Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, February 14, 2008

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...

OK... Sambung terus daripada Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1... . Dua hari selepas melawat makam-makam di sekitar Perak tengah termasuk di Kampung Gajah, saya pergi menziarahi makam-makam lama di sekitar Lenggong pula iaitu di utara/timur-laut Perak...
Kali ini saya pergi bersama seorang kawan lama iaitu saudara Asri... Kawan ini pula mencadangkan agar dibawa sebilah parang bersama... Ternyata parang itu sangat berguna nanti...



Di atas adalah makam Tok Terosor seorang pembesar Melayu dahulukala. Kalau tak salah ingatan, beliau pernah memegang jawatan Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja Shahbandar Muda.

Saya dapat tahu tentang kewujudan makam ini setelah membaca sebuah buku tentang tempat-tempat bersejarah di Perak, kalau tak salah terbitan pihak muzium. Tercatat di situ, Tok Terosor adalah dari keturunan Tun Saban, seorang pembesar Melayu yang pernah memerintah kawasan Hulu Perak dan terlibat dalam pertabalan Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528.

Makam ini terletak sekitar 80 meter sahaja daripada jalan utama di Kampung Chegar Galah, setentang dengan sekolah. Tetapi kami menghadapi masalah mencarinya kerana ia tidak dapat dilihat daripada luar akibat semak-samun dan hutan belukar yang mengelilinginya...



Ini adalah kawasan di dalam lingkungan pagar makam. Boleh nampak tak batu nesannya? Kami pun menghadapi masalah mencarinya kerana tumbuh-tumbuhan yang "menyerabaikan" keadaan...

Sori... Terasa nak guna perkataan "serabai" di sini. Takkan tak faham... Ala, kalau orang kata muka mamat tu serabai... Ertinya semak-samun semacam le dengan misau janggut bergulung-gulung tak trim gitu...


Bila diperhatikan lebih dekat, baru boleh kelihatan batu nesannya...



Apapun, kami usahakan sedikit apa yang mampu dengan tulang empat kederat dan sebilah parang yang dibawa... Setelah beberapa ketika, barulah kawasan makam itu kelihatan lebih terang. Alhamdulillah!




Kami beredar daripada Makam Tok Terosor dan masuk ke sebuah lorong kampung bersebelahan Sungai Perak, masih lagi di Kampung Chegar Galah. Di sini terletak pula Makam Tok Jawang, seorang lagi pembesar lama Melayu... Kalau tak salah ingatan, beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tok Terosor, anak cucu Tun Saban juga...


Tidak seperti Makam Tok Terosor yang lebih tersorok akibat belukar di antara makam dan jalan utama, Makam Tok Jawang ini boleh kelihatan nyata dan sangat dekat dekat jalan. Sayangnya kawasan makam ini jauh lebih bersemak...


Ah... Di sini ternyata lebih susah hendak mencari batu-batu nesan di sebalik semak...


Bayangkan, dalam lingkungan kawasan berpagar makam seluas kira-kira 8 x 20 kaki persegi (anggaran saya le) pun siap ada pokok separuh tumbang! Belum dikira segala macam pokok yang menjalar... Kalau tengok pun mahu rasa give-up!


Tapi tak sampai hati kami hendak membiarkan ia terus bersemak-samun begitu. Sedikit demi sedikit kami cantas pokok-pokok yang sepatutnya tidak ada kena-mengena dan humbankan ia keluar pagar, mana yang mampu le... Hasilnya, terang sikit le kawasan makam ni...



Lihat... Kan lebih melapangkan dada?


Seterusnya kami kembali ke kampung Asri iaitu Kampung Cha'in, 1-2 km di selatan pekan Lenggong. Di sini terletak makam Tok Busu Sega yang juga pernah memegang jawatan Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja Shahbandar Muda...

Sebenarnya hari sebelumnya, kami telah cuba mencari makam ini. Menurut Asri yang selalu juga balik ke kampungnya darim tempat bekerjanya di Ipoh (sekarang Sg. Siput), dia selalu perasan makam ini kelihatan daripada tepi jalan berdekatan rumahnya kerana ia adalah satu-satunya makam di situ dan binaannya amat terserlah, Tetapi selama ini Asri kurang ambil tahu... Saya pula baru mendapat tahu tentang kewujudan makam ini daripada buku yang dibaca...

Ketika saya mengajak Asri mencari makam ini, baru dia sedar ia tidak lagi kelihatan. Kebetulan di sebelah kawasan di mana makam ini pernah kelihatan dahulu terdapat tambakan tanah selebar tambakan untuk binaan highway yang baru dibuat... Apakah ia telah tertimbus? Atau...

"Takkan makam ni dah kena alih kot?" tanya Asri kehairanan... Begitu juga orang-orang kampung yang kebetulan ditemui... Masing-masing baru tersedar, makam yang selama ini selalu kelihatan daripada tepi jalan tidak dapat dilihat lagi.

Itulah sebenarnya sebab Asri membawa parang keesokannya... Tujuan utama adalah cuba mencari kembali Makam Tok Busu Sega tetapi kami membuat keputusan untuk melawat makam-makam lain terlebih dahulu iaitu Makam Tok Sendalu dan Makam Tok Lalang di Luat kemudian baru ke Makam Tok Terosor dan Makam Tok Jawang juga Makam Sharif Shamsuddin di Kampung Chegar Galah.

Ah... Ceritanya ada dinukilkan sedikit sebanyak di sini hujung bulan lalu. Sila baca Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!

Apapun, Makam Tok Busu Sega sebenarnya sudah tersorok di sebalik rumpunan buluh dengan ketinggian tidak kurang 30 kaki meliputi kawasan hampir setengah ekar... Saya telah menyelinap masuk ke rumpun buluh yang luarnya seperti "dipagar" semak-samun pokok-pokok menjalar lalu kelihatanlah binaan makam di dalam...


Lihat... Pintu pagarnya pun dah jam akibat dijerut pepohon menjalar...

Beginilah keadaan makam apabila kami sampai. Baru Asri sedar, rasanya kali terakhir Makam Tok Busu Sega ini boleh kelihatan daripada tepian jalan adalah beberapa bulan lalu tetapi selama ini semua orang tidak berapa ambil peduli, take for granted gitu..

"Selama ini memang ada orang jaga, orang muzium" kata Asri. "La ni macam orang dah tak peduli nampaknya. Tapi aku rasa peruntukan memang ada. Jadi apa jadi kat peruntukan ni... Takkan kena sebat kot?"

Hmm... Sesuatu yang harus kita fikirkan... Food for thought... Mentang-mentang tidak ada pihak yang betul-betul memantau, habis dibiarkan kawasan makam jadi hutan... Dan mungkin wang yang sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja ini sebaliknya diberi makan pada anak bini. Haram wooo!!!


Apapun, kami buatlah apa yang kami mampu... Walaupun memang bersemak teruk dengan banyak batang buluh reput meliputi kawasan makam, kami dapat juga membersihkannya ke tahap yang agak melapangkan dada dan penglihatan... Maklumlah, dah buat "training practice" kat Makam Tok Terosor dan Makam Tok Jawang tadi. Bila sampai kat sini, dah tak begitu terasa akan betapa beratnya membersihkan kawasan bersemak ini.

Agaknya inilah hikmahnya kami ke Luat dan Kampung Chegar Galah terlebih dahulu. Kalau pergi mencari Makam Tok Busu Sega terlebih dahulu lalu tak jumpa, mungkin kami akan terus mengalah... Petang sebelumnya pun kami sudah meredah belukar semak-samun agak jauh untuk mencarinya, cuma tidak masuk ke dalam lingkungan rumpunan buluh sahaja. Mungkin kami akan menganggap, memang betul makam ini telah dialih ke tempat lain?

Adapun semua nama-nama yang disebut ini adalah daripada keturunan Tun Saban. Sedangkan Tun Saban memang meninggalkan banyak keturunan sehingga sekarang di Perak dan ramai pula masih mewarisi jawatan orang-orang besar istana dan berpangkat pula... Jadi apalagi wahai anak cucu Tun Saban, buatlah sesuatu untuk tok-nenek moyang keluarga kamu!

OK... Cerita seterusnya akan dibuat dalam posting selepas ini. Sila! :]





No comments: