Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 21, 2023

Misi hartanah dan wacana Laksamana - Akhirnya terlaksana rancangan lebih 3 bulan lalu

OK. Sudah disebut dalam artikel pertama siri kecil ini iaitu Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan yang dipersembahkan pagi Rabu 18 Oktober bahawa  perjalanan terbaru saya ke Perak berlaku kerana dua sebab utama. Satu mahu menghadiri sesi perbicaraan mahkamah di Ipoh melibatkan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk saya iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada  pagi Selasa 17 Oktober. Kedua, mahu membentang tentang Laksamana dalam satu majlis yang dikatakan bakal dihadiri Menteri Besar Perak dan ketua-ketua pasukan keselamatan negeri pada pagi Khamis 19 Oktober. Sekarang biar diberitahu. Itulah sebabnya siri kecil ini diberikan tajuk utama "Misi hartanah dan wacana Laksamana". Kerana ia terjadi akibat perbicaraan seterusnya wacana ilmu tentang moyang saya itu. 

Tentang perbicaraan telah diceritakan dalam artikel kedua iaitu  Misi hartanah dan wacana Laksamana - Dari Ulu Kinta ke hulu Sungai Siput. Turut diceritakan, ada perkembangan baru melibatkan hartanah Laksamana di Singapura. Namun kelihatannya saya lebih banyak bercerita tentang perjalanan dan persinggahan ke tempat-tempat kerana itulah saya. Walaupun hal perbicaraan dan hartanah itu penting saya sebenarnya seorang yang kurang memandang harta. Saya lebih gembira diberikan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk keluar mengembara. Dan pilihan saya bukan ke tempat-tempat mewah tetapi tempat-tempat terpencil yang rapat dengan alam. Kerana lebih sukakan kedamaian, sesekali sahaja melayan hiruk pikuk dunia. Itupun disebabkan tanggungjawab melibatkan pergaulan dengan masyarakat

Ketika artikel kedua itu dipersembahkan petang Khamis wacana yang diadakan di Ipoh sudah pun selesai. Malam itu baru sampai ke rumah. Esoknya petang Jumaat dipersembahkan artikel ketiga iaitu Misi hartanah dan wacana Laksamana - Mem"Bawong" ke hulu daerah Kuala Kangsar. Artikel tentang hari ketiga perjalanan iaitu pada hari Rabu ditamatkan dengan saya membuat ziarah ke makam Laksamana Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar selepas masuk waktu Maghrib. Sekarang biar ditambah. Lewat malam itu saya kembali Ipoh lalu ke stesyen keretapi untuk mengambil isteri dan anak supaya dapat bersama pada majlis pagi Khamis. Selepas itu ke rumah kawan di Kampung Pasir Puteh untuk berehat dan bermalam. Dengan itu barulah boleh masuk cerita tentang apa yang berlaku seterusnya. Baru boleh disentuh tentang wacana melibatkan Laksamana.



Pagi Khamis 19 Oktober 2023. Sampai waktunya untuk kami bergerak ke lokasi majlis.




Letaknya di Hotel Casuarina di Meru.



Selepas bersarapan di Aras 1 bergeraklah ke dewan majlis.




Kelihatan ada pameran daripada pasukan keselamatan seperti askar dan polis.




Memang tema majlis melibatkan keselamatan negara.




Ia juga adalah tentang menghargai para perwira dan pejuang Tanah Melayu. Biar dipaparkan kembali poster dan atur cara daripada artikel Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan.









Sampai masanya saya sebagai panelis kedua (rujuk poster dan atur cara) dipanggil naik mengambil tempat di atas pentas bersama panelis pertama dan moderator. Untuk penceritaan seterusnya saya harus menggunakan gambar-gambar yang diambil orang lain selain diambil sendiri.




Moderator, Encik Ibrahim bin Ahmad membuka kata-kata tentang wacana. Beliau adalah Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Perak. Majlis ini mengandungi wacana diikuti perasmian dan petangnya bicara tentang kerjaya dalam badan-badan keselamatan. Dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan kerjasamana PSM Perak, ini adalah julungkali mereka mengadakan majlis sebegini rupa.



Panelis pertama, Mejar (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman kemudian membuka tentang pengalaman sebenar beliau menjadi juruterbang helikopter Nuri bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kata beliau ramai orang tidak sedar bagaimana TUDM terlibat aktif dalam misi-misi penentangan terhadap Komunis. Yang orang tahu cuma peranan polis dan tentera darat. Ramai juga tidak sedar bagaimana helikopter Nuri (sekarang tidak lagi dipakai) begitu penting bagi angkatan tentera.




Diceritakanlah tentang beberapa misi yang mana beliau ada terlibat menerbangkan helikopter Nuri.




Diceritakan tentang mara bahaya yang dihadiri, dihujani peluru Komunis sehingga ada yang tercedera malah terkorban di hadapan beliau.









Setelah beberapa lama sampai giliran saya untuk berkongsi ilmu.




Diceritakanlah siapakah Laksamana  Muhammad  Amin. Tentang ketokohan sebagai seorang pahlawan sebelum menjadi Laksamana lagi, tentang bagaimana beliau sudah sedia kaya raya lalu dinyatakan dalam catatan British sebagai pemodal paling berkebolehan dalam kalangan Orang Melayu pada zamannya. Diceritakan sekali hubungan dengan keluarga diraja Perak, bagaimana beliau kemudian diangkat menjadi Laksamana (sekitar tahun 1858-1859) oleh Sultan ke-23 Perak, Sultan Ja'afar yang merupakan saudara tiga pupu.



Diceritakan bagaimana Laksamana bertanggungjawab mengangkat anak Sultan Ja'afar iaitu Raja Abdullah menjadi Sultan Perak ke-26 melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Diceritakan bagaimana Sultan Abdullah yang berpangkat anak saudara Laksamana pada belah ayahandanya tetapi berpangkat tiga pupu di belah lain (belah ibu sebenarnya) menetap di Batak Rabit, kampung ayahanda saya, dalam rumah dan kawasan milik saudara mara daripada keluarga Laksamana. Terpapar di sini gambar terkenal menunjukkan Sultan dan sejumlah orang Melayu Perak bersama Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada 12 April 1874. Untuk pengetahuan ia diambil dalam kota keluarga saya.




Gambar ini adalah satu-satunya diketahui ada menunjukkan wajah Laksamana. Di sini tidaklah ingin dihuraikan semua yang berlaku. Anda boleh menonton sendiri melalui rakaman yang dibuat pihak perpustakaan di sini.




Video ini dan berikutnya pula dirakamkan oleh isteri khas bagi  menunjukkan perkongsian saya.




Sekarang biar dinyatakan. Usaha untuk mengenengahkan peranan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin sebegini rupa sebenarnya telah dirancang lebih 3 bulan lalu. Akhirnya ia terlaksana.




Kalau ikut rancangan asal selepas itu saya mahu membawa isteri dan anak melihat penggambaran drama yang sedang dilakukan oleh saudara Amen Khalid, anak dan pengganti  kepada sutradara terkenal Mamat Khalid, di sekitar Lambor Kanan. Tetapi selepas majlis terasa penat amat lalu berehat di rumah kawan. Apabila sudah bersedia untuk keluar dapat tahu penggambaran bagi hari itu selesai.




Maka kembalilah kami ke rumah lalu sampai lewat malam. Didapati  saya telah memandu sejauh 724 km dalam perjalanan Perak kali ini.




Selepas itu didapati wacana ilmu ada diliputi oleh orang daripada Dewan Bahasa dan Pustaka lalu diulas dalam majalah atas talian mereka. Lihat sini. Semoga semua ini meningkatkan minat umum untuk lebih mengambil tahu tentang Laksamana Muhammad Amin juga menaikkan maruah serta martabat keluarga.



Tiada ulasan: