Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 14, 2008

Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu...

Alhamdulillah! Sukacita dimaklumkan saya telah berjaya menyiapkan 2 buah cerita bergambar terbaru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi berdasarkan koleksi gambar yang diambil di Kuala Terengganu 27-28 Mac. Memang biasanya gambar-gambar makam-makam lama akan saya gunakan sebagai asas untuk bercerita di blogspot itu, selain gambar-gambar masjid dan bangunan-bangunan lama. Tetapi sesekali, saya ada juga gunakan gambar-gambar makam untuk penceritaan di blogspot-blogspot saya yang lain. Dan tadi, setelah siap membuat artikel-artikel tersebut bertajuk Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu... dan Kawasan pemakaman (the tomb area of) Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lalu sampai pada koleksi gambar di makam Tok Pelam, timbul pula rasa untuk menyambung cerita di sini... Sila!


Lihat gambar ini.. Nampak tidak bumbung bertingkat di celah-celah?


Tempat ini terletak berhampiran masjid ini... Maaf, tidak ingat nama masjidnya...


Adapun di sebelah masjid itu adalah sebuah kawasan perkuburan... Di dalamnya terdapat sebuah bangunan yang amat terserlah...


Untuk pengetahuan, ini kawasan makam seorang ulamak Terengganu dahulukala yang dikenali sebagai Tok Pelam...


Sedikit maklumat tentang beliau...


Pintu masuk utama ke bangunan makam...


Berhadapan dengan pintu itu pula terdapat sebuah tangga untuk naik masuk ke sebuah bilik kecil... Katanya bilik ini digunakan untuk bersuluk iaitu bersunyi-sunyi ketika membuat amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah!


Di belakang tangga pula terdapat beberapa buah makam lain, rasanya milik ahli keluarga serta pengikut terdekat Tok Pelam... Yang menarik, ada di antara makam-makam ini ditanda dengan batu-batu karang daripada laut. Sekian! :]


8 comments:

AbnormalSuam said...

aku sebenarnya sekadar bermimpi aku sampai di pekan Sik dan di sebuah padang yang penuh dengan tok syeikh arab... padahal aku tak pernah pergi Sik pun.

untuk maklumat kau, aku sertakan sikit butirannya... mungkin boleh dijadikan modal kalau kau pergi ke sana nanti. Sebab aku dapat mengagak, kau akan buat perjalanan ke utara lagi.

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darulaman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.

Radzi Sapiee said...

Quote dari engkau wahai si AbnormalSuam...

"untuk maklumat kau, aku sertakan sikit butirannya... mungkin boleh dijadikan modal kalau kau pergi ke sana nanti. Sebab aku dapat mengagak, kau akan buat perjalanan ke utara lagi."

Cheh! Pandai engkau main psycho dengan aku yek. Padahal aku dah penat sangat le jadi pengembara, ingat nak terus retire, hehe!

Nanti-nanti le... Bagi le aku rest dulu dalam beberapa bulan kot. Kerja-kerja menulis buku pun lama aku tinggal. Aku ingat nak buat editting siri BKA dulu, standby for second-print dengan Internet edition... Pas tu mungkin aku buat English adaptation dengan novel lain, lain daripada siri BKA...
Adapun aku buat perjalanan terbaru ke Selatan, Utara dan Pantai Timur dalam tempoh 4 bulan kebelakangan sebagai perjalanan "tribute" selepas tamat menyajikan ketiga-tiga siri buku BKA yang berasal daripada isi percubaan pertama penulisan buku aku dulu yang dah menjangkau jadi 1,000 page lalu perlu dipecahkan jadi 3... Aku rasa dari segi itu aku sudah pun tunaikan amanah dan janji aku... Kalau ada BKA IV (tak jamin ek tapi Insyaallah ada), itu adalah bonus... Tak termasuk dalam amanah penyampaian yang patut yang aku "diarahkan" buat sejak tahun 2004, yang isi-isinya termasuk perkara yang aku rasa perlu disampaikan kepada khalayak ramai sejak berlaku peristiwa September 11 di WTC tahun 2001!
Jadi dengan itu, aku rasa tak mahu lagi dah travel jauh sangat lasak-lasak lama-lama... Semenjak dua menjak ni pun aku dah kira "manja", banyak juga tidur kat hotel berbanding dahulu di mana aku mesti tidur di surau, masjid ataupun pondok tepi jalan apabila dalam perjalanan...
Tak larat le, umur dah dekat nak masuk 40 dah, hidup masih macam ni woo... Keinginan aku untuk berkeluarga kembali semakin kuat, calon pun dah ada tapi keadaan belum lagi mengizinkan. Harap2 dalam tahun 2008 ni jugak, jadi le aku manusia biasa balik yang ada anak bini...
Aku rasa lepas ini kalau aku travel pun tak berapa lama... Dalam kepala hotak aku sejak sebelum travel Pantai Timur ni, aku ada target nak pusing Negeri Sembilan, sekurang-kurang 1 malam tidur outstation kat makam lama di Pengkalan Kempas... Lain-lain tu macam tempat Raja Jumaat, Tanjung Tuan aku target gak sebab lama tak pergi. Rasanya kubur Syed Linggi kena visit balik, begitu juga Seri Menanti, kawasan batu hidup di Terachi dan makam Tuan Tulis.
Dan lagi, area Rembau kena target. Sebab aku belum pernah visit makam Raja Melewar dan pergi naik Gunung Datuk @ Gunung Rembau. Bab panjat gunung ni tengok le kalau aku larat, kalau tak naik kat lereng aje setakat syarat kot...
Pendek kata, kalau nak pegi Sik tu lambat lagi kot, hehe! :]

Radzi Sapiee said...

Eh, baru aku teringat... Engkau kata tak pernah pegi Sik, kata pergi setakat dalam mimpi. Jadi camana engaku boleh tahu kat Sik ada Shell tempat tok-tok Arab dulu-dulu singgah? Musykil, musykil... Hehe! :]

anggun said...

Salam..

Hehe..!! Abg AB..udah2 ler nak bagi MS travel lagik? Member baru je balik dari East Coast.Ni dia baru nak pulihkan stamina dan kesihatan. Penat wooo..jaga dia ni.Abg AB pun taukan mcm mana dia mula2 kita kenal dulu..kalau org kata dia giler/sawan pun org percaya.

Abg AB...copek sikit dokumen tu.Saya akan pastikan Abg AB dapat/berjaya.Trust me okey...

Zam said...

Salam.

Abg MS, senibina makam ini sangat menarik bagi saya. Apa lagi di dalamnya? Nampak macam senibina masjid lama.

Harleny Abd Arif said...

Salaam...
Sekadar perkongsian pengalaman

Kebetulan saya baru pulang dari berziarah ke makam Tok Pelam 18 dan 20 Jun lalu.

Al kisah bagaimana boleh sampai ke makam ini...
Seorang hamba Allah memberi info ttg masjid tua. Berdasarkan gambaran secara lisan tentang ciri-ciri senibina masjid tua, maka saya pun menjejak arah lokasi seperti yang disampaikan. Namun sebaik tiba, saya dapati ia bukanlah masjid tua sebaliknya adalah sebuah kompleks makam lama (lagi 9 tahun, akan berusia 200 tahun). Maka saya pun membuat andaian bahawa hamba Allah tersebut mungkin sekadar membuat telahan berdasarkan hiasan puncak kompleks makam yang disangkakan masjid tua. Walau apapun...kesilapan tersebut punya hikmah hingga saya hadir di kawasan kompleks makam pd 18 Jun lalu. Sebaik tiba, pintu utama dibuka (kerana hanya berselak tanpa dikunci dengan mangga) lalu saya masuk merakam foto di dalamnya. Namun, perasaan agak ralat kerana pintu seterusnya di bahagian dalam dikunci dengan mangga. Justeru tak dptlah saya melihat pusara Tok Pelam di dalamnya.

2 hari kemudian (20 Jun 2010), sebelum pulang menghala ke Kuala Lumpur...tergerak hati saya ingin hadir semula ke lokasi makam ini. Entah mengapa terasa seperti punya harapan untuk masuk ke pintu yang menempatkan pusara Tok Pelam. Dengan izin Allah seorang hamba Allah di surau lama berdekatan memaklumkan tentang lokasi rumah waris Tok Pelam yang memegang kunci makam. Lalu saya ke rumah waris tersebut dan menyatakan hajat untuk berziarah. Raut wajah waris tersebut pada awalnya seolah2agak berat sewaktu saya menyuarakan hajat untuk berziarah dan merakam foto. Rupa-rupanya ada kisah aneh yang pernah berlaku terhadap pengunjung dalam sesi ziarah ke makam ini suatu waktu dahulu. Antara kisah yang dikongsikan adalah bagaimana seorang hamba Allah yang masuk tetapi tidak dapat keluar dari kompleks makam dan kisah lain bagaimana pintu makam tidak dapat dibuka lalu pengunjung yang berhajat untuk berziarah pulang dengan perasaan hampa. Namun saya jelaskan kepada waris Tok Pelam bahawa andai diizinkan Allah maka akan dipermudahkan hajat saya untuk masuk ke dalamnya. Saya kira semua yang kita lakukan tergantung pada niat...jika baik maka akan dipermudahkan laluan.

Alhamdulillah...sebaik pintu bahagian dalam dibuka, lalu saya melangkah masuk ke dalamnya. Terpegun saat melihat khazanah lama yang masih tersimpan di dalamnya. Selain makam Tok Pelam, terdapat makam lain di sisi kanannya, 2 buah tempayan lama bertutup dengan dulang, penutup makam asal yang bertingkat diperbuat daripada kayu yang berukir indah dan rekabentuk lebah bergantung di sisi kiri dan kanan pintu masuk (pintu ke-3 selepas pintu ke-2 dibuka). Saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan kebenaran merakam foto khazanah tersebut yang menurutnya sebelum ini tiada lagi mana2 individu yang diberi kebenaran merakam foto di dalamnya termasuklah pihak TV3 yg pernah hadir unt membuat liputan tapi terpaksa pulang kesudahannya (tak tahulah pula kalau ada individu lain yang diberi izin merakam foto oleh beberapa waris lain yg turut memegang duplikasi kunci pintu ke-2).

Boleh lihat paparan foto di dalam kompleks makam ini ada di bawah tajuk Makam Tok Pelam dalam sanggar Kompleks Makam di blog http://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com


p/s: panjang berjela2 mcm karangan bertajuk "Pengalaman di Makam Tua" pula...harap maaf

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tak mengapa komen berjela-jela kalau ia menambahkan ilmu dan dibuat secara positif. Saya dah lihat posting terbaru Harleny di makam Tok Pelam begitu juga perjalanan terbaru saudari ke Aceh. Memang blogspots saya medan berkongsi ilmu tetapi saya menulis dengan cara sendiri. Penulisan Harleny yang lebih ilmiah amat dialu-alukan untuk mengisi apa-apa kelompongan dalam penulisan saya.

Malah saya boleh menerima komen yang bercanggah dengan pendapat saya... dengan syarat

1) Gunakan bahasa elok

2) Elak gunakan bahasa 'MUTLAK". Misalnya mengaku akulah waris mutlak raja itu.

Kalau menyebut saya keturunan raja itu dan ini itu tiada masalah kerana selalunya memang seseorang raja itu memiliki banyak anak keturunan. Siapa saya untuk menolak kemungkinan seseorang itu memang keturunan raja itu lalu menjadi salah satu waris.

Tapi kalau mengaku akulah satu-satunya waris raja itu lalu anda mahu mewar-warkan di blog ini bahawa anda patut dikembalikan hak... anda BOLEH BELAH! Di sini bukan tempat mencari pengaruh...

3) Dan saya paling pantang orang menafikan kedudukan Melayu.

Misalnya satu puak yang dahulu sibuk mengatakan Melayu cuma ciptaan British. Bangsa merekalah yang kononnya yang asal lagi benar. Tak malu sungguh. La ni tukar pakaian cuba jadi champion orang Melayu dan Bani Jawi konon tapi sebenarnya masih nak kedepankan agenda sendiri setelah blog mereka dahulu terus tak laku lantaran terlepas cakap mengatakan perkataan Arab Sayyam yang bermakna puasa pun kononnya adalah bukti kebesaran bangsa mereka.

Pendek kata berhemahlah dalam berkomen. Kalau anda masih yakin anda tu waris mutlak, bahasa elok untuk menyatakannya ialah (misalnya) "Menurut catatan tok-nenek moyang kami Pak Andak kami adalah waris mutlak kerajaan bla... bla... bla...)." Sebab kemungkinan besar menurut catatan orang lain kerajaan yang anda bangga-banggakan itu tidak pernah wujud, apalagi pangkat-pangkat kebesaran yang anda sebut 'mutlak' itu...

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Yang sedihnya, walaupun Makam Tok Pelam masih ada, kampungnya sudah musnah, tanah wakaf diambil alih dan dibangunkan... dan warisan budaya dan tamadun seperti pembuatan tembaga dan nasi dagang lenyap dengan runtuhan itu. info ulasan saya ada di http://a3manulna3m.blogspot.com/2009/12/pengakhiran-hayat-tanah-wakaf-tok-pelam.html dan http://a3manulna3m.blogspot.com/2010/01/sudah-dipastikan-terhapus-jua-tanah-tok.html