Adapun selepas mempersembahkan artikel sebelum ini iaitu Hari raya haji dan Merah Silu Live 5 malam lalu artikel seterusnya akan menjadi yang ke-2,828 di CATATAN SI MERAH SILU. Fikir saya yang layak mendapat penghormatan tersebut adalah cerita tentang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 pada 30 Mei iaitu semalam. Tetapi apabila gambar-gambar dalam telefon pintar dari seminggu kebelakangan disalin ke komputer riba malam ini baru tersedar ada yang lebih sesuai mendapat tempat. Ini ceritanya.
Gambar ini diambil pagi Rabu 28 Mei 2026 bersamaan Aidil Adha @ Hari Raya Haji bagi tahun 1446 Hijriah ini. Saya baru sampai ke Masjid Bukit Treh, Muar bersama anak-anak, dekat rumah bapa di Desa Temiang.
Kami mahu menunaikan solat sunat Aidil Adha.
Petang, anak-anak mengajak berjalan-jalan di bandar Muar.
Kalau ikutkan takdalah apa hendak diceritakan sangat.
Banyak lagi perjalanan/aktiviti lebih menarik telah dibuat dalam tempoh setahun kebelakangan tetapi tidak langsung dikongsikan cerita dalam blogspot.
Namun apabila terlihat gambar-gambar ini terasa harus berkongsi ceritanya dahulu sebelum dapat pergi pada yang lain.
Mungkin disebabkan di Muar inilah saya yang lahir tahun 1970 membesar sebelum betul-betul meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tahun 1991.
Berkongsi rasa bersama isteri dan anak-anak.
Jadilah ini artikel ke-2,828 di CATATAN SI MERAH SILU.