Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 31, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas

Salam. Pergi pada hari ke-2 perjalanan Kalimantan. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak.



Pagi Sabtu 10 Oktober 2026. Melihat dari luar rumah kakak ipar isteri di utara kota Pontianak.



Keluar untuk apa yang dikatakan adalah majlis Maulidur Rasul melibatkan kakak ipar sebagai salah seorang ahli kumpulan Maulud...






Rupa-rupanya ia sebahagian daripada majlis perkahwinan tempatan. Lihat artikel A Malay wedding in Pontianak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. 



Selesai majlis pergi ke tempat ini.



Ia dikatakan menandakan laluan garisan Khatulistiwa. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) Tugu Khatulistiwa (Equator monument) di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.




Namun ukuran kemudian yang dikatakan lebih tepat menuding sedikit ke selatan menghampiri Sungai Kapuas. Alang-alang ke sana lepak di tepian sungai. Lihat Kapuas river near the Equatorial Monument.



Layan daa... :]


 
Bergerak ke hilir dalam 2.5km untuk ke tempat ini. Lihat Views from Batu Layang.






Ke hadapan kawasan pemakaman sungai terpanjang di Indonesia ia sekali lagi menggamit pandangan. Lihat Kapuas river in front of Pontianak Sultans tomb complex.



Malam kami keluar berjalan-jalan.



Pergi ke masjid warisan ini setelah tidak dapat menjejakkan kami petang sebelumnya. Rujuk balik cerita berkenaan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak kemudian lihat Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri malam hari (at night).




Lepak makan-makan di tepi Sungai Kapuas hadapan masjid. Lihat Waterfront in from of Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri mosque.


Saya pula tidak dapat menahan diri untuk berjalan kaki lebih jauh menyusuri sungai sehingga sampai ke satu cawangan utamanya. Lihat Taking the waterfront on to Landak river.


Jumaat, Oktober 30, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak

Salam. Beberapa hari lalu telah dipersembahkan artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian untuk memberikan gambaran ringkas tentang pengembaraan terbaru saya dan isteri yang telah berjaya dilakukan dengan jayanya. Sekarang sampai masa untuk berkongsi perincian dari hari ke hari.



Pengenalan lebih awal atau lebih tepat, rancangan (juga harapan) perjalanan telah dibuat hampir sebulan lalu melalui artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja di mana dinyatakan kebimbangan tentang keadaan jerebu melanda Malaysia yang ramai tahu berpunca di Kalimantan. Kalau di sini pun sudah sangat menganggu, apatah lagi di sana. Pagi Jumaat 9 Oktober 2026 sampai masa untuk melakukan perjalanan. Tentang jerebu kami berserah pada Allah.



Walaupun risau kami suami isteri tetap melangkah dengan gembira kerana suka keluar mengembara.



Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sepanjang perjalanan dari rumah malam sebelumnya kemudian bermalam di rumah biras sebelum ke lapangan terbang boleh kelihatan jerebu merata tetapi terkawal.



Kamiditerbangkan dalam keadaan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.



Apabila mendarat di lapangan terbang Pontianak kelihatan jerebu lebih tebal tetapi tidak seteruk yang dijangka.



Saya pernah merasa beberapa lama menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat kerja di pejabat akhbar The New Straits Times penghujung 1990an dalam keadaan jerebu begitu tebal seperti kabus gunung sehingga apa-apa objek 30 meter ke hadapan tidak lagi kelihatan lalu sudah bersedia untuk itu. Terus terang cakap saya merasa terkejut kerana keadaan di Pontinak ternyata jauh lebih baik daripada yang disangka.












Saya anggap ini permulaan dan petanda yang baik apa yang diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya apalagi sempat untuk bersolat Jumaat di masjid utama. Lihat artikel  Masjid raya (Grand mosque of) Mujahidin, Pontianak di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART juga Pontianak from the outside tower of its main mosque di BERPETUALANG KE ACEH. 



Oh. Sebetulnya kami pergi berempat. Kakak ipar isteri yang berasal dari sana ingin balik kampung lalu mengajak kami suami isteri ikut sama. Seorang saudara ikut sekali. Sebaik sahaja sampai anak saudara kakak ipar menjemput lalu membawa kami berjalan-jalan.



Ajak kakak ipar isterilah sebab utama kami memberikan komitmen walaupun ramai menyatakan kerisauan kenapa hendak pergi ke kawasan yang diketahui sebagai punca jerebu. Pusing-pusinglah di kota. Terlihat sebuah masjid yang agak menarik turun untuk meneliti lebih dekat. Lihat Masjid (Mosque of) al-Jihad, Pontianak.



Tidak lama kemudian turun hujan agak lebat. Nampaknya ini antara faktor jerebu tidak seteruk yang disangka.



Destinasi seterusnya adalah masjid warisan Kesultanan Pontianak. Tengok-tengok tak boleh masuk kerana ada operasi pihak berkuasa.



Beralih ke istana kesultanan yang terletak berdekatan. 



Saya pernah sampai sekali tahun 2015. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) Istana (Palace of) Qadriah.



Pergi ke rumah seorang alim wanita yang doanya sering dipinta ramai.







Malam itu naik kapal merentas Sungai Kapuas, sungai terpanjang di seluruh pulau Kalimantan malah di seluruh negara Indonesia. Lihat Going for Pontianak river cruise

Khamis, Oktober 29, 2026

Satu perspektif sistem terhadap pengajian tamadun Melayu dan kepulauannya

Pada penghujung artikel Malaysia negara Madani moden? yang dipersembahkan petang semalam ada dinyatakan bahawa saya hendak memberikan tumpuan pada satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang akan bermula kurang 20 minit lagi. Sekarang biar dikongsikan cerita tentang majlis.



Petang Rabu 28 Oktober 2025. Buat pertama kali setelah kembali ke rumah dari perjalanan jauh terbaru (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian) keluar dari kawasan perumahan di Bandar Sungai Buaya. Alhamdulillah langit kelihatan cerah elok. Sejak kembali dari Kalimantan melalui Kuching, Sarawak lalu sampai ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang) selepas tengah malam, awal pagi Isnin 26 Okt jerebu yang melanda banyak tempat di Malaysia sejak lebih 3 bulan kebelakangan tidak lagi kelihatan.



Sepanjang perjalanan yang memakan jarak darat lebih 3,000km itu 9-25 Okt saya dan isteri harus menghadapi jerebu setiap hari. Cuma ada sedikit masa ia kelihatan hilang sebelum muncul kembali. Dalam tempoh masa itu ada majlis ilmu di ISTAC tidak dapat diikuti. Lalu buat pertama kali setelah semester baru pengajian bermula awal bulan ini malah pertama kali sejak pertengahan bulan lalu (lihat Nik Rashiddin dan falsafah kayu : Satu contoh penghasilan pengetahuan tempatan) saya ke institusi tempat menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dahulu, sekarang peringkat PhD.




Tajuk majlis yang disampaikan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan sebagai "Satu Perspektif Sistem Terhadap Pengajian Tamadun Melayu dan Kepulauannya"



Dibangkitkan kenyataan betapa cuma terdapat sedikit sahaja universiti di Malaysia yang ada menawarkan pengajian Melayu. Kalau di Indonesia nampaknya cuma ada satu. Itupun cuma dalam konteks bahasa dan budaya. Tidak diangkat sangat hal ketamadunan kita.




Hadirin pun diajak untuk melihat segala aspek dunia Melayu sebagai komponen atau organ dalam satu sistem yang terbuka, boleh menerima pengaruh dari luar namun tetap mengekalkan identiti yang tersendiri.




Diberikan sedikit jangkauan geografi pendudukan apa yang termasuk dalam takrif bumi Melayu melalui lapisan-lapisan tertentu. Diangkat konsep seperti tanah air yang tidak wujud dalam tamadun lain kerana mereka bersifat continental atau kebenuaan, rata-rata berdiri atas darat. Misalnya tamadun Mesir dan China. Ditekankan konsep merantau yang menjadi kebiasaan orang Melayu dahulukala untuk mencuba nasib di bahagian lain kepulauan, tidak sama dengan penghijrahan seperti mampu difahami sesetengah orang.



Sedangkan tamadun Melayu bersifat maritim atau kelautan kerana meliputi berpuluh ribuan pulau. Malah menjangkau jauh hingga ke penghujung barat Lautan Hindi dan penghujung timur Lautan Pasifik. Kajian patut dipanjangkan dan disepadukan untuk diangkat lebih tinggi dalam persada akademik dunia. Sila ikuti sendiri melalui video bawah...





Rabu, Oktober 28, 2026

Malaysia negara Madani moden?

Keluar dahulu daripada cerita perjalanan Kalimantan namun tetap ada kena mengena.



Ini adalah poster bagi edisi terbaru Syarahan Madani Abad ke-21, syarahan ke-5 dalam siri. Sejak dimulakan lebih 4 bulan lalu malah sejak syarahan bersiri Madani itu sendiri  mula diadakan  Mei 2025 (yang sekarang adalah siri kedua sebenarnya) di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak saya berusaha untuk hadir secara fizikal lalu menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-


Siri pertama



Siri kedua (setakat ini)





Cuma edisi kali ini berlangsung ketika saya masih lagi dalam pengembaraan di Kalimantan. Rujuk artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian yang dipersembahkan baru ini. Ketika itu, 21 Oktober 2026, hari dan malam ke-13 perjalanan, saya dan isteri sedang menunggu masa untuk bergerak ke terminal bas antarabangsa Pontianak, untuk menaiki bas malam ke Kuching, Sarawak. Tiba-tiba baru teringat adanya syarahan di UIAM lalu membuka siaran langsung melalui Youtube. Ketika itu sudah masuk sesi soal jawab.



Semalam petang Selasa 27 Oktober, setelah sehari kembali ke rumah baru berkesempatan menonton rakaman siaran langsung dari awal. Antara isu yang diangkat adalah bagaimana negara Madani contoh iaitu kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW memelihara hubungan antara manusia dan Tuhan,  menganjurkan dialog antara agama khasnya dengan ahli kitab, ada perlembagaan bertulis (berupa Piagam Madinah), ada pandangan semesta (worldview) melalui rukun Islam, rukun Iman dan makna Ihsan. Di sini tak perlulah diulas sangat. Boleh ikuti sendiri keseluruhan majlis melalui video bawah.



Di sini, saya juga ingin mengambil peluang untuk menyertakan sekali video rakaman bagi edisi ke-47 "Merah Silu Live" melalui Tiktok yang diadakan malam semalam. Sebelum ini edisi ke-46 telah disertakan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian. Lihat bawah...



Edisi ke-47 ini sepatutnya diadakan seminggu lalu. Tetapi ketika itu saya dan isteri masih dalam perjalanan, sedang berada di sekitar makam Daeng Menambon di Mempawah. Perjalanan-perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diliputi adalah seperti berikut :-


92. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 -  lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.

93. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

94. Misi kenangan masjid Jul 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014.




98. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.

99. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014 - 1,580 km. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.


Sekarang bolehlah diberikan tumpuan pada satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang akan bermula kurang 20 minit lagi.


Isnin, Oktober 26, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian

Merujuk pada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja yang dipersembahkan 20 hari lalu. Sukacita dimaklumkan perjalanan yang dimaksudkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya dan isteri selamat kembali ke Semenanjung selepas tengah malam semalam. Tapi petang tadi baru sampai kembali ke rumah, setelah bermalam di rumah biras berdekatan lapangan terbang di Sepang.



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja tidak memberitahu bilakah perjalanan dibuat. Dalam artikel seterusnya iaitu Artikel ke-2,882, ulang tahun kelahiran anak dan Merah Silu live edisi 41 hingga 45 yang dipersembahkan pada 8 Oktober Khamis malam Jumaat baru dinyatakan mahu berlepas ke Kalimantan pagi Jumaat, iaitu pada 9 Okt. Gambar ini diambil ketika berehat di tengah jambatan di tempat bernama Tayan, menyeberangi Sungai Kapuas, sungai terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Ketika itu 18 Oktober, kami sedang membuat perjalanan menunggang motosikal (kelihatan dalam gambar) selama 5 hari 6 malam.




Itu sahaja meliputi jarak 1,338km. Belum dicampur 101km motosikal dibawa menaiki kapal melalui delta Sungai Kapuas hampir ke kuala untuk sampai ke tempat bernama Teluk Batang. Gambar ini menunjukkan kedudukan jambatan Tayan berbanding Pontianak di mana pengembaraan dengan motosikal dimulakan. Ditanda sekali jangkauan utama keseluruhan perjalanan di Kalimatan Barat, utara di Sambas, selatan di Ketapang dan timur di Sintang. 

Pada 5 hari terawal kami cuma berjalan-jalan di sekitar Pontianak. Itupun meliputi jarak 190km. Pada hari ke-6 iaitu Rabu 14 Okt baru keluar jauh untuk ke Mempawah, Singkang dan Sambas menaiki kereta. Esoknya memulakan perjalanan dengan motosikal untuk menuju ke Ketapang kemudian Sintang.  



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja ada menyatakan kebimbangan harus menghadapi keadaan berjerubu selain bercadang untuk meliput jarak perjalanan darat tidak kurang 2,000km. Benar memang ada masalah jerebu. Belum campur keadaan jalan yang sangat teruk di beberapa tempat. Namun sukacita dimaklumkan. Bukan sahaja jarak cadangan berjaya ditempuhi. Malah didapati dapat meliputi 3,450km! 

Ini kerana turut mencari kesan-kesan sejarah di beberapa tempat dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya. Kira-kira terperinci berdasarkan apa yang dapat dilakar kembali atas peta melalui Google Map dicampur meter motosikal dan kereta menunjukkan 2,414.29km telah diliputi di Kalimatan Barat, 1,036.27km di Sarawak.



Apapun ini cuma pengenalan sebelum dikongsikan cerita perincian perjalanan dari hari ke hari. Di sini biar diambil peluang untuk berkongsi video yang dibuat Selasa malam Rabu 13 Oktober iaitu sebelum bergerak ke Sambas selepas Subuh pagi berikutnya.


 

Ia adalah untuk siaran langsung "Merah Silu Live" di Tiktok, edisi ke-46. Saya dan isteri bertekad untuk melaksanakan walaupun menghadapi masalah isyarat Internet kurang baik. Ini kerana harus memancarkan dari luar demi menyantuni undangan seorang kenalan agar mengikuti persembahan nyanyian anaknya di sebuah kafe kopi besar di Pontianak. Kalau dibuat di rumah tempat kami menginap jauh lebih stabil dan mudah.



Kami bertekad untuk melaksanakan kerana tarikh 13 Okt itu adalah hari ulang tahun ke-17 kelahiran anak kami yang bernama Muhammad al-Aminul Rasyid. Lalu apabila didapati hasil pancaran dari luar tidak memuaskan kami menyambung kembali apabila sampai ke rumah lewat malam. Padahal cuma beberapa jam lagi akan berjalan jauh hingga ke Sambas. Dengan itu dapatlah meliputi perjalanan-perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 seperti berikut :-


89. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

90. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

91. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.


Cerita harian perjalanan akan mula dikeluarkan setelah selesai beberapa hal. Sabar ya... :]