Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 23, 2011

Santai di empangan Ulu Selangor

Seperti biasa biar diadakan artikel selingan sebelum hari seterusnya perjalanan ke Pantai Timur disentuh. Mari.



Sabtu 11 Jun 2011, hampir dua minggu lepas. Kami anak beranak pergi ke satu bahagian Kuala Kubu Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan.






Kelihatan pemandangan Masjid Jamek Kuala Kubu Bahru agak menarik dari lereng bukit berhadapan rumah pengantin.




Selepas bertemu bapa pengantin kami pun makan.




Alang-alang dah sampai kami berjalan di pekan.




Kemudian melihat beberapa tempat di sekitar.




Perjalanan diteruskan menghala ke empangan Ulu Selangor.




Berhenti sebentar betul-betul di atas Sungai Selangor. Lihat artikel Selangor river just after the Ulu Selangor dam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Kemudian baru ke empangan.




Cantik kan pemandangan? Teringat beberapa hari melihat pergunungan dan tasik-tasik di Switzerland 17 tahun lalu. Ketika itu saya sedang mengembara lasak seorang diri secara hitchike ke lebih 10 negara di Eropah, selalu pula tidur dalam sleeping bag di tepian jalan.





Sambil itu terlihat bangunan dengan tulisan di latar belakang.




Splash Info Centre? Pusat maklumat untuk siapa?




Kami pergi melihat lebih dekat.




Kami belum pasti apakah ia tempat terbuka atau untuk kakitangan sahaja.




Hmm. Bangunan pusat maklumat kelihatan seperti rumah rehat.



Di satu sisi kelihatan bahagian empangan yang menerbitkan tasik.



Saya terasa harus menjejakkan kaki ke dalam air sebentar.



Kemudian baru masuk ke pusat maklumat.



Ternyata ia memang dibuka kepada orang ramai. Lihat Ulu Selangor dam information centre.


Selepas itu kami melihat pemandangan di hadapan pusat.


Lokasi di atas bukit menghadap tasik memberikan pandangan yang amat menarik.


Kebetulan ada pasangan pengantin bergambar. Rumah merekalah yang kami pergi di Kuala Kubu Bahru tadi. Macam dah janji pulak nak jumpa kat sini.





Memang nyaman tempat ini. Kalau tidak kerana sudah masuk jam 4, waktu ia ditutup tentu saya sudah baring terlelap.



Monday, June 20, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bermalam Tahun Baru di Kuala Besar

Sampai masanya untuk menamatkan cerita perjalanan hari ke-7 di Pantai Timur. Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Chik Siti Wan Kembang dan Tuan Tabal.

Dari Banggol kami menyambung kembali perjalanan menghala ke Pantai Cahaya Bulan.


Tetapi gerak hati menyuruh saya mengambil simpang ke Kuala Besar terlebih dahulu... menuju ke kuala utama Sungai Kelantan.


Kenapa saya sebut kuala utama? Kerana kuala Sungai Kelantan sebenarnya 'terpecah-pecah' oleh delta iaitu bentuk pulau-pulau dalam lingkungan satu segi tiga besar yang membuka ke Laut Cina Selatan. Bahagian utara delta yang merupakan kuala sungai juga menghampiri Tumpat namun bahagian selatan delta iaitu di Kuala Besar lebih nyata berbentuk kuala sungai dengan keluasan yang setimpal, maka itu dipanggil Kuala Besar. Oh. Kami singgah makan petang di sebuah warung tepian jalan. Kalau tak salah ingatan ia terletak tidak jauh dari simpang.



Perjalanan diteruskan melepasi beberapa buah kampung.




Tidak lama kemudian sampai ke penghujung jalan besar yang menandakan masuk ke kawasan Kuala Besar.


Kami sampai hampir jam 7 petang. Terasa perlu mandi bertukar pakaian agar lebih segar. Kami pun singgah ke masjid terdekat. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Pantai Che Latiff di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ke hadapan sedikit kelihatan anak-anak kampung bermain di bahagian jalan kecil yang dilanda banjir. Entah daripada bila punya hujan...


Sementara isteri dan dua anak tertua mandi, saya yang sudah siap bertukar baju baru membawa anak kecil kami Al-Rasyid yang juga sudah selesai dimandikan berjalan ke kompleks perikanan Kuala Besar.



Di sini boleh kelihatan pemandangan menarik kuala Sungai Kelantan yang luas...


Rasyid pun seronok. Lihat artikel Revisiting Kuala Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian kami kembali ke masjid.




Solat Maghrib dan Isyaq di sini. Malah sempat makan jamuan bersama jemaah di serambi.




Namun entah kenapa isteri terasa tidak selesa duduk di jamuan. Walhal orang-orang masjid termasuk kaum perempuan asyik mengajak. Sementara saya makan dia dan anak-anak menunggu di kereta. Kami pun keluar jam 9.




Pergi ke Pantai Cahaya Bulan yang dahulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Kelihatan separuh jalan di hadapan pantai dilanda banjir.




Selepas makan malam kami berehat di tepian pantai dalam kegelapan malam...



Namun keadaan terasa begitu selesa dengan angin laut kuat begitu menyegarkan.






Jam 11 malam kami kembali ke masjid. Sebenarnya sebelum Maghrib timbul gerak hati agar kami bermalam di sini dan selepas solat saya pun mendapatkan kebenaran. Alhamdulillah orang masjid tiada masalah. Kalau ikut rancangan asal, petang itu kami harus 'memulangkan' dua anak tertua, Erin dan Haziq ke rumah bapa saudara mereka di Kota Bahru kerana Ahad nanti mereka akan naik sekolah. Selepas itu saya harus berlepas ke mana yang patut. Tetapi anak-anak mahu berjalan lebih lama bersama kami. Hmm. Apa salahnya. Gembira sungguh mereka apabila saya menyatakan akan bermalam di masjid bersama mereka.


Oh. Sudah disebut dalam artikel terdahulu bahawa hari itu Jumaat 31 Disember 2010. Maka malamnya adalah malam Sabtu dan tengah malam nanti masuklah 1 Januari, tahun baru 2011. Kalau ikutkan kami boleh turut menyambut perayaan bersama orang ramai di Pantai Cahaya Bulan. Tetapi rasanya lebih elok kami berehat mengumpul kekuatan untuk berjalan lagi esoknya, hari terakhir bersama anak-anak sebelum mereka dipulangkan lantaran tamatnya cuti sekolah panjang... :]