Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Jun 13, 2009

Kisah ragging dulu-dulu...

Tengkorak kau, hehe!


Seperti dalam artikel Kisah 'hantu' zaman kolej... yang dibuat awal pagi Khamis, tadi saya menulis lagi satu kenangan lama tentang satu kejadian yang ada disebut dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti". Ini saya copy and paste isinya yang betul-betul terletak di bawah bahagian sedutan yang dipaparkan dalam artikel Kisah 'hantu' zaman kolej...

---------------------------

Anak muda ini juga pernah mengetuai satu sesi ‘suai-kenal’ buatan sendiri bersama lebih 50 orang pelajar junior yang terpaksa datang “menyerahkan diri” setelah dia memberikan amaran akan datang menyerang bilik-bilik mereka jika tidak muncul di bilik 51C sebelum jam 6 petang.

Ini berlaku apabila ramai rakan-rakannya mengadu kepadanya bahawa para pelajar elit di bawah program BTU (British Top University) yang bakal terbang ke England tiga bulan lagi tidak tahu menghormati pelajar senior, langsung tidak mengendahkan mereka. Lalu sekitar 10 orang kawan-kawan rapat termasuk Nasri telah menyaksikan bagaimana pemuda berdarah Aceh ini berjaya menggertak kesemua anak-anak muda ini, siap mencabar sesiapa sahaja yang berani untuk bertumbuk dengannya! Ajar mereka supaya respect sedikit, belajar hormat kepada mereka yang lebih tua.

Walaupun sesi itu bermula dengan kasar, adalah beberapa buah almari pecah dalam proses, Rasyid berjaya menukarkannya menjadi satu sesi “riang-ria” setelah pasti adik-adik ini telah mendapat sedikit pengajaran. Sejak itu, pelajar-pelajar junior ini akan memberi salam dan bertegur-sapa setiap kali berselisih dengan para senior. Hubungan mereka juga menjadi lebih erat kerana saling bertukar-tukar fikiran dan pandangan.

----------------

Lihat cerita yang dinukilkan lebih mendalam dalam artikel Remembering the "A" Level college days. A 'get along' session with the BTU juniors... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian... :]

Umrah 2005 - Lain-lain tempat di sekitar Mekah

Bukit Jabal Rahmah di tepian padang Arafah...

Assalamualaikum semua. Dalam artikel Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah? saya ada menyebut bakal membuat satu lagi artikel tentang pengalaman umrah 2005 dengan sub-title "Lain-lain tempat di sekitar Mekah". Inilah dia...

OK. Biar saya cuba senaraikan beberapa tempat menarik (selain Masjidil Haram dan Ka'abah le) yang dilawati sekitar Mekah. Saya main tulis je apa yang boleh ingat dan terkeluar di kepala ya. Tak payah ikut apa-apa aturan.

1) Tanah perkuburan Ma'ala (issyyy... cepat betul teringat yang ini). Di situ terdapat makam isteri pertama kesayangan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah, juga makam datuk baginda Abdul Muthalib dan beberapa orang lagi saudara-mara terdekat kalau tak salah ingatan.

2) Jabal Tsur di mana terdapat gua tempat Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA berehat dan mengaburi pengejaran musuh ketika berhijrah dari Mekah Madinah

3) Pasar Zing, tempat orang selalu membeli-belah

4) Jabal Qubais, bukit di tepian Masjidil Haram yang dahulunya cukup terkenal sebagai tempat perkumpulan orang-orang Sufi ataupun Tasawuf

5) Masjid Jin - tempat di mana sekelompok jin pertama kali mendengar Rasulullah SAW membaca Quran lalu masuk Islam

6) Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW di Shib Ali

7) Masjid Kucing (tak ingat ceritanya)

8) Padang Arafah

9) Mudzalifah (tempat jemaah haji bermalam 10 Zulhijjah gitu...)

10) Mina (tempat melontar batu kasi hentam itu kepala syaitan!)

11) Jabal Rahmah (nanti le cerita)

12) Jiranah (ada perigi special)

13) Jabal Nur dan Gua Hira' (sebab Gua Hira' kat atas Jabal Nur gitu)

OK. Rasanya tak perlulah diceritakan semua yek. Sesetengah tempat tu semua orang ke Mekah mesti pergi punya dan buat perkara biasa, jadi lebih elok refer saja le kat Google. Biar saya cerita setakat yang dapat mengalir tanpa perlu memeras otak. Biar saya cuba ikut urutan masa selagi yang dapat.

Setelah 2-3 hari berada di Mekah kalau tak salah ingatan, barulah diatur sebuah bas untuk membawa jemaah berjalan-jalan ke sekitar. Hmm... apabila difikirkan setakat yang dapat ingat ketika menulis ayat ini, rasa pelik pula kenapa sebahagian dari jemaah termasuk saya sendiri keluar dengan siap berpakaian ihram. Rasanya kerana kami akan miqat di satu tempat sebelum masuk balik ke Mekah, terus menunaikan lagi umrah. Ah, baru teringat, kami juga ada singgah di Hudaibiyah, tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah. Ah lompat ceritalah pulak...

OK. Apa yang saya ingat destinasi pertama kami berjalan naik bas ke luar Mekah adalah Jabal Tsur, bukit batu tinggi di mana terdapatnya gua di mana Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar RA pernah berehat seraya menyorok kerana dikejar golongan musyrikin Mekah ketika mereka mahu berhijrah ke Madinah. Lalu Allah selamatkan mereka apabila labah-labah dan burung merpati bersarang di pintu gua, menutup jejak mereka dari dihidu musuh. Teringat pula satu cerita yang tidak pernah saya dengar ketika belajar agama zaman sekolah rendah dan menengah tetapi diceritakan oleh orang-orang Tariqat Naqsyabandiah. Seperti biasa biar saya ceritakan secara spontan ikut apa yang dapat ingat ya. Kalau ada salah silap, harap maafkan dan rujuk pada orang yang lebih arif...

Katanya semasa di dalam gua itu ada ular cuba masuk melalui satu lubang. Melihatkan ini Saidina Abu Bakar terus menutup lubang itu dengan kakinya, lupa pula kaki kanan ke kiri. Ular yang cuba memasuki lubang itu melawan dengan memakan ke dalam kaki sahabat Nabi itu. Saidina Abu Bakar terus menutup lubang sambil menahan sakit yang amat sangat kerana berniat mahu menyelamatkan Nabi dari ancaman ular. Saya tak ingat beberapa bahagian cerita tetapi katanya, akhirnya Rasulullah SAW bercakap dengan ular yang mengaku dia masuk lubang sehingga sanggup memakan kaki orang kerana teringin sangat mahu melihat wajah junjungan besar kita itu. Nabi kemudian menyapu kaki Saidina Abu Bakar yang berlubang dimakan ular lalu kembalilah ia seperti sediakala seolah tiada berlaku apa-apa.

Menurut ceritanya peristiwa itu menunjukkan kesetiaan Saidina Abu Bakar yang tidak berbelah bagi lalu di gua itulah Rasulullah SAW menyampaikan ilmu terdalam seraya menyebut apa yang ada dalam hatinya kini berada di dalam hati wahai Abu Bakar. Lalu orang Tariqat Naqsyabandiah sering menyebut ilmu itulah yang disampai secara bersanad dari guru ke guru sehingga menjadi Tariqat. Untuk pengetahuan, semua sanad ilmu Tariqat lain akan sampai kepada Saidina Ali Karamallahuwajha, cuma Tariqat Naqsyabandiah sahaja yang melalui Saidina Abu Bakar.

Apapun, dari dalam bas lagi saya dapat melihat ada orang memanjat ke puncak bukit setinggi lebih kurang 1,600 kaki. Melihat itu, saya mula gatal kaki lalu lari keluar untuk turut memanjat. Apabila melalui batu-batuan besar dengan sedikit semak-semak yang berduri panjang tajam, timbul juga rasa gerun bagaimanakah orang dahulukala mampu berjalan jauh dalam keadaan sebegini jika tidak memakai kasut. Malangnya setelah naik suku bukit, saya harus berpatah-balik mengingatkan bahawa bas kami cuma berhenti di situ sekitar 15-20 minit sahaja. Masa terlalu pendek, setakat cukup untuk melihat bukit dari jauh dan memerhatikan gelagat orang berjual-beli atau mahu membeli barang terutama patung-patung unta yang keluar lagu apabila ditepuk.

Saya tidak ingat destinasi seterusnya selepas Jabal Tsur. Apakah ke Hudaibiyah, apakah ke Arafah apakah ke Jiranah. Yang pasti memang kami sejemaah ada pergi semua tempat ini, cuma tidak ingat turutannya bila. Jadi biar dicerita secara 'terpecah-pecah' aje le yek...

Saya ingat Hudaibiyah kerana ditunjukkan tapak pokok di mana berlakunya Perjanjian Hudaibiyah antara orang Islam dari Madinah dengan pihak musyrikin dari Mekah. Saya diberitahu pokok itu telah dipotong oleh kerajaan Saudi kerana tidak mahu orang berlaku kurafat, katanya takut orang menyembah pokok kerana sejarah besar yang dikaitkan dengannya. Ya ke ni? Hati saya berbisik. Orang Saudi yang menyokong Wahabi memang suka menghancurkan apa-apa benda yang berkaitan Nabi. Malah di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nawawi di Madinah saya telah berjalan hampir ke seluruh pelusuknya tapi gagal mendapati ukiran atau lukisan nama Muhammad di kiri nama Allah seperti yang terdapat di mana-mana masjid di Malaysia mahupun tempat lain. Yang kelihatan cuma nama Allah sahaja. Kalau ada Muhammad dan Allah cuma di pintu Kaabah dan kainnya, itu sahaja.

Begitu juga keadaannya di Jiranah di mana terdapat sebuah perigi yang airnya dikatakan boleh menyembuhkan penyakit. Cuma perigi itu telah ditutup atasnya jadi airnya tidak boleh dicapai orang awam. Tapi ada pula orang menjual airnya dalam botol. Ada dua versi cerita saya dengar tentang perigi ini. Satu, ia dikorek sendiri dengan tangan Rasulullah SAW ketika para sahabat kehausan, kalau tak salah ingatan ketika atau selepas satu peperangan. Satu lagi perigi itu memang sedia ada tetapi telah diracun musuh lalu Nabi menawarkannya agar dapat diminum orang Islam.

Tidak jauh dari perigi terdapat papan-tanda yang menyebut lebih kurang begini (tulisan dalam Bahasa Melayu pun ada). Jangan percaya pada khasiat air perigi ini. Ia tiada apa-apa kuasa untuk mengubat penyakit dan sebagainya, yang ada kuasa cuma Allah. Kerja tahyul dan khurafat percaya pada khasiat air perigi. Ini memang cara penerangan 'klasik' puak Wahabi. Kalau begitu janganlah makan apa-apa. Percaya makan boleh mengenyangkan kita boleh dikira khurafat dan tahyul le sebab Allah jua yang berkuasa untuk mengenyangkan, bukan makanan yang berkuasa beri kita kenyang. Bukankah begitu?

Ah. Bila memikirkan keadaan ini timbul rasa marah lagi mengingatkan kerenah Wahabi. Jadi biar aliran cerita diluahkan mengikut rasa melepaskan geram pula ya. Saya teringat cuma sekitar 1 km gitu di luar Masjidil Haram terdapat sebuah perpustakaan kecil dua tingkat di mana ramai orang memberitahu pernah berdirinya rumah tempat Rasulullah SAW dilahirkan lebih 1,400 tahun lalu. Alhamdulillah saya berpeluang melihat-lihat di dalam. Tetapi papan-tanda yang didirikan kerajaan di luar menyebut tidak ada bukti Nabi Muhammad pernah menjejakkan kaki di situ.

Kemudian saya mendapat tahu betapa banyak kawasan yang dikaitkan dengan keluarga Nabi telah diambil-alih kerajaan sehingga yang dijadikan tandas awam pun ada. Masyaallah! Tapi saya tiada bukti dan tidak sempat pergi ke semua tempat ini. Paling menarik adalah pencarian bukit Jabal Qubis yang saya pernah baca adalah tempat terkenal perkumpulan orang Sufi dahulukala. Katanya ia sangat dekat dengan Masjidil Haram tapi saya cari tak jumpa-jumpa.

Beberapa hari kemudian baru saya tersedar rupa-rupanya Jabal Qubis ini terletak cuma 30 meter sahaja menghadap pintu Babussalam di Masjidil Haram. Patutlah tak perasan kerana tepiannya sudah diletak tembok tinggi, dipagar batu sekelilingnya agar orang tidak boleh masuk ke dalam. Rupa-rupanya sudah dijadikan satu dari berpuluh mungkin beratus istana keluarga Saud! Lagi sekali, masyaallah...

Saya diberitahu bahawa kawasan-kawasan yang dikaitkan dengan keluarga Nabi diambil-alih kerajaan untuk dijadikan bermacam-macam projek kerana Mekah kekurangan tanah. Haram jadah! Nah, saya dah marah terkeluar maki hamun. Saya dah berjalan keliling satu Jabal Qubis sehingga terpaksa masuk ke dalam terowong jalanraya bawah tanah membelah bukit. Tak cukup tanah apa jika Jabal Qubis yang luasnya saya rasa cukup meliputi tanah 10 ekar, mungkin lebih besar diambil kesemuanya sekadar untuk dijadikan istana keluarga diraja sahaja? Sedangkan dahulu di situlah semua orang yang mahu mengambil pelajaran Tasawuf di Mekah akan pergi kerana ia tempat perkumpulan sheikh-sheikh pelbagai tariqat. Bukan saya tak tahu, Wahabi cukup benci dengan Tariqat dan ajaran Sufi...

OK lah. Saya rasa tak nak bercerita panjang lagi dah. Cukuplah saya menambah sempat berlari-lari melompat-lompat dari batu ke batu memanjat Jabal Rahmah di Padang Arafah lalu di atas puncaknya saya memanjatkan doa yang mengandungi permohonan dalam soal jodoh. Kata orang di sini paling afdal berdoa dalam hal ini... kerana di Jabal Rahmahlah Nabi Adam AS dan isterinya Siti Hawa dipertemukan kembali setelah sekian lama terpisah akibat 'terpelanting' keluar dari syurga. Lain-lain tempat tak payah cerita dah ek. Cukuplah luahan setakat ini...


p/s: Masa nak check balik isi cerita tadi, bila ternampak pasal Ma'ala, teringat pengalaman ikut berlari-lari mengusung jenazah dari hadapan Ka'abah membawa ke luar Masjidi Haram sampai ke van ambulans, selepas jenazah selesai disolatkan orang ramai. Laju woo jenazah diusung, macam cerita kartun! Tiap-tiap hari ada orang meninggal dan disolatkan...





Khamis, Jun 11, 2009

Kisah 'hantu' zaman kolej...

Seronok pulak pakai gambo hantu bodo ni... cheh!


Dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh", saya ada menyebut satu cerita lama tentang menyakat pelajar di kolej dengan 'gangguan hantu'. Biar saya copy and paste di sini...

-----------------

Rasyid, Nasri serta beberapa orang kawan rapat lain juga pernah menyakat para pelajar junior yang duduk bersama di bilik 51C dengan kisah-kisah hantu yang menyeramkan. Kemudian melaksanakan sebuah rancangan teratur yang berjaya menakut-nakutkan mereka sehingga anak-anak muda yang mudah terpedaya ini nyaris-nyaris melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan kolej, meminta untuk ditukarkan ke bilik lain.

Pemuda itu masih ingat bagaimana Nasri telah membakar kemenyan secara senyap, dia pula berlagak sebagai hero yang mencabar ‘hantu-hantu’ supaya menonjolkan diri sementara rakan-rakan di atas bumbung bilik menyorong batu-bata di atas atap genting lalu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan sebelum menyemburkan minyak wangi masuk ke dalam bilik. Lakonan mereka dengan sound effects yang diterbitkan sungguh berkesan sehingga pelajar-pelajar junior ini, kalau tidak salah ingatan 15 orang, semuanya anak orang berada telah berpelukan beramai-ramai ketakutan sambil melaungkan azan kemudian membaca Yasin dengan nyaring. Sedangkan ramai di antara mereka tidak tahu pun membaca Al-Quran! Bukankah kelakar jadinya?

Apa yang Rasyid dan Nasri tidak tahan nak tergelak (tetapi terpaksa control, buat-buat serius), adik-adik ini masih tidak dapat mengesan gurauan para senior sehingga boleh terpedaya pula dengan lakonan seorang lagi kawan yang berlagak sebagai seorang ustaz. Kawan itu datang siap berjubah dan berkopiah tiga hari kemudian untuk “menghalau hantu”, satu lakonan yang terpaksa dilakukan supaya mereka tidak jadi melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan. Kalau tidak Rasyid dan rakan-rakannya juga yang kena... Turun-naik mahkamah pelajarlah jawabnya nanti... Kan susah?

----------------

Tadi selepas tengah malam, timbul rasa untuk mengingatkan kembali apa yang berlaku untuk dijadikan satu cerita baru sebagai kesinambungan siri cerita-cerita mengingati zaman kolej dahulu. Sila baca artikel Remembering the "A" Level college days. The 'ghosts' that haunts 51C... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ya. Selamat malam! :]

Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara

Allah! Macam tau-tau pulak. Apabila hendak membuat artikel ini, baru tersedar bahawa pada artikel sebelum ini "Berpetualang ke Aceh" ke udara di Radio IKIM 91.5 FM malam ini? sudah ada 11 komen sedangkan artikel Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor sebelum itu pula ada 3 komen. Macam kena sangat le dengan tajuk artikel terbaru untuk siri "Umrah 2005" yang sudah difikirkan sebelum artikel-artikel sebelum ini dibuat malah ada disebut pun dalam artikel Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah? yang dibuat Ahad lalu!

OK. Saya pergi menunaikan umrah tahun 2005 dalam keadaan bidan terjun, tanpa menghadiri apa-apa kursus. Saya cuma mendapatkan sedikit penerangan dari ahli keluarga selain membaca buku. Jadi bayangkanlah perasaan setelah kali pertama berjaya menunaikan umrah seperti ada disebut dalam artikel Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh. Baru saya faham bahawa satu sesi umrah boleh ditunaikan dalam masa kurang dua jam, malah kurang satu jam pun boleh jika kita bergerak pantas.

Patutlah ada orang boleh buat 3-4 kali umrah sekali pergi ke Tanah Suci Mekah. Ibu saudara saya yang tiap tahun pergi sejak lebih 20 tahun lalu katanya pernah sekali membuat maksimum 7 kali umrah sekali pergi... maksudnya sekali pergi tu dalam tempoh 10-14 hari bermalam di Mekah le. Walaupun kita duduk lebih seminggu di Mekah, hakikatnya tidak ramai orang yang dapat membuat umrah lebih dari 3 kali. Ini disebabkan sekali membuat umrah itu boleh jadi amat memenatkan lebih-lebih lagi apabila cuaca menjadi terlalu panas ditambah lagi keadaan orang yang bersesak-sesak di Masjidil Haram boleh menghambat perjalanan.

Perjalanan tawaf 7 kali keliling Ka'abah boleh menjadi panjang atau pendek bergantung pada berapa jauh kita berada dari Ka'abah ketika membuat tawaf. Hukumnya lebih kurang begini... semakin dekat ke Ka'abah semakin teruk kesesakan orang-ramai menyebabkan kita susah hendak berjalan. Semakin jauh pula kita semakin senang kerana tidak perlu berlaga-laga dan berebut-rebut dengan orang. Tapi jarak perjalanan jadi jauhlah bertambah-tambah.

Kiranya kita boleh kira jumlah jarak yang perlu dilalui dengan kiraan matematik senang 2 x pi (lebih kurang 3.142 atau 22/7) x r (iaitu radius atau garis pusat bersamaan jarak jauh dari pusat Ka'abah). Tetapi menurut pengalaman saya sendiri jarak dari Ka'abah akan berubah-ubah sambil kita mengelak-ngelak orang juga binaan seperti Makam Ibrahim dan Hijir Ismail... kecualilah kita bertawaf dalam bangunan utama Masjidil Haram di mana memang ada laluan khas dibuat agar orang di atas kerusi roda mudah ditolak keliling bertawaf. Cuma sekali pusing tu rasanya lebih 1km jaraknya. Apapun saya rasa boleh dianggarkan sekali tawaf di bawah iaitu di kawasan terbuka keliling Ka'abah memakan jarak 300- 500 meter. Purata dalam 400 meter. Maka 7 kali tawaf untuk mencukupkan rukun bersamaan 2.8 km, boleh tahan jauh dah untuk mereka yang tidak biasa berjalan kaki ke sana ke mari..

Selesai bertawaf 7 kali keliling Ka'abah kita diwajibkan berjalan sa'ie iaitu 7 kali ulang-alik antara Safa dan Marwah. Disebabkan perjalanan antara dua tempat itu lurus maka lebih senang kita mengira jarak keseluruhan. Tadi saya baru lihat di Internet, jarak antara Safa dan Marwah adalah 450 meter. Maka 7 kali ulang-alik ialah 7 x 450 meter = 3.15 km.

Sekarang campur dua jarak ini, tawaf 7 kali bersamaan 2.8 km campur sa'ie 3.15 km, jadilah 5.95 km. Bulatkan jadi 6 km. Atau nak sedapkan hati lagi (kerana mungkin ada yang mempertikaikan betul ke satu kali tawaf bersamaan purata 400 meter), kita kurangkan lagi jadi 5 km. 

Apapun, berapa ramai antara kita yang biasa berjalan kaki 5 km sekali jalan? Berapa ramai yang biasa buat ini dalam keadaan suhu di Tanah Arab melepasi 35 darjah Celsius dan matahari begitu menyilau? Berapa ramai pula yang sanggup berbuat begitu dalam keadaan orang ramai berhimpit-himpit sesak berselang-seli berjalan? Rasanya tak ramai yang sudi kalau tidak disebabkan ia sebahagian dari ibadah selain keseronokan dapat berjalan dekat Ka'abah dan Masjidil Haram.

Itu baru dua sahaja dari syarat menunaikan umrah dengan jayanya, baru syarat fizikal. Belum dikira niat yang perlu dijaga, ayat-ayat yang perlu dibaca semasa menunaikan umrah. Selagi belum selesai umrah, kita dilarang dari membuat banyak perkara biasa. Misalnya korek hidung dan korek telinga. Itu kira boleh tahanlah juga sebab bukan semua orang selalu korek lubang badan. Yang susahnya, kita turut dilarang mengeruk apa-apa bahagian badan kerana tidak boleh menjatuhkan dengan sengaja walau sehelai bulu roma malah secebis kecil kulit kering pun tak boleh. Kalau satu sesi umrah mungkin kita boleh tahan. Tapi kalau selama-lamanya tak boleh keruk disebabkan nak buat banyak kali umrah, mahu tak jenuh dibuatnya...

Seharusnya sesiapa pun boleh menyelesaikan satu kali umrah. Kalau tidak, buat apa susah-susah pergi ke Mekah? Tetapi setiap kali membuat umrah kita berperlu ke tempat miqat terlebih dahulu untuk memasang niat seperti yang dirukunkan dan paling dekat adalah di Tan'im, 6 km di luar Masjidil Haram. Maka untuk menunaikan lagi umrah, kita harus bergegas mencari kenderaan untuk ke Tan'im kemudian mesti sudah berpakaian ihram sebelum memasang niat di sana, solat sunat ihram lalu kembali ke Masjidil Haram. Tup tup dah 12 km pergi balik berjalan.

Fikirkan. Minimum 12 km berjalan di atas kenderaan sebelum 5 km berjalan kaki dalam keadaan sesak berhimpit-himpit di tengah terik matahari panas. Kita boleh pergi malam untuk mengelakkan panas tapi orang lain juga berfikir begitu maka malam hari lagilah sesak. Sekali buat begini bolehlah, 2-3 kali pun OK... tetapi lebih dari itu? Disebabkan perkara-perkara yang disebut di atas inilah tidak ramai yang mampu membuat umrah lebih dari 3 kali sekali pergi ke Mekah. Itupun nasib baik. Kalau kena sakit apa-apa bagaimana? Bersyukurlah kalau dapat buat sekali umrah.

Saya sendiri ada memasang niat 3 kali umrah. Malah apabila mendengar ibu saudara membuat 7 kali, saya pun teringin berbuat begitu. Tetapi saya fikir balik, takut salah pasang niat nanti jadi riak, Tuhan marah. Karang jadi sakit kaki ke hapa, langsung tak dapat. Jadi ikutlah mana yang dapat.

Seperti disebut dalam artikel Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh , saya dapat membuat umrah pertama kali setelah bermalam 2-3 hari di Madinah, 400 km di utara Mekah. Dari sana, jemaah kami miqat di Bir Ali, di pinggir Madinah, terus ke Mekah. Selesai umrah pertama saya berehat dahulu. Kalau tak salah ingatan petang atau malam itu saya cuba pula mencium Hajaratul Aswad, batu dari syurga yang diletakkan di satu sudut bangunan Ka'abah.

Mencium Hajaratul Aswad bukanlah satu rukun dalam ibadah umrah. Namun boleh kata semua umat Islam teringin betul untuk menciumnya tetapi bukan senang nak dapat. Disebabkan ramai sangat ingin mencium sehingga selalu berebut-rebut sampai yang bertumbuk pun ada (saya sendiri nyaris bertumbuk dengan orang Arab), ia boleh dikatakan jauh lebih susah dari membuat umrah. Malah ada orang yang pernah pergi ke Mekah tanpa sekali pun dapat mencium Hajaratul Aswad. Mengingatkan itu, saya cuma menyimpan niat untuk berharap sahaja, tak semestinya dapat menciumnya. Sekali lagi, takut ada rasa riak kerana beriya-iya nak dapatkan jugak, maka takut Tuhan tak makbulkan...

Apapun diakui mencium Hajaratul Aswad adalah satu cabaran yang menarik. Di situlah saya harus menjangka arus gerakan orang, bagaimana hendak masuk di celah-celah keramaian yang begitu padat hingga dapat sampai ke tujuan. Jangan main-main wooo... nak masuk berhimpit dalam sekitar 20 meter dari Hajaratul Aswad pun dah teruk, boleh hilang nafas akibat ditekan orang dari segenap arah. Kalau terjatuh atau silap membongkok atau terbongkok boleh terus terperosok ke bawah lalu diinjak-injak orang! Terasa pula macam scrum ketika bermain ragbi...

Kita perlu menenangkan fikiran seraya mengawal nafas sambil masuk ke dalam lingkaran. Itupun kena pandai alih kedudukan dan banyak bergantung pada nasib juga. Adakalanya kita dah sampai sangat dekat dah ke Hajaratul Aswad. Tinggal satu orang sahaja sedang mengucup batu syurga itu di hadapan kita. Tiba-tiba apabila dia hendak keluar ditolaknya kita ke belakang. Seketika itu juga orang lain yang berhimpit-himpit berebut masuk sedangkan kita pula tertolak jauh keluar. Sedar-sedar je dah 10 meter kembali ke belakang. Masyaallah!

Tapi Alhamdulilah, saya berjaya mengucupnya juga. Kemudian saya diajar oleh ibu saudara dan suaminya yang membawa saya ke Tan'im cara untuk membuat lagi umrah. Oh, teringat di Tan'im, pemandu bas, van dan teksi selalu memanggil-manggil "Haram! Haram! Haram!". Apahal pula ni? Apa yang haram? Kadang-kadang timbul rasa nakal untuk menyambut kata-kata mereka. Apabila disebut "Haram", tambahlah "Jadah!" hehe! Rupa-rupanya yang dimaksudkan Haram tu adalah Masjidil Haram. Kiranya panggilan le untuk mencukupkan penumpang untuk dibawa ke Masjidil Haram.

Setelah mengetahui bagaimana untuk ke Tan'im, saya jadi seronok untuk menunaikan umrah bersendirian. Alhamdulillah, Tuhan memberi saya kekuatan dan kesempatan sehingga boleh membuat 3 kali umrah dalam sehari. Saya pernah juga membuat miqat di Hudaibiyah (ingat Perjanjian Hudaibiyah?) dan Jiranah/Juranah, masing-masing lebih 20 km dari Masjid Haram. Tetapi dari Tan'im lebih senang bergerak dan berulang-alik. Malah setiap kali selesai umrah, saya cuba memastikan agar dapat sekali lagi mencium Hajaratul Aswad... sehingga menjadi agak mahir taktik untuk menempatkan diri agar tidak perlu terlalu bersusah-payah menghampirinya. Malah saya dapat membiarkan diri ditolak orang masuk ke dalam kemudian menggunakan lonjakan selain rebutan orang untuk keluar.

Dalam pada itu saya dapati orang-ramai juga sering pergi ke satu sudut Ka'abah untuk mencium apa yang dipanggil sebagai Rukun Yamani. Walaupun ia tidaklah direbut sebegitu teruk seperti Hajaratul Aswad, orang tetap sanggup berhimpit-himpit untuk menciumnya. Timbul pula rasa untuk 'menyelarikan' 3 perbuatan ini, umrah berserta cium Hajratul Aswad berserta cium Rukun Yamani. Dengan kuasa Allah, saya akhirnya dapat membuat 11 kali setiap perkara ini, itu yang jadi 11 kali 3 perkara.

Alhamdulillah juga saya banyak kali dapat bersolat dan berdoa di beberapa lagi tempat afdal di sekitar Ka'abah seperti Makam Ibrahim, Hijir Ismail dan Multazam iaitu pintu Ka'abah. Saya selesai membuat 11 kali 3 perkara ini ketika masih ada 2-3 hari lagi di Mekah, sebelum kembali ke tanah-air. Maka saya sebenarnya cukup masa untuk menambah lagi jika mahu. Tetapi cukuplah 11, satu nombor yang membawa makna tersendiri untuk saya.

Selepas 11 kali umrah, maka rambut saya pun sudah 11 kali digunting sendiri setiap kali tamat sa'ie yang apabila disertai doa penutup menandakan tamatnya satu sesi umrah. Rasanya rambut saya pun dah banyak bertakik-takik di pelbagai tempat akibat main potong sahaja tanpa memikirkan hasil rupa. Alang-alang dah gitu, biarlah dibetulkan keadaan dengan cara yang paling 'afdal'. Lalu buat pertama kali seumur hidup, saya membuat keputusan untuk membotakkan kepala di kedai gunting Arab. Sekian... :]



Isnin, Jun 08, 2009

"Berpetualang ke Aceh" ke udara di Radio IKIM 91.5 FM malam ini?

OK. Isteri saya baru sahaja menelefon untuk memberitahu bahawa seorang pembaca setia blogspot ini yang sudah lama 'khatam' siri buku "Berpetualang ke Aceh" baru sahaja dihubungi pihak Radio IKIM tengahari tadi untuk ditemu-ramah sedikit melalui telefon meminta pendapatnya tentang siri buku ini. Untuk pengetahuan, pihak radio ada meminta saya agar memberikan 2-3 nombor telefon orang yang dirasakan mampu mengulas isi buku ini untuk disunting bersama menjadi bahan cerita yang bakal ke udara nanti. Ini berlaku selepas rakaman dibuat di studio Radio IKIM pada hari Rabu dua minggu lepas. Sila lihat artikel-artikel di bawah ini...


Akan datang... "Berpetualang ke Aceh" di radio IKIM 91.5 FM

Berpetualang ke radio IKIM... testing, testing!

Rakaman "Berpetualang ke Aceh" di Radio IKIM in full...

Adapun pihak penerbit radio telah menyatakan akan memberitahu kami bilakah bahan yang telah disunting mereka akan ke udara nanti. Sayangnya sehingga kini kami tidak dapat berita dan tidak dapat menghubungi mereka untuk mendapatkan kepastian. Setakat kami tahu, penerbit memberitahu pembaca bahawa satu slot untuk siri buku "Berpetualang ke Aceh" (sebenarnya lebih pada buku pertama "Mencari Diri dan Erti) akan ke udara jam 9 malam. Slot itu insyaallah mengambil masa setengah jam.

Jadi kepada para pembaca sekalian, silalah masuk ke Radio IKIM di 91.5 FM pada jam 9 malam ini. Itu sahaja pesanan saya kepada semua. Selamat! :]

p/s: OK confirm. Pihak penerbit telah menghubungi isteri saya. Katanya slot untuk "Berpetualang ke Aceh" akan ke udara di Radio IKIM pada jam 9.15 malam ini. Senang nak ingat tu. 91.5 FM pada jam 9.15. Selamat mendengar...

Ahad, Jun 07, 2009

Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor

Seperti disebut dalam artikel Baru nampak buku Rumah Azan kat kedai, issshhh!!!! tadi, artikel ini juga cuma mahu dilepaskan setelah proses penterjemahan buku Ahlul Bait melepasi 350 mukasurat. Tetapi sementara saya masih tersangkut di mukasurat 336 lagi akibat kepala jam, biarlah dilepaskan segalanya yang perlu hingga ke artikel ini ya. Mari!


Sabtu lepas, setelah kepala saya jam teruk ketika terjemahan melepasi mukasurat 255 gitu, saya dan isteri pun membuat keputusan untuk berjalan-jalan di Kuala Selangor yang terletak lebih kurang 20km dari rumah kami. Kami naik ke Bukit Melawati yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal kesultanan Selangor lalu mendapati semua meriam yang ada dibungkus kain kuning. Apa ini? Sedangkan kami sudah banyak kali ke sini, belum pernah lagi melihat semua meriam yang ada dibungkus begini. Selalunya yang dibungkus cuma meriam di kawasan pemakaman diraja, atas sedikit dari masjid lama pekan Kuala Selangor.


Kami terfikir apakah ini kerana ada alamat tertentu? Lebih-lebih lagi kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak suara-suara sumbang yang mempersoalkan akan relevannya institusi diraja di Malaysia terutama sejak berlaku kemelut besar politik di Perak. Kemudian saya ternampak penjaga rumah api di puncak bukit lalu bertanya tentang meriam berbalut kuning ini. Katanya ringkas: "Sultan Selangor cuma membayar nazar setelah selamat kembali dari pembedahan jantung baru-baru ini."

Hmm... Sultan Selangor membayar nazar dengan membungkus kain kuning pada setiap meriam lama di Bukit Melawati? "Tidak," kata isteri saya. "Rasanya ada sebab lain lagi".


Oh, sebenarnya kami naik lagi ke Bukit Melawati untuk memastikan sekali lagi kedudukan sebenar kuala Sungai Selangor dari atas. Selama ini kami telah beberapa kali ke Kuala Selangor tetapi petang Sabtu, sebelum menaiki Bukit Melawati baru kami pertama kali melihat kuala sebenar Kuala Selangor sedangkan pekan Kuala Selangor itu sendiri terletak 2-3 km dari kuala sungai. Jadi kami mahu melihat kembali di manakah laluan yang diambil jika dilihat dari atas bukit.

Lihat artikel-artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian ya... moga-moga saya dapat menyambung kembali kerja penterjemahan buku Ahlul Bait malam ini dengan lancar tanpa sakit-sakit badan mahupun kepala. Doakan saya ya. :]

Kuala Selangor Nature Park - The Selangor river mouth at last!

Kuala Selangor Nature Park - Looking at what's available including the wildlife

Kuala Selangor Nature Park - Sizing up the paths...


Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?


OK. Saya sebenarnya mahu menyambung cerita pengalaman umrah ini dengan satu sub-title baru yang berbunyi begini "11 kali 3 perkara" di mana saya mahu menceritakan tentang 3 perkara yang dibuat masing-masing 11 kali semasa di Mekah. Sebaliknya apabila memikirkan kembali kesinambungan cerita berdasarkan tajuk artikel umrah sebelum ini iaitu Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh, elok dilepaskan cerita yang ini dahulu, satu cerita yang melibatkan pertemuan dengan seorang gadis baru yang menyebabkan hari-hari saya di Mekah semakin menenangkan. Maka muncullah sub-title "Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?". Selain itu saya juga baru mendapat ilham bagaimana siri ini harus diteruskan sebelum ditamatkan Insyaalah sebelum saya dan isteri berlepas ke Aceh pada Isnin hadapan. Disebabkan siri "Cerita An-Nur" dahulu dilepaskan menjadi 11 bahagian, maka siri "Umrah 2005" pula saya mahu hadkan ke 8 bahagian sahaja. Sekarang sudah ada empat:-

Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok ,

Umrah 2005 - Susahnya nak berhenti rokok!

Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan...

Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh

Maka campur artikel ini sudah jadi 5. Maka kiranya tinggal 3 lagi bahagian ya dan biarlah diumumkan sub-titlesnya terus iaitu "11 kali 3 perkara", "Lain-lain tempat di sekitar Mekah" dan akhir sekali "Gua Hira' dan Jabal Nur". Sub-titles ini mungkin berubah sedikit apabila saya betul-betul mula bercerita nanti tetapi jalan ceritanya Insyaallah tidak banyak berubah. Apa-apapun sabar dahulu yek.

Adapun saya membuat pengumuman tentang tajuk-tajuk yang akan datang kerana menyedari apa yang mampu saya ingat tentang perkara yang berlaku di Mekah tidak semestinya dapat diatur menurut turutan masa yang tepat. Jadi daripada dipaksa mengingat sampai "pecah kepala" bagaimana turutan sebenar sesuatu itu berlaku biar dilepaskan sahaja apa yang mampu diingati pada ketika saya sedang menulis ini ya. Mari...

Saya ada menyebut tentang Nur, juga bekas isteri dan anak. Tak disangka pula, secara spontan dalam berdoa itu terkeluar kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini: "Moga-moga aku mendapat jodoh dengan satu orang baru yang belum pernah dikenali", dalam keadaan menghadap Ka'abah dari sudut yang betul-betul bertentangan dengan Hajaratul Aswad.

Sambil itu, seperti disebut dalam artikel-artikel "Umrah 2005" lebih awal, saya sering dilanda rasa marah-marah, mungkin akibat penangan cuba berhenti merokok di tanah suci selain geram melihat gelagat orang Wahabi yang kelihatan begitu benci terhadap penghormatan tinggi yang diberikan kepada apa-apa perkara berkaitan keluarga Nabi (saya rasa ini lebih elok diterangkan dalam cerita bersub-title "Lain-lain tempat di sekitar Mekah" nanti). Sambil itu saya juga sering terasa gelisah apabila teringatkan bekas isteri dan anak juga masalah tentang Nur sendiri. Dan saya turut dilanda masalah sering terasa 'gatal' apabila melihat segala macam perempuan di Mekah.

Allah! Mungkin inilah dugaan yang didatangkan untuk saya di Mekah. Selama beberapa hari saya sering sahaja bergelut dan bertekak dengan orang-orang Arab di tengah keramaian orang-ramai yang berhimpit-himpit di Masjidi Haram juga di hadapan Ka'abah sendiri. Semasa tawaf wajib ketika membuat umrah, Alhamdulillah saya dapat menahan marah tetapi apabila keluar dari keadaan umrah, ketika itulah kemarahan saya jadi meluap-luap terutama apabila tersepit ketika cuba mencium Hajaratul Aswad, pergi ke Makam Ibrahim, Hijir Ismail juga Multazam ataupun pintu Ka'abah. Lebih parah lagi apabila timbul rasa 'gatal' ketika berjalan-jalan malah ketika tawaf (walaupun saya berusaha keras melawannya).

Kalau ketika di luar umrah boleh le juga... saya sekadar melayan bermain-main mata dengan perempuan-perempuan Timur Tengah terutama Arab walaupun setakat dapat melihat mata dan sedikit kulit muka melalui purdah hitam. Yang jadi masalahnya apabila bertawaf di mana ada ketikanya kita tidak dapat mengelak dari terlanggar atau tergesel dengan perempuan. Sedangkan saya sebagai lelaki cuma memakai pakaian ihram yang tidak berjahit, hampir-hampir seperti memakai tuala sahaja yang diikat sedikit elok tetapi di dalamnya tetap bertelanjang bulat!

Boleh kata hampir setiap masa saya terpaksa beristighfar, sesekali bertalu-talu mengetuk-ngetuk kepala lutut. Masyaallah! Bertahun-tahun saya cuba melawan rasa marah dengan nafsu gatal terhadap perempuan, kini di hadapan Ka'abah, rumah Allah di Mekah semuanya seperti mahu 'terlucut'. Dalam keadaan inilah saya bertemu dengan seorang gadis baru. Tanpa disangka selepas itu hilang rasa-rasa marah juga gatal terhadap perempuan malah rasa gelisah memikirkan masalah bekas isteri dan anak juga Nur.

OK. Yang saya ingat perhubungan dengan gadis ini bermula dalam perjalanan pulang dari satu tempat bernama Jiranah, sekitar 2 jam perjalanan gitu dari Mekah. Adapun gadis ini adalah satu jemaah dengan saya, orang Kedah tapi mukanya lebih bercirikan orang Arab dengan mata besar bulat bulu mata lentik hidung mancung, memang cantik dan menarik orangnya. Cuma dia berkulit sawo matang sedangkan saya lebih meminati orang yang berkulit putih merah. Tapi tu le... walaupun saya lebih meminati orang berkulit putih, hakikatnya saya juga pernah 'tersangkut' dengan orang lain berkulit sawo matang seperti Nur sendiri walaupun sawo matangnya lebih kemerahan. Bekas isteri saya pula memang berkulit gebu putih melepak tetapi akhirnya kami tidak sehaluan. Jadi rupa-paras yang disukai dengan sifat seseorang mungkin berlawanan dengan apa yang boleh membahagiakan kita...

Adapun jemaah kami dalam perjalanan kembali dari Jiranah setelah melawat beberapa tempat. Bab berjalan ini akan dihuraikan di bahagian lain cerita ya. Sebenarnya beberapa hari itu saya ada juga tersedar tentang gadis cantik manis ini malah sejak di lapangan terbang di KLIA lagi saya sudah memerhati. Rasanya dalam jemaah kami yang berjumlah sekitar 30 orang gitu, dialah perempuan paling cantik. Cuma saya harus memerhati juga jika dia ada suami atau penjaga laki-laki turut serta bersama.

Entah kenapa, dalam perjalanan dari Jiranah itu dia duduk seorang diri di kerusi paling belakang bas sedangkan saya duduk cuma 2-3 kerusi di hadapan, orang lain semuanya lebih dekat dengan pemandu bas. Dari situlah saya tergerak menegur, tengok-tengok kami mula lancar bercerita. Lalu baru saya tahu dia datang bersama seorang ibu saudara kalau tak salah ingatan dan belum lagi berkahwin, cuma bakal bertunang dengan seorang pemuda dari Kuala Lumpur. Dan kalau tak salah ingatan di atas bas itu juga saya mendapat tahu dia sudah lama memerhatikan saya. Katanya dia terlihat saya mendukung dan bermain-main dengan anak semasa di KLIA. Tersenyum saya lalu memberitahu, yang didukung itu anak buah, anak kepada adik perempuan saya.

Sejak itu kami mula rapat. Kami sejemaah duduk di hotel yang sama sekitar 200 meter sahaja dari pintu masuk Masjidil Haram yang membawa ke kawasan sai'e antara Safa dan Marwah. Oh, di Mekah ini saya juga duduk dalam satu bilik bersama orang paling tua dalam jemaah kami, orang tua berumur lebih 70 tahun seperti ada disebut dalam artikel Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan... Dari bilik ke bilik kami boleh berhubung dengan jemaah lain melalui telefon secara percuma. Geleng kepala orang tua itu melihat saya mula sering bergayut di telefon bercakap dengan gadis dari Kedah itu sedangkan saya sendiri juga terasa pelik. Rasanya kali terakhir saya sering bergayut begitu lama adalah ketika berumur 18-19 tahun dulu. Dah rasa macam teenager atau remaja baliklah pulak...

Hmm.... saya rasa elok kita panggil gadis ini F sahaja ya. Ketika itu F berumur 24 tahun, sama seperti An-Nur yang nyaris-nyaris menjadi isteri saya lebih awal tahun 2005. Cuma F tidak 'gila' seperti An-Nur malah kedengaran jauh lebih matang daripada umur sebenarnya. Kami mula bercerita pelbagai perkara, dari prinsip hidup membawa ke kenangan zaman remaja. Macam-macam perkara terkeluar sehingga saya terasa semakin seronok dan serasi dengannya.

OK, saya tak ingat bilakah perkara seterusnya berlaku. Yang saya tahu jemaah lain dapat menghidu perhubungan kami yang semakin rapat dan ada yang kurang senang, tak tahulah kenapa. Mungkin ada yang memikirkan saya sebagai seorang pemuda yang sudah berumur 35 tahun ketika itu mengambil kesempatan ke atas gadis muda berumur 24 tahun. Ibu saudara saya yang memimpin jemaah kami bersama suaminya juga kurang senang dan ada menegur saya. Dia sampai peringkat memberitahu F yang saya sudah beristeri dan memiliki seorang anak.

Ya, memang saya sudah beristeri dan memiliki seorang anak. Tetapi kami sudah bercerai sejak tahun 2003. Dalam saya meluahkan hal ini kepada F, terkeluar juga cerita tentang Nur, tentang dilema saya berkaitan bekas isteri dan anak juga tentang Nur yang telah berkahwin dengan seorang politikus muda. Saya juga mengaku bahawa Nur lah yang membiayai saya dalam perjalanan umrah ini sedangkan saya sudah lama tidak bekerja. F yang boleh tahan tinggi pengetahuan agamanya menerima keadaan saya lalu meminta saya agar melupakan terus Nur. Katanya tiada masalah saya mengingati bekas isteri dan anak. Tetapi Nur sudah menjadi milik orang. Mengingatinya boleh menganggu ibadah umrah...

Pada suatu hari saya keluar bertawaf keliling Ka'abah. Saya sudah lupa apakah ia sebahagian dari umrah (saya buat umrah banyak kali, nanti diceritakan) atau sekadar tawaf sunat. Yang pasti, sambil bertawaf 7 kali itu saya meminta Allah agar membuat saya lupa langsung kepada Nur. Sampai satu ketika saya mula menangis teresak-esak di dalam hati lalu perasaan itu mula jadi tidak tertanggung sehingga terkeluar menjadi tangisan sedu buruk seorang lelaki, sampai terhenjut-henjut bahu di hadapan Ka'abah. Nasib baik le ramai juga orang lain turut menangis secara terbuka di sana, masing-masing mengadukan masalah dan kelemahan diri sendiri kepada Ilahi...

Sekembalinya ke hotel saya menceritakan apa yang berlaku kepada F. Kata F dia dapat merasakan apa yang berlaku kepada saya tadi walaupun dia tiada bersama. Saya mula terasa amat selesa dengan F. Pada satu hari, saya mengajak F pergi ke Masjidil Haram bersama sejurus sebelum masuk waktu Asar. Sebelum kami berpisah untuk ke saf lelaki dan perempuan, saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada.

Saya dah lupa bagaimana susun-atur perkataannya tetapi bunyinya lebih kurang begini: "I don't know if you are the right one. But I don't want to regret not taking the chance when my happiness might be staring right in front of my eyes" (Saya tak tahu jika kamulah orangnya untuk saya. Tetapi saya tak mahu menyesal akibat tidak mengambil peluang jika kebahagian saya itu terletak di hadapan mata... kira gitu le...). Gadis itu terdiam. "Kita sambung cerita lepas solat le" katanya sebelum berlepas pergi.

Sejurus selepas solat kami bertemu lagi. Kali ini mukanya kelihatan begitu berseri-seri. Saya tak ingat bagaimanakah perbualan kami seterusnya bermula. Yang pasti, dia bersetuju untuk menjadi milik saya malah terang-terang kami mula berbincang tentang kemungkinan akan berkahwin walaupun dia sebenarnya sudah merancang mahu bertunang dengan seorang pemuda lain apabila kembali ke tanah air nanti.

Saya cuba mengujinya. Kata saya apakah reaksinya jika Nur sudah bercerai kemudian mahu kembali kepada saya sedangkan saya dan F sudah pun berkahwin. Katanya ringkas. Itu masalah besar tanpa menambah apa lagi kata-kata. Tentunya ini adalah jawaban biasa mana-mana wanita yang tidak mahu berkongsi kasih. Tentang bakal tunangnya di Kuala Lumpur pula, katanya serahkan kepada Allah.

Sejak itu kami berbual-bual seperti satu pasangan yang bakal berkahwin. Pelik kan boleh berlaku perkara ini di Mekah? Sekurang-kurangnya saya tidak marah-marah lagi, tidak lagi gatal melihat perempuan (jangan ingat saya gatal dengan F ya, saya cukup seronok berbual-bual dengannya walaupun dia memang seorang wanita yang menarik baik dari segi personaliti mahupun rupa paras tubuh badan). Dan saya juga tidak lagi gelisah memikirkan hal bekas isteri dan anak juga tentang Nur. Dengan itu biar ditamatkan bahagian cerita ini...

p/s: Gambar di atas cuma gambar hiasan diambil dari Internet. Harap maklum... :]




Baru nampak buku Rumah Azan kat kedai, issshhh!!!!

Assalamualaikum. Sebenarnya saya cuma bercadang mahu membuat apa-apa posting baru di blogspots saya selepas berjaya menterjemahkan lagi isi buku "Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan kesultanan Melayu) sehingga melepasi 350 mukasurat. Untuk pengetahuan posting sebelum ini, artikel bertajuk Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh dibuat awal pagi Rabu selepas dapat melepasi 300 mukasurat.


Petang Rabu itu saya dan isteri berjalan-jalan di sekitar Ampang... tergerak pula untuk masuk ke kompleks membelah-belah Ampang Point setelah agak lama tidak ke sana. Kami pun singgah ke beberapa kedai termasuk kedai buku Popular yang tersergam cantik di tingkat 2 ke 3. Tengok-tengok ada satu pandangan yang menarik perhatian...


Tu dia, buku keempat saya yang bertajuk "Rumah Azan". Walaupun buku ini telah dilancarkan semasa berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 iaitu pertengahan April, baru kali ini saya dapat melihatnya terpampang untuk dijual di kedai-kedai. Walhal sebelum ini saya ada juga cuba menjengok ke beberapa kedai tetapi tidak kelihatan. Apakah kerana memang tiada atau sudah habis dijual?

Yang pasti ia bukan berada di setiap kedai tetapi kedai-kedai buku yang terpilih. Misalnya saya pernah cuba mencari di MPH Mid Valley Megamall tapi tak jumpa. Bila dilihat di dalam komputer kedai, memang tertera tajuk "Rumah Azan" bermakna ia sudah sampai tetapi jumlah yang wujud atau quantity available adalah 0, kosong.

Apapun artikel ini cuma membuka luahan rasa pergerakan kerja dan bercerita. Anda boleh membaca artikel terdahulu bertajuk Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk sedikit lagi cerita tentang buku ini. Seperti disebut atas tadi saya bercadang cuma mahu menulis di blogspots lagi setelah proses penterjemahan buku Ahlul Bait melepasi 350 mukasurat. Sebaliknya saya asyik jam lagi lalu Jumaat malam Sabtu saya dan isteri tergerak untuk pergi masuk ke Janda Baik, Pahang. Siangnya saya dapat menterjemah sehingga 333 mukasurat. Petangnya baru kami mengorak langkah kembali ke Kuala Lumpur seterusnya ke rumah di Bandar Tasik Puteri.

Ingatkan malam itu saya mampu membuat lagi 17 mukasurat untuk mencukupkan 350. Tengok-tengok kepala saya jam lagi selain penat lalu berhenti pada 336 mukasurat. Melihatkan saya tak dapat meneruskan, saya buat dahulu satu lagi terjemahan sukarela untuk website http://www.shiar-islam.com/. Selepas itu terus terasa penat yang amat sangat. La ni, dah masuk Zuhur baru saya dapat membuat artikel ini. Lepas ni kena pergi kerja kahwin jiran, petang atau malam nanti baru boleh sambung kerja perterjemahan buku Ahlul Bait kot?