Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 28, 2009

Rakaman "Berpetualang ke Aceh" di Radio IKIM in full...

Hmm... tadi timbul rasa bahawa saya harus meletakkan semua baki klip video rakaman yang dibuat sendiri oleh saya dan isteri semasa berada di Radio IKIM 91.5 FM semalam. Jadi ini dia ya tanpa sedikit pun suntingan. Insyaallah versi yang disunting elok bersama ulasan akan ke udara di Radio IKIM nanti minggu hadapan atau kemudian.



Mengenalkan apa yang membawa kepada penerbitan siri buku "Berpetualang ke Aceh"




Kenapa menulis tentang Melayu? Kenapa dalam bahasa Melayu sedangkan saya asalnya lebih lancar menulis dalam bahasa Inggeris?




Tentang Istikharah dan mendapatkan gerak hati yang benar serta kalam yang jujur dan lancar...




Kaitan pencarian salasilah keturunan dan akhir zaman. Seterusnya ada bahagian candid yang mungkin membuka sesuatu yang tidak baik tentang satu pihak. Tapi tak apa le., tu le hakikat sebenar yang berlaku dalam dunia penerbitan. Belum diceritakan lagi betapa saya dibuat seperti sampah oleh sesetengah pihak. Cukup ya. Selamat malam!



9 ulasan:

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum.. clear lah video quality. Guna cam apa ye ?

khalida berkata...

salam...
keep up ur good work...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. To Perpatih, pakai aku punya camera digital Olympus je, bukan video cam pun. Terus jadi avi file tapi bukan avi 'berat' le macam video cam kau dulu. Yang ni langsung tak payah edit apa-apa terus load kat YouTube.
To Khalida, TQ! :]

awanbadai berkata...

Salam bro,

Dah semakin sihat dah hang bro!
Berisi sikit badan tu.

keep up bro :)

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. No comment, hehe!

kurmajalis berkata...

bising la bunyi zoom kamera tu.

tgh syok dengaq ni. he he he.

lepas ni, bawa stand utk kamera.

biar static je. lagi best.

kurmajalis berkata...

saya mmg suka sejarah.

makasih bang MS hurai sedikit sbyk

pasal "sejarah ditulis org yg

menang.."

ilmu baru ni..

kurmajalis berkata...

bila la sya leh cakap omputeh lancar mcm bang MS ni. he he he..

lgi satu, awat bang tak mention forum
harmonisers?

Posted: 08 July 2006 at 9:47pm

itu waktu post pertama topik "BERPETUALANG KE ACEH.."

sedih kawan2 forumer kat situ, bang MS x mention.. he he he

Radzi Sapiee berkata...

Hehe. Bunyi zoom tu kira sound effect tambahan le. Bab harmoniser tu tak terkeluarlah pulak. Banyak lagi bende lain yang sebenarnya tak sempat cerita tapi kena le ikut time limitnya, recording 25 minit. Tu pun tak semua pakai bila on-air sebab diaorang masukkan lagi interview dengan orang lain sebagai komen pembaca buku BKA, dan ada sekali bacaan beberapa bahagian isi buku yang dijadikan dramatik. Last-last lebih 40 minit wooo on air! :]