Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 15, 2021

Setakat 179,389 km apa barang kan?

Salam hari Sabtu malam Ahad 4 Syawal. Sejumlah masa telah dihabiskan untuk membetulkan satu kesilapan seperti dinyatakan dalam artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan. Lalu terbitlah artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain siang tadi sebagai usaha pembetulan demi mendapatkan ketepatan. Sekarang biar dinyatakan satu luahan melibatkan perjalanan-perjalanan lama. 



Ini adalah gambar meter kereta Kia Carens first generation (tahun 2001) saya. Kereta yang dibeli secara second-hand selepas separuh kedua tahun 2014 ini telah digunakan untuk kebanyakan perjalanan jauh selepas itu termasuk 4,167 km pusing Thailand bersama keluarga dan dua orang kawan pada penghujung tahun 2017. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation . Sudah lupa berapakah mileage yang tercatat pada meter ketika dibeli. Yang pasti lebih 100,000. Hmm. Mungkin boleh dibuat kira-kira begini...

Tidak lama selepas kereta dimiliki, dalam tempoh sebulan dua gitu saya ada menukar timing belt kerana tidak tahu bilakah kali terakhir pemilik sebelum itu menukarnya. Selepas itu ada ditukar sekali lagi sejurus sebelum membuat perjalanan ke Krabi bersama keluarga penghujung tahun 2019. Tetapi berlaku pula kerosakan teruk pada kereta selepas 100 km lebih meninggalkan rumah. Pada hal baru seminggu sahaja membelanjakan lebih RM1,600 untuk membetulkan beberapa hal termasuk menukar timing belt

Namun perjalanan diteruskan juga dengan pengangkutan awam lalu memakan jarak keseluruhan lebih 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019. Kerosakan teruk menyebabkan perlu ditukar enjin lalu ditukar lagi timing belt. Ketika ditukar bersama enjin baru mileage kereta adalah sekitar 251,000 km. Maka boleh dibuat anggaran mudah begini.... ketika pertama kali membuat pertukaran timing belt iaitu selepas membelinya tahun 2014 mileage harus adalah sekitar 171,000 km. Ini adalah berdasarkan 251,000 km tolak jarak timing belt biasa ditukar iaitu selepas 80,000 km. Hmm. Macam kena pula nombor 171 pada mileage dengan jumlah 171 perjalanan dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain.

Kenapa ditunjuk kira-kira ini? Kerana mahu menunjukkan orang biasa yang bukan kaki mengembara pun boleh berjalan 171,000 km dengan mudah tanpa menyedarinya. Difahamkan pemilik kereta terdahulu (ia didaftarkan atas nama seorang perempuan Melayu) setakat menggunakannya untuk keluarga balik kampung dan sebagainya. Jadi apa barang jumlah perjalanan saya 179,389 km melalui 171 perjalanan seperti disebut dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain bukan?



Ya. Apa barang setakat mengembara 179,389 km? Apa barang mengatakan ia bersamaan hampir 4.5 kali pusing keliling bumi padahal ramai orang telah melakukannya sama ada disedari ataupun tidak? Secara umum kita boleh buat kira-kira begini. Seorang yang menetap di Taman Sungai Jelok, Kajang tetapi bekerja di Pusat Bandar Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur perlu berulang-alik sejauh 66.6 km setiap hari (33.3 km x 2 seperti ditunjukkan dalam Google Map). Satu minggu 5 kali ulang alik pergi kerja (jika Sabtu Ahad tidak bekerja). Dah jadi 333 km seminggu. 

Setahun ada 52 minggu. Jadi 17,316 km setahun. Dalam tempoh 10 tahun berganda pula menjadi 173,160 km. Tambah lagi 19 minggu bersamaan 4 bulan lebih jadi 179,487 km. 'Kalah' dah jumlah perjalanan saya sejauh 'cuma' 179,389 km itu bagi 171 perjalanan sejak tahun 1989.

Bapa saya dahulu pernah menetap di Taman Sungai Jelok dan bekerja di Pusat Bandar Damansara, kalau tak salah ingatan sejak tahun 1982 hinggalah pencen tahun 1997. Itupun tambah lagi kerja secara kontrak selama beberapa tahun. Dalam beberapa tahun awal 80an kena bekerja separuh hari pada hari Sabtu. 

Tapi untuk kira-kira perbandingan biar diambil tempoh 1982 hingga 1997 bersamaan 15 tahun (sebenarnya boleh jadi 16 tahun kalau bermula 1 Januari 1982 dan berakhir 31 Disember 1997) dengan anggapan semua itu adalah untuk bekerja 5 hari seminggu Nah. Jumlah pemanduan 17,3116 setahun x 15 tahun jadi 259,740 km. Hampir nak sama dengan mileage kereta saya sekarang yang sudah berusia 20 tahun. 

Ini belum dicampur fakta bahawa tiap hujung minggu bapa akan memandu lebih 170 km untuk bersama ibu dan kami adik beradik di Muar. Pergi balik jadi lebih 340 km seminggu. Belum campur lagi jarak dihantar bertugas jauh di luar kawasan. Yang saya ingat antaranya ke Thailand, Filipina, Perancis dan Amerika Syarikat.


Pendek kata sesiapa pun boleh membuat perjalanan lebih 179,389 km setakat dengan berulang alik pergi ke pejabat dalam tempoh masa 10 tahun lebih bekerja. Apa barang dibuat jumlah itu 'sekadar' untuk 171 perjalanan sejak tahun 1989 ya kan? Sekarang ini jawaban saya. 179,389 km itu bukan sekadar berulang alik dalam satu kawasan. Ia meliputi banyak tempat dan banyak perkara. 

Apakah sama perjalanan berjumlah 300,000 km misalnya kalau ia setakat meliputi jarak pergi balik kerja dari Taman Tun Dr Ismail ke Segi Tiga Emas KL? Mungkin kita akan jadi lebih berpengetahuan tentang selok belok jalan. Tahu short cut mana hendak diambil bila ada traffic jam, road block dan sebagainya, tahu di manakah kedai roti canai terbaik. Kita juga mungkin  tahu segala macam perubahan - dahulu ada bangunan ini di situ, 10 tahun kemudian langsung berubah jadi itu ini lalu boleh bercerita tentang sejarah tempat. Tetapi setakat mana berguna pengetahuan ini berbanding segala macam penggalian melibatkan kajian sejarah yang dapat saya buat antara banyak lagi perkara dalam perjalanan yang berjumlah 179,389 km itu? Perjalanan yang semuanya ada direkodkan siap dengan peta dan lakaran laluan lalu boleh dicapai melalui Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain?

Dalam pada itu memang ada yang telah mengembara jauh ke sana ke mari dengan pelbagai cara. Memang mengalahkan segala yang pernah dibuat saya. Ada yang dah pergi ke Kutub Utara, ada sudah mendaki Gunung Everest. Jangankan itu. Ramai termasuk sejumlah anak Melayu sendiri telah membuat perjalanan kereta api rentas benua Trans Siberia sejauh hampir 10,000 km itu. Saya sendiri masih menyimpan angan-angan untuk melakukannya kerana ia memerlukan banyak belanja selain kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan.

Tapi itu kalau difikir daripada segi jarak dan tarikan tempat-tempat yang disinggahi sahaja. Daripada segi pengalaman yang boleh membentuk jati diri, kekuatan dalaman dan pandangan sarwa jagat hidup saya percaya apa yang telah dilalui tidak kalah hebat.


Teringat ketika berbuka puasa di Masjid Sheikh Ismail di Hulu Bernam 8 hari lalu (rujuk cerita perjalanan terbaru Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021). Selepas menghadiahkan senaskah buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" kepada masjid seorang ahli qariah memberitahu ada kenalan baik dalam Facebook dan WhatsApp grup selalu naik motosikal besar ke Mekah. Katanya hampir tiap tahun buat. Sekali bawa dalam 20 orang secara berkonvoi.

Saya tanya bagaimana tentang surat menyurat masuk sempadan juga visa untuk menunaikan haji/umrah?. Jawab beliau semua settle, dia boleh atur. Oh... orang berduit ni kata saya lalu memberitahu perjalanan pusing Eropah tahun 1995 itu memakan masa 33 hari dengan belanja kurang RM1,000. Tidur tepi jalan dalam sleeping bag, hitchhike menumpang kereta orang bagai, menanggung pelbagai risiko seperti orang menggugut kata ada pistol Colt .45 dan kena masuk lokap di Perancis kerana dituduh sebagai pengganas Islam. 

Ya. Kalau orang banyak duit merata boleh pergi di dunia ini. Memang saya kalah. Tapi daripada segi nilai pengalaman disebabkan susah payah? Itu yang boleh menerbitkan pelbagai ilham lalu dapat berkongsi bermacam ilmu yang sebelum itu belum pernah diwar-warkan orang lain.

Sebagai nota untuk difikirkan. Perjalanan paling pendek termasuk dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain cuma meliputi jarak 120 km sahaja. Apa barang hendak diceritakan sedangkan banyak lagi perjalanan lain boleh mengambil tempat kalau dilihat pada jarak? Kalau setakat dari rumah pergi balik ke Seremban ke, ke Putrajaya ke, ke Bukit Tinggi saya tak disebut langsung kerana terlalu banyak. Pergi balik kampung ke Muar yang memakan jarak 500 km pun banyak tidak dikongsikan kerana terlalu kerap. 

Keistimewaan dalam hal ini bukan terletak pada jarak tetapi apa yang dilakukan. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid.... Cuma orang buta hati, jahil muraqqab dan/atau bodoh sombong sahaja tidak nampak bagaimana ia boleh jadi istimewa.


Hal inilah yang menjadi perkara utama untuk diluahkan. Saya telah mengembara lama ke sana ke mari dengan penuh penat lelah setelah meninggalkan segala macam kesenangan dunia yang mampu diperolehi melalui kelulusan tinggi berserta jaringan kenalan daripada zaman sekolah dan kolej juga jaringan yang diperolehi termasuk kenalan dalam kalangan menteri kabinet juga bakal raja (sekarang dah jadi raja) semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996-2001. Malah jaringan dalam keluarga terdekat pun banyak yang sudah lama bergelar VIP. Cuma saya memang bukan jenis orang yang suka gunakan contact

Namun imbal baliknya lebih berharga buat saya. Saya diberikan sedikit pengetahuan berguna termasuk daripada sumber yang selalu disebut orang sebagai ilmu laduni. Ada cebisan-cebisan ilmu mula dikongsikan kepada umum apabila buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" terbit Jun 2006. Pada penghujung tahun sama blogspot CATATAN SI MERAH SILU ini dibuka lalu lebih banyak pengetahuan dikongsikan secara percuma. 

Sampai sekarang, walau telah menulis lebih 6,000 artikel, 2,000 lebih di blogspot ini, selebihnya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), saya tidak pernah monetise atau menjadikan blogspot-blogspot ini sebagai sumber pendapatan melalui siaran iklan seperti dilakukan sesetengah orang. Ramai pula telah mengambil faedah daripada penulisan-penulisan saya. Cuma sedar atau tidak sahaja, mengaku atau hendak berlaku sombong kononnya dapat ilmu dengan 'kehebatan diri sendiri'. Antara yang tidak mahu mengaku ini adalah orang-orang yang ditegur kerana cerita banyak je lebih. Sedangkan tempat-tempat yang diceritakan itu mereka tak pernah sampai pun walaupun ditegur lagi beberapa tahun kemudian. Mereka-mereka inilah yang kemudian berkempen agar jangan mengambil ilmu pengetahuan sejarah daripada saya. Sehingga apabila ditunjukkan gambar saya sampai ke suatu tempat yang seseorang itu rajin bercerita tapi rupanya memang tak pernah sampai dikatakan pula monyet pun boleh bergambar sebelah artifak. 

Bersungguh-sungguh mereka-mereka ini hendak menafikan sumbangan ilmu pengetahuan yang saya didapati bukan sekadar daripada wacana dan kertas kerja akademik, buku-buku, pengalaman mengembara menjejak suatu tempat dan sebagainya. Ada yang didapati daripada orang tua-tua yang disebut orang lain sebagai wali selain diberi petunjuk melalui mimpi, bayangan dan gerak hati. Sedangkan mereka ini rata-rata cuma mendapat ilmu daripada Intenet dan buku, paling hebat pun kertas-kertas kerja akademik dalaman universiti yang cuma boleh dicapai segelintir orang. Mereka tidak memiliki apa-apa pengalaman sebenar di lapangan sedangkan itulah yang membentuk isi segala macam bacaan mereka. Tapi punyalah poyo muka tak tahu malu siap boleh keluar 'kitab sejarah' seolah-olah itulah rujukan besar bagi semua anak Melayu.

Saya bukan pontianak sejarah yang menipu orang ramai kononnya hari ini berada di Sepanyol, besok di Amerika Selatan lalu anak-anak muda yang kurang pengalaman hidup boleh bulat-bulat percaya. Saya bukan orang yang menghantar wakil untuk meminta kepada seorang penjual buku dalam pesta buku agar buku tulisannya diletak sama dengan buku-buku tulisan pengkaji sejarah lain atas satu rak. Tetapi kemudian mewar-warkan di Facebook dan blogspot bahawa penjual buku itulah yang mencari buku-bukunya kerana sangat 'laku keras' konon. Saya bukan orang yang meminta senaskah dua buku tulisan orang kemudian membuat ulasan tetapi memberitahu orang lain bahawa penulis buku itulah yang sanggup menghantar bukunya untuk diulas walhal dia sebenarnya yang meminta. Saya bukan jenis orang yang apabila dikongsikan sedikit rahsia peribadi seseorang diwar-warkan pula dalam FB kononnya rahsia orang itu semua berada di dalam tangannya. Bila-bila masa boleh dibocorkan seolah-olah jatuh bangun orang tersebut berada di dalam genggamannya.

Saya bukan jenis manusia  yang meremehkan orang lain dengan mengatakan seseorang itu cuma memiliki 'sijil' sahaja daripada luar negara sedangkan ia adalah ijazah daripada salah satu universiti paling terkemuka di dunia. Saya bukan jenis memerli orang yang tidur di makam-makam lama sedangkan di tempat-tempat begitulah iman seorang boleh jadi teruji selain mendapat pengetahuan yang tidak boleh diperolehi secara biasa. Saya juga bukan jenis orang yang baru kenal seorang dua ahli kongsi gelap tapi mengaku seluruh operasi kongsi berada dalam pengetahuannya, maka sebab itu kongsi akan melindunginya. Walaupun telah menulis lebih 6,000 artikel menggunakan berpuluh ribu malah mungkin dah lebih 100,000 gambar yang diambil sendiri tidak pernah saya mendabik dada mengaku memiliki empayar data. 

Tidak. Saya tidak suka menipu orang ramai dengan pelbagai ayat-ayat marketing kerana saya menulis semuanya atas gerak rasa yang mana kalau tidak dikongsikan suatu perkara itu saya tidak senang duduk tak boleh tidur. Bukan untuk menjual buku walaupun benar telah menghasilkan 13 buah buku. Kalau hendak main jahat saya boleh sahaja mendedahkan rekod chat yang menunjukkan orang yang mengutuk itu bagaimanakah diri sebenarnya. Tapi tak mengapalah. Saya lepaskan luahan ini supaya dapat meneruskan proses seterusnya tentang perjalanan-perjalanan lama dengan hati yang lapang. Sebagai mengakhiri artikel biar dikongsikan sedikit tentang jarak perjalanan-perjalanan lama jika dimasukkan sekali jarak penerbangan berkenaan.



Setelah dibuat semakan tentang penerbangan-penerbangan yang telah dilakukan setakat dapat diingati dapatlah dibuat senarai seperti berikut. Ini semua melibatkan perjalanan yang ada dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain. Penerbangan lain tidak disebut jika tidak melibatkan perjalanan dalam senarai perjalanan :-

1. Dua kali pergi balik ke London = Sehala 10,611 km. Pergi balik 21,222. km. Dua kali pergi balik 42,444 km.

2. Sekali pergi balik ke Paris = Sehala 10,447 km. Pergi balik 20, 894 km.

3. Dua kali pergi balik Jeddah = Sehala 7,071 km. Pergi balik 14,142 km. Dua kali pergi balik 28,284 km.

4. Tujuh kali pergi balik Aceh = Sehala 763 km. Pergi balik 1,526 km. Tujuh kali = 10,682 km.

5. Dua kali pergi balik Surabaya = Sehala 1,664 km. Pergi balik 3,328 km. Dua kali = 6,656 km.

6. Sekali pergi balik Brunei = Sehala 1,488 km. Pergi balik 2,976 km.

7. Sekali pergi balik Makassar = Sehala 2,164 km. Pergi balik 4,328 km.

8. Sekali pergi balik Kota Kinabalu = Sehala 1,630 km. Pergi balik 3,260 km.

9. Sekali pergi balik Phuket = Sehala 703 km. Pergi balik 1,403 km.

10. Sekali pergi balik Kota Bahru, Kelantan = Sehala 346 km. Pergi balik 692 km.

11. Sekali pergi balik Pontianak (Kalimantan) = Sehala 914 km. Pergi balik 1,814 km.

12. Sekali pergi balik Jogjakarta = Sehala 1,515 km. Pergi balik 3,030 km.

13. Sekali pergi Medan balik lalu Aceh = Ke Medan 329 km, kembali dari Aceh 763 km jadi 1,092 km.

14. Sekali pergi Padang (Minangkabau) balik lalu Pekan Baru = Ke Padang 422 km, kembali dari Pekan Baru 254 km jadi 676 km.

15. Sekali ke Siem Reap (balik lalu darat) = 1,202 km.

Jumlahnya = (42,444 + 20,894 + 28,284 + 10,682 +6,656 + 2,976 + 4,328 + 3,260 + 1,403 + 692 + 1,814 + 3,030 + 1,092 + 676 + 1,202) km = 129,433 km

Kalau campur 179,389 km perjalanan atas permukaan bumi seperti dikira bagi 171 perjalanan dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain jadi 308,822 km. Ini adalah lebih 7.7 kali pusing bumi. Namun ia tetap tidak meliputi semua perjalanan saya. Ada banyak lagi tetapi diabaikan kerana dianggap terlalu biasa. 

Ini sama halnya seperti cerita berulang-alik ke tempat kerja yang dikongsikan awal tadi. Seperti orang lain saya juga ada melakukan hal serupa selama beberapa tahun malah pergi lebih jauh dari itu kerana sebagai wartawan berulang-alik ke tempat kerja itu cuma basic sahaja. Apabila sampai ke pejabat diutus pula keluar meliputi majlis-majlis sehingga lebih 70 km jauh dari pejabat. Dan ini berlaku pada sebahagian besar tempoh lebih 5 tahun menjadi wartawan. Agak-agak berapakah jumlah mileage itu?

Apapun jarak penerbangan seperti telah disenaraikan boleh dikira melalui perisian berkenaan di sini. Kepada mereka yang tetap mempersoalkan nilai pengalaman dan perjalanan-perjalanan saya. Soalan saya mudah je. Kamu sendiri dah buat ke perjalanan-perjalanan sebegini? Ke terus hendak berangan menipu orang di hadapan komputer sambil menafikan sumbangan saya? Cara mudah bandingkan pencapaian saya dengan orang lain pula.

Dengan jumlah yang telah ditambah penerbangan menjadi 308,822 km tu mungkin ada yang akan menjawab... hek eleh ada orang pergi balik bulan le - jaraknya 384,400 km x 2 dah jadi 768,000 km. Abang pernah buat ke? Persoalan sebenarnya bukan apakah Abang pernah buat. Memang Abang tak pernah buat dan takkan buat. Persoalannya kamu sendiri dah buat ke belum dik? Ke nak pergi Chaiya yang dikaitkan oleh sesetengah pihak sebagai pusat awal Srivijaya pun masih tak sampai-sampai lagi lalu terus berbohong walaupun letaknya tak sampai 1,000 km pun dari Kuala Lumpur?

Mentang-mentanglah orang lain pun rata-rata tak sampai. Dan berdasarkan tabiat bodoh sombong masih mengaku sebagai pencetus tapi sebenarnya semua ciduk ilmu orang memang takkan jejak kaki sampai bila-bila. Maka dibuatlah cerita seperti kononnya sami Buddha sana ada membaca mentera berbunyi  "Om Sriwitchai" bagai lalu orang pun percaya. Kononnya itulah bukti kenangan dan pandangan tinggi mereka terhadap empayar Melayu Srivijaya.

Mana ada orang baca mentera macam tu cik adik ooii? Ia ibarat menambah "Melaka" dalam dua kalimah syahadah. Ibarat tak cukup nak kata "Tiada yang disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah" ditambah lagi kalimat "Tiada kerajaan seperti Melaka" kerana kononnya hendak menaikkan semangat anak Melayu. Silap-silap dikatakannya Surah Al-Mulk dalam Al-Quran pun merujuk pada Melaka. Saya tak hairan kalau ini berlaku kerana ada sahaja puak-puak sebegini yang suka membuat tafsiran berdasarkan hampir kesamaan bunyi. Puak-puak sebeginilah yang termasuk antara yang selalu saya tegur dahulu.  Lalu berkempenlah sesama mereka untuk memboikot saya.

Saya, isteri dan anak-anak kecil kami dah sampai ke kuil yang dimaksudkan. Siap dibawa lagi berjalan ke sana ke mari melihat kesan-kesan sejarah yang dikatakan peninggalan Srivijaya oleh seorang sami. Lihat  Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?. Tapi umum tetap lebih suka dengan penipu kerana ayat-ayat marketingnya. Maka teruslah kamu boleh ditipu dengan permainan media, pujuk rayu politikus dan sebagaimana tapi ada hati hendak mengaku sebagai pejuang akhir zaman membela Melayu dan Islam. Alahai. Dunia, dunia. Cukuplah. Selamat malam... :]


Tiada ulasan: