Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, December 29, 2007

Tempat jatuh lagi dikenang...

Ya! Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan lagi tempat lahir dan membesar, mengenal erti kehidupan, mengenali erti ada girlfriend dan macam-macam lagi dah... Alhamdulillah masalah virus yang menganggu komputer dan pen-drive lalu merencatkan usaha untuk bercerita semalam (sila baca Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! ) telah berjaya diselesaikan... Hasilnya, dapatlah saya membuat beberapa postings hari ini... Silalah jengok :-

Ah... Sungguh banyak nostalgia tentang bandar kelahiran saya Muar yang ingin dilepaskan sebelum dapat meneruskan cerita terutama tentang pengembaraan saya di Johor kini yang setakat ini telah meliputi Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing... Di bawah ini adalah gambar-gambar yang mencetuskan rasa pada satu petang di Muar minggu lepas. Sila...


Ini adalah bulatan Jalan Khalidi bertemu Jalan Abdul Rahman. Ke kiri atau pusingan jam 9, seseorang itu boleh sampai ke Parit Jawa seterusnya Batu Pahat. Pada satu petang saya tergerak berjalan di sebelah kanan atau pusingan jam 3 menghala ke Tanjung Emas... Inilah bahagian jalan di Muar yang paling banyak menggamit kenangan daripada zaman kanak-kanak hingga ke remaja...


Lihat jalan ini, Jalan Abdul Rahman... Saya terasa ingin berjalan sampai ke hujung sana...


Tidak lama kemudian sampai ke bahagian luar Taman Tanjung... Teringat seorang buah hati lama, kiranya gadis pertama yang saya betul-betul "kamcing" dan sayang sampai keluarganya dah kenal dan anggap sebagai bakal menantu... Girlfriend saya semasa saya berada di Tingkatan 5 Sekolah Tinggi Muar, dia di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar... Dan saya selalu bertandang tidur di rumahnya di belakang sana...

Orangnya agak terkenal di kalangan rakan-rakan seusia... Lawa, memang lawa... Ramai peminatnya. Kalau sebut nama pada orang yang umur hampir sama di bandar Muar ni, Insyaallah semua kenal... Tak sangka pula sejak menegurnya semasa bermain roller-skating di sebuah Roller Disco di bandar terus kami sangkut... Asalnya saya kata saya boleh ajar dia matematik. Dia pun ajak datang rumah...

Memang saya nak mengajar dia matematik kerana saya dah janji dan memang saya lurus bendul. Tengok-tengok dia takda pula minat nak mengaji... Asyik main mata aje ada le... Boleh leka wooo tengok cara dia curi pandang dengan senyum... Memang betul-betul sangkut...

Sampailah saya menyambung pelajaran ke A Levels lalu mula berjinak dengan ramai wanita lain. Puncanya saya bengang sebab girlfriend dulu ni ramai sangat peminat bagi kad dan hadiah, dia pulak boleh simpan dalam bilik dia. Saya pulak selalu tidur dalam bilik tu bila dia keluar pergi sekolah... Masa tu saya dah habis sekolah, dia di Tingkatan Lima. Boleh kata tiap-tiap hari saya nampak kad dengan hadiah ramai laki-laki yang minat dia...

Bila saya complain, mak dia pulak backing dia... Kata mak dia, biarlah dia ramai peminat... Masih budak-budak, seronok ramai peminat... Aduh... Saya pulak sebenarnya jenis jealous gak... Masa tu le, hehe! Last-last saya geram, saya mula layan ramai perempuan dan hubungan kami mula renggang sampai le saya pergi melanjutkan pelajaran ke England...

Sejurus sebelum kembali ke tanahair 1995, semasa saya sedang problem dengan steady girlfriend time tu, saya pernah berhubung balik dengan girlfriend lama di Taman Tanjung ini. Sayangnya, dia dah nak kahwin sedangkan saya pulak dah tak tahu nak bawak hidup ni ke mana... Nama je girlfriend ramai tapi sebenarnya aku lonely... Tak dapat betul-betul share jiwa dan perasaan dengan orang yang memahami... Hidup dan jiwa aku kelam-kabut woo...


Saya terus berjalan menyusuri Jalan Abdul Rahman menghala ke Tanjung Emas atau lebih dikenali sebagai Tanjung sahaja. Terserempak rumah bungalow mewah yang sangat terkenal milik seseorang yang dikenali di Muar sebagai Datuk Leman... Atau nama rasminya Tan Sri Sulaiman Ninam Shah, pengerusi tetap UMNO yang sudah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas.
Pada penghujung bulan Ramadhan setiap tahun, rumah ini sentiasa terang benderang... Ada malam tertentu menghampiri raya, orang akan datang dan setiap yang datang akan diberi sejumlah duit... Kata kawan-kawan, paling kurang budak-budak boleh dapat RM 5 seorang!
Pada seorang anak yang membesar dalam tahun 1970an dan 1980an, pemberian RM5 sangat banyak. Masa tu masih ada lagi orang bagi duit raya setakat 10 Sen atau 20 Sen bila kita datang beraya ke rumah!
Tapi saya tak pernah ambik duit di rumah Datuk Leman. Lama kemudian baru saya tahu, yang diberi itu adalah duit zakat dan lama kemudian baru saya juga tahu, atas sebab tertentu, darah keturunan saya haram makan duit zakat!

Ini adalah Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai SAB... Dulu saya ada ramai girlfriend daripada sekolah ni... Sampailah saya 'tersangkut' dengan budak Taman Tanjung yang disebut tadi lalu mula belajar jadi one-woman-man... Konon... Hehe! :]


Ini pula adalah Jalan Khatib yang bertemu dengan Jalan Abdul Rahman di hadapan sekolah tadi. Jalan terus ke hadapan boleh sampai ke Masjid Jamek Muar...

Dulu, pemuda-pemuda di sekitar kawasan ini terkenal sebagai gangster-gangster Muar yang nakal, banyak girlfriend, bergaya dan ada pengaruh... Maklumlah, termasuk di dalam lingkungan ini adalah anak-anak orang berada... Tetapi sekembalinya saya daripada England tahun 1995, saya tengok ramai kawan-kawan di sini sudah menghilangkan diri... Ada yang dah berhijrah memulakan kehidupan baru di negeri lain, ramai pula yang jadi 'graduan' Pusat Serenti!


Perjalanan diteruskan menghala ke Tanjung... Dulu bila malam bulan Ramadhan, sepanjang kawasan ini tak putus ada lampu pelita dengan budak-budak main mercun dan bunga api... Pada time-time lain pula sentiasa ada kanak-kanak main berlari-lari, juga kejar-mengejar naik basikal. Dulu Muar cukup top sebagai bandar pencen yang ramai penduduknya pergi sana-sini naik basikal... Sampai budak sekolah nak naik basikal pun kena ada lesen woo... Seriusss!!!


Bertembung pula dengan simpang masuk ke Lorong Sekolah... Dulu ada Sekolah Agama Dumpar Rendah di sini. Adventure saya zaman kanak-kanak di kawasan ini memang tidak terkira woo...

Ah... Inilah rumah tempat saya membesar dahulu... Rumah milik atuk sebelah ibu, sekarang sudah diwarisi seorang bapa saudara yang duduk di negeri lain...
Allah... Faham-faham aje le perasan.. Rumah tempat saya duduk sejak lahir tahun 1970 sampai le tahun 1983 saya pergi ke sekolah asrama di Kluang lalu balik bila time cuti...


Rumah ini terletak berdekatan persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Mariam (kelihatan di atas). Kalau jalan terus, boleh sampai pusat bandar melalui Sekolah Tinggi Muar...


Tapi kita mahu terus menghala ke Tanjung...


Lalu berjumpalah persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Junid. Di Jalan Junid ada Sekolah Agama Dumpar Tinggi, sebuah lagi sekolah agama tempat saya pernah belajar dan buat macam-macam hal...

Di kiri gambar adalah Surau Tadah Utara. Di situlah saya mula mengenal Maulid Nabi dan Barzanji...


Hampir sampai ke Tanjung, kelihatan padang ragbi dan bola Sekolah Tinggi Muar... Ternampak pokok-pokok besar di kanan, Terus teringat satu kenangan lama, kenangan yang telah diabadikan melalui cerita dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".

Nak tahu apa cerita, sila masuk ke sini...

MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?


Ah... Sudah menghampiri simpang ke Tanjung...


Rumah Pengawai Daerah atau DO (District Officer) Muar. Teringat masa darjah Enam, anak DO masa itu adalah orang kanan saya... Manalah perginya engkau Irwan? Sampai sekarang aku tak tahu cerita... Katanya lu pegi Switzerland buat Hotel Catering ya... Hmm...


Jalan ke Tanjung... Tempat berehat petang-petang juga tempat ramai orang 'merosakkan kereta'... Atau kereta OK, tiba-tiba rosak lepas tu goyang-goyang malam-malam... Ada faham?

Tapi bagi saya dan kawan-kawan, inilah salah satu tempat paling nostalgik di Muar...


Di sini kami selalu duduk beramai-ramai bergurau senda buat lawak budak-budak...


Dan di kuala Sungai Muar inilah kami selalu duduk berjam-jam menghirup udara segar yang nyaman dan memandang ke laut lepas yang merupakan Selat Melaka. Allah! Dan Alhamdulillah dapat juga saya melepaskan sedikit rasa nostalgia ini. Syukur...

Cukuplah ya... Rasanya sebentar lagi saya perlu meninggalkan Mersing tempat saya sedang menulis posting ini dan berlepas ke destinasi lain pula ya. Sekian... Wassalam! :]

Friday, December 28, 2007

Salam daripada Mersing pula!

Gambar di dalam Masjid Jamek Kuala Lumpur yang diambil selepas solat Zuhur berjemaah pada hari Rabu minggu lepas sejurus sebelum mengambil bas untuk kembali ke Muar demi menyambut Aidil Adha bersama keluarga. Adapun pada masa itu, saya bercadang untuk mengambil beberapa gambar lagi agar dapat dimuatkan ke dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang ada menyentuh sedikit-sebanyak tentang senibina bangunan, rumah dan masjid yang menarik perhatian saya ketika mengembara...
Walaupun saya selalu singgah di masjid itu untuk bersolat, saya sudah lama tidak masuk ke ruang dalaman kerana lebih selesa bersolat di serambi. Baru saya sedar rupa-rupanya ada terpahat maklumat yang menyatakan masjid ini dibina sekitar 100 tahun lalu (lupa pula tahun sebenarnya)...
Selama ini saya sudah menceritakan dan mengenengahkan banyak gambar masjid-masjid di seluruh tanah-air. Ternyata saya terlupa untuk bercerita tentang Masjid Jamek Kuala Lumpur, masjid utama di daerah saya bermastautin kini!
Sayangnya, kamera digital saya ketika itu kehabisan bateri. Maka tak dapatlah saya membuat posting tentang masjid ini buat seketika....


Assalamualaikum... Setelah meluahkan apa yang patut termasuk kata-kata di posting tadi bertajuk Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! baru saya boleh meneruskan cerita.
Adapun seperti disebut dalam posting itu, saya sebenarnya bercadang untuk membuat beberapa posting baru di blogspot-blogspot saya... Gambar-gambar yang mahu digunakan adalah gambar-gambar yang diambil di Muar minggu lepas termasuk gambar-gambar di tapak Kota Buruk yang pernah didirikan Parameswara sebelum membuka Melaka 600 tahun lalu. Tetapi proses ini terbantut kerana gangguan disebabkan virus tadi...
Hmm... Memandangkan beberapa keping gambar dapat dimasukkan ke pen-drive tanpa gangguan virus (baca Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku) mungkin juga saya akan membuat posting berkenaan Kota Buruk ini sebentar lagi jika sempat... Tapi di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH ya.. Insyaallah.
OK... Berbalik pada tajuk posting ini sendiri. "Salam daripada Mersing pula!"...
Ya, saya kini berada di Mersing, Johor... Bandar utama negeri Johor di Pantai Timur dan tempat untuk berlepas ke pulau-pulau menarik dalam negeri ini di perairan Laut Cina Selatan terutamanya Pulau Tioman.
Adapun tidak terfikir langsung saya akan menjejakkan kaki ke bandar ini dalam masa terdekat. Kali terakhir saya sampai di sini (kalau tak salah ingatan) adalah pada tahun 1997... Ketika mengembara secara solo menaiki motosikal besar mengelilingi seluruh Semenanjung selama sebulan!
Semasa itu, saya baru setahun bekerja sebagai wartawan di The New Straits Times dan baru itulah saya dibenarkan mengambil cuti. Dan ketika itu, saya baru 6 bulan memiliki motosikal baru Yamaha Virago 535cc... Lalu peluang itu digunakan untuk mengembara jauh, sempat naik ke Cameron Highlands, pusing di Perak, pergi ke Pulau Pinang, masuk Kedah pergi pula ke Perlis lalu menaiki feri ke Langkawi dengan meninggalkan motosikal di jeti Kuala Perlis. Kemudian baru saya kembali menunggang motosikal pergi ke sampai ke sempadan Perlis/ Thailand yang bertemu dengan Selat Melaka sebelum bergerak hingga ke Tasik Pedu.
Seterusnya saya masuk ke Kelantan di mana saya bermalam di Rantau Panjang pada hari pertama bulan Ramadhan tahun itu. Seterusnya sempat pergi ke Pengkalan Kubur sehingga berjumpa sempadan negeri Kelantan/ Thailand yag bertemu di Laut Cina Selatan...
Eh... Melalut pula bercerita tentang perjalanan lalu. Pendek-kata, semasa itu saya sempat pergi ke keempat-empat penjuru Semenanjung termasuk penjuru Tenggara di Teluk Ramunia (ingat masa sekolah dahulu ada belajar, Teluk Ramunia tempat galian bauksit) dalam daerah Kota Tinggi, Johor dan Tanjung Piai di Pontian, tempat yang dikatakan hujung paling ke selatan bagi tanah besar Asia!
OK... Berbalik pada cerita sekarang. Ah! Baru teringat... Selepas perjalanan motosikal dahulu, saya pernah sekali sampai ke Mersing iaitu sekitar tahun 2001... Sebagai seorang wartawan sukan yang meliputi acara jelajah berbasikal seluruh Semenanjung Malaysian anjuran Polis Diraja Malaysia.
Adapun, sejak kebelakangan ini, timbul kembali rasa ingin mengembara jauh tapi tidak pasti ke mana lebih-lebih lagi setelah buku ketiga saya "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III yang melengkapkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" selamat menemui khalayak ramai. Antara tempat-tempat yang bermain di fikiran adalah Kota Bahru di Kelantan dan Kampung Pulau Manis di Terengganu. Apapun, saya rasa perlu kembali ke kampung ibu di Muar, Johor untuk menyambut perayaan Aidil Adha. Lagipun, beberapa hari sebelum itu saya ada mendapat satu mimpi tertentu melibatkan satu tempat di daerah kelahiran saya!
Sebelum kembali ke Muar juga, seorang kawan yang duduk di Kuala Lumpur telah menalifon mengajak untuk berjumpa. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke Pahang dan jadual perjalanan beberapa hari seterusnya agak penuh. Oleh kerana kawan ini selalu ke Kluang, Johor kerana ada membuat kerja di sana, saya pun mencadangkan agar kita berjumpa di bandar itu selepas Aidil Adha nanti. Lagipun saya pernah duduk lama di sana, 1983-1986 semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Johor... Dan kali terakhir saya di bandar itu adalah sekitar 2001, semasa melaporkan acara jelajah basikal anjuran pihak polis seperti yang disebut di atas...
Setelah selesai Aidil Adha serta melawat beberapa tempat tertentu di Muar, sampailah masa yang sesuai untuk ke Kluang. Cadang saya, selepas itu saya akan mengambil keretapi, samada untuk kembali terus ke Kuala Lumpur atau menghala ke Pantai Timur... Tengoklah, apa isyarat perjalanan yang saya dapat nanti.
Adapun hari saya hendak bergerak itu adalah hari Isnin. Memandangkan Batu Pahat terletak di antara perjalanan Muar ke Kluang (kalau mengikut jalan biasa ya, bukannya highway...), saya pun bercadang hendak ke sana. Lagipun ada orang berpesan supaya saya menziarahi Habib Ali, seorang tua berumur 90 tahun yang dikatakan bertaraf wali di sana dan saya pun telah beberapa kali menziarahinya... Orang-orang daripada Singapura pun selalu menziarahinya malah orang-orang daripada Yaman di Semenanjung Tanah Arab juga ramai orang-orang dari seluruh dunia yang menghormati dan menyanjung tinggi para Ahlul Bait anak cucu Nabi turut menziarahi orang tua ini!
Allah! Dah jadi panjang pula saya bercerita. Baiklah... Dipendekkan cerita hari itu saya sempat menaiki Gunung Banang di Batu Pahat, juga ke Pantai Minyak Beku untuk melihat Perigi Batu Pahat yang dipahat oleh tentera Siam ketika berperang dengan Melaka 600 tahun lalu sebelum bermalam di rumah Habib Ali. Keesokannya baru saya menghubungi kawan dari Kuala Lumpur yang kadang-kadang bekerja di Kluang.
Ketika itu kawan tersebut sedang berada di Danga Bay, Johor Bahru dan perlu kembali ke Kuala Lumpur malam itu juga, Khamis nanti baru ada di Kluang. Maka itu saya membuat keputusan untuk ke berjalan ke Pontian, sempat singgah di Muzium Bugis dan bercerita beberapa perkara peribadi dengan pemilik muzium itu. Seterusnya saya bercadang untuk ke Johor Bahru tetapi perubahan keadaan membuat saya bermalam dahulu di bandar Pontian sebelum pergi ke ibunegeri Johor itu.
Di Johor Bahru, saya telah menyewa bilik di hotel murah lalu mendapat bilik nombor 44. Saya merasakan nombor itu cuba memberitahu sesuatu... Dan memang beberapa ketika kemudian saya asyik ternampak nombor 4 di merata tempat.... Salah satunya, saya ada terjumpa motor (atau kereta? lupa pula) yang ada plet nombor 4444.
Saya singgah di MPH City Square untuk melihat peta Johor. Ternyata kedai itu adalah menjual BKA III, alhamdulillah!
Sebenarnya saya kurang pasti ke mana saya harus mengembara lagi selepas itu. Yang saya tahu, apapun saya perlu ke Kluang kerana satu... Saya telah menyatakan mahu berjumpa kawan tertentu di sana jika tidak ada halangan... Kedua, kerana saya sudah lama tidak ke sana sedangkan di situlah saya membesar memasuki alam remaja lebih 20 tahun lalu!
Saya pun membelek-membelek peta Johor yang terdapat di kedai buku MPH... Sambil mengkaji perjalanan yang telah dibuat beberapa hari kebelakangan, saya cuba meneliti jalan-jalan lain dengan harapan gerak hati ini akan memberi petunjuk seterusnya.
Oh... Sebenarnya saya ada terfikir untuk pergi ke Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam kerabat diraja lama terutama yang berkaitan dengan kerajaan Melaka lama di sana. Selama ini saya lebih berat kepada jurai keSultanan Melaka di Perak. Mungkin sudah sampai masanya saya menyambung wasilah kepada pecahan di Johor pula...
Kemudian saya membalikkan peta yang dipegang... Terserlahlah peta 8 bandar-bandar utama yang mewakili 8 daerah utama di Johor... Dengan peta bandar Muar di sudut atas kiri.
Apabila dilihat melawan arah jam, ternyata terdapat satu aturan dengan Muar di ikuti Batu Pahat, Pontian seterusnya Johor Bahru... Masyaallah! Ini sama gilirannya dengan bandar-bandar yang telah saya singgah dan tidur di Johor dalam perjalanan jauh kali ini! Dan Johor Bahru adalah bandar ke 4 dalam perjalanan ini... Ada lagi 4 bandar kalau mengikut peta ini... 4 dan 4? Apakah ini makna 44 yang tersirat di sebalik nombor bilik hotel saya di Johor Bahru?
Lebih menarik lagi, mengikut aturan lawan arah jam ini, bandar seterusnya adalah Kota Tinggi! Maka memang patutlah saya ke Kota Tinggi. Cuma saya ada terfikir apakah harus ke Mersing selepas Kota Tinggi. Atau perlu terus ke Kluang?
Dipendekkan cerita, saya pun ke Kota Tinggi, sempat menziarahi Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Makam Bendahara Tun Habib Padang Saujana, moyang kepada Sultan-sultan Johor, Pahang dan Terengganu sekarang sebelum bermalam di rumah seorang kenalan baru. Esoknya saya pun ke Mersing, sempat bersolat Jumaat buat pertama kalinya di masjid jameknya yang terletak di atas bukit.
Oh... Sahaja nak mengadu agaknya... Bibir depan atas saya sedang bengkak dengan sedikit darah juga di gusi dan bahagian hidung yang tercalar. Inilah bahana tadi saya memanjat pagar batu masjid untuk mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik terutama gambar-gambar pulau-pulau di perairan Mersing. Dalam seronok berjalan, saya terlupa yang badan saya yang sedikit demam-demam sebenarnya agak kepenatan sehingga langkah saya mula sumbang.
Selesai mengambil gambar, saya melompat ke bawah. Ketika itu, beg sandang kecil yang mengandungi komputer laptop (beg besar dan sebuah beg lain telah ditinggalkan di hotel awal sebelumnya) pun bergoncang lalu saya menggunakan kedua-dua tangan yang ditarik ke belakang untuk mengstabilkan beg itu kembali...
Sambil itu kaki saya melangkah untuk melompat naik ke satu aras bahagian jalan dan tempat letak kereta bertar di hadapan masjid. Ketika itulah saya tergelincir dan buat pertama kali seumur hidup, berdebuk saya jatuh dengan muka di bahagian hidung dan mulut menyentuh tar terlebih dahulu sebelum bahagian lain jatuh! Allah! Sakit sungguh... Langsung tak sempat bertongkatkan tangan mahupun siku. Selalunya kalau terjatuh, saya sempat mengalih tubuh badan supaya mana-mana bahagian yang sensitif terlindung dan selamat. Kali ini langsung tidak!
Tetapi dalam kesakitan sehingga saya terduduk lama di tepi jalan berhadapan serambi masjid memikirkan apa yang berlaku, saya cuma berzikir subhanallah dan alhamdulillah sahaja! Alhamdulillah, ini bermakna sudah ada peningkatan dalam perjalanan musyahadah saya di mana saya bersyukur dengan kesakitan ini... Bersyukur kerana mungkin ia adalah satu kesakitan kecil berbanding dengan bala-bala yang lebih besar yang mungkin sahaja boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada saya tetapi telah dijauhi Allah. Maklumlah, saya dah jauh berjalan dan dilindungi Allah. Tentu kurang sopan kalau timbul walau sedikit pun rasa kesal oleh kerana diberi sedikit kesakitan sedangkan selama ini Allah telah menjaga saya dalam banyak keadaan yang lebih mencabar. Dan syukur juga kerana saya dapat mengingati Allah, bukan keluar maki hamun atau marah-marah.
Mungkin juga saya kena menerima kesakitan ini akibat tidak mempedulikan keadaan.... Terus sahaja berjalan-jalan mengambil gambar di atas tembok masjid ketika imam sedang membaca khutbah kemudian melompat ke bawah dan terus bergerak melangkah tanpa berhenti untuk memerhatikan keadaan sekeliling sehingga timbul sedikit riak akibat langkah saya yang dirasakan selalunya mantap... Siapa tahu, bila-bila masa sahaja Allah boleh membuat langkah kita jadi sumbang sehingga jatuh berdebab tanpa sebab?
OK lah... Saya rasa cukuplah bercerita kali ini... Internet Cafe pun akan tutup sebentar lagi. Selamat ya...

p/s:
Lupa hendak beritahu. Adapun sesi temuramah bersama saudara Syed Munawar untuk program Resensi di Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 yang dibuat sebelum Hari Raya Aidilfiri dahulu telah pun ditayangkan pada pagi 28 November.
Pihak RTM tidak memaklumkan bila ia akan terbit walaupun saya sudah berkali bertanya. Tak mengapa. Saya faham, mereka sibuk... Tidak ada masa mahu menjaga semua ini. Sama juga semasa saya menjadi wartawan dahulu... Orang selalu bertanya bilakah akan keluar sesuatu artikel melibatkan pihak mereka sedangkan ini bergantung pada sidang pengarang dan lain-lain, bukannya di tangan saya...
Lalu saya melupakan langsung sesi temuramah ini dengan niat jika Allah mahu saya melihatnya, saya tetap akan dapat menontonnya tanpa perlu dirancang atau menunggu-nunggu. Lalu Alhamdulillah, 2 hari selepas harijadi ke 37 saya pada 26 November 2007 saya telah terbangun tidur dalam keadaan lebih segar. Selalunya, saya bangun Subuh kemudian tidur balik sehingga selepas jam 8 pagi tapi kali ini saya bangun dan kebetulan makan sarapan di hadapan TV.
OK... Cukuplah. Internet Cafe mahu tutup ni. Selamat ya... :]

Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...!

Gambar virus kanser ke hapa aku cedok kat Internet sebagai hiasan...

OK... Pertama sekali, izinkan aku bercakap dalam bahasa kutu, mungkin untuk melepaskan geram. Apa tak nya, aku dah set nak pakai beberapa gambor yang aku ambik kebelakangan ni buat update ketiga-tiga blogspot aku hari ni... Bila masuk kan kat komputer kat Internet Cafe ni (aku kat Mersing sekarang), komputer tak mahu accept sebab ada virus jenis trojan ke hapa...
Sebenarnya mende ni aku dah expect sebab last sekali aku buat posting menggunakan koleksi-koleksi gambar aku adalah di Muar pada Jumaat lepas 21 Disember, dah nampak dah bunga-bunga problem nih... Cuma aku tak sedar tahap keseriusan ia...
Masa tu aku perasan, bila aku browse gambar (daripada laptop masuk dalam pen-drive untuk pakai kat Internet Cafe) gunakan option create (untuk buat posting) dalam blogspot, dia tak mahu baca sebab folder tu dah di classify jadi scr file plak... Apa hal? Masa tu aku pun tak tahu apa kebendanya scr file ni...
Nasib baik kepala hotak aku cukup creative gak... Mana-mana gambar dalam folder yang aku nak pakai masuk dalam blogspot, aku bawak keluar masuk kan dalam main directory. Jadi tu yang aku dapat masuk, jadi le posting-posting bertajuk On top of Ampang! dan Fooling around the Semenyih Dam... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , Masjid Jamek (main mosque of) Putrajaya... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Dunia sebagai tempat "senda gurauan"... di blogspot ini.
Tapi siang tadi, baru aku dapat confirm komputer aku kena virus... Bila aku tengok folder-folder yang aku dah copy masuk pen-drive dah tukar file type daripada folder jadi .scr atau screen-saver. Baru aku tau scr tu rupanya screen saver... Minggu lepas tak nampak lagi... Perkataan scr tu cuma keluar bila aku nak upload gambar masuk blogspot...
Aku pun cuba le tune sendiri... Terlebih dahulu, cuba delete file-file tersebut tapi tak boleh... Setiap kali delete dia muncul balik! Untuk makluman subscription Norton Antivirus aku dah lama expire. Apapun, aku save dulu file-file gambar yang aku nak pakai hari ini pas tu pegi Internet Cafe... Tengok-tengok kena block sebab memang confirm ada virus. Dan ia adalah virus yang program anti-virus kat komputer situ pun tak boleh settle, cuma boleh deny access, quarantine atau delete je...
Takpa aku fikir... Sekurang-kurangnya aku boleh delete semua file kat pen-drive aku gunakan program anti-virus tersebut lepas tu format balik. Masa kat laptop tadi tak boleh sebab program anti-virus aku dah ketinggalan zaman...
Aku pun switch on laptop untuk copy balik file yang nak dipakai masuk kat pen-drive. Bila aku turn on, engkorang teka apa jadik? Boleh keluar message kat bawah ni pulak dalam satu box... Ni aku salin bulat-bulat pakai notepad...

B1u3f4nt45y - 24.01.2007 - Surabaya

Surabaya in my birthday. Don't kill me, i'm just send message from your computer. Terima kasih telah menemaniku walaupun hanya sesaat, tapi bagiku sangat berarti. Maafkan jika kebahagiaan yang kuminta adalah teman sepanjang hidupku. Seharusnya aku mengerti bahwa keberadaanku bukanlah disisimu, hanyalah lamunan dalam sesalUntuk kekasih yang tak kan pernah kumiliki 3r1k1m0

Yang mahal tu, message ni keluar sebaik sahaja selepas keluar message Windows dah start! Sebelum komputer aku betul-betul ready untuk digunakan. Kira canggih gak le virus nih sebab dah masuk dalam system aku le.... Kira masuk time booting le tu...
Apapun, aku cuba copy balik file yang aku nak pakai dalam pen-drive lepas tu masukkan kat komputer di Internet cafe... Kali ni terus block, langsung tak boleh access! Sebelum ni boleh jugak jenguk isi file folder tapi kali ni langsung takda. Nyilek!!! Malah nak delete pun tak boleh! Peehhh....
Aku cuba tutup laptop lepas tu switch on balik... Keluar lagi message ni... Apa hal?
Adapun aku notice satu mende tentang cara virus ni bergerak. Kat pen-drive aku, bila aku select all file, otomatik keluar message beritahu ada beberapa hidden file... Kalau pen-drive aku ada 3 folder, maka dia sebut ada 6 hidden file. Perkara ni tak berlaku plak pada file-file dalam laptop aku. Kesimpulannya, virus entah apa-apa ini (kalau ikut message yang tertera, confirm le virus Indon) dah masuk dalam system aku tapi kerja dia kacau file-file yang cuba dimasukkan ke dalam pen-drive.
Hmm... Tiba-tiba aku dapat satu idea. Sat, kena switch on balik laptop...

-----------------------

OK... Aku dah test. Kalau tadi, aku copy folder daripada laptop direct masuk dalam pen-drive, kali ini aku masuk dulu dalam folder lepas tu select all gambar (maksudnya takda folder le, semuanya jpg file) copy masuk pen-drive. Pas tu aku pun insert pen-drive kat komputer di Internet Cafe ni. Alhamdulillah... Tak da satu pun virus yang melekat.
Maknanya, virus ni dah confirm lodge in dalam laptop aku tapi dia cuma kacau pen-drive aje... Itupun cuma file folder sahaja.
Ini bermakna aku masih boleh masukkan gambar-gambar yang aku nak letak kat blogspot. Tapi lain kali lah ya sebab dah malam dah ni... Mood aku dah terkacau sikit. Tunggu le bila-bila aku senang. Insyaallah! Apapun sat lagi aku akan buat satu posting bagi sikit le latest report aku punya current travelling session...
p/s: Tambahan fakta Sabtu 29 Disember... Masa aku tulis kata-kata di atas nih, aku ingat virus dalam pen-drive tu dah berjaya dikeluarkan. Rupanya tak walaupun aku dah beberapa kali format pen-drive!
Malam semalam sebelum tidur aku dapat idea camana nak settle problem kat laptop lepas tu test beberapa kali termasuk tengok apa yang jadi bila pakai pen-drive... Rupanya-rupanya ada 3 program virus dok menyorok dalam pen-drive sampai formatting pun tak boleh buang dia. Apapun aku dah berjaya membasmikan musuh-mush dalam selimut yang menyorok sebagai hidden files ni... Alhamdulillah!

Tuesday, December 25, 2007

Salam daripada Pontian...

Gambar hiasan entah apa-apa entah... Tapi aku tengok terus suka le...
Peehhh... Cayalah... Dengan gerak hati nak letak gambar hiasan tadi aku google and search image pakai keywords "eye light heaven" terus terjumpa gambo ni... Tajuk stairway to heaven plak tu... Memang kena dengan gerak bercerita aku kali ni... Alhamdulillah!



Assalamualaikum semua. Setelah melihat gerak berkata-kata yang tiba-tiba muncul tadi untuk chatbox akibat melihat perbincangan-perbincangan yang berlaku beberapa hari kebelakangan, saya rasa elok juga di copy and paste kata-kata yang keluar itu menjadi satu posting supaya tidak hilang apabila kata-kata di chatbox bertambah lalu menolak kata-kata yang terdahulu keluar daripada memory. Terus saya copy and paste ya di bawah... (Hmm... Kena cari gambar hiasan juga ni bagi ada mood sikit kot...)


-----------------------------



25 Dec 07, 18:44
MerahSilu: Hohoho! Merry Christmas... Hohoho! (Tu dia... Jadi Mat Saleh sat. Salam pun tak geti.... Masuk, masuk terus hohoho! Hehe!)


25 Dec 07, 18:45
MerahSilu: OK... Salam daripada Pontian. Tadi baru singgah Muzium Bugis. Semalam kat Batu Pahat sempat naik Gunung Banang dengan pegi Minyak Beku, ada Perigi Batu Pahat tempat asal nama BP...


25 Dec 07, 18:46
MerahSilu: OK... Saya nak menyampuk satu hal aje... Bab harap dan takut dalam perjalanan mengenali Allah... Atau bahasa Tasawuf nya khauf (takut) dan raja'ah... Adapun untuk mereka dalam permulaan perjalanan, sa


25 Dec 07, 18:47
MerahSilu: sama le macam kebanyakan orang. Beramal kerana takutkan siksaan Allah di dunia juga siksaan neraka di akhirat... Harap untuk dapat kebaikan di dunia dan syurga di akhirat... Tetapi apabila kita dah sa


25 Dec 07, 18:48
MerahSilu: sampai pada qurbah atau kehampiran dalam mencintai Allah, keadaannya berlainan. Seseorang itu tidak hiraukan lagi syurga dan neraka seperti mana Rabiatual Adawiyah pernah menyebut api di tangan kanan


25 Dec 07, 18:49
MerahSilu: kanan ku, air di tangan kiri... Api untuk ku bakar syurga, air untuk padamkan api neraka. Kerana aku cuma mahukan engkau ya Allah...


25 Dec 07, 18:50
MerahSilu: Walaupun kita dah sampai keadaan ini, jangan terasa ego sehingga terasa tidak perlu takut dengan Allah. Sebenarnya para Arifbillah masih tetap berdiri antara khauf dan rajaah. Rajaah untuk menerus dud


25 Dec 07, 18:51
MerahSilu: terus duduk dalam hadirat Ilahi, khauf kerana takut disisihkan seperti mana seseorang itu takut kehilangan kekasihnya. Juga konsep khauf dna rajaah ini boleh dipanjangkan dalam keadaan Hadiratul Qudsi


25 Dec 07, 18:54
MerahSilu: di mana si ArifBillah berdiri antara dua 'tangan' Allah atau antara sifat-sifat Jalal dan Jamal Allah. Hakikatnya selagi kita masih menyedari kewujudan diri sebagai makhluk selagi itulah kita akan bua


25 Dec 07, 18:55
MerahSilu: buat balancing antara dua keadaan yang berlawanan... Sentiasa meniti titian siratul mustaqim. Maka janganlah terasa diri kita sudah tinggi. Hakikatnya hati kita sentiasa dibolak-balik antara dua 'jari


25 Dec 07, 18:56
MerahSilu: jari Allah. Bila-bila masa sahaja kita boleh dilempar ke dalam lembah kekufuran. Cuma rahmat Allah jua yang menyelamatkan kita, bukan kekuatan atau amal kita sendiri. Apapun adabnya kita terus beramal


25 Dec 07, 18:57
MerahSilu: beramal mana yang patut dengan harapan Allah sudi melihat dan redha pada kita. Kita tetap hamba, belajar tinggi camana pun, takkan sampai kita pula jadi Rabb... Ingat tu... Sekian...

Friday, December 21, 2007

Dunia sebagai tempat "senda gurauan"...

Gambar kera di Tanjung Emas, Muar sebagai hiasan...






Dan tiadalah kehidupan ini, selain dari main-main dan senda-gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?



- Surah Al An'aam, ayat 32







Assalamualaikum semua. Adapun saya kini berada di Muar setelah menyambut Hari Aidil Adha bersama keluarga di kampung ibu, Kampung Temiang semalam. Menyedari sudah beberapa hari tidak membuat apa-apa pembaharuan dalam mana-mana blogspot saya, terutama di blogspot BERPETUALANG KE ACEH di mana seorang pembaca telah menegur saya kerana sudah agak lama tidak membuat posting, tergerak pula untuk menyambungnya... Lalu selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Muar (sila masuk ke Masjid Jamek (main mosque) of Muar... untuk membaca tentang masjid ini) saya pun bergegas ke Internet. Hasilnya adalah posting-postings berikut... Silalah jenguk...


Kemudian baru teringat, hari ini adalah 11 haribulan Zulhijjah... Maka memang sesuailah saya membuat pembaharuan kerana memang ramai sedia maklum saya sukakan nombor 11.

Untuk update di blogspot ini pula biarlah dikutip sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III ya... Memandangkan ada pembaca bertanyakan tentang Hang Tuah di chat-box lalu saya pula tergerak untuk menjawab dengan persoalan "pemecahan wajah" yang mampu dilakukan sesetengah wali, biarlah sedutan dibuat daripada bab bertajuk "Lagi catatan mengenai tarikh dan peristiwa yang bercanggah"...



------------------------------------



Bayangkan sebuah ruang-tamu luas lagi selesa dengan set televisyen besar 60 inci, cukup dengan home theate surround sound system tercanggih... Sangat canggih sehingga anda dapat merasakan diri anda seolah betul-betul masuk ke dalam cerita setiap kali memainkan suatu VCD ataupun DVD. Kalau dimainkan cerita Spiderman, jadi Spidermanlah anda. Sesekali terasa gayat bila bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan tinggi. Ada masa lain anda terasa syok apabila Mary Jane merenung mata penuh makna…

Bila cerita Incredible Hulk dimainkan pula, anda dapat merasakan kemarahan yang tidak terhingga di samping satu macam kepuasan yang tidak dapat dibayangkan apabila dapat menghancurkan bangunan demi bangunan, memegang muncung kereta kebal dengan tangan sasa kemudian menghayunkan ia sejauh mana yang anda suka. Terasa betapa gagah diri anda dengan otot-otot besar tersembul keluar walaupun warnanya hijau seperti daun keladi... Pendek-kata, sukahati anda mahu jadi apa, asalkan memiliki VCD ataupun DVD yang berkenaan… Yalah, kalau tidak ada VCD Batman tetapi dipasang cerita Spiderman kemudian berangan-angan jadi Batman, bukankah tidak kena? Bagaimana mahu mendapat kepuasan menonton sesuatu cerita tanpa menjiwai watak yang sepatutnya?

Cuma ingat... Walau cerita apapun dipasang, ia tetap sekadar cerita… Bila habis cerita, bawa keluar VCD ataupun DVD, simpan balik dalam cover. Kemudian letak ke dalam almari. Atau biarkan bersepah atas lantai. Apapun, cerita sudah habis. Sampailah masa untuk kembali ke alam realiti...

Sekarang, lihat kembali koleksi VCD dan DVD yang dimiliki. Berbagai-bagai cerita ada, bermacam-macam watak berlatarbelakangkan pelbagai zaman, peristiwa dan lokasi. Maka terbitlah beraneka ragam dan rasa yang boleh ditonton dan dinikmati tanpa perlu mewujudkan apa-apa kaitan antara satu cerita dengan cerita yang lain. Kalau mahu diwujudkan pun boleh, kalau tidak buat pun tak mengapa. Tiada siapa yang memaksa...

Anda boleh meletakkan VCD Spiderman di sebelah VCD Incredible Hulk atas dasar kedua-duanya adalah cerita superhero di Amerika. Atau diatur mengikut tajuk, ikut susunan abjad atau alphabetical order. Tetapi selalunya orang tidak peduli semua ini, terus sahaja letak di mana-mana ruang ataupun rak kosong…. Anda juga boleh mengatur serapat yang mungkin segala koleksi VCD dan DVD yang dimiliki, mungkin dilonggokkan secara bertingkat-tingkat supaya tidak bersepah dan memakan ruang. Sukahatilah hendak diatur bagaimana. Tiada siapa boleh melarang…

Sekarang cuba fikirkan… Lihat balik VCD dan DVD yang diatur, setiap satu mengandungi sebuah cerita. Lihat, bagaimana jarak di antara dua cerita tidak sampai pun seinci (lebar cover VCD). Kalau covernya plastik nipis lagilah dekat padahal antara satu cerita dengan cerita yang lain, mungkin wujud perbezaan masa beribu tahun, juga jarak tempat yang entah berapa ribu batu malah berjuta-juta Light-years atau Tahun Cahaya!

Cerita seperti Star Wars mungkin berlaku di galaksi paling jauh boleh dibayangkan imaginasi sedangkan cerita yang terkandung di dalam VCD yang tertindih betul-betul di atasnya mungkin berlatarbelakangkan Kampung Congo, di Malaysia. Tetapi anda tidak kisah semua ini... Jarang mahu berfikir betapa ajaib sebenarnya ia. Fikirkan betapa ‘dekatnya’ jarak cerita-cerita tersebut jika dilihat dari segi fizikal VCD yang mengandungi sesuatu cerita tetapi begitu jauh dari segi perbezaan isi cerita... Betapa ini boleh memberikan kefahaman tentang kata-kata keramat yang menyebut syurga dan neraka itu lebih dekat daripada urat leher kamu sendiri!

Yang penting, kita dapat menghayati dan menikmati sesuatu cerita, menjiwainya sehingga dapat kepuasan menonton. Itulah matlamat sebenar menyaksikan sesuatu cerita, tidak kiralah apakah message yang terkandung di dalamnya asalkan merangsang jiwa... Kalau tidak puas, kalau terasa jemu, sakit, tidak dapat menikmati dan menjiwainya, buat apa ditonton? Ibarat mendapat isteri cantik tetapi tidak ada selera. Baik jangan kahwin. Buang masa sahaja. Lebih elok tidur atau ‘melantak’ nasi seperiuk. Sia-sia sahaja beli televisyen 60 inci dengan home theater system tercanggih kalau tidak dapat kepuasan menonton, tidak dapat rasa diserapkan ke dalam cerita.

Begitulah juga dunia ini pada para Ariffin, orang-orang yang Arif (bukan hakim di mahkamah ya!), orang-orang yang benar-benar mengenali hakikat keTuhanan, juga hakikat kejadian alam ini dan segala yang wujud di sebaliknya. Dunia ini tidak lebih dari satu cerita yang di dalamnya terkandung entah berapa ribu malah berapa juta cerita lagi. Cerita di dalam cerita… Yang penting adalah nikmat hidup apabila dapat menjiwai cerita, nikmat sebagai seorang Syahid yang MENYAKSIKAN kebesaran Allah.

Bagi mereka yang betul-betul menyedari dunia ini ibarat cerita dalam VCD, mereka boleh membuat pilihan samada mahu menonton sehingga selesai atau pausekan, tunda sebentar untuk membuat kerja lain. Atau berhenti langsung dan tukar VCD cerita baru. Sukahatilah hendak dibuat bagaimana kerana mereka telah melangkaui adat, jarak dan masa…

Dalam perkiraan orang-orang sebegini, tidak perlu wujud tarikh dan lokasi. Yang penting adalah watak-watak dengan ruang dan masa sebagai latarbelakang cerita. Sebab itu cerita-cerita lama seperti Hikayat Hang Tuah tidak mengandungi apa-apa tarikh dan seringkali berselilih dengan sejarah rasmi yang boleh diterima secara akademik sehingga ada menganggapnya sekadar mitos untuk menaikkan semangat Melayu di samping menyokong dan mendaulatkan pihak istana supaya terus ‘disembah’ rakyat-jelata. Sebab itu juga boleh wujud sesuatu watak di suatu zaman, kemudian ditemui lagi watak yang sama di zaman yang lain, pada tempat yang berlainan pula...

Kita yang terperangkap di dalam cerita, terperangkap dalam ruang dan masa pun menjadi hairan. Aitt? Bagaimana orang yang sama boleh wujud pada dua zaman dan tempat yang berlainan? Impossible! Tidak ilmiah. Tidak ada dalam kurikulum semasa aku membuat PhD dalam Nuclear Physics dahulu. Mana boleh ini… Maka peninglah kita untuk memahami keadaan sebenarnya. Sedangkan orang-orang yang faham cuma tertawa menggelengkan kepala… Ish... ish... ish... Kasihan orang zaman sekarang, ada teknologi canggih, ada ‘langit terbuka’ tetapi masih tidak faham lagi hakikat dunia? Sibuk terkejar ke sana ke mari, kejar masa, kejar duit, kejar betina. Tidak sedar lagi yang apa yang dikejarnya cuma bayang-bayang sahaja, cuma fatamorgana yang tidak mempunyai erti kewujudan sejati…



Nota: Setiap sedutan daripada BKA yang dibuat diletakkan terus sepertimana rupanya di dalam buku. Maka itu turut kelihatan apa-apa kesilapan typo yang dibuat misalnya perkataan "berselilih" (sepatutnya "berselisih") dalam perenggan kedua terakhir tadi. Harap maklum...





Saturday, December 15, 2007

Terbaru! Apa kata I-Kon tentang penulis...


Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan pada Rabu lalu telah berlaku satu temuramah antara saya dengan akhbar Berita Harian dan inilah hasilnya... Diambil daripada bahagian I-Kon hari ini, mukasurat 14. Atau masuk ke cerita on-line nya di Mencari diri, erti kehidupan.
Hmm... Senang cerita, biar dipaparkan isinya di sini... Hehe! Memang saya mahu memaparkannya untuk tatapan semua. Maklumlah, seronok apabila usaha mencari diri dan erti selama ini mula mendapat pengikhtirafan yang lebih bermakna. Saya rasa sesiapa pun di tempat saya akan terasa begitu. Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya laluan saya selama ini demi memegang teguh kepada apa yang menjadi keyakinan diri, baru kini dapat bernafas sedikit lega, itupun belum 100 peratus selesai lagi...



Mencari diri, erti kehidupan

Pencarian membawa Radzi jauh berkelana

Oleh Diyanah Anuar


SIAPA sangka, seorang yang sebelum ini hidup ala kebaratan sanggup mengubah gaya hidup moden dan pemikiran berlandaskan sains dan matematik demi mengembara mencari dirinya yang sebenar.
Ijazah dalam bidang matematik dari universiti luar negara serta kerjaya sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mungkin sudah cukup stabil pada pandangan sesetengah orang namun ia tidak memberi kebahagiaan pada diri Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee yang lebih dikenali sebagai Radzi.
Ketika remaja, beliau seperti kebanyakan rakan seusianya yang mengejar cita-cita untuk menyambung pengajian di luar negara. Namun, selepas mengecap impian itu, timbul pula pertanyaan dalam dirinya sama ada apa yang beliau lakukan itu adalah apa yang benar-benar beliau inginkan.
Sejak itu, minat terhadap pengajian yang diikutinya itu kian berkurangan namun beliau tetap berusaha menamatkannya memperoleh ijazah.
Sebelum pulang ke tanah air, beliau mengikut gerak hatinya yang 'menggesa' beliau untuk keluar mengembara.
"Beberapa bulan saya tidak mempunyai rumah untuk didiami dan mengembara sekitar Eropah dengan menumpang kenderaan orang," kata Radzi. Pulang ke tanah air, beliau masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai kerjaya yang ingin diceburinya.
"Sehinggalah saya sampai ke sebuah syarikat penerbitan akhbar dan kebetulan ada jawatan kosong sebagai wartawan yang ada ketika itu.
"Walaupun tidak mempunyai latar belakang kewartawanan, saya tetap menerima jawatan berkenaan. Lagipun, kerjaya ini memberi peluang untuk saya keluar ke sana-sini, sesuai dengan sifat saya yang suka mengembara ini," katanya.
Bagaimanapun, pada satu peringkat, berlaku beberapa peristiwa terhadap diri beliau. Selepas beliau amati, apa yang beliau alami itu secara tidak langsung ada berkaitan dengan peristiwa besar yang berlaku di dunia pada masa itu.
"Didorong perasaan ingin tahu yang begitu tinggi dan ditambah pula dengan kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya, selepas lima tahun bertugas, saya nekad meletak jawatan dan memulakan langkah mengembara bagi merungkai perkara yang sering berlegar di fikiran saya itu.
"Semua ini sebenarnya bermula sejak usia saya sekitar 18 tahun yang mana saya mempunyai kecenderungan untuk membaca kitab tasawuf dan hikayat lama, antaranya karya Hamzah Fansuri serta membaca buku falsafah dan buku yang membincangkan perbandingan agama. "Setiap kali membaca karya sebegini, wujud suatu perasaan dan dorongan yang sukar untuk saya tafsirkan.
"Lalu, saya mengambil langkah untuk mencari jawapan untuk semua persoalan yang wujud. Saya mulakan dengan mencari diri saya terlebih dulu dengan menjejak salasilah keturunan saya," kata Radzi.
Dalam proses menjejaki susur galur keluarganya, beliau banyak menghabiskan masa di perpustakaan selain bertanya kepada kepada ahli keluarga serta mereka yang berkenaan. Pencariannya itu juga membawa beliau sehingga ke Acheh dan juga Mekah.
Sememangnya banyak cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Antaranya tekanan kerana tiada sumber pendapatan, konflik dengan ahli keluarga yang pada waktu itu tidak memahami apa yang dilakukan, perpisahan dengan isteri dan anak-anak dan tidak kurang juga pandangan serong yang diberikan masyarakat terhadap beliau.
"Beberapa tahun mencari dan mengembara, dapat saya katakan, hampir 90 peratus persoalan yang selama ini membelenggu fikiran saya sudah pun. Perjalanan ini juga banyak merubah sikap dan pada masa yang sama, membuatkan saya lebih banyak berfikir mengenai kejadian dan kehidupan. Nyata, semua kejadian dan hal di dunia ini berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah Maha Pencipta.
"Kini juga saya sudah tahu di mana hendak diletakkan 'kedudukan' Al-Quran dan di mana pula 'kedudukan' sains dalam memikir dan membincangkan sesuatu perkara," akhiri beliau.
Pengalaman berkelana Radzi ini turut dikongsinya dalam siri buku tulisannya berjudul Berpetualang Ke Aceh; 'Mencari Diri dan Erti', 'Membela Syiar yang Asal' dan 'Sirih Pulang ke Gagang'.
Segala cabaran yang dilalui dinukilkan kembali dalam bentuk fiksyen bercampur travel-log. Malah pengembaraannya itu turut menemukan banyak cerita lama bangsa Melayu termasuklah kesultanan zaman dulu yang tidak pernah dikisahkan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman blog berpetualangkeaceh.blogspot.com


Profil


Nama:
Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee

Tarikh lahir:
26 November 1970

Tempat lahir:
Muar, Johor

Pendidikan:
University College of London (Bsc Mathemathics 1991-1995)

Hobi:
Membaca, menulis, mengembara, mendengar dan bermain muzik.

Pengalaman kembara:

· Berkhemah, hitchhiking, mendaki di pelbagai tempat, antaranya Gunung Jerai (Kedah), Gunung Ledang (Johor), Gunung Nuang (Selangor), Gunung Kinabalu (Sabah)
· Kembara basikal berkumpulan melalui Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang.
· Kembara motosikal berkuasa tinggi secara solo ke seluruh Semenanjung.
· Mengembara di United Kingdom, Belanda, Jerman, Czech , Slovakia, Austria, Switzerland, Lichenstein, Itali, Monaco, Perancis, Belgium, Singapura, Thailand, Indonesia dan Arab Saudi.

Tuesday, December 11, 2007

Saja-saja di Muar...

Tengok poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini... Gantung kat mana ni? Apa cerita daaa....?

Le... Siap ada gambar-gambar potret pulak... Apa hal?


Kalau nak tahu, gambar ini diambil lebih 2 minggu lepas... Semasa berlangsungnya karnival Gegar peringkat negeri Johor anjuran RTM di Muar. Bukanlah ini bermakna saya suka pergi ke pesta-pesta begini. Cuma kebetulan ia berlaku di bandar kelahiran saya, buat pula di Tanjung Emas tempat jatuh bangun saya ketika zaman kanak-kanak dahulu... Untuk sedikit cerita berkaitan Muar dan zaman kanak-kanak ni sila masuk ke...

MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?

Adapun seperti diceritakan dalam posting bertajuk Khabar daripada Muar, bandar tempatku lahir dan membesar... yang dibuat 2 minggu lepas, pada mulanya saya bercadang untuk ke Sungai Petani, Kedah untuk menghadari satu acara melibatkan anak cucu Daeng Lima Bersaudara. Tetapi saya mengubah fikiran pada saat-saat akhir setelah mendapat tahu progam Gempar akan diadakan apda tarikh yang sama di Muar... Mungkin ia satu peluang yang baik untuk mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"?

Hendak dijadikan cerita, pada malam sebelum bermulanya acara, saya telah keluar makan malam bersama adik saya Khairi di medan makan stesyen bas Pagoh (bukan di Pagoh ya... Nama aje begitu tapi di bandar Muar, untuk bas-bas yang menghala ke Pagoh)... Boleh terserempak dengan seorang kenalan daripada Kuantan, Pahang yang dikenali pertengahan tahun lalu ketika naik untuk acara melihat burung di Fraser's Hill... Ceritanya ada di Melihat burung di Bukit Fraser?

Memang ditakdirkan Allah saya harus berada di Muar, bukannya di Sungai Petani. Bayangkan, seorang kenalan yang baru kali pertama berjumpa di Fraser's Hill enam bulan lalu boleh ketemu kembali di Muar... Dan dia dijemput datang oleh pihak penganjur Gempar untuk membuka tempat melukis potret... Dapatlah saya tumpang semangkuk, hehe!

Oh... Tadi saya baru membuat beberapa posting dengan banyak gambar di blogspot-blogspot saya yang lain. Silalah jenguk... Ini link-link nya... Hmm selesai le sesi membuat postings hari ini yang dimulakan sempena masuknya bulan Zulhijjah. Moga-moga mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji betul-betul mendapat Haji Mabrur, bukannya Haji Marlboro... Maklumlah, pilihanraya dah dekat... Ada yang pergi haji setakat supaya orang nampak betapa alimnya, dia... Senang le nak tipu pengundi besok... Sekian! :]

Bangunan (buildings in) Muar...

Muar river cruise part I...

Muar river cruise part II...

Muar river cruise part III


p/s: Baru saya teringat... Ada lagi satu hikmah saya tetap di Muar walaupun ada "panggilan" ke Kedah, disebabkan acara Gempar. Pada hujung minggu itu, saya berpeluang berjumpa seorang saudara anak cucu Daeng daripada Melaka yang sudah lama teringin menemui saya untuk berkongsi khabar perjuangan. Pemuda ini baru kembali daripada bekerja beberapa tahun di Dubai, Semenanjung Arab. Dia dapat tahu saya berada di Muar setelah membaca blogspot ini lalu terus menghubungi adik saya, kemudian saya untuk mengatur satu perjumpaan.

Setelah berkenal-kenalan, baru saya dapat tahu dia pun awalnya bercadang untuk ke Sungai Petani atas jemputan kaum kerabat Daeng... Tengok-tengok boleh berjumpa di sini, di Muar pula. Itulah kuasa Allah SWT dalam mengatur jodoh pertemuan.... Salam perjuangan untuk sesiapa yang "terasa".... Selamats! :]

Saturday, December 08, 2007

Nukilan Spontan Cinta


Subhanaallah. Dua tiga malam lepas, ketika sedang berehat seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang, saya tergerak untuk melihat fail-fail lama di dalam komputer riba. Lalu terjumpa dengan sebuah pantun yang dicipta secara spontan dalam tahun 2006... Pantun yang dicipta ketika sedang aktif berinteraksi dengan ramai orang melalui sebuah forum di Internet.
Adapun pantun ini diberi nama "Nukilan Spontan Cinta". Hari ini timbul pula rasa untuk memaparkannya di sini dan berkongsi dengan para pembaca. Sila... (tiba-tiba teringat iklan kopi Radix ke hapa... Yang ada Mat Saleh naik kereta 4x4 lepas tu cakap "Mintak kopi secawan". Heh! :]

p/s:
Baru teringat. Nukilan spontan ini muncul apabila melihat kata-kata seseorang di forum Internet yang bertanya: "Ke mana cinta itu pergi, apakah itu cinta..." Lebih kurang begitu le...


____________________


Hmm... Terkedu aku memikirkan kata-kata di paparan,
Ke mana cinta itu pergi, Apakah itu cinta...
Kalau tanya pada aku, jawabannya bergantung pada saat bila ditanya...
Ada masanya aku tersenyum bahagia, ada kala aku menggeleng kepala...
Tunduk, sedih, kerana aku pun tak pasti ke mana hidupku mengarah,
Apalagi jika ingin bercerita tentang cinta...
Walaupun rasanya aku telah saling-menyintai ramai wanita.


Tak dapat dinafikan, semua insan mengejar cinta,
Soalnya samakah makna cinta pada setiap insan?
Ada yang melihat perempuan cantik berlenggang,
Ramping pinggangnya, mulus kulitnya...
Terus dikatakan aku sudah jatuh cinta...
Ada yang sekadar mendengar suara,
Ah... Begitu nyaman... Aku rasa aku sudah jatuh cinta...
Ada pula yang sudah kenal bertahun, tapi setelah detik demi detik berselisih pendapat,
Pada satu malam yang sunyi, baru mereka tahu sudah lama rupanya mereka saling menyintai...
Maka apakah itu cinta? Bagaimana mahu tahu ke mana cinta itu pergi jika makna sebenar cinta pun kita tak pasti lagi...

Apa yang aku tahu... Cinta bukan muncul apabila melihat tubuh gebu maka aku mahu bersamanya...
Selalu sangat nafsu itu mahu menusuk ke dalam, tapi dihalalkan dengan kalimat aku cinta padamu...
Maka itu cinta boleh dibeli dengan wang ringgit dan tipu-daya sedangkan hakikatnya,
Kalau kamu faham makna cinta, sudah tentu kamu tahu tidak ada tukar-gantinya...

Tidak!...
Cinta boleh muncul sekali pandang, atau setelah bertahun berkenalan berkahwin cerai ia datang...
Tapi bukan cinta namanya kalau boleh disogok dengan harta benda... Kecuali alasan menghalalkan cara...
Yang pasti cinta itu perlukan pengorbanan...
Di mana yang mencintai sanggup binasa dirinya sendiri demi kebahagian yang dicintai...

Satu lagi yang aku belajar setelah mengenali pelbagai ragam wanita,
Tidak ada cinta yang tulus tanpa penyerahan kepada Nya...
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah juga kerana Nya...
Cari lah cinta yang sebegitu,
Bagaimanakah caranya? Oh... Terlebih dahulu bagaimana mahu mengenalnya...
Bila bersama, semakin kuat semangat beragama...
Perhatikan ini, semakin kuat semangat beragama, bukan makin kuat bersenggama...
Walaupun tak salah banyak bersenggama lama-lama kerana kuatnya rasa ingin bersama... Heh!

Tuesday, December 04, 2007

Sampai masanya untuk bertindak?

Hmm... Bila saya lihat postings yang dibuat tadi terutama Harapan yang belum termakbul... rasa tergantung semacam pula. Kebetulan pula posting bertajuk Bersedialah untuk memikul peranan! adalah posting saya yang ke 210 di blogspot ini... Eloklah dicukupkan jadi 211 kerana saya pun memang suka nombor 11... Lagipun saya sendiri sudah bercerita tentang pentingnya memikul peranan sedangkan dalam posting sebelumnya saya mengadu pula tentang satu harapan yang belum dizahirkan Allah lagi lalu mungkin kelihatan seperti mahu lari daripada memikul peranan sendiri. Maka biarlah posting ini, posting ke 211 yang menutup sesi bercerita malam ini dibuat dengan perenggan-perenggan terakhir daripada bab bertajuk "Impian seorang petualang", daripada mukasurat 306-307...

-----------------

Rasyid termenung memikirkan apa yang telah berlaku. Apakah dia sebenarnya bermimpi atau nyaris-nyaris mati tadi? Seperti tersebut dalam kajian Sains dan psychology, ilmu kaji-jiwa, mungkin pemuda ini telah mengalami apa yang dipanggil sebagai NDE, Near Death Experience ataupun OBE, Out of Body Experience... Masing-masing melibatkan roh manusia keluar sebentar tetapi terasa lama, mungkin bertahun malah berkurun pun ada! Keluar meninggalkan badan untuk melangkaui adat dan masa... Apakah itu yang berlaku sehingga dapat melalui berbagai pengalaman pelik tadi?
Anak kelahiran Muar, Johor ini pergi ke tempat tidur lalu menyelongkar jam tangan di dalam bumbag yang ditinggalkan di sebalik sebuah tiang seri. Ait? Baru pukul 4.34 pagi. Sedangkan tadi dia terbangun jam 4, terpinga-pinga sebentar sebelum keluar rumah... Nampak pula kabus tebas begitu indah, duduk sejenak di atas batu hampar, kemudian baru ke sungai mengambil wuduk, lalu bersolat kemudian berwirid di atas sejadah. Ini semua memakan masa sekurang-kurangnya 20 minit. Jadi berapa lamakah dia sudah ‘mengembara’ tadi? Takkanlah setakat 14 minit?
“Ah… Jangan peduli semua ini…” hatinya menegur. “Aku juga yang selalu menyebut jangan terlalu berkira tentang masa. Pasrahlah menerima segala-galanya… Bukankah Tuhan boleh berbuat apa sahaja?”
Dalam keadaan anak muda ini masih lagi cuba mencerna segala yang berlaku pagi buta itu, tiba-tiba terasa bergema sepotong Ayat Al-Quran di dalam dada. Walaupun tidak pernah menghafal ayat tersebut, seketika itu juga dia dapat memahaminya, Ayat ke 55 Surah An-Nur yang bermaksud:

Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antaramu, dan mengerjakan yang baik-baik, bahawa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah; dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNya untuk mereka, dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku, dan tiada mempersekutukan Daku denga suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang fasik.

Seterusnya bergema pepatah Melayu lama: “Bila helang tiada, belalang pula mengaku helang” disusuli teguran: “Kamu tidak boleh membiarkan orang-orang buruk akhlak terus menipu masyarakat dan mempermainkan agama, bangsa dan negara. Kamu mesti mengembalikan yang haq!”
Secara spontan anak muda berdarah Aceh itu menganggukkan kepala. “Saya sudah faham Nek! Saya sudah faham segala-galanya dengan terang. Saya akan pikul amanah ini,” terpacul perkataan dari mulutnya.
Kali ini Rasyid telah mendapat satu pemahaman yang sangat mendalam akan makna sebenar kehidupan disertai semangat baru dan azam yang kukuh untuk menunaikan beberapa perkara yang sudah lama tertunda. Pemuda ini sudah begitu lama hidup dalam keadaan seperti menyorokkan diri di dalam selimut... Cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling akibat terlalu asyik dengan dunia sendiri di samping mencari jawaban kepada segala persoalan yang membelenggu jiwa selama ini....
Ya... Dia sudah tahu apa yang patut dilakukan sekarang. Rasyid akan kembali ke pangkuan masyarakat untuk memikul beberapa cabaran, terutama amanah yang pernah disebut Nenek! Untuk meneruskan perjuangan luhur keluarga dan nenek-moyangnya demi menegakkan agama, bangsa dan negara dengan jiwa yang tenang, Insyaallah tanpa perlu berlaku keras atau melukakan sesiapa. Dan kali ini dia pasti Nur akan menempohnya bersama, sebagai permaisuri yang akan menyokong dan berada di sisinya sampai akhir nanti… Insyaallah! Allahuakbar!

Bersedialah untuk memikul peranan!

Dan ini pula lagi sedutan, daripada mukasurat-mukasurat terakhir BKA III iaitu mukasurat 315-317 yang diletakkan di Forum CVT tadi, dalam topik "Berpetualang ke Aceh" iaitu di http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?TID=6037&PN=1&TPN=303 (kalau boleh masuk le sebab Forum ni kadang-kadang OK, kadang-kadang sangkut)...
Semoga kita dapat mengenali diri masing-masing... Satu kenal diri dan hubungan dengan Allah, satu lagi kenal diri dalam konteks hubungan dengan makhluk iaitu peranan yang perlu dipikul setiap individu di mukabumi lalu kita atur saf sebagaimana yang sepatutnya untuk menyahut cabaran besar yang bakal mendatang. Allahuakhbar! :]

------------------------------


Sekarang, renungkan kembali cerita yang mengandungi rahsia besar tentang kejadian Israq dan Mikraj ini. Di manakah semuanya berlaku, pada masa bila? Fikirkan... Dalam sedetik memasukkan kepala ke dalam besen, seorang raja boleh bertukar menjadi perempuan malah hidup tujuh tahun di suatu tempat sehingga melahirkan dua (atau tiga?) orang anak... Keluar kepala dari besen pula kembali menjadi raja tetapi boleh berjumpa anak-anak itu kembali. Maka apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah itu ruang dan masa? Adakah ia seperti yang kita fikirkan selama ini?
Berfikirlah. Dan berzikirlah sekali… Minta petunjuk Allah SWT agar diterangkan hakikat sebenar alam dan kehidupan. Apakah tujuan kita dijadikan dan diletakkan di atas muka bumi ini... Apakah makna sebenar Firman Allah: “Tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepada Ku.” Adakah ia setakat mengikut Syariat dan hukum-hukum Fiqah seperti sering disebut orang atau ada makna lain yang lebih meluas?
Apakah makna sebenar ibadah yang berasal daripada perkataan akar abdi, mengabdikan diri? Cuba tanya orang-orang yang Arif, apakah hakikat sebenar ibadah, apa makna ubudiyah? Marilah kita belajar mengenali diri masing-masing dengan sebenar-benar perkenalan, tahu hakikat atau makna diri yang sejati, faham hubungan hamba yang sejati dengan Sang Pencipta... Kemudian carilah peranan sebenar masing-masing di bumi ini.
Kajilah diri kita sendiri dalam-dalam. Kenapa ada orang bernama Abu, bukannya Ramli? Kenapa ada yang berkulit sawo matang, bukan putih merah? Kenapa suka warna hijau tetapi benci warna pink? Kenapa sukakan gajah, tetapi tidak suka melihat badak? Kenalilah kembali kecenderungan diri yang sejati, minat dan hobi yang wujud dalam hati sanubari secara semulajadi, bukannya minat yang dipaksakan keadaan atau terikut-ikutkan orang. Kenalilah diri kamu rata-rata sebelum mengenali Allah yang nyata.
Sambil-sambil itu rajin-rajinlah bertanya dengan orang-orang tua tentang asal-usul keluarga. Cari salasilah dan wasilah diri, fahamilah sabda Rasulullah SAW... Setiap orang dipertanggungjawabkan dengan nasabnya. Renungkan kenapa orang dahulukala amat memerhatikan asal-usul keturunan seseorang dan sangat prihatin dalam memelihara kemuliaan dan ketulinan nasab. Bukan kerana hendak menyombong diri tetapi untuk beramanah dengan nama baik keluarga! Insyaalah, jika ini dapat dirungkai, setiap orang akan menemukan jawaban kepada beberapa persoalan yang akan mengungkapkan segala rahsia perjalanan hidup masing-masing.
Saudara saudari yang dihormati sekelian, perhatikan sekeliling anda... Perhatikan segala macam kebathilan berleluasa sehingga menjadi budaya kelaziman hidup yang tidak mampu lagi dielakkan... Kita semua sudah lali dengan rasuah, tipu-daya, pecah amanah, riba’, pergaulan bebas laki-laki dan perempuan, hiburan tanpa batasan dan maksiat. Semua pihak sebenarnya terpalit dan terlibat kecuali mereka yang sanggup menongkah arus zaman untuk keluar seratus peratus daripada lingkungan budaya kehidupan sekarang. Fikirkan... Pihak manakah menyebabkan ini boleh berlaku?
Sekarang luaskan pemandangan itu dengan mata-hati yang bercahaya menembusi segala kekaburan sehingga meliputi hal-ehwal dunia sejauh yang mungkin. Renungkan, kenapa Presiden Bush terus diberikan mandat untuk memimpin Amerika selama lima tahun lagi walaupun sudah dua kali menghadapi proses pemilihan presiden yang memakan masa yang lama serta menelan belanja berbillion-billion Dolar. Kenapa Afghanistan masih lagi huru-hara walaupun sudah memiliki kerajaan baru yang ‘demokratik’. Kenapa Iraq yang sudah pun melutut terus ditekan dan dijahanamkan? Siapakah ‘kepala’ yang bertanggungjawab ke atas semua ini?
Lebih dekat ke tanah air, kenapa Aceh ‘dikeroyok’ tentera yang menurut arahan dari Jakarta? Mungkin keadaan sudah aman selepas Tsunami 26 Disember 2004 memaksa pihak yang bertelagah untuk berdamai. Tetapi betulkah nasib rakyat bumi Serambi Mekah yang sudah beratus tahun sengsara dilanda pelbagai musibah sudah terbela? Bagaimana pula keadaan di selatan Thailand yang lebih dekat dengan sempadan kita? Jika Aceh sudah tamat tempoh darurat, bagaimana pula darurat baru yang diisytiharkan di Patani 2005? Wilayah itu juga pernah menjadi pusat dakwah Islam ke seluruh bumi Melayu. Bukankah ia juga sedang teruk ‘dikeroyok’ tentera?
Ingat lagi tidak bagaimana Australia pernah beriya-iya mahu menghalalkan operasi tentera ke atas Malaysia dan Indonesia atas alasan mahu mencari pengganas ? Amerika pula sibuk mahu menghantar armada lautnya yang hebat untuk meronda Selat Melaka dengan disokong Singapura. Nasib baik kita dapat menolak secara diplomatik. Kalau tidak mungkin kedaulatan perairan kita sudah lama tergadai... Fikirkan juga kenapa Perdana Menteri Singapura dahulu, Lee Kuan Yew berani mencabar jiran-jirannya negara-negara Melayu supaya menyerang pulau itu. Apakah kerana mereka sudah memiliki sistem peluru berpandu canggih dengan kekuatan tentera yang disokong Amerika dan dilatih Yahudi?
Apa pula sebenarnya sedang berlaku di Baitul Muqaddis yang tidak disiarkan kepada umum oleh media massa dunia yang dikuasa Zionis? Kenapa rejim Israel pernah membuat pengumuman menghadkan kemasukan umat Islam bersolat Tarawih di Masjidil Al Aqsa kerana takut lantainya roboh? Apa pula sebab mereka fikir ia boleh roboh ? Bukankah masjid itu telah berdiri kukuh sejak Saidina Umar memerdekakan Baitul Muqaddis daripada Empayar Kristian Byzantium 1,400 tahun lalu?
Seteruskan kaitkan dengan ini.... Kenapa apabila menyebut tentang tanah suci ketiga Islam itu, kita terus disogok dengan gambar Qubah Al-Sakrah, Dome of the rock dengan kubah kuning keemasannya... Kenapa tidak gambar sebenar Masjidil Aqsa? Apakah yang ingin disembunyikan?
Saudara saudari sekalian. Tahukah apa itu Temple of Solomon atau Haikal Nabi Sulaiman AS? Kalau tidak, tanya mereka yang tahu. Tanyakan sekali apa itu Zionist, Temple of Zion, Protocols of the Elders of Zion, siapakah dia orang yang dikatakan Freemason dan Iluminati... Dan yang lebih penting, apa kena mengena mereka semua dengan Amerika, Britain dan Israel malah Arab Saudi, apalagi dengan badan-badan perisikan seperti CIA dan Mossad yang mempunyai rangkaian seluruh dunia dan apakah misi utama mereka…
Fikirkanlah. Apakah makhluk-makhluk perosak ini yang ingin memadamkan syiar Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi tidak pernah memainkan peranan di bumi Melayu? Apakah tidak ada ajen mereka bergerak di segenap lapisan masyarakat malah memegang kepimpinan tinggi sebagai proksi Yahudi tetapi mengaku memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Berhati-hatilah akan makhluk perosak ala Machiavelli, musang bertopengkan kambing biri-biri yang sekarang ada di mana-mana...
Lihatlah segala peristiwa dunia yang berlaku kebelakangan ini dengan mata, kepala dan fikiran yang terbuka, fikiran yang berfikir dan berzikir… Percayalah, seperti yang sering disebut oleh Rasulullah SAW, kita ini umat akhir zaman. Sudahkah kita bersedia untuk menyambut kedatangannya?
Sekian sahaja tugas menyampaikan sedikit pengetahuan. Jika ada salah silap, terkasar bahasa dan sebagainya, saya sebagai insan yang lemah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Wassalam.

Radzi Sapiee
30 September 2007 bersamaan 18 Ramadhan 1428,
Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Harapan yang belum termakbul...

Subhanallah! Tadi saya tergerak masuk ke Forum CVT yang kadang-kadang OK kadang-kadang sangkut... Boleh pula masuk. Memandangkan topik "Berpetualang ke Aceh" di situ dah masuk mukasurat 303, tergerak pula untuk menyertakan sedutan daripada mukasurat 303 buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III.
Tetapi cerita akan jadi sangat tergantung jikalau cuma mukasurat 303 sahaja yang diketengahkan. Maka itu saya telah meletakkan isi daripada mukasurat 302 hingga 305 supaya lebih senang difahami. Lalu kini saya rasa elok juga dikongsi di sini. Sila! :]

----------------------------------

Rasyid tidak tahu berapa lama dia ‘hilang’ tadi. Rasanya ada ketika ruang dan masa terbuka seluas-luasnya sehingga kelihatan semua wujud makhluk yang ada. Ada ketikanya pula, terasa sempit sesempitnya sehingga tidak wujud apa-apa walau setitik noktah! Sedar-sedar sahaja, dia sudah kembali berada di sisi Nenek yang tersenyum memandang, berlatar-belakangkan sebuah alam baru yang terasa nyaman menenangkan. Suasananya senantiasa berubah-rubah dengan warna-warna lembut, pastel colours menari-nari seperti bayangan cahaya dikilas riak air kolam ke dinding.
“Kamu sudah faham segalanya?” Nenek membuka suara.
Pemuda itu masih terpinga-pinga untuk mencerna pengalaman tadi. Bagaimana hendak menjawabnya? Apakah yang telah difahami? Dia pun belum pasti apa yang berlaku. Cuma hati kecilnya sahaja berkata, apa yang ingin dicarinya selama ini, segala persoalan yang pernah menghantui diri sudah pun terjawab lalu tersimpan dalam kalbu. Langkah seterusnya adalah mengatur-kembali segalanya supaya boleh diterima minda dan akal logik mengikut turutan ruang dan masa serta pemahaman manusia biasa…
Rasyid mengangguk-anggukkan kepala walaupun masih tidak pasti apa yang difahaminya. Kalau disuruh menerangkan sudah tentu mulutnya akan terlopong sehingga boleh dibuat teropong... Apapun anak muda ini tetap bersyukur kerana masih berfikiran waras. Lebih penting lagi, dia masih ada tubuh-badan yang menunjukkan wujud diri sebagai seorang manusia.
“Baguslah kalau begitu!” kata Nenek mengusap-usap kepalanya. “Sekarang, sampailah masanya untuk kamu kembali ke alam nyata.”
Terus Rasyid terperanjat. Hah? Kembali ke alam nyata? Apa salahnya di sini? Hatinya membentak, belum bersedia menghadapi dunia biasa.
Anak muda itu mula terasa sebak. Dia sebenarnya tidak mahu meninggalkan sisi Nenek, juga alam warna-warni ini yang entah di mana letaknya, Yang pasti ia terasa begitu aman dan menenangkan... Bukan seperti dunia nyata yang dikenalinya, penuh dengan hiruk-pikuk ragam manusia materialistik yang selalu membuat kepalanya runsing, pening...
Dahulu pun Rasyid selalu berangan-angan untuk meninggalkan alam nyata biasa kerana sejak kecil lagi dia selalu terasa sunyi-sepi seorang diri walaupun zahirnya dikelilingi ramai ahli keluarga, saudara-mara dan juga kenalan... Amat susah untuknya menemui orang yang dapat memahami jiwanya yang sebenar sehingga kadang-kala pemuda ini terasa dirinya adalah sejenis alien, satu makhluk asing yang berasal daripada planet lain!
“Tidak Nek, saya tak mahu balik!” Rasyid membantah. “Saya tidak ingin kembali ke dunia nyata yang penuh pancaroba, penuh segala macam tipu-daya. Ramai manusia hipokrit bertopengkan agama dan akhlak mulia tetapi sebenarnya berhati busuk, suka menipu dan menganiaya... Sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa, harta dan nama.”
Muka Nenek sedikit berubah. Kesal mendengar jawaban ini…
“Habis itu, kamu tidak ingat tanggungjawab kamu? Tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara yang terkandung di dalam zat dan darah yang mengalir di dalam tubuh? Tidak ingatkah pesanan Nenek dahulu mengenai amanah keluarga yang harus dipikul?” dia memberi peringatan.
“Bukan begitu Nek,” pemuda itu menjawab. “Saya tidak pernah lupa tanggungjawab tersebut. Cuma dunia sahaja yang tidak memerlukan orang seperti saya... Orang yang dianggap gila, sanggup kehilangan segalanya demi menegakkan perkara yang benar. Bodoh, lurus, bendul tidak berguna, sampai keluarga sendiri pun boleh pandang rendah kerana tidak menurut keadaan semasa. Saya mahu terus duduk dengan Nenek,” katanya hiba. “Saya sudah lama merana Nek, hidup dalam dunia penuh pura-pura…”
Nenek terdiam lalu memicit-micit bahu Rasyid. Secara spontan, pemuda itu memeluknya erat lalu menangis lagi sehingga terhenjut-henjut bahu. Orang tua itu mengusap-usap kepala cucunya untuk menolong perasaannya reda. Setelah anak muda itu sedikit tenang, baru Nenek bertanya lembut: “Kamu pasti tidak mahu kembali ke dunia biasa lagi?”
Rasyid memandang nendanya lalu mengangguk-anggukkan kepala.
“Kalau begitu bagaimana dengan Nur?” Nenek mengingatkan tentang wanita kesayangannya pula. “Apakah kamu rela membiarkan dia sengsara seorang diri? Sampai hatikah kamu melihatnya merana?”
Pemuda itu termenung jauh. Begitu banyak perkara, manusia dan peristiwa cuba memisahkan mereka berdua. Hendak mencari wanita lain pula hatinya belum terbuka. Bukan tidak mampu tetapi tidak ada selera dan tidak terlintas pun lagi. Kalau begitu bukankah lebih senang mati?
Rasyid mengeluh panjang. Pemuda itu seperti sudah putus harapan, letih dengan segala dugaan. “Bagaimana Nenek?” dia menjawab. “Kami sering sangat dipisahkan keadaan. Saya rasa Nenek pun tahu bukan, walaupun tidak sempat bertemu dengannya. Apakah kami ada jodoh? Apakah ada peluang untuk bersama atau kami cuma dipermain-mainkan keadaan, terus menyimpan harapan walaupun keadaan terus menghalang?”
Nenek menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat cucunya...
“Mengapa pula tidak ada peluang?” dia membentak.“Sudah berapa kali kamu bersolat istikharah lalu mendapat jawaban yang serupa? Bukankah itu juga jawaban yang kamu dapati ketika di Mekah dan di Madinah?”
Anak muda itu terdiam... Tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Betul kata Nenek. Sudah berpuluh kali dia memohon petunjuk Ilahi tentang jodohnya dengan Nur dan setiap kali juga dia diberikan jawaban yang terang ataupun isyarat dan tanda tersirat bahawa gadis ini memang diTakdirkan akan menjadi miliknya nanti. Malah hakikatnya hati mereka sudah lama bertaut, mungkin zaman berzaman sejak di alam roh lagi! Cuma belum sampai masanya sahaja ia hendak dizahirkan di dunia nyata…
Tahun 2005 sahaja ada dua orang gadis cantik mengaku mahu menjadi isteri Rasyid, seorang dikenali di Mekah seorang di Janda Baik. Hampir sahaja dia ‘tersangkut’ tetapi wajah Nur kembali mengisi ruang hati...
“Rasyid, dengar sini,” Nenek menegur lagi. “Bukankah kamu pernah mendapat bayangan akan kembali ke tapak kerajaan Samudera Pasai bersama dengan Nur? Bukankah kamu sudah lama sedar dialah isteri kamu yang sejati? Siapakah yang betul-betul dapat membahagiakannya? Siapakah yang boleh membawanya kembali ke Aceh kalau bukan kamu?”
Rasyid masih lagi terdiam tidak terkata. Kelu rasa lidahnya…
“Sanggupkah kamu melihat lelaki-lelaki buruk yang pandai menyamar sebagai orang berakhlak mulia menabur duit dan mempamirkan kebaikan cuba mengambil kesempatan di atas kesepiannya jika kamu tiada?” orang tua itu menyambung. “Sanggupkah kamu melihatnya disihir atau cuba diguna-gunakan para lelaki durjana? Bukankah kamu pernah berikrar di makam Nenek akan menjaga Nur selagi hayat dikandung badan?”
Anak muda itu tersentak mendengar ini. Teringat bagaimana dia dibawa keluar dari Aceh ketika hendak melangkah lebih jauh dengan tersemat sedikit niat untuk mendapatkan jodoh lain. Akhirnya Rasyid dipaksa keadaan untuk kembali ke Malaysia... Rupa-rupanya untuk menyelamatkan gadis pujaannya itu daripada cengkaman beberapa pihak berniat serong yang sanggup bermain sihir! Teringat juga zaman ketika menuntut di London dahulu dengan niat tidak mahu kembali lagi ke tanahair, ingin menetap di England ataupun Eropah. Tetapi dia ‘dipanggil’ untuk kembali ke Malaysia apabila timbul semula rasa keMelayuan yang menebal akibat terdengar lagu-lagu gubahan M.Nasir nyanyian Hattan.
Ah… Rasyid teringat Lagu Cenderawasih yang pertama-kali didengarnya di sebuah restoran Melayu di tengah kesibukan kotaraya terbesar kebanggaan rakyat Inggeris itu. Apabila diamati kembali liriknya (setelah bertahun mengenali Nur), baru dia sedar ia seolah-olah bercerita tentang cinta ‘sakti’ mereka yang terasa telah bertaut zaman-berzaman!

Sesungguh ku dambakan,
Pasangan dua dunia,
Benar hingga melangkaui adat dan masa…

Sesungguh ku dambakan,
Pasangan dua dunia,
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata…

Rasyid juga teringat sudah berapa kali mereka berpisah atas berbagai sebab dan alasan. Tetapi akhirnya pasangan dua sejoli ini tetap akan keluar mencari kembali diri masing-masing, sekurang-kurangnya untuk berkongsi citarasa, pemikiran dan pengalaman hidup yang kebanyakannya tidak dapat diterima atau tidak mampu difahami orang lain.
“Ah… Aku tidak boleh membiarkan Nur bersendirian,” hatinya berbisik. “Rasanya seperti sudah berkurun-kurun lamanya kami pernah terpisah, sudah cukup lama, amat lama! Sampai masing-masing hampir jadi gila! Ah... Aku tidak mahu, tidak sanggup berpisah dengannya lagi. Nur adalah belahan jiwaku, tiada dia, tiada juga aku... Kami mesti kembali bersama!”
Agaknya inilah yang pernah disebut pantun Melayu lama:

Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.


Rasyid menoleh untuk memberitahu Nenek. Ternyata almarhum nenda sudah tiada. Anak muda itu pula sudah kembali ke alam nyata... Berada di atas sejadah di rumah usang Perak yang dialihkan ke Janda Baik...