Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 13, 2024

Menyambung urusan rumah hingga ke Bangi

OK. Satu cerita kecil permusafiran yang kiranya menyambung daripada artikel Antara urusan keluarga, rumah dan kereta yang dipersembahkan kurang seminggu lalu.



Petang Isnin 11 November, kurang 2 jam selepas mempersembahkan artikel Penghormatan terakhir untuk KIA Caren WKA248 saya keluar bermusafir lagi seorang diri.





Asbabnya adalah hendak menyambung urusan rumah. Kebetulan ada kawan baik masuk wad di Hospital Sungai Buloh. Maka singgahlah berziarah. Oh. Sebelum itu tukar minyak hitam kereta di pekan Rawang.




Selepas Maghrib baru menyambung perjalanan. Tempat dituju rumah berkenaan yang perlu diuruskan di Hulu Langat.




Rumah itulah yang ceritanya disebut dalam Antara urusan keluarga, rumah dan kereta. Sebetulnya ia adalah urusan melibatkan Air Selangor dan Indah Water. Rumah milik ibu ini tidak pernah diduduki sejak siap lebih 20 tahun lalu. Malam itu saya menginap di rumah tersebut. Kalau tak salah kali pertama ada orang bermalam. Esoknya pagi Selasa 12 November menyambung lagi urusan rumah tetapi daripada sudut lain.





Ini memerlukan saya pergi ke Pejabat Tanah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi.




Saya disuruh merujuk kepada PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebelum dapat menyambung apa-apa urusan dengan pejabat tanah. Apabila disemak dokumen perjanjian jual beli di PKNS rupa-rupanya yang sepatutnya dirujuk adalah Permodalan Negeri Selangor, bukan PKNS.




Cuma pejabatnya di Shah Alam maka diputuskan biar singgah hari lain. Urusan rumah disambung ke Kajang kerana ada sedikit lagi yang belum betul-betul selesai melibatkan Air Selangor.  Dalam perjalanan lalu berdekatan satu taman perumahan lalu singgah bersolat. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Taman Bukit Kajang Baru di di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Singgah pula ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre).




Kemudian berkejar ke Gombak untuk mesyuarat membincangkan pengisian satu Podcast yang mahu dirakam dalam masa terdekat.




Malam itu saya beriktikaf dan bermalam di sebuah surau di Batu 11 Gombak. Sekitar jam 3.50 pagi Rabu 13 November iaitu setengah hari tadi terbangun lalu menunaikan solat Tahajud.




Selepas itu tidak dapat melelapkan mata. Selepas beberapa lama masih begitu keadaannya pergilah meninggalkan surau. Dekat simpang ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terlihat ada kedai makan sudah dibuka lalu bersarapan awal jam 5.30 pagi.




Solat Subuh di Taman Samudera, Gombak. Selepas itu ke Selayang untuk menyambung urusan Indah Water.




Sempat pula tampal gigi di klinik kerajaan di Rawang.




Malah sempat membuat follow up satu urusan rumah yang diduduki di Bandar Sungai Buaya sebelum mengambil anak kembali daripada sekolah pagi jam 12.50 petang.




Sampai di rumah didapati permusafiran kecil 3 hari 2 malam ini meliputi jarak pemanduan 241 km.


Isnin, November 11, 2024

Penghormatan terakhir untuk KIA Caren WKA248

Salam petang Isnin 11/11/24. Satu cerita berupa penghormatan terakhir buat sebuah kereta yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga.



Kereta 7-seater atau 7 tempat duduk ini mula dibeli lalu dipakai penghujung bulan September tahun 2014. Ketika itu ia telah berusia lebih 12 tahun. Kia Carens generasi pertama model tahun 2001 bernombor plet WKA 248 ini diimport dari Korea lalu mula dipakai oleh pemilik asalnya di Malaysia awal tahun 2002. Difahamkan harga barunya lebih RM100,000. Tetapi selepas beberapa lama ditawarkan sebagai kereta terpakai pada harga RM13,800. On the road dapatlah dalam RM14,500 gitu.

Kereta dibeli kerana memikirkan dua orang anak semakin membesar selain ada dua anak tiri sedang meningkat remaja walau tidak menetap bersama. Untuk kegunaan harian ke pejabat isteri menggunakan kereta kecil Kenari, kereta Caren sebagai backup terutama untuk perjalanan jauh yang lebih selesa. Melalui artikel  Analisis corak dan tren perjalanan - Apabila seorang lagi anak mewarnai pengembaraan awal 2012 hingga penghujung 2016 yang ditulis lebih 3 tahun lalu dapat dikesan ia telah digunakan untuk perjalanan jauh seawal bulan November. Ketika itu saya mahu menganjurkan satu acara di Pagoh, Muar. Ketika mengatur perkara menaiki kenderaan-kenderaan lain. Ketika menjayakan acara baru menaiki Caren. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.

Sambil itu ada perjalanan-perjalanan jauh yang dibuat oleh saya seorang diri lalu menggunakan Kenari sahaja. Nak naik Caren yang begitu besar tak berbaloi kecuali Kenari sedang digunakan isteri. Bila berlaku begitu isteri menggunakan Caren untuk ke pejabat. Perjalanan jauh seterusnya dapat dikesan menggunakan kereta besar itu adalah pada penghujung tahun 2014. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled. Ia adalah pertama kali naik 6 beranak iaitu saya, isteri, 2 anak bersama kami dan 2 anak isteri daripada perkahwinan terdahulu. 

Lain-lain perjalanan jauh menggunakan Caren dapat dikesan adalah seperti berikut :-






Selain itu ada perjalanan kurang jauh menggunakan Caren lalu tidak perlu dicatat. Biasanya apabila balik kampung saya di Muar dibawa kereta itu supaya dapat membawa ibu bapa bersiar-siar dengan selesa. Melalui artikel Analisis corak dan tren perjalanan - awal 2017 hingga terkini tahun 2021 yang turut ditulis lebih 3 tahun  lalu dapat dikesan perjalanan-perjalanan jauh Caren seterusnya adalah seperti berikut :-


1. Jejak Tok Bahaman (April 2017)





Kemuncaknya adalah apabila kereta lama yang sudah berusia hampir 16 tahun pada Disember 2017 membawa saya, isteri, 2 orang anak dan 2 kawan dewasa pusing Thailand hingga ke Ayuthia, 80 km ke utara Bangkok lalu meliputi jarak keseluruhan pergi balik hampir 4,200 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation. Awal tahun 2018 masuk lagi Thailand walau setakat ke Patani. Pun begitu ia meliputi jarak sekitar 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation

Perjalanan-perjalanan jauh seterusnya dapat dikesan menggunakan Caren adalah seperti berikut :-






Namun ketika hendak menuju ke Thailand lagi, penghujung 2019 berlaku kerosakan besar kereta sehingga harus ditukar enjin. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019. Pun begitu, setelah mengambil masa agak lama sebelum masalah enjin betul-betul selesai kereta tetap dipandu lagi jauh untuk beberapa perjalanan. Lihat :-






Oh. Setakat itu sahaja perjalanan-perjalanan jauh menggunakan Caren dapat dikesan melalui Analisis corak dan tren perjalanan - awal 2017 hingga terkini tahun 2021. Untuk seterusnya harus cari secara manual melalui arkib blogspot lalu yang dapatlah senarai seperti berikut :-






Namun pada penghujung tahun itu, ketika berjalan lagi di Thailand, berlaku satu masalah yang kemudian membawa kepada kerosakan gear automatik. Ini seterusnya membawa pada kemalangan dalam bengkel kereta di Patani. Pun begitu dapat dibaiki cukup-cukup untuk selamat dibawa kembali ke rumah hampir 600 km perjalanan. Dari Patani ke sempadan negara di Bukit Bunga, Kelantan kereta dibawa atas trak pemilik bengkel. Seterusnya saya memandu dalam keadaan berhati-hati sejauh 430 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022




Selepas dibuat pembaikan-pembaikan berkenaan dibuat beberapa lagi perjalanan jauh dengan kereta lama itu. Lihat :-



1. Kali pertama balik Muar tahun 2023(Awal April - Ramadhan)


3. Asbab pertanyaan ibu (Ogos 2023)





Sebetulnya ada 2 kali berlaku masalah besar pada suku keempat tahun 2023, kedua-duanya di Muar. Tetapi perkara ini cuma dinyatakan dalam artikel  Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah, selepas berlaku satu lagi masalah berkenaan 12 April 2024, ketika hendak bergerak dari Muar kembali ke rumah. Pun begitu, masih dibuat lagi perjalanan dengan kereta itu. Ada satu kerosakan berlaku kemudian tapi itu memang salah saya kerana tak sedar terlanggar batu di tepian jalan kecil pendalaman sehingga pecah koyak rabak tayar hadapan kiri. 

Cuma apabila dicari ceritanya dalam CATATAN SI MERAH SILU langsung tak jumpa. Nampaknya saya tidak ada menulis tentangnya.  Ya. Walaupun blogspot ini terdapat begitu banyak perkongsian pengalaman sehingga kelihatan seperti saya  mahu menulis setiap sesuatu yang berlaku sebenarnya tidak. Ada banyak lagi perkara tidak pernah dikongsikan. Saya cuma bercerita setakat cukup untuk mendapat rasa puas atau cukup sebagai terapi jiwa.

Namun saya ingat bagaimana ia berlaku, selepas membawa isteri dan anak-anak ke Ipoh untuk satu urusan kemudian melawat satu tempat di pendalaman Gopeng. Tarikh kejadian 15 April dapat dikesan kerana ada menulis tentang tempat yang dilawat sejurus sebelum kemalangan berlaku. Lihat artikel A beautiful part of inland Gopeng di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Disebabkan itu kena buat pembaikan di Gopeng. Dapatlah setakat cukup untuk membawa kereta kembali ke rumah dengan selamat. Selepas itu kena buat lagi pembaikan tambahan di bengkel berdekatan.

Beberapa waktu kemudian berlaku suhu enjin naik sehingga air dalam radiator kering ketika hendak menghadiri satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Paling mutakhir naik suhu ketika hendak balik kampung 15 September bagi cuti Maulidur Rasul lalu harus menukar kereta.  Lihat Sekitar 16 September dan hari Maulidur Rasul - Menurut aturan Qada dan Qadar.... Apabila diperiksa mekanik didapati tidak ada kebocoran di mana-mana bahagian luaran. Kemungkinan besar ada masalah dalam blok enjin lalu kata mekanik harus mengeluarkan belanja RM1,500 untuk memperbaiki.

Itu yang akhirnya membuat kami suami isteri tidak tahan. Sebetulnya ada masalah-masalah lain pernah melanda lalu kami telah mengeluarkan belanja lebih RM10,000 untuk memperbaiki, mungkin lebih RM20,000 pun ada. Dan enjin kereta lama ini walau sudah diganti pun tidak lagi efisyien. Isi penuh tangki minyak dalam RM90 tapi perginya setakat 360 km. Maka dibuatlah keputusan untuk mencari kereta lain sebagai ganti.




Gambar-gambar atas ini sebenarnya diambil pada pagi Sabtu 26 Oktober 2024. Ketika itu kereta sedang disediakan untuk towing atau diangkut ke tempat besi buruk bagi pelupusan. Ini supaya NCD (No Claim Discount - diskaun jika tidak pernah membuat apa-apa tuntutan) insurans sebanyak 55% boleh dialihkan ke kereta baru. Selain itu cukai jalan pun boleh dikembalikan setakat tempoh belum dipakai.

Tiba-tiba dimaklumkan elok urusan pelupusan dibuat secara rasmi di JPJ (Jabatan Pengangkut Jalan) dahulu, selepas itu baru boleh diangkut kereta. Itu yang membuat saya ke Kuala Kubu Bharu pada hari Isnin 28 Oktober seperti disebut dalam artikel Antara urusan keluarga, rumah dan kereta. Ketika itu sedang menunggu untuk menerima wang bagi membayar harga kereta baru. Sampai masanya berlakulah urusan-urusan seterusnya seperti diceritakan dalam artikel.

Selepas tak jadi angkut hari Sabtu cadangnya mahu lakukan hari Rabu 30 Oktober. Tetapi diberitahu lori angkut pula bermasalah lalu harus masuk bengkel. Sambil itu pemandu hendak bercuti Deepavali 31 Oktober membawa ke hujung minggu.




Kunci kereta dan surat lupus kereta yang dikeluarkan oleh JPJ pagi Isnin 28 Oktober. Adapun gambar ini dan seterusnya diambil hampir jam 1 petang Sabtu 9 November. Sebelum itu iaitu pada hari Khamis 7 November pemandu lori angkut menyatakan kereta boleh diambil pada petang Jumaat 8 November. Tengok-tengok apabila sampai masanya beliau masih belum selesai satu urusan di Seri Kembangan lalu tidak sempat datang.



Saya pula sedang bersiap untuk ke Ipoh lalu memberitahu, boleh ambil hari Isnin. Apabila diberitahu hal ini kepada isteri beliau meminta diambil hari Sabtu. Ini kerana boleh mengatur perkara sementara saya berada di luar kawasan. Maka diberitahu pemandu lori angkut agar diambil selepas jam 11 pagi Sabtu. Tengok-tengok kemudian isteri nak ikut sama ke Ipoh. Nasib baik ada anak lelaki bujang dapat kembali bercuti malam itu lalu dapat mewakili urusan hari Sabtu.




Ketika kereta diambil saya sedang sibuk bermesyuarat di Ipoh bersama saudara mara keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Lihat artikel Ke Perak atas asbab mesyuarat keluarga pula yang baru dipersembahkan semalam. Cuma ada rasa sedikit terkilan kerana tidak hadir pada saat-saat akhir kereta. Cadangnya hendak duduk seminit dua di dalamnya mengimbau kenangan lama sebelum diangkut untuk dilupuskan. 

Untuk pengetahuan, kami anak beranak pernah dua kali merasa duduk dalam kereta yang sedang diangkut. Satu dari tepian Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung ke tol Gopeng, satu lagi dari Bacho, Narathiwat ke pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Bunga dekat Jeli, Kelantan. Lihat artikel-artikel berikut :-







Apapun selesai satu urusan yang merupakan satu titik tolak penting dalam perjalanan keluarga kami. Masuk fasa baru, dengan kereta lain yang jauh lebih baru sebagai ganti. Hal kereta baru ini ada disebut sedikit dalam artikel Antara urusan keluarga, rumah dan kereta yang dipersembahkan petang Khamis 4 hari lalu. Selamat tinggal Kia Carens WKA248 yang telah banyak berjasa. 

Walaupun bukan selalu digunakan kerana ada Kenari untuk kegunaan harian rasanya lebih 150,000 km juga kereta Caren ini dipandu sepanjang 10 tahun dimiliki. Seperti Kenari ia sudah dibawa ke merata Semenanjung. Tetapi luar dari itu Kenari setakat pernah sampai ke Hatyai di selatan Thailand. Caren pula telah 3 kali masuk hingga ke Patani malah pergi lebih 1,100 km lagi ke utara hingga ke Ayuthia. Sekian penghormatan buat sebuah kereta kesayangan.





Ahad, November 10, 2024

Ke Perak atas asbab mesyuarat keluarga pula

OK. Artikel Asbab mesyuarat agung persatuan yang ditulis 31 Oktober telah mengumpulkan artikel-artikel bagi perjalanan baru Perak yang berlaku 19 hingga 22 Oktober. Semalam berlaku suatu macam kesinambungan apabila pergi ke negeri kelahiran ayah saya itu lagi, juga atas asbab mesyuarat.



Cuma yang bulan lepas itu untuk mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Perak, kali ini untuk mesyuarat keluarga Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Kedua-dua mesyuarat diadakan di Ipoh. Awal pagi Sabtu 9 November 2024 bergeraklah ke sana.




Asalnya hendak bergerak petang Jumaat atau malam sebelumnya. Tetapi disebabkan beberapa hal pagi Sabtu baru dapat. Berhenti di tempat rehat atau RnR Tapah untuk mengisi perut.




Setelah beberapa lama kelihatanlah papan tanda besar menunjukkan sudah menghampiri Ipoh.




Sampai ke lokasi mesyuarat di sebuah hotel di Fairpark, dalam kawasan lama Kampung Kepayang kalau tak salah.




Kali terakhir kami bermesyuarat adalah di Seremban pagi Sabtu 20 Julai 2024. Ketika itu untuk membuat post mortem tentang keputusan perbicaraan faraid Laksamana Muhammad Amin yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 9 Julai. Lihat Post mortem keputusan perbicaraan faraid Laksamana Muhammad Amin dan menentukan hala tuju.




Sejak itu banyak perkembangan telah berlaku. Tetapi keluarga kami lewat mendapat tahu. Seolah-seolah ada usaha untuk mengaburi supaya lewat membuat tindakan sepatutnya lalu terlepas suatu tempoh yang kami juga baru dapat tahu untuk membuat usaha rasmi susulan di mahkamah. Kalau terlepas tempoh boleh hilang hak langsung bagi mendapatkan bahagian faraid Laksamana.




Di sini tidak perlulah dipanjangkan tentang apa yang dibincangkan. Selain merangka sejumlah langkah susulan kami sudah dapat tahu apa yang sedang diusahakan oleh pihak lawan. Cukuplah dinyatakan mesyuarat memakan masa hampir sepenuh hari. Untuk mengetahui latar belakang perkara sejak awal boleh rujuk artikel Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan yang dipersembahkan 23 Julai.




Dekat jam 5 baru meninggalkan bilik mesyuarat lalu ke pusat bandar raya Ipoh.




Pekena laksa sarang di pinggir selatan bandar raya. Oh, isteri ikut sama lalu terus bergerak kembali ke rumah selepas makan, kerana beliau ada urusan siang Ahad. Kalau seorang diri besar kemungkinan saya akan menginap di masjid mana-mana. Siang nanti boleh berjalan lagi termasuk mendaki bukit, cadangnya di Tanjung Malim sebelum meninggalkan negeri Perak. Silap-silap hari Isnin baru balik daaa... :]