca raksasa sudah menjadi daerah Ledang pula!



Melihat senario politik negeri Johor sejak beberapa tahun kebelakangan, ada yang percaya pemecahan daerah Muar ini berlaku kerana persaingan 2 orang ahli politik besar yang berasal dari Muar. Nampaknya Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman yang kampungnya terletak di Sungai Mati, belahan utara Sungai Muar ingin menerbitkan sesuatu yang berasingan daripada legasi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Tan Sri Muhyiddin, anak kelahiran Bakri, belahan selatan Sungai Muar yang dahulu pernah juga menjadi Menteri Besar. Kelihatan dalam gambar Haziq sedang berjalan di kawasan santai atas hutan bakau di kuala Sungai Muar. Kita tinggalkan soal politik... kita kembali santai melihat keadaan...



Adapun hutan bakau tadi terletak di Tanjung Ketapang. Kemudian kami semua berehat setengah kilometer ke dalam di taman permainan Tanjung Emas...




Di sini ada perkhidmatan bot yang membawa pengunjung berjalan-jalan menyusuri Sungai Muar...






Kami terus berehat santai di taman. Kalau ada yang bertanya kenapa saya memilih tajuk kecil "Muar... satu legasi lama purbakala?", biar dijawab... saya sekadar memilih tajuk mengikut apa yang terlintas di hati walaupun ia mungkin kelihatan tidak ada kena-mengena. Buat masa ini saya malas hendak bercerita tentang sejarah. Cukuplah jika disebut Muar sudah lebih awal dikenali ramai sebelum naiknya keSultanan Melaka yang diketahui sejarah awal abad ke 15. Dan Gunung Ledang yang terletak di Muar (kini sudah termasuk ke dalam daerah Ledang yang berpusat di bandar Tangkak, lebih dekat dengan kampung Ghani Othman) sudah disebut dalam kitab-kitab lama yang berumur beribu tahun di Barat atas nama Mount (gunung) Ophir!




Selasa, Mac 09, 2010

Boleh percaya ke Wikipedia?


Hmm. Saya teringat suatu masa dahulu di mana ada satu pihak tertentu sibuk memperjuangkan "sejarah realiti" konon tetapi sebenarnya lebih mahu mewar-warkan 'hak' keturunan mereka untuk memerintah seluruh Nusantara. Saya teringat, selain menerbitkan blogspot sendiri, mereka masuk dan menghantar komen ke dalam segala macam forum dan blogspot untuk menarik perhatian ramai.

Paling menarik adalah apabila mereka meletakkan 'fakta-fakta' gubahan mereka ke dalam laman website ensaiklopedia terbuka iaitu Wikipedia. Lebih menarik lagi apabila mereka menggunakan Wikipedia untuk menyokong 'fakta' yang 'ditanam' mereka. Bahasanya lebih kurang begini: "Tak percaya apa yang aku cakap? Kalau begitu, lihat dalam Wikipedia." Padahal 'fakta' dalam Wikipedia itu adalah gubahan yang mereka letak sendiri!

Sekarang lihat gambar snapshot di atas betul-betul. Kalau tak nampak, cuba buka dalam Windows lain. Amacam. Boleh percaya ke Wikipedia? Heh! :]


Isnin, Mac 08, 2010

Kepala naga Merong Mahawangsa dan legasi Saidina Salman Al-Farisi, satu petanda daripada era lebih 1,200 tahun lalu?

Hmm. Sudah masuk jam 2.30 pagi tetapi saya masih tak boleh tidur. Ada satu gerak rasa yang mesti diluahkan di sini...


Perhatikan betul-betul bentuk ini...




Bentuk di atas tadi ialah gambar zoom in ukiran daripada gambar ini, diambil daripada artikel lama Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned Perak old mosque) yang ditulis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 3 tahun lalu.





OK. Rasanya ramai yang sudah maklum betapa saya meminati bentuk ukiran yang saya sering sebut sebagai bentuk "lidah terjulur" ini. Malah seminggu lepas, sebaik sahaja kembali daripada perjalanan terbaru ke Aceh saya telah menulis sebuah artikel bertajuk Dah jumpa dah di Aceh! Bentuk "lidah terjulur" yang mengaitkannya dengan Perak... untuk berkongsi sedikit penemuan terbaru saya tentang bentuk ukiran ini. Saya ada menulis di situ bahawa setelah 4 kali pergi ke Aceh, baru bentuk ukiran ini saya temui di sana, di satu tempat berdekatan Perlak. Cukuplah jika ditambah (kerana cerita lanjut lebih sesuai dibuat dalam catatan tentang perjalanan terbaru ke Aceh yang akan dibuat nanti) bahawa bentuk ini saya lihat di satu tempat yang ada kena-mengena dengan nama Bandar Khalifah.

Di sini biar saya copy and paste balik beberapa perenggan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006)... daripada bab bertajuk "KeSultanan Perlak : Bermulanya sebuah cerita"...


----------




Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.

Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.

Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.

Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad bin Jaafar as-Sadiq...

Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.

Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?

Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah, eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.


------------------


Dipendekkan cerita, bab itu diteruskan dengan mengenengahkan 'teori' saya sendiri bahawa Salman yang dimaksudkan adalah Saidina Salman Al-Farisi, seorang sahabat besar Nabi. Rasanya belum ada sesiapa yang membuat telahan yang sama... kalau adapun belum tertulis dalam mana-mana catatan yang boleh dibaca orang ramai. Setelah lebih 2 tahun menulis buku pertama "Berpetualang ke Aceh" baru saya mendapat tahu bahawa sejarah lama Aceh yang lebih terperinci menyebut namanya sebagai Maharaj atau Maharaja Syahriar Salman yang berasal dari Parsi. Maka memang ada yang menyebutnya sebagai Salman Al-Farisi. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada mana-mana pihak yang mahu atau berani menyebutnya sebagai Saidina Salman Al-Farisi, sahabat besar Nabi Muhammad SAW yang turut diangkat menjadi Ahlul Bait iaitu ahli keluarga baginda walaupun mereka tidak memiliki pertalian terus darah atau hubungan melalui perkahwinan sepertimana yang ada pada Ahlul Bait utama seperti Saidina Ali, Saiditina Fatimah, Saidina Hassan dan Saidina Hussein..

Adapun catatan-catatan berkaitan menyebut Maharaja Salman datang ke Aceh atau lebih tepat ke wilayah Jeumpa dianggarkan pada tahun 777 Masihi. Kedatangan rombongan 100 orang pendakwah ke Perlak yang diketuai Nakhoda Khalifah pula dikatakan berlaku sekitar 804 Masihi. Catatan turut menyebut Maharaja Salman telah berkahwin dengan Puteri Mayang Seludang daripada Jeumpa. Ada yang menambah, yang dimaksudkan Jeumpa sebenarnya adalah Champa di wilayah Indo China!

Apapun Maharaja Salman dikatakan telah mendirikan kerajaan Perlak. Baginda mendapat 4 orang putera - Syahir Nuwi, Syahir Tanwi, Syahir Pauli, Syahir Dauli - dan seorang puteri, Tansyir Dewi juga dikenali sebagai Makhdum Tansyuri. Puteri inilah yang kemudian berkahwin dengan Ali bin Muhammad daripada rombongan Nakhhoda Khalifah. Anak dari hasil perkahwinan ini diangkat menjadi Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz yang diisytiharkan sebagai Sultan pertama kerajaan Islam Perlak pada tahun sekitar 840 Masihi.

Ada pihak membuat telahan bahawa Maharaja Salman adalah seorang Ahlul Bait dari keturunan Saidina Hussein AS, cucu lelaki kedua Nabi Muhammad SAW. Alasan yang digunakan adalah kerana anak-anak Salman memakai gelaran Syahir atau Syahri di pangkal nama dan ini bersamaan dengan gelaran Syahri yang ada pada Puteri Syahribanun, isteri Saidina Hussein, puteri raja terakhir empayar Parsi (dimasukkan ke dalam wilayah jajahan Islam selepas dikalahkan oleh angkatan tentera yang dikirim oleh Saidina Umar). Ini tidak mustahil memandangkan pada tahun 777 Masihi, sudah ada 4 generasi keturunan Saidina Hussein. Ketika itu sudah hidup seorang Ahlul Bait terkenal, Imam Muza al-Khazim bin Ja'afar as Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein sebagai bandingan. Namun menyatakan seseorang itu sebagai Ahlul Bait hanya berdasarkan pangkal nama Syahir atau Syahri terasa begitu dangkal. Lagipun ia memang satu gelaran kebesaran yang digunakan bangsawan berketurunan Parsi sejak turun-temurun.

Berbalik pada 'teori' saya bahawa Maharaja Salman adalah sebenarnya Saidina Salman Al-Farisi, ia juga boleh dipersoalkan apalagi tahun 777 Masihi itu jaraknya lebih 140 tahun setelah Rasulullah SAW wafat sekitar tahun 633 Masihi. Namun banyak riwayat menyebut Saidina Salman diketahui berumur amat panjang. Kalau zaman sekarang pun masih boleh ditemui orang berumur lebih 120 tahun, agak-agak le zaman Nabi dahulu umur bagaimanakah yang dikatakan amat panjang? Rasanya kalau setakat 150 tahun masih boleh dikira "suam-suam kuku" lagi. Kalau 200 tahun ke atas baru boleh disebut berumur panjang kot?

Namun itu semua bukan persoalan penting pada tahap ini. Agar artikel ini tidak jadi panjang berjela-jela harap pembaca cuba sahaja akur dengan 'teori' saya bahawa Saidina Salman Al-Farisi inilah Maharaja Salman yang datang ke Aceh dahulukala. Yang pasti baik Saidina Salman mahupun Maharaja Salman memang berasal daripada keturunan Raja Parsi. Harus ditambah bahawa yang dimaksudkan Raja Parsi pada zaman itu ialah dari Dinasti Sasanid, dipercayai sesetengah orang sebagai berasal dari keturunan Raja Khurush atau Cyrus the Great yang memerintah empayar lama Parsi iaitu Achamenid sekitar 550 Masihi, satu watak yang dipercayai ramai sebagai penakluk besar Zulkarnain yang ada disebut di dalam Al-Quran.

Apa yang ingin diluahkan adalah wujudnya keselarian tentang cerita Salman yang datang ke Aceh pada tahun 777 Masihi dengan cerita Merong Mahawangsa, satu watak besar lagenda yang dikatakan menerbitkan sesetengah cabang Raja-raja Melayu. Lagipun ada disebut bahawa Merong Mahawangsa adalah anak Raja Rom yang sedang berurusan dengan kerajaan Cina. Menurut pendapat pengkaji, Rom yang dimaksudkan sebenarnya adalah empayar Parsi kerana ketika itu orang Melayu menyebutnya begitu... sepertimana kitab Hikayat Hang Tuah ada memanggil Sultan Turki yang memegang empayar Islam Othmaniyah sebagai Sultan Rom...

Adapun cerita tentang Merong Mahawangsa itu sukar dijangkakan pada zaman manakah ianya berlaku jika berdasarkan pada hikayatnya sahaja. Latar-belakang cerita dalam hikayat itu bermula dengan satu macam pertaruhan antara burung gergasi garuda dengan Nabi Allah Sulaiman. Jika ini mahu diambil kira, maka ianya mestilah berlaku sekitar 900 tahun Sebelum Masihi kerana itulah zaman Nabi Sulaiman dijangkakan hidup menurut perkiraan moden. Sedangkan baik empayar Parsi mahupun empayar Rom Eropah yang pernah berpusat di Turki kemudian bandaraya Rom di Itali cuma diketahui wujud beberapa ratus tahun kemudian.

Apapun, menurut cerita orang-orang lama (faham-faham aje le) seperti disampaikan kepada saya, ketika itu masa atau waktu belum dikira sepertimana sekarang. Satu hari ketika itu kadangkala boleh menyamai berpuluh tahun waktu menurut kiraan sekarang! Tetapi di tempat lain mungkin satu hari boleh jadi macam sejam begitu. Konsep pelik sebegini sebenarnya pernah diutarakan dalam pemikiran logik dan rasional sains melalui Theory of General Relativity yang diutarakan Albert Einstein. Namun setakat ini ia cuma dapat dibuktikan secara empirikal berlaku pada peringkat terkecil atom atau sub-atomic level...

Setakat ini tidak ada pembuktian perubahan persepsi waktu sebegitu pernah berlaku pada mana-mana manusia kecuali dalam bentuk thought experiment atau jangkaan dalam pemikiran. Misalnya ada disebut dalam pengajian sains bahawa jika ada kembar seiras, seorang duduk di bumi seorang menaiki roket yang menghampiri kelajuan cahaya, maka selepas 10 tahun, kembar yang duduk di bumi akan menjadi lebih tua 10 tahun sepertimana kebiasaan mana-mana manusia sedangkan yang menaiki roket cuma meningkat umur 5 tahun atau kurang!

Perkara yang sama juga disebut akan berlaku andainya manusia dapat menghampiri event horizon, satu titik sempadan sebelum segala benda menjadi terhunjam penyek ke dalam akibat tarikan kuat graviti pada titik hitam atau black hole yang diterbitkan oleh sesetengah bintang yang sudah tamat jangkahayatnya. Namun belum ada lagi mana-mana roket ciptaan manusia yang boleh mencapai kelajuan 10 peratus cahaya apalagi menghampiri kelajuan cahaya. Dan belum ada manusia yang dapat sampai ke black hole. Jadi teori ini cuma tinggal teori atas kertas yang cuma boleh difikirkan sahaja, bukan dapat dibuktikan secara fizikal. Jadilah thought experiment...

Namun kita-kita di Alam Melayu ini mesti pernah mendengar cerita di mana seseorang itu sesat di hutan termasuk ke alam bunian lalu ditemui kembali 3 tahun kemudian. Tetapi menurut ceritanya dia baru 3 hari berada di alam sana! Sebaliknya boleh berlaku kes di mana seseorang itu masuk ke alam bunian dan terasa seperti 3 tahun berada di sana. Namun di alam nyata, masa cuma berlalu baru 3 hari. Begitulah menurut cerita orang-orang lama keadaan sebenar dunia dahulukala... sebelum kita sibuk mengukur masa dengan jam dan alat-alat yang sewaktu dengannya lalu kita tanpa sedar telah 'membekukan' masa sehingga boleh disukat-sukat mengikut ketentuan kita...

Dalam dunia tanpa sukatan tetap masa seperti yang diceritakan orang-orang lama, seringkali berlaku orang-orang 'melompat' waktu serupa dengan apa yang kita lihat dalam cerita-cerita sains fiksyen yang melibatkan konsep time machine. Lalu banyak perkara yang berlaku tidak dapat diatur menurut turutan kronologi sepertimana yang kita buat kini. Memahami hakikat sebenar perkara ini sangatlah rumit. Maka biar kita cuba rungkai melalui logik biasa sahaja. Kita tolak tepi kisah garuda dan Nabi Sulaiman dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan anggap ia sebagai perlambangan sahaja. Kita cuba buat unjuran waktu berdasarkan apa yang sedia ada.

Sejarah rasmi menyebut raja pertama Kedah yang memeluk Islam diberi nama Sultan Muzaffar Shah, mula memerintah tahun 1136 Masihi. OK, saya tidak memiliki senaskah kitab Hikayat Merong Mahawangsa, namun sukacita dimaklumkan selain Hikayat Inderaputera ia adalah antara cerita lama Melayu yang pertama saya baca sehingga habis walaupun kurang faham iaitu ketika saya berumur sekitar 9 tahun gitu. Saya ambik sahaja informasi daripada Wikipedia ya. Kupasannya tentang Hikayat Merong Mahawangsa menyebut Sultan Muzaffar ini asalnya bernama Raja Phra Ong Mahawangsa, anakanda Raja Phra Ong Mahapudisat bin Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong) bin Raja Seri Maha Inderawangsa bin Raja Seri Mahawangsa bin Raja Merong Mahapudisat bin Raja Merong Mahawangsa.

Kalau kita ambil jangkaan pukul rata bahawa seorang laki-laki itu paling awal mendapat anak ketika berumur 20 tahun, maka kita boleh membuat andaian antara lahirnya Sultan Muzaffar dengan kemunculan Raja Merong Mahawangsa ada tempoh 120 tahun gitu (20 tahun x 6 generasi). Kita anggap Sultan Muzaffar menjadi raja setelah masuk umur 30 tahun. Maka kita boleh membuat anggaran bahawa Raja Merong Mahawangsa muncul di rantau ini sekitar tahun 880 Masihi gitu (1136 Masihi iaitu tahun Sultan Muzaffar menjadi raja - 30 tahun iaitu umurnya menjadi raja - 120 tahun iaitu tempoh antara 6 generasi). Dengan menukar parameter anggaran misalnya umur seorang lelaki mendapat anak menjadi 30-40 tahun tidak susah untuk kita menyelarikan zaman kemunculan Raja Merong Mahawangsa dengan zaman kemunculan Maharaja Salman yang saya yakini adalah Saidina Salman Al-Farisi. Ah... senang cerita, saya mahu menyatakan kemungkinan bahawa Saidina Salman juga adalah orang yang dikenali sebagai Merong Mahawangsa!

OK. Adapun disebut bahawa anakanda Salman yang bernama Syahir Nuwi adalah Raja Perlak ketika rombongan Nakhoda Khalifah dan 100 orang pendakwah datang dari Timur Tengah sekitar 804 Masihi. Apa yang menarik, ada disebut dalam banyak catatan bahawa Syahir Nuwi itu adalah panggilan orang Arab bagi negara Siam dan ini turut dinyatakan dalam sirah kehidupan Sheikh Hamzah Fansuri (hidup abad ke 17 Masihi) yang menyebut bapanya pernah menjadi gabenor di Syahir Nuwi. Catatan dalam Wikipedia tentang Hikayat Merong Mahawangsa pula menyebut, atas nasihat bapanya Raja Merong Mahawangsa, Raja Merong Mahapudisat telah merajakan anak sulungnya di Siam. Saya tidak ingat catatan sebenar dalam hikayat tetapi ini rasanya cukup untuk menunjukkan bahawa Merong Mahapudisat sendiri yang telah membuka Siam sebelum merajakan anaknya di sana. Katakanlah Merong Mahawangsa adalah panggilan lain bagi Salman. Apakah mungkin Merong Mahapudisat adalah panggilan lain bagi Syahir Nuwi, lalu sebab itu orang Arab mengenali Siam sebagai Syahir Nuwi?

Hmm. Saya rasa saya tidak boleh bercerita terlalu panjang lagi. Ketika menulis ayat inipun sudah hampir jam 5 pagi. Cukuplah saya menambah bahawa luahan dan persoalan kali ini timbul setelah cuba memecah asal-usul sebenar bentuk ukiran kayu seperti "lidah terjulur" yang terdapat pada sesetengah rumah dan bangunan lama di Perak, Kedah dan Pulau Pinang tetapi saya yakini ada kena-mengena dengan Aceh. Seperti disebut dalam artikel Dah jumpa dah di Aceh! Bentuk "lidah terjulur" yang mengaitkannya dengan Perak..., dalam lawatan ke 4 ke Aceh baru saya terjumpa bentuk itu di sana iaitu berdekatan Perlak. Setelah lama memikirkan apakah maknanya ini, kenapa saya harus menemui bentuk ini di Perlak, bukan di Banda Aceh mahupun sekitar Geudong di mana pernah terletaknya pusat kerajaan Samudera-Pasai, baru saya menanyakan seseorang. Jawabnya mudah... bentuk ukiran itu berasal daripada Cina, dan ia berkaitan naga!

Allah. Baru saya nampak. Memang kalau diperhatikan lebih teliti (lihat gambar zoom in) di atas ia adalah bentuk kepala naga Cina siap dengan sesungut-sesungutnya. Nampaknya nama rasmi bentuk ukiran ini iaitu "Papan kepala cicak" seolah-olah menjadi petunjuk tersirat kerana dari satu segi, naga itu boleh dikatakan sebagai cicak yang amat besar. Sepertimana orang Putih ada menyebut haiwan pra-sejarah dinasour sebagai lizard... walhal kita tahu lizard tu kalau diterjemah ke Bahasa Melayu jadi cicak sahaja! Orang itu menambah, naga itu memang ada kena-mengena dengan Merong Mahawangsa (dan orang itu membenarkan telahan saya tentang kaitan antara raja ini dengan Salman Al-Farisi). Ini disebabkan, benar seperti dakwaan sebuah blogspot tertentu, Merong Mahawangsa memang cucu seorang Maharaja Cina!

Cuma dalam kekeliruan cuba menaikkan line of reasoning senget agar keluarga mereka dapat diangkat menjadi pemerintah 'sebenar' Nusantara konon, pihak yang mengelolakan blogspot tersebut samada tidak tahu atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa nasab lelaki atas lelaki Merong Mahawangsa memang berasal daripada Parsi lalu segala-galanya cuba dikaitkan dengan Cina belaka. Kemudian mereka cuba menyembunyikan keberadaan kerajaan Langkasuka yang ada disebut dalam hikayat lalu cuba menyatakan 'kebesaran' kerajaan Siam menggantikannya. Walhal yang besar sehingga meliputi Pulau Ceylon, IndoChina, Filipina, Papua New Guinea dan utara Australia itu adalah kerajaan Langkasuka yang diasaskan oleh Merong Mahawangsa... kerana baginda adalah waris empayar Sasanid Parsi juga cucu Maharaja Cina lalu dapat menggabungkan sebahagian bekas jajahan takluk dua empayar besar dunia serta jajahan takluknya sendiri. Kerajaan Siam yang diwujudkan kemudian cuma salah satu daripada kerajaan-kerajaan yang diwariskan kepada anak-cucu baginda. Maka menjadi satu penyelewengan fakta yang sangat besar apabila menyebut Siam lah yang berkuasa ke atas segalanya.

Penyelewengan yang mahu dinyatakan sebagai "sejarah realiti" ini konon serupalah dengan dakwaan orang Yahudi bahawa Nabi Ibrahim kononnya beragama Yahudi, atau orang Kristian cuba mengaku Nabi Ibrahim itu Kristian. Walhal Nabi Ibrahim telah wujud sebelum ada Yahudi dan Nasrani sedangkan agama Yahudi itulah yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Ibrahim yang sejati.

Tentang Siam itu Islam, itu tak menjadi masalah. Ramai pun dah tahu tentang itu, tak perlu datang Saad bin Abi Waqqas ke negeri Cina untuk Siam menjadi Islam kerana Merong Mahawangsa yang berketurunan Parsi sudahpun menerima Islam dari Timur Tengah. Tentang dakwaan bahawa Merong Mahawangsa telah berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri atau dikenali juga sebagai Tok Soh, itu adalah satu lagi penyelewengan fakta atau silap tafsiran yang amat besar.

Katakanlah Merong Mahawangsa tidak ada kena-mengena langsung dengan Salman Al-Farisi. Kita turut sebentar dakwaan blogspot itu yang menyebut Merong Mahawangsa datang ke rantau ini sekitar 800 Masihi lalu berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri. Maka seharusnya kita kaji dahulu dari mana datangnya keluarga Al-Jefri agar nampak kesahihan bukti...

Saya sendiri tidak ingat butirannya tetapi saya tahu Al-Jefri merupakan salah satu daripada banyak cabang pecahan keluarga Ba-Alawi, satu kabilah berketurunan Nabi Muhammad SAW di mana setiap ahlinya samada bergelar Sayyid dan Sharifah dan banyak beranak-pinak di wilayah Hadramaut di Yaman, penghujung Semenanjung Arab. Adapun nama-nama keluarga seperti Al-Jefri, Al-Attas, Al-Shahab dan sebagainya itu cuma timbul setelah beberapa keturunan anak cucu moyang utama mereka iaitu Alawi bin Ubaidullah beranak pinak di Hadramaut. Alawi ini pula adalah cucu kepada Ahmad Muhajirullah, Ahlul Bait ataupun keturunan Nabi Muhammad SAW yang pertama sekali berhijrah ke Hadramaut. Nama penuhnya ialah Ahmad Muhajirullah bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'afar as Sadiq. Ja'afar as Sadiq yang merupakan generasi ke 3 keturunan Saidina Hussein diketahui hidup sehingga tahun 765 Masihi. Oleh kerana Ahmad Muhajirullah adalah generasi ke 4 keturunan Ja'afar, boleh dianggarkan beliau hidup sezaman dengan Imam ke 10 Syiah yang segenerasinya dengan iaitu Ali al-Hadi (835-868) Masihi.

Nah. Ahmad Muhajirullah sendiri hidup sekitar itu, agak-agaknya bila pula cucunya Alawi bin Ubaidullah yang menjadi asbab kemunculan nama kabilah Ba'Alawi itu mula beranak-pinak? Apalagi mahu menunggu kemunculan keluarga Al-Jefri beberapa generasi kemudian. Maka mana mungkin Merong Mahawangsa boleh berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri pada tahun 800an Masihi seperti didakwa para penyokong blogspot yang terlalu pro Siam.

Mana mungkin wujud seorang insan bernama Sharifah Mariam Al-Jefri ketika itu... kecuali wujud unsur-unsur 'melompat' masa yang mana jika diletakkan menjadi dalil pembuktian cerita akan menjadi kacau-bilaulah segala aturan ilmu dan sejarah menurut kronologi, satu perkara yang tidak mampu ditelan minda manusia biasa seperti kita. Lainlah kita ini orang kayangan, para wali dan sebagainya... mungkin kita dapat memahami malah mengalami keadaan 'melompat' masa sebegini. Tapi tak pa. Kita anggap le betul memang Merong Mahawangsa itu berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri walaupun ini adalah mustahil mengikut turutan masa yang kita ketahui.

Adapun satu 'dalil' terbesar blogspot tersebut dalam menyatakan 'kebesaran' Siam dan keturunan mereka adalah kerana Merong Mahawangsa kononnya mewarisi hak kepimpinan Bani Hasyim yang membawa kepada penentuan arah tuju ummah akhir zaman. Satu, saya sudah sebut 'kebesaran' Siam itu cuma sebahagian kecil sahaja daripada kebesaran Langkasuka yang mungkin berjaya mengambil-alih kepimpinan kerajaan besar Nusantara yang dikenali sejarawan sebagai Srivijaya. Maka melebihkan Siam sehingga menafikan Langkasuka adalah sama seperti menyatakan Nabi Ibrahim adalah orang Yahudi... sama juga bodohnya dengan percubaan mendakwa Iskandar Zulkarnain adalah orang Siam walhal penakluk ini sudah wujud jauh lebih lama sebelum terbitnya nama Siam. Tentang hak Bani Hasyim yang kononnya berlaku disebabkan perkahwinan dengan Sharifah Mariam, tadi kita sudah tunjukkan betapa ini adalah mustahil mengikut ukuran masa. Namun kalau betul pun Merong Mahawangsa memang berkahwin dengan Sharifah Mariam untuk menerbitkan keturunan yang ada darah Ahlul Bait, mereka-mereka ini tidak harus melebihi kedudukan dan keutamaan anak cucu yang nasabnya lelaki atas lelaki sampai terus kepada Saidina Hassan mahupun Hussein.

Sudah menjadi hukum nasab terutama melibatkan Ahlul Bait, mereka yang keturunannya bersambung dengan Rasulullah SAW melalui ibu atau belah perempuan kurang 'daulatnya' berbanding dengan mereka yang bapa bin datuk lelaki atas lelaki sampai kepada Saidina Hassan atau Hussein. Jangan gunakan alasan Hassan dan Hussein bersambung dengan Rasulullah SAW melalui ibu mereka iaitu Fatimah... itu adalah kes istimewa untuk keluarga terdekat Nabi. Sepertimana Rasulullah SAW sahaja yang dibenarkan kahwin lebih dari 4 orang isteri, keturunan baginda dikira bersambung melalui Hassan dan Hussein walaupun baginda tidak memiliki anak lelaki dewasa.

Kalau ini mahu dikira sebagai 'kekurangan' pun anggaplah ia 'kecairan' pertama darah Nabi (walhal 'kecairan' ini diisi pula oleh darah Saidina Ali) dalam sejarah keturunan Ahlul Bait. Cukuplah satu 'kecairan' ini sahaja. Jangan ditambah lagi 'kecairan' kali kedua seperti berlaku pada anak cucu Merong Mahawangsa kalau betullah baginda berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri. Sebab itu para Sharifah anak-anak perempuan berketurunan Nabi disuruh berkahwin dengan Sayyid sahaja iaitu mereka yang sekufu, sama taraf keturunannya. Bukan langsung tak boleh kahwin dengan orang bukan Sayyid tetapi tidak digalakkan. Yang pasti, kalau mahu juga kahwin dan dapat zuriat, anak itu tidak layak lagi memakai nama Sayyid atau Sharifah, apalagi mahu menjadi Sharif yang konon memimpin sebuah empayar besar Islam. Namun 'kecairan' ini mungkin dapat diatasi Merong Mahawangsa kalau betul baginda dan Saidina Salman Al-Farisi adalah orang yang sama. Ini disebabkan Rasulullah SAW sendiri pernah mengisytiharkan Salman sebagai Ahlul Bait atau keluarga angkat baginda!

Apapun, Imam Mahdi yang bakal memimpin ummah akhir zaman nanti adalah nyata berketurunan Saidina Hassan lelaki atas lelaki. Ada juga yang menyebut baginda berketurunan Saidina Hussein. Yang pasti baginda bukan keturunan mana-mana Maharaja Cina yang diketahui tidak ada nasab belah laki-laki Nabi Muhammad SAW dalam darah keturunannya. Jadi untuk mana-mana pihak yang tidak ada talian terus lelaki atas lelaki darah Saidina Hassan mahupun Hussein untuk berkokok dengan pelbagai dalil agar dianggap layak menjadi ketua ummah yang mampu menobatkan "sejarah realiti"... itu adalah pembohongan besar yang hampir setaraf dengan pembohongan Dajjal mengaku Tuhan. Sekian luahan... dah dekat jam 6 pagi dah. Subuh woiiii! :]


p/s: Alhamdulillah. Kiranya apa yang saya luahkan ini sedikit-sebanyak dapat menjawab persoalan untuk diri saya sendiri seperti yang telah muncul lalu dilepaskan melalui artikel Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang yang dibuat 3 tahun lalu.