Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mei 16, 2021

Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021

Salam petang Ahad 4 Syawal. Meneruskan proses seterusnya selepas mempersembahkan artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain petang semalam.


Artikel ini menonjolkan 171 perjalanan sama tetapi diatur menurut kronologi atau bilakah ia berlaku, bukan menurut jarak. Saya buat ini supaya selepas ini dapat membuat analisis terhadap tren/corak perjalanan-perjalanan dan pengembaraan saya sejak tahun 1989. Kenapa sejak tahun 1989, kenapa tidak sejak saya lahir tahun 1970? Hal ini sebenarnya ada diterangkan sedikit pada penghujung artikel Kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989 - Usaha awal menggali kembali ingatan tiga bulan lalu. Insyaallah akan dipanjangkan lagi apabila dibuat analisis mengikut set-set atau tempoh masa tertentu.

Tanpa memulakan analisis pun senarai menurut kronologi boleh menunjukkan sesuatu untuk memanjangkan persoalan seperti dibangkit dalam artikel Setakat 179,389 km apa barang kan? malam semalam. Walaupun pada penghujung artikel ada disebut bahawa jumlah jarak perjalanan saya menjadi 308,822 km jika dicampur dengan jarak menaiki kapal terbang ia tetap bukan jumlah sebenar perjalanan saya secara keseluruhan. Jumlah yang disebut ini SETAKAT untuk 171 perjalanan YANG DICERITAKAN. Masih ada banyak boleh dikongsikan kisah tetapi cukuplah 171  untuk mewakili keadaan. Itu pun bagi tahun 1989 ke atas. Dalam tempoh 19 tahun sebelum itu apakah seorang kaki mengembara seperti saya tidak ada membuat apa-apa perjalanan?

Banyak lagi boleh dikupas dengan melihat senarai tanpa perlu pun menjadi begitu analitik. Misalnya tempoh dari penghujung tahun 2001 hingga penghujung tahun 2006 iaitu selama 5 tahun. Takkan le setakat ada 9 perjalanan? Sedangkan senarai ini dapat menunjukkan 12 perjalanan yang cukup signifikan bagi tahun 2009 sahaja,  13 bagi tahun 2010, 9 bagi tahun 2011 dan 10 bagi tahun 2012. Sebetulnya tempoh masa penghujung 2001 hingga penghujung 2006 itu terdapat lagi banyak pengembaraan kerana pada masa itulah saya paling galak keluar ke sana ke mari mencari makna sehingga sanggup tidur di makam-makam lama. Tetapi apabila sudah terlalu banyak, maka banyak jugalah yang tak ingat. Yang dapat dikongsikan cuma cerita beberapa perjalanan yang dapat digali ingatan, cukuplah untuk mewakili keadaan secara keseluruhan. Berbeza dengan tahun-tahun selepas itu kerana blogspot ini mula wujud penghujung tahun 2006 lalu saya mula rajin mencatat.

Apapun senarai menurut kronologi disediakan supaya dapat dilakukan analisis menurut 'zaman'. Tunggu ia keluar apabila datang 'angin' untuk melakukannya....


1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.  

2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.

3. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.

4. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.

5. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.

6. Kembara solo Eropah tahun 1995 mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.

7. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 -  237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.

8. 4 x 4 Challenge Sept 1997 -  lebih 750 km. Lihat Kenangan 4x4 tahun 1997.

9. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung.

10. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - sekitar  950 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.

11. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000 - dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000.

12. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.

13. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000 - lebih 300 km. Meliputi Asian X-Games di Phuket tahun 2000.

14. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 - sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.

15. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003 - sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003

16. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.

17. Berpetualang ke Aceh 2004 sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004

18. Ke Terengganu selepas Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.

19. Umrah ziarah 2005 - lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....


21. Singapura Okt 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....

22. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.

23. BKA Tour Run 2007 - lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.

24. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) -  sekitar 4,000 km. Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.

25. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat  Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.

26. Perak Mei 2008  tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).

27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

28. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008 (Sept)- lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.

29. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

30. Ke selatan Dis 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

31. Pantai Timur bersama isteri Dis 2008 - Jan 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.

32. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

33. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

34. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

35. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.

36. Aceh Jun 2009 -  1150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....

37. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....

38. Pantai Timur Ramadhan 2009 (September) sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".

39. Linggi Ogos 2009 - lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.

40. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 - mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

41. Jalan-jalan anak beranak Disember 2009 - tidak kurang 700 km. Lihat  Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak".

42.  Aceh Jan 2010 - 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.

43. Tempat-tempat di Selangor tahun 2010 (Jan-Jul)-  1,030 km. Lihat Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham....

44. Aceh Feb 2010 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...

45. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi

46. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

47. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.

48. Brunei 2010 (Ogos) - 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos

49. Jejak Dinasti Al-Kamil Ogos 2010 - lebih 850 km. Lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula....

50. Jejak Merong Ogos 2010 -  sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

51. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.

52. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010 - sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.

53. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura Nov 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....

54. Lubuk Pusing ke hilir Perak Dis 2010 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

55.  Hulu Muar ke Pulau Besar Dis 2010 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.

56. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

57. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.

58. Sekitar raya 2011 (Sept)- 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.

59. Naik Gunung Ledang Okt 2011 - menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.

60. Pusing Perak Okt 2011 - lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.

61. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".

62. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011 - lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

63. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.

64. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012 - sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang

65. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

66. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"

67. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

68. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

69. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan Ogos 2012 - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan.

70. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (Ogos 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.

71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.

72. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

73. Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

74. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

75. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.



78. Umrah ziarah April 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

79. Sulawesi Selatan Mei 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.

80. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.

81. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

82. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

83. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

84. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

85. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

86. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

87. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

88. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.

89. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

90. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

91. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.

92. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 -  lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.

93. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

94. Misi kenangan masjid Jul 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014.

95. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.



98. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.

99. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014 - 1,580 km. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.

100. Muar dan Batu Pahat Nov 2014 - sekitar 700 km. Lihat Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat.

101. Trip anak beranak ke Desaru Dis 2014 - hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.


103. Ke Utara menutup kalender 2014 - menghampiri 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.

104. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015 - lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.

105. Perjalanan ke-7 di Aceh Feb 2015 -  540 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh

106. HIKMAH Seri Menanti Mac 2015 - lebih 320 km. Lihat Sekitar HIKMAH Seri Menanti.

107. Misi HIKMAH Chenor Mei 2015 - lebih 850 km. Lihat Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.

108. WB River Fest Mei 2015 - lebih 350 km. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015.

109. Kalimantan Barat Jun 2015 -  kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled.

110. Pulau Pinang dan Perak pertengahan 2015 - lebih 1,000 km. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.

111. Berbusana tradisional 1 Syawal (Julai 2015) - lebih 500 km. Lihat Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.

112. Misi HIKMAH Beruas Ogos 2015 - 1,170 km. Lihat Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015.

113. Menyusur Sungai Johor Ogos 2015 - sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015.

114. Festival Pasir Salak Sept 2015 - sekitar 330 km. Lihat Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut.

115. 'Hutang' Raub Okt 2015 - sekitar 270 km. Lihat Melangsaikan 'hutang' Raub demi kelangsungan buku.

116. Panggilan pulau Nov 2015 - lebih 500 km. Lihat Menyahut panggilan pulau.

117. Sekitar Banting Dis 2015 - lebih 270 km. Lihat Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars.

118. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor Disember 2015 - sekitar 575 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

119. Projek Daulah Melayu 2015-2016 - 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016

120. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang Mei 2016 - mendekati 700 km.  Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016.

121. Pulau Besar Mei 2016 - sekitar 500 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

122. Bentong-Lanchang Mei 2016 - sekitar 320 km. Lihat Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang.

123. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.

124. Malam Tujuh Likur Julai 2016 - sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....

125. Busana tradisonal raya Julai 2016 - menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.

127. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.

128. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016 - lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.

129. PD Disember 2016 - hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.


131. Ke Patani Januari 2017 -  lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

132. Tengah Sumatera Jan-Feb 2017 lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.

133. Muar lagi Mac 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.

134. Aceh Mac 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.

135. Teluk Intan April 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.

136. Hol Gunung Jerai  April 2017 sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017

137. Pahang April 2017 - sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.

138. Parit Betak Jun 2017 - hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.

139. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017 - lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.

140. Cameron Highlands Ogos 2017 -  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


142. Aktiviti kecil Okt 2017 - lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....

143. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 

144. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.

145. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

146. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018 - lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.

147. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu Ogos 2018 - lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....

148. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.

149. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram

150. Cambodia Nov-Dis 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

151. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.

152. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019) - lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.

153. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.

154. Hol Tok Pulau Manis April 2019 - hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.


156. Putrajaya Jun 2019 - sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...

157. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019) - 540 kmLihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.

158. Jelai Jul 2019 - sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.

159. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019 - lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan

160. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.

161. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019 - lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".

162. Krabi Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.

163. Kuala Selangor Feb 2020 - sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.

164. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020 - lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.

165. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020 - lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

166. Kuala Muar ke Kuala Pahang Ogos 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".

167. Road trip ke Melaka Ogos 2020 - sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.

168. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020 - 861 km. Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".

169. Misi Teluk Intan-Beruas Dis 2020 - tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.

170. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.

171. Iktikaf masjid penghujung Ramadhan 2021 - 658 km. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.



Tiada ulasan: