Pada penghujung artikel sebelumnya telah ditunjukkan ziarah ke makam Tuan Hussin Kedah di Titi Gajah. Dari sana kami menyambung perjalanan menghala ke bandaraya Alor Setar.

Tidak lama kemudian nampaklah Istana Anak Bukit...
Ke hadapan sedikit ada simpang ke kanan.
Kami pun mengambilnya masuk ke sebuah jalan kecil.
Destinasi kami seterusnya terletak nun di ufuk sana...
Dalam perjalanan terlihat masjid yang sangat menarik. Singgahlah sekejap. Lihat
Masjid (Mosque of) Mahmudiah, Sungai Baru Ulu, Alor Setar.
OK. Tempat yang kami nak pergi dipanggil Gunung Keriang.

Ia adalah sebuah bukit batu kapur besar yang ada keistimewaan tersendiri.

Keistimewaannya ialah selain menjadi tempat rekreasi ia adalah sumber galian kristal.
Saya diberitahu gua-gua yang ada di sini penuh dengan kristal yang boleh tumbuh seperti pokok. Tapi disebabkan sentiasa ada orang mencari dan mengambilnya untuk kegunaan sendiri atau berniaga, yang tinggal cuma di gua-gua tinggi yang susah dicapai.
Namun oleh kerana kristal ini boleh tumbuh, ia akan berkembang kembali. Cuma kena tunggu masa ia matang. Di atas adalah peta Gunung Keriang. Terus saya teringat sesuatu...
Allah! Peta Gunung Keriang itu serupa dengan peta Aceh. Apakah ada suatu petunjuk di sini?
Perjalanan diteruskan kembali ke Alor Setar melalui jalan belakang. Untuk melihat banyak lagi gambar di sekitar Gunung Keriang, lihat The limestone hill called Gunung Keriang.
Perjalanan ini melalui Alor Janggus.

Tidak lama kemudian sampailah ke pinggir barat Alor Setar.
Kami terus menuju ke pusat bandaraya.
Berhenti di Menara Alor Setar kelihatan jam menunjukkan nombor ini. Kami berehat sebentar sebelum berjalan-jalan melihat beberapa tempat di sekitar. Lihat
Istana Kuning, Alor Setar dan
Around Alor Setar.
Seterusnya kami singgah di Masjid Zahir.
Dapat berehat sebentar melepaskan penat-lelah.
Dapat juga memandikan Al-Rasyid. Dipendekkan cerita kami berbuka puasa di masjid ini. Selepas solat Maghrib kami pun mengambil kereta yang diletakkan di seberang jalan besar. Ketika keluar terlihat sesuatu yang menarik. Lihat Bentuk lidah terjulur di tengah bandaraya Alor Setar (The hanging-tounge-like shape in the middle of Alor Setar city).
Kami singgah sebentar di Pekan Rabu...

Dalam perjalanan kembali ke Langgar pula singgah di pusat membeli-belah Souq al Bukhary...
OK. Berbalik pada peta Gunung Keriang dan peta Aceh yang kelihatan serupa. Biar diletakkan sebelah-menyebelah.
Sekarang biar disuperimpose sedikit dua peta itu. Peta Aceh disengetkan sedikit agar sama kedudukannya sebelum diletakkan pada petang Gunung Keriang dengan opacity (kejelasan gambar atau 'kecairan', 'kelutsinaran'?) dikurangkan agar dapat kelihatan bagaimana sempadan kedua-dua peta terletak. Nampak tak bagaimana ia begitu serupa walaupun ada sedikit perbezaan? Terbetik di hati apakah peta Gunung Keriang itu cuba membayangkan satu zaman di mana kedudukan Pulau Sumatera sekurang-kurangnya di bahagian hujung utara sedikit senget ke selatan?
Perkara ini tidak mustahil kerana suatu tanah itu boleh digerakkan oleh aktiviti plet bumi yang dirangsang gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain disebabkan hakisan air laut, garisan pantai juga boleh berubah secara mendadak seperti apa yang berlaku selepas Tsunami 2006. Difahamkan selain ada tanah yang dimakan jadi laut, kedudukan Pulau Sumatera sendiri sedikit berubah, beralih sehingga 3 meter berbanding dahulu.
Keadaan sempadan Gunung Keriang yang kelihatan lebih memanjang di sebelah tenggara boleh disamakan dengan peta Aceh kalau dicampur sekali daerah Langkat dan sebahagian lagi wilayah yang kini dipanggil Sumatera Utara, wilayah yang berpusat di Medan. Dahulu, Langkat dan seluruh Sumatera Utara itu termasuk di dalam jajahan takluk kerajaan Haru. Difahamkan Haru bermula dengan kawasan sekitar Langkat di mana terdapat satu perairan yang dipanggil Teluk Haru, kalau digabungkan dengan sempadan wilayah Aceh sekarang cukup serupa dengan peta Gunung Keriang.
Hmm... terbetik nama Sultan Malikul Mansur yang pernah menaiki kerajaan Samudera sekitar tahun 1300an Masihi sebelum disebut sesetengah pihak merajai Haru, teringat juga Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar yang pernah menakluki lalu memasukkan Haru ke dalam Aceh pertengahan abad ke 16. :]